Selasa, 16 Ogos 2016

Memori Indah dan miss you

SMSJ78


Miss pada yang tidak hadir

 
Akhirnya seorang demi seorang di jemput pulang ke hadratNya. Bilangan semakin berkurangan dan bilangan zuriat seperti anak dan cucu semakin bertambah. Kita kena akur, kita kena memberikan ruang untuk orang baru dan kita orang lama kena beransur ansur pulang mengadap ilahi.

13 Ogos yang lalu, aku dan isteriku berkesempatan menziarahi Majlis Ulangtahun Perkahiwanan Norlida dan Nadzer yang ke 30 serta doa selamat untuk putranya selamat menikah dengan seorang yang dduduk jauh dari sini.

Kehadiran kawan kawan tidak lah ramai tetapi meriah
wajah yang datang di ceriakan lagi dengan hadiah senaskah AlQuran dan rehal oleh ida dan nazer.
Sanak saudara, rakan dan jiran mereka datang berkunjung.

Aku melayang memandang hakikat dan gerak geri tuhan dalam majlis itu. Hati kami di gerakkan untuk berhimpun dalam satu majlis yang sederhana demi sebuah silaturahim. Yang datang jauh pun ada dekat pun ada, yang sibuk pun ada dan yang sederhana dan biasa pun ada. Bersatu dalam satu  majlis dan menjalin dalam satu ikatan.

Mahabbah
Akrabiiyyah
Barakah

sesama insan dan rakan taulan....memang jelas kelihatan dan berjaya

Meski sukar untuk bergerak sekarang sebab komitmen dan sakit serta uzur. Itu tidak jadi halangan. Dalam diam aku mengucap sejuta kesyukuran atas izinNya dan pertunjukNya kerana aku masih dipilih dalam kumpulan yang suka menjalinkan hubungan silarurahim sesama rakan.

Dalam diam aku ucapkan jutaan terima kasih pada kasihnya ida dan nazer kepada kami dengan juadah dan makanan yang enak serta senaskah alquran buat bekalan dunia dan akhirat

Dalam keriuhan itu juga aku nampak ceria diwajh kawan kawan yang datang dengan tulus ikhlas meraikan majlis ida nazer.

Dalam perjalanan aku terpikir..adalah ini antara Majlis Akhirku...?

Waalahuaklam

Tiada ulasan: