Khamis, 2 Jun 2016

Ramadhan oh ramdhan

SMSJ78

Selamat menyambut ramdhan al mubarak kepada semua rakan muslimin dan muslimat.

55 Ramdhan telah dan akan dilalui. Penuh dan pelbagai pengisian telah diisi. Ada antara kawan ku yang berfikiran jauh, semasa usia belasan tahun lagi mereka telah mengisi bulan yang barakah ini dengan pelbagai aktiviti yang menafaaat, solat malamnya, mengajinya, tazkirahnya, Alhamdulillah. Aku amat kagum dan bangga ada kawan seperti mereka.

Ramai kawan sekolah sains batch atas dan bawah serta sama batch, sampai kini tawaduk dan tinggi iltizamnya pada islam. Janggut Am mansur, md nor md ros, brahim ahmad, Norsyam seolah melambangkan perkara yang aku sebut itu. 

Aku? masih macam dulu...slow dan lambat bertindak.

Ramdhan umpama satu permaidani merah, yang eksklusif bagi kaum muslimin dan muslimat, dihamparkan dengan bilik penuh barakah, nyaman dan sejuk, enviroment yang penuh fasilitis diberi oleh Allah kepada kita, apa saja kita buat akan diganda kan ganjarannya, Even batuk pun diberikan pahala, tidor pun pahala, Apatah lagi kalau kita lakukan qiamulail, mengaji dan bersedekah, 
Kisahnya, semasa Nabi Allah Adam a.s. turun ke bumi, makanan yang dimakan didalam syurga mengenyangkan perutnya selama sebulan, Baginda tidak makan selama sebulan, menyesali akan keingkarannya kepada tuhan. Jika kita menjadikan bulan ramdhan ini bulan bertaubat seperti yang Nabi Adam lakukan pun ...sudah amat baik untuk kita.

Semoga kita berubah dalam bulan yang mulia ini dan anggaplah ini bulan rmadhan terakhir kita dan kita mungkin tidak akan jumpa lagi ramadhan yang akan datang.

Selamat menjalani ibadah dibulan yang mulia ini.

Selamat berpuasa

Yusof Mohamad

Tiada ulasan: