Selasa, 8 Mac 2016

Hujung denai kehidupan

SMSJ78

Ketika ini semua rakanku dan aku memasuki usia 55 tahun. Perkenalan kita telah berjalan dan berusia 42 tahun. Dewasa dan amat mantap. Lama dan amat kukuh. Logiknya. Tetapi ironinya tidak begitu,  tidak semua mempunyai persahabatan yang dewasa, mantap, lama dan kukuh.  itu tidak mengapa.

aku masih ingat ketika teksi yang membawa aku ke perkarangan asrama SSI di jalan tasik utara 42 tahun yang lalu. Aku bukan sahaja memulakan hidup baharu, aku bukan sahaja terpisah dengan emak dan abah serta adek adekku. Malahan aku sebenarnya telah dikeluarkan dari kepompong kemiskinan dan di letakkan di sebuah asrama yang membolehklan aku belajar dengan lebih selesa. Terpisah dengan kasih seorang ibu aku diselimuti ddengan kasih kawan kawan yang seangkatan denganku.
Terkeluar dari siksaan hidup miskin di kampung dan hinaan cercaan orang senang dikampung kini masuk pula dalam gelembung buih anak rantau yang sama miskin dan sama taraf denganku. Meski aku pada masa itu masih kecil, namun aku masih dapat rasakan satu iltizam dan satu semangat yang amat kuat auranya...untuk menebus kemiskinan keluarga dengan ilmu dan rasa gembira kerana terpilih antara yang terbaik di seluruh Johor ke sebuah sekolah berasrama penuh. 

Denai kehidupanku di alam remaja bermula disini.

Langkahku mula bertapak disini.

 1974

Aku tinggal di tingkat satu..tu tingkap yang terbuka tu atas huruf A, (Putera ) disebelah ku ialah Norahmad 1M2 dan Wak Januri 1M2. 

Itulah antara  kawanku yang awal aku kenali selepas Shukri Mutamim yang aku kenal semasa aku mendaftarkan diri. Aku tak ada kawan sama sekolah, aku tak kenal siapa. Aku sebatang kara. Dan aku tak rasa apa apa, dengan istilah sebatang kara itu sebab aku memang boleh bertahan dengan keadaan sebegitu. Pada aku itu biasa. 

Ditingkat itu sebenarnya aku pernah menangis bila teringat susahnya keadaan mak aku di kampung sana dan adek aku yang kecil yang masih di sekolah rendah.

Diasrama ini aku tinggal sepenggal namun aku tidak pernah lupa meskipun kini telah menjadi asrama puteri. Aku pernah melawatnya pada tahun 2005 bersama kawanku Azman.

Antara yang peristiwa yang paling aku ingat diasrma ini ialah........sambung

Tiada ulasan: