Rabu, 28 Januari 2015

Taksonomi Cinta : Lagu Dari Kamar

SMSJ78

Assalammmualaikum
Salam Sayang satu batch
Salam Sajohan
Salam sejahtera pada pembaca


Memang sibuk. Kerja tak berenti-renti. Keluar rumah pukul 7.00 pagi balik pukul 7.00 petang. Pelbagai bidang, lokasi, aras, kategori aku dah lalui. Mengumpul pengalaman yang berharga untuk menjadi seorang yang knowledgeable, berkemahiran tinggi dan bersahsiah baik. Aku nak repair imej dan reputasi yang pernah tercalar. Dalam masa yang sama aku tak pernah lupa pada blog batch 1978 ini. Ada seorang kawan tulis....

usop....smsj ni terlalu signifikan dalam hidup u ...yer...sampai begitu banyak sekali kisah di smsj yang u tuliskan

Tidak kurang juga yang membaca secara diam diam ...tak komen tetapi menjadi peminat setia blog ini, tiba tiba kawan aku cakap

....sop..kenapa ko tak tulis lagi...aku baca hari hari blog kau...frust aku sebab tak ada entri baru....

ada yang wasup ada yang email dan ada juga bercakap melalui telefon. Aku rasa gembira dan excited nak menulis lagi, walau pun aku tau, tulisan aku ni tak lah sehebat mana pun...berbanding dengan rakan rakan.

ok ok...tajuk hari ni.... :

Lagu dalam kamar.

Lagu ni di nyanyikan oleh Norkumalasari.
...rambut panjang, mata cantik....lagu ni simple je tau tapi sangat puitis pada aku....lagu ni menggambarkan satu perasaan yang tersimpan dan tersirat. Malu nak luahkan. Menanti dan sedia memberikan komitmen jika jelas orang itu memang ada hati padanya.

Memang begitu lah pihak yang menunggu...

Orang perempuan terutamanya

Lirik: Lagu dari Kamar:

dari kamar ini
ku memandang keluar
suasana sepi
seakan mencabar

mengapa pemgucapan 
tidak dilahirkan
seandainya berhadapan
mudahku tafsirkan

sepi mengajakku
renungi lembaranmu
ku ulang membaca
surat bermakna

indah bahasamu
tersusun kata kata
kau berkias mencuri hati
didalam seni

aku pun mencuba
menciptakan madah
sayang bagai ada yang tak kena
ku mencuba lagi
menulis puisi
ku sendiri
tak mengerti
 
dari kamar ini
ku memandang keluar
suasana sepi
seakan mencabar

Sepi mengajarku
menulis surat rindu
sebarisan ayat yang mudah
kaulah yang kucinta

Dan aku di sekolah sain dulu....bertindak macam seorang prempuan....menunggu dan menunggu
 dah..mana nak dapat. hahahaha



Aku masa tu seorang remaja, yang sentiasa serba salah... Aku nak juga ada adek angkat, akak angkat yang lagi penting aku juga nak seorang yang aku kasih dan dia mengasihi aku. Yang aku hairan macamana kawan kawan aku satu kelas dapat kakak angkat....cukup hairan. Mudah je. Mungkin aku ni memendam saja perasaanku tak luahkan...dah macamana dia orang nak tau...hahahahaha

Kawan satu batch pun ada juga, yang menawan hati...kalau dapat kawan ..boleh lah masa cuti cuti main surat...atau jalan jalan rumah....Tapi sejarah menunjukkan aku gagal

Aku gagal...sebab, barangkali silapnya aku ni termasuk kumpulan yang dia orang jauhi....dia orang takut. Dia tak suka di sorak di ejek atau berhadapan dengan remaja brutal macam aku dan kawan kawan aku ni. Tulah sapa suruh nakal nakal. Tapi ada juga kawan aku yang nakal ada awek? Pening...ahhh

Junior pun ramai yang lawa lawa. Teringin juga aku nak melamar ambik sorang jadi adik angkat...tapi isshhh...tak berapa gamak...ganggu dia orang...lagi pun macam ada sedikit perebutan dengan senior ..tu yang tak berapa berkenan nak bersaing tu. Sebab seorang perempuan tak kan nak bergaduh satu bilik. Rasa nak, tapi  malu, rasa hendak tapi takut, rasa nak tapi tak terdaya nak menulis, bercakap atau apatah lagi mendekati....akhirnya melepaslah...

Dalam ramai ramai tu memang ada seorang yang berkenan di hati...putih, senyumnya cantik dan aku tengok dia ni macam luar biasa sikit. Sebab hati aku seolah dapat merasakan ada persamaan dengan aku ..cehwah... berangan lagi....hahahaha....andaian aku jer tu...dari aku cuma dapat memerhati sahaja dan simpan dalam hati hingga sekarang.....

Suatu hari......sambung..hahahaha ( sebenarnya tak ada idea dah....)



Tiada ulasan: