Khamis, 8 Januari 2015

Salam 2015

SMSJ78

Assalammualaikum Salam keagamaan sesama islam
Salam sejahtera salam persaudaraan sesama bangsa Malaysia
Salam sayang 1 batch..of coz, batch 1978 SMSJ
Salam Hormat untuk pembaca yang juga membaca blog ini

2014 , Tahun yang penuh dengan kisah pahit dan manis telah meninggalkan kita, kita lalui walau dengan apa cara sekali pun. pelbagai memori terpahat sudah menjadi sejarah di dada lembaran 2014. Kita harungi juga, sebab kehidupan mesti diteruskan, susah payah sudah menjadi asam garam hidup kita. 2014 juga menggamit memori indah dan nostalgia, reunuion kelas M pada 4 hari raya di Parit Raja, Reunion gegirls di Shah Alam, dan gathering di rumah rumah rakan kita di Majlis Walimatulurus. Alhamdulillah.

2015 menjelma dan terus menyapa kita dengan acara ' pembersihan ' dari anasir air di 5 buah negeri. Banjir melanda rakan kita disana, ada yang terperangkap banjir ada yang di timpa musibah dan ada juga yang menjaga pusat serta menjadi sukarelawan. Negeri negeri Kelantan, Trengganu, Pahang, Perak dan Johor terutamanya. Tidak lama lagi nanti ialah perlaksaan GST pada  April dan menghadapi krisis kemarau fenomena el nino . Mudahan mudah kita terselamat dan sejahtera.

Usia kita diheret ke angka 54 tahun dan kalau dulu, pada umur 55 tahun kita akanm bersara, berehat bersama anak cucu. Namun kini kita kelihatan masih gagah bekerja menguruskan keluarga, Yang mana anak dah besar agak lega sedikit, macam aku anmak 6, sekolah rendah pun ada lagi..masih kelihatan macam tak ada apa apa pada usia 54 tahun ini. Pada aku, masih baru lagi kerja, masih baru lagi berkenalan dan bersahabat. Aku tak sedar rupanya dah lebih setengah abad aku menduduki maya pada ini dan masih bertungkus lumus lagi menguruskan keluarga. Ya Allah....

Masa berlalu sangat pantas dan tak terasa dari minggu ke minggu. Sekejab je. Kalau alpa dan tidak waspada memang kita akan kelalaian dan sesuangguhnya nimat senang dan nimat masa lapang adalah nikmat yang menguji kita. Kerana di waktu itulah kita lalai dan kurang waspada.

Aku doakan semua rakan batch kita khasnya dan sajohan amnya agar dapat mengurus masa dengan manafaat dan berjaya. Kepada yang telah pergi, sesamalah kita doakan agar ruh mereka di rahmati Allah, kepada yang bakal menerima orang baru seperti cucu dan menantu selamat menerima cucu dan menantu semoga hidup lebih ceria dan bahgia. Kepada yang bujang....lekas lekas lah kawin, bukan untuk seks sangat  tetapi atleasts ada lah teman bersembang dikala sunyi. Kepada yang ada terpikir nak kawin lagi tu, aku nasihatkan ..janganlah....sebab waktu macam ni elok kita fikirkan untuk ke akhirat disana,...tak dan dah..kita ada kira kira 9 tahun je lagi untuk menyamai usia Nabi. Masa sangat suntuk untuk cover salah dan dosa. Tapi dah kalau dah nak sangat...silalah....nak buat camanakan.  

Kepada semua selamat menyambut 2015 yang telah pun sampai dan semoga semua kita dapat berjumpa dalam satu majlis yang meriah dan tentunya kitaq dah macam dulu dulu....kita lebih akrab dan saling menerima. Tiada lagi gap antar E dan M tiada lagi renggangan antara gender dan lebih saling hormat menghormati antara satu sama lain. Jangan lupa rumah aku 13 Mac 2015 Ahad di Dewan SMK Datuk Bahaman, Majlis walimatul urus anak ke dua aku. Semua di jemput, Sajohan dan kawan kawan semua.

Salam


1 ulasan:

Al-Manar berkata...

Apa SMSJ?

Salaam hormat.

Saya tiba tanpa diundang. Saya tertanya Tanya siapa punya blog ini. Penulisannya seronok dibaca.

Pakcik almanar