Jumaat, 9 Oktober 2015

Balasungkaawa : Habibah binti Abdullah dalam kenangan

SMSJ78

Asslammualaikum
Salam sejahtera
Salam sayang untuk pembaca




Habibah Abdullah
SMSJ- 1M2(74)-5M2(78)
Eksekutif Pentadbiran
Syarikat Air Johor
Bendahari Kooperasi
10.5.1961 = Rabu, 24 Zulkaedah 1380
hingga 2.10.2015=Jumaat ,18 ZulHijjah 1436

No.496 Blok 21, Felda Simpang Waha,
Kota Tinggi, Johor

Anak : 3
Cucu :6 nak masuk 7

Habibah, atau dikenali sebagai bib, telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat, 2.10.2015  jan 12.24 pagi. Akibat kompikasi jantung. Semoga di rahmati Allah akan ruhnya, Dan semoga ruhnya ditempatkan bersama para solehah dan di redhai oleh Nya. Insya Allah. Kepada ahli keluarganya, semoga diberikan kesabaran dan ketabahan dalam meneruskan kehidupan tanpa bib. Kepada kawan kawan dan rakan taulan yang masih dikurniakan nyawa..percayalah kita juga akan menyusul kerana mati itu adalah benar.

Wataknya riang, senyum sentiasa menguntum dibibir, mudah berbicara, boleh berada dimana situasi sekalipun, periang, menyegarkan pemikiran bila berbicara dan suasana jika ada bib. Boleh bergurau dan boleh menerima gurauan. Tak suka bergaduh,

Wajahnya juga penuh,  kulitnya putih melepak, tubuh badannya tegap dan penuh keyakinan. Bib memang berbakat menjadi pemimpin semulajadi, ada ketokohan, komited pada kerja, serius pada penyelesaian masalah dan juga pandai memujuk dan menasihat. paling penting...sangat boleh dipercayai. Berbakat memasak dan mengurus masakan berskala besar seperti kenduri kawin dan sebagainya.

Semua ciri diatas adalah dari sudut pandangan aku pada bib. Pendapat peribadi.

Aku mula mengenalinya semasa tingkatan 1, 1974 tetapi pertama kali mendengar suaranya ialah pada tahun 2009. 35 tahun selepas kenal baru berbicara, Suatu hari bibah telefon dan menjemput ke majlis perkahwinan anaknya, dia kata dia suka baca blog dan saja je call. Dia minta maaf kerana tak dapat hadir ke majlis reunion 2008 di kluang sebab tak tau...sejak itu persahabatan kami secara dua hala yang "sebenar" terjalin, yang dulu tu....kenal dari jauh je...

Habibah merupakan anak yang sulong, darah yang mengalir di tubuhnya campuran Bugis dan Jawa. Taukah kawan kawan siapa aruah bapa habibah? Aruah bapa habibah adalah seorang pengembara ilmu yang berada di Tanah Arab selama lebih 20 tahun...! Tahukah kawan kawan bib anak ke berapa? Bib anak yang sulong dan amat disayangi oleh aruah bapanya..ikuit citer bibah...lah
dan bib sangat caring dan pandai memasak. Selepas SPM Bibah korbankan semua peluang masa depannya sebab ketika lepas SPM bibah berdepan dengan krisis kepimpinan dan tanggung jawab, mak sakit, ayahnya pun sakit, dia anak yang sulong, adek adeknya semua sedang belajar dan memerlukan bantuan kewangan. Bibah bercerita...aku ikat perut aku, aku makan sekali saja, dan duit ditangan hanya untuk tambang, asal adek adek aku sekolah sop...aku ok. Demikian pengorbanan bibah dalam usia yang sangat muda untuk keluarganya, bibah pernah disebab itu lah bibah sangat disayangi oleh semua adek beradek dan ibu bapanya.

Dari kerja kilang, bib bekerja sebagai penmbantu pentadbir di JPN Johor kemudian berpindah ke SAJ dan berkakhir sebagai Eksekutif Pentadbiran di SAJ. Aruah juga pernah mendapat tawaran masuk maktab perguruan....

Kisah Ikan patin buah

Sepatutnya aku ke Kota Tinggi dan berjumpa dengan aruah pada 25.92015 iaitu seminggu sebelum bib pergi, untuk mengambil kereta anak yang kemalangan tempuh hari, tetapi tak jadi sebab kereta tersebut perlu masuk ke puspakom dahulu. Dan bib pun dah kata hujung minggu dia tak ade, dia pergi berubat di melaka. Terakhir aku call dia pada 28.9.2015 jam 12.32 ptg dan tak lama sebab bib tak sehat, kemudian kami ber wasup

bib: Jumaat sabtu..bukak ( maksudnya bengkel kereta tu buka pada jumaat dan sabtu|)
aku; ok , bib, aku pergi jumaat ptg, tidor sebab sampai malam dan sabtu aku  ambik kereta
bib: sabtu aku tak de kat rumah tau...mcm biasa berubat
Bib: patin buah ada tak?
Aku: lom ada lagi, susah dapat, tapi nanti aku bawak kalau ada
Bib: ok, kad tng aku tinggalkan kat guard, nanti aku beritau kat guard ( kad tounch n go anak aku yang diambik dalam kereta )

Permintaan terakhir bib pada aku ialah nak makan patin buah, aku mesej ke adik ipar aku yang memang kerja menangkap ikan yang aku nak patin buah, kalau meeka dapat, aku nak bawak untuk aruah. Bila kami nak bertolak ( hari Jumaat 2.10.2015) malam tu jam 12.30  lebih kurang dapat mesej yang bib dah pergi buat selamanya. Menggigil tangan aku memabaca wasup dari group dan lebih sedih bila aku melihat ikan patin buah yang dia inginkan tu. Isteriku kata nak bawa ke...aku cakap tak payah, nanti lagi sedih keluarga bibah bila tengok ikan tu nanti. Sepanjang perjalanan aku banyak bermenung panjang dan sekali sekala bercerita tentang kebaikan dan kehebatan aruah bibah pada isteriku dan anak menantuku. bagiaman bibah nak datang jugak kenduri ana walaupun sakit dan jauh. bibah nak datang  juga reunion kelas 5M78 di parit raja, dan mengambil masa memujuk suaminya, aku membelikan jam dinding untuk bibah dalam reunion tu sebagai kenangan sebab aku tau bibah memang menunggu masa...sebab dia tak sehat. Aku cerita dia ada satu sikap yang sangat baik untuk dicontohi..iaitu suka menolong orang, tak kira apa keadaan dia dia tetap positif dalam menolong orang. Last aku jumpa bibah pada raya puasa yang kedua di hospital kotatinggi semasa anak aku kemalangan. Masih bergurau dan ketawa..( tu memang tag line bibah)

Hari Sabtu-Tangisan

Aku tidor dimersing dan pada pukul 9.30 aku sampai kerumah aruah, sebaik sahaja aku sampai ke rumah bib, terus abang memelok aku

sop....bibah dah tinggalkan abg sop
bib dah pergi dulu...tangis abang di telingaku
sabar bang...sabar
sop....huhuhuhu  abg duk sorang sop...

lama abg berpeluk dan menangis dalam dakapan aku, aku biarkan sebab aku tau abang sedang meluarhkan rasa sedihnya...aku pon menangis juga begitu juga isteri dan anak aku serta anaknya, aku terus saja duduk dan memulakan tahlil ringkas untuk aruah, alhamdulillah dengan ayat suci alquran dan zikir itu meredakan semua perasaan didalam rumah aruah bib. Selepas doa kami mendengar kisah detik detik akhir sebelum aruah pergi, pesanannya, tingkahlakunya dan harapannya pada anak anak. Mereka bercerita, along angah adek, abang dan aku mendengarnya dengan penuh kyusuk.

sambung....aku sebak...




Tiada ulasan: