Friday, June 14, 2013

Pengkongsian Pengalaman

SMSJ78

Pengalaman adalah satu aset. Aset dari pengalaman adalah satu ilmu. Ilmu dari pengalaman di kategorikan sebagai tacit knowledge . Di mana Tacit Knowledge ini lebih tinggi satu aras dari pengetahuan yang di dapati dari buku, cerita, ceramah dan sebagainya.

Batch 1978, kini rata rata berumur 52 tahun kurang lebih. Dalam mengharungi kehidupan selama hampir setengah abad ini ( lebih 2 tahun ) diri kita sebenarnya penuh dan kaya dengan pengalaman. Borhan Bustani, seorang businessman yang pernah mengembara di bumi Australia, Shaari, Arbakaria, Fauziah, bergelumang dengan ilmu, ilmiah, kajian dan student universiti, melahirkan graduan. Para engineer, Dr, Guru, Pentadbir dan business. Pendek kata group kita sebenarnya satu group yang kaya dan penuh pengalaman.






Bila kita berjumpa, selain bertanya khabar, kita juga berkongsi pengalaman dan kejutan. Pengkongsian ini juga di saksi oleh keluarga kita, anak isteri dan suami. Pertemuan kita juga dalam masa yang sama menguji pengurusan emosi dan jiwa kita. Ada yang masih macam dulu, suka bergurau senda, ada yang sudah agak serius dalam meneliti dan beraksi. Ada yang lebih kepada pencerapan rakan sebaya. Tidak kurang yang terlalu berhati hati dalam beramah mesra, menjaga emosi keluarga , reputasi, imej dan sebagainya. Begitulah kira kira.

Vijayan, kelihatan sangat hensem dan muda...satu kejutan
Wong Ken Chun, dulu 'big size"...kini kelihatan sederhana saja

Kini kita tiada lagi penganjur utama sejak pemergian Said Ahmad untuk mempertemukan kita, bukan satu perkara mudah untuk mencari penggantinya. Said seakan sentiasa ada masa utk kita semua. Dan seakan diterima oleh ke empat empat kelas. Jasa beliau mempertemukan kita amat kita hargai. Alfatihah

Pertemuan dan pengkongsian pengalaman kita pada 13.12.2008, seakan menjadi pertemuan kita yang terakhir. Kita sering bertemu di dinding muka buku, FB wall...dan kita tidak perlu lagi reunion sebegitu agaknya. Namun blog ini akan ditamatkan oleh google jika tidak di update.

Salam

Thursday, June 13, 2013

Umpan Jinak Di Air Tenang

SMSJ78

Walau pada awalnya latar belakang aku Aliran Sains, sehingga tingkatan 6 namun akhirnya aku cenderung dalam dunia sastera, aku masuk kumpulan Teater Maharani, belajar tentang teater, lakonan pentas, berlakon di pentas teater, aku menulis skrip untuk pentas, aku melatih anak muridku berlakon, aku menyertai koir Maktab, aku berpidato, aku menulis cerpen dan sajak...tiba tiba saja, masa mudaku penuh dengan aktiviti sastera.

Aku mengambil ijazah pertama dan kedua pun dalam aliran sastera.

Aku menjadi amat gembira dan syahdu mendengar lirik lagu, bait puisi, melodi lagu, plot cerita, dan apa apa saja genre sastera, malah aku menjadi perenung alam, mengkagumi ciptaan tuhan yang ada di alam ini, aku terpesona pada indahnya senja yang merah, taburan bintang di langit, sunyinya alam di dinihari...

Antara lirik lagu yang aku amat kagumi ialah lirk lagu Umpan Jinak di Air Tenang. Nyanyian Datuk Ahmad Jais...



Madah berbunga alun suara
Terdengar merdu hanya dendangan
Madah berbunga alun suara
Terdengar merdu hanya dendangan

Wajah yang indah ditatap saja
Hati yang satu di gadai jangan
Wajah yang indah ditatap saja
Hati yang satu di gadai jangan


Jangan tergoda bintang di awan
Kalau terbitnya di siang hari
Jangan tergoda bintang di awan
Kalau terbitnya di siang hari


Jinak merpati makan di tangan
Jangan di kurung di sangkar hati
Jinak merpati makan di tangan
Jangan di kurung di sangkar hati


Seribu senyum seribu madah
Mungkin di kuntum racun yang bisa
Seribu senyum seribu madah
Mungkin di kuntum racun yang bisa


Kalau terkorban jiwa merana
Seribu sesal apa gunanya
Kalau terkorban jiwa merana
Seribu sesal apa gunanya


Merdu di dengar indah di pandang
Awaslah umpan di air tenang
Merdu di dengar indah di pandang
Awaslah umpan di air tenang


Kasih dan budi bukan mainan
Tergadai hati jiwa tebusan
Kasih dan budi bukan mainan
Tergadai hati jiwa tebusan


Pesanannya ialah supaya berhati-hati dalam berhadapan dengan cinta kasih sayang ni, dan peliharalah integeriti dalam berkasih.....

Lagu ni lagu lama namun, liriknya sangat berbisa....

Monday, May 13, 2013

Balasungkawa ; Elham Hassan

SMSJ78





Hanya gambar gambar yang dapat aku rakamkan untuk aruah Elham Hassan, yang mana kami pernah bersama semasa EC, SMSJ Kluang, kemudian terpisah lepas SPM/MCE dan bertemu semula selepas 30 tahun di reunion 13 Dis 2008 yang lalu, semoga ruhnya ditempatkan bersama orang yang di redhai Allah.

Tuesday, March 26, 2013

Entah kenapa....

SMSJ78

Entah kenapa, segalanya berlalu begitu pantas sekali, blog yang asalnya menjadi tali perhubungan antara kami kini menjadi sepi dan kurang bermaya, blog yang di bina pada tahun 2008 dahulu, kini telah berusia hampir 6 tahun, kalau seorang bayi yang dilahirkan pada tahun 2008 kini bayi itu sudah boleh daftar menjadi murid sekolah tahun 1.

Entah kenapa, hari ini hatiku, mengusik jemari untuk menulis di blog ini, untuk bacaan dan tatapan rakan rakan sama sekolah batch 1978 dari SMS Johor, Kluang, Johor. Aku terasa terpanggil pula menulis ..entah apa apa dalam blog ini.

Kehadiran face book yang lebih cepat melihat komen dan respon, pantas meng aplikasi kannya dgn ilmu yang sedikit, sememang memberikan kesan besar kepada keramahan blog ini hingga menjadikan blog ini tidak lagi mempunyai pengunjung yang ramai.

Kesibukan dan komitmen kawan kawan yang ratanya telah masuk era 5 series juga menjenuhkan pemikiran untuk meluangkan masa menulis dan share di blog ini.


annual dinner di Bilik SRT 1978, amat manis bila di kenangkan

 Elias Othman..the pilot n the gang

 Bersama bersantai di rumah Arbakaria

 Bong Zaidi di Segamat


Kerajinan semakin ditekan oleh muatan kerja seharian yang semakin memberat. Entah kenapa,aku rindu untuk berjumpa dengan kawan kawan semua seolah rasanya masa untuk aku bersama kalian sudah tidak lama lagi, aku barangkali akan bersama Aruah Shahrudin, Zaid dan sebagainya...

Delima kematian dan berhijrah ke alam kubur, semakin menjelas dan menerang di hujung pandangan mata dan ruang ingatanku...

Iss..entah kenapa aku berfikiran begini hari ini, apapun...andainya aku pergi...terimalah blog ini sebagai hadiah dariku kepada semua kawan kawan sekelas, se batch dan sama sekolah denganku... semoga kita saling bermaafan dan semoga kita semua di akhiri oleh Allah dengan lafaz al mubarak itu.

Entah kenapa...aku merepek hari ini....Allahu Akbar

Friday, February 15, 2013

Jemputan Kawin

SMSJ78
Disini saya sertakan copy kad jemputan kenduri kawin anak perempuan ( anak bungsu) kepada sahabat kita ,
 saudari Habibah Abdullah ,
 kelas 5M2 (1978),
 yang menjemput kita semua ke majlis walimatul urusnya
pada hari Ahad 24 Feb 2013,
di No 496 Blok 21, Felda Simpang waha,
Kota Tinggi, Johor






Monday, January 7, 2013

SMSJ78

Salam mesra dan assalammmualaikum kekawan semua
Bong ( Zaidi Ibrahim ) akan mengadakan majlis perkahwinan anak sulongnya kak long izaati di rumahnya di segamat. pada 13.1.2013 dan rumah Gobel di Melaka pada 12.1.2012....nanti aku cari alamat gobel...post ni utk zaidi dulu...


LOT 1273, Jalan Setia 2, Kampung Bukit Gelang Chinchin, 85000 Segamat, Johor Darul Takzim. GPS CODE: 2° 34' 35.849"N, 102° 49' 6.219"E
Semoga kita dapat memenuhi hajat beliau sekeluarga dan seterusnya menjalin hubungan silaturahim semasa berjumpa disana.


dari aku, 
bong....selamat menjadi mertua dan seterusnya menjadi datok....dan ingat bong...lu dah semakin tua...insya allah jumpa disana ..mungkin awal sikit, sebab aku nak melawat orang sakit dalam masa yang sama...



Thursday, November 29, 2012

TERIMA KASIH, RAKAN-RAKAN SEMUA...

Alhamdulillah... Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan semua di atas ingatan, doa dan kata-kata sokongan serta respon yang saya terima sepanjang saya berada di Hospital Serdang dan Institut Jantung Negara selama 6 minggu. Sesungguhnya ahli keluarga, sanak saudara, rakan-rakan, kenalan dan pelajar-pelajar saya yang telah memberikan saya semangat untuk terus berjuang dan pulih sehingga sekarang. Setinggi penghargaan buat mereka yang telah meluangkan masa untuk menziarahi saya di IJN. Betapa gembira dan terharunya saya di atas kunjungan kalian...

Saya rasa amat terhutang budi pada Dr Azlan Hussin, Dr AlFazir, Dr Shahrul serta rakan-rakan mereka dan petugas-petugas yang telah berkhidmat dengan begitu cemerlang serta penuh dedikasi. Terserlah sinar keikhlasan pada wajah mereka setiap kali mereka berhadapan dengan pesakit.

Sebenarnya sepanjang saya berada di hospital, ianya telah membuka ruang untuk saya memuhasabah diri saya sendiri di samping menyedari betapa ALLAH itu Maha Mendengar dan Maha Adil kepada setiap makhluk ciptaanNYA. Dalam pada saya redha dengan segala dugaan dan ujian yang saya serta keluarga tempuhi, saya sentiasa berdoa dan yakin bahawa di sebalik segala apa yang berlaku ini ada fadilatnya. Akan tetapi, hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui...

Buat masa ini, saya berada di Melbourne, Australia selama 3 minggu untuk berehat  serta menghadiri Majlis Konvokesyen anak kedua kami yang telah tamat pengajiannya di bidang perubatan di Monash University. Sesungguhnya semangat serta sokongan dari keluarga serta rakan-rakan yang telah memberikan saya kekuatan.

Terima kasih, rakan-rakan semua...


Friday, November 9, 2012

Fatimah Hashim yang aku kenal (siaran ulangan)


SMSJ78

Terus terang aku katakan disini, Fatimah Hashim 5M2, memang seorang kawan aku dalam batch 1978 yang 'very special' Aku bukan mahu memberikan laluan politik untuk fatie, tapi ini adalah satu kenyataan yang ikhlas dan pendapat peribadi aku terhadapnya. Menariknya, fatie ini hanya aku kenal melalui pandangan dihujung hujung kerlingan mata, tidak ada satu patah perkataan pun aku bercakap dengan dia semasa di SMSJ. Bukan dengan fatimah saja, tetapi dengan hampir semua girls SMSJ, kecuali kelas aku dan beberapa kerat junior. Ingat ingat aku tak sampai 10 orang aku berinteraksi dengan girls semasa di SMSJ..aduh..alangkah ruginya aku.

Ok kenapa aku kata fatie ni special. Pertama fatie ni berasal dari keluarga yang susah macam aku..[ susah aku lagi kut ] Orangnya ceria dan menceriakan sesiapa di sekelilingnya..tak reti nak mengata dan mengumpat orang dan dia sentiasa positif pada semua orang. Fatie ada fokus dalam membuat keputusan dan dia selalu mengorbankan kepentingan dirinya demi sahabat, demi orang yang dia kasih. Tak suka pada argumen dan selalu berfikir secara FIP. Pada fatie, family adalah segalanya sebab latarbelakangnya menjadikan fatie sentiasa beremosi 'sedar diri ' mengenai keluarga dan family. Itu dari segi attitute.

Kedua, fatie ni sebenarnya antara orang yang cerdik dan sering di berikan kepercayaan kerana kejujurannya. Dia pengawas, dia ketua, dia bekas pendidik dari Maktab Perempuan Durian Daun. Dia seorang yang sangat bermotivasi dalam pelajarannya. tak hairan kalau anak anak dia pun cerdik macam dia dan Abang Rosli. Mereka pernah datang kerumah aku dirompin dan berhari raya di sana..aku tidak lupa tu, sebab Rompin adalah satu daerah yang jauh dan sayup untuk di ziarahi.
.
Fatie juga mempunyai kemahiran mengurus rumahtangga yang tinggi, dia boleh handle semua ahli keluarganya walaupun abang rosli bertugas jauh. Memasak? Memang boleh..mengemas..amboi, rumah fattie memang cantik dan berseri, mengecat rumah sebesar tu pun fatie boleh buat...tak hebat ke? Aku dan family pernah bermalam dirumahnya semasa konvo atas pelawaan Abang Rosli. Aku selalu 'mengopi dan mengeteh ' dirumahnya bila ada masa santai selepas belajar dan fatie sentiasa positif pasa tetamu dan kawan kawan lamanya. Aku naik segan dibuatnya dan berasa kalau fatie datang rumah aku...aku mesti berikan layanan istimewa.

Fatie..boleh bergurau dan sentiasa bersikap positif kepada ikatan silaturaahim dan boleh diajak bergurau...Ceria dan sentiasa ketawa, sanggup datang dari jauh demi sebuah persahabatan dan bersangka baik sesama kawan. Pendek kata, Abang Rosli sememangnya beruntung mendapat isteri seperti fatie,pilihan yang tepat bang. Nak tau kisah fatie kau baca di blog fatie catatan kenangan kehidupan

Akhir kata, baru baru ini fatie menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 50. Selamat ahri lahir ke 50 fatie, aku, zai dan anak anak mendoakan kau serta keluarga berada di dalam aman dan bahgia serta sehat sentiasa...semoga kau diberkati Allah selamanya dunia dan akhirat, dan friendship remain and never can end..datang lah kerumah kalau ada kesempatan.

Inilah fatie yang aku kenal,..baikhati, ikhlas, tidak sombong, ceria dan menceriakan serta sentiasa menghormati orang lain. Salam dari aku sekeluarga utk fatie

dari sedili pergi ke arau singgah di perak beli barangan wajah berseri boleh bergurau sentiasa ada dalam kenangan..

Thursday, November 8, 2012

Detik menggembirakan di SMSJ 1


Rama rama ..lambang keindahan sementara, di arcakan di pintu masuk Dewan Felda,
Kuala Lumpur
SMSJ78

Selama berada di SMSJ, pelbagai detik dan saat terakam dalam memori. Ada detik gembira dan sedih, ada juga detik yang amat memilukan...entri seterusnya selepas ini ialah perkongsian detik yang menggembirakan semasa berada di SMSJ.

Sejak 1974-1979 hampir 5 tahun lebih, aku dapati banyak koleksi cerita menggembirakan dari cerita sedih. Mungkin kerana aku sendiri memang happy go lucky..sentiasa menghindar kisah sedih dan tidak mahu sedih melekap dalam memori aku. Agaknya. Salah satu cerita gembira aku ialah dapat bilik yang mana di dalamnya katil sebuah sebuah..bukan katil dua tingkat.

Tingkatan 1, 2, 3, 4 aku tidur di katil dua tingkat. Masa tingkatan 1...tingkat atas, tingkatan 2, aku tingkat bawah, tingkatan 3 aku bawah, tingkatan 4 aku tingkat atas. Masa tingkatan 4, katil bawah aku ialah hamdan...[ sekarang prof hamdan ] jiran katil atas aku sopi rahiman, bawahnya gobel...Seronok juga, sebab ramai kawan..20 orang satu bilik. Namun memang tak selesa. Maaflah Hamdan..lama jugak tak bertegur...gara gara darah jerawat memancut bila dipicit. Lama tak jumpa kau handan..dengar cerita ada kat JB.

Masa aku tingkatan 5 aku dapat bilik A7/8...[ lupa ] tingkat 3 bilik mula mula sekali. Aku, Januri, Md Nor Deman, Yusof Amir, Mohamad Manan, dll. Aku dapat katil hujung tepi tingkap menghadap padang. Itulah katil dan bilik yang paling aku suka dan selesa sekali. Bantal dapat dua, sebab ambik sendiri dalam stor. Lebih selesa, sebab usop amir dan mat nor deman selalu bantu mengurut badan..mereka memang baik dan mengembirakan.

Aku juga berada di bilik itu semasa tingkatan 6 rendah dan aku juga meninggalkan katil itu ketika aku keluar dari SMSJ. Bila aku reunion aku naik dan tengok bilik tu. Masih tergambar kegembiraan disitu. Disitu aku banyak menerima rasa keinsafan dan disitu aku banyak membuat keputusan yang baik untuk diri aku. Paling tak lupa, dibilik itu aku buat pertama kali menerima sepucuk surat dari asrama putri...surat yang tidak dapat aku lupakan..surat berkenalan dari gadis sabah...Agnah Dawatan...eh dimana dia ek? Bukan surat cinta tau...jangan salah faham fatie...


terima kasih menjadi follower blog ini