Khamis, 28 Januari 2016

Hujung Denai Kehidupan

SMSJ78

Salam petang

Sipnopsis

Ketika ini, hujan baru saja reda. Menyejukkan hari yang sekian lama dilanda panas. Bak kata perpatahm panas setahun hujan sehari, basah juga...Suasana sunyi kerana masing masing dengan dunia masing masing.... aku berhasrat menutup blog ini dengan sebauh novel bersiri bertajuk Hujung Denai Kehidupan. Dimana kalam kalam yang bakal aku tulis adalah dari hati sanubariku mengenai sebuah kehidupan bersama rakan sekolah sainsku yang aku sayangi...

Aku rumuskan sebuah kesimpulan bersifat dangkal kerana rumusan hanya berdasar pada pendapat diriku sahaja..jika un fair...maaflah.

Aku terjemahkan kenapa ianya berlaku berlandaskan pemikiran cetekku dan aku simpulkan ikatan dan leraikan kekusutan dalam fikiranku juga tidak signifikan sebab aku hanya icara dengan diriku sendiri

Selama aku menulis, aku kekadnag membuat persepsi negatif dan tidak wajar...ruangan ini aku gunakan untuk memohon ampun dan maaf...

Ini adalah antara titisan titisan karyaku yang terakhir....aku mungkin tidak lagi mampu menulis pada masa yang mendatang. Masa semakin cemburu, lambaian pepisahan semakin jelas dimataku. Aku mahu tidak mahu terpaksa menoktahkan blog ini dan menamatkannya disatu ketika di satu masa.

Sekian.
Kembara kelana

Tiada ulasan: