Jumaat, 2 Januari 2015

Lamunan petang

SMSJ78

Assallammualaikum
Salam sejahtera
Salam sayang sesama batch
Salam hormat pd pembaca




Perrjalanan kehidupan yg dilalui ternyata bukan mudah. Kerikil bebatuan, kepanasan mentari, kedinginan hawa, kelaparan kemiskinan, tekanan duniawi, ketiadaaan peri kemanusiaan serta pelbagai ranjau dan onak di tempuh. Diterjang. Diharungi. Ditahan sekuat jiwa yg ada.

Semua itu sedikit demi sedikit mmbentuk jiwa kental. Mmbina semangat waja. Membangun minda cekal.

Tidak pernah terpikir natijah yg tuhan sediakan kini. Tidak pernah. Disaat kehampaan telah mula mnjelma. Disitulah bermulanya harapan baru. Di saat harapan musnah. Disitulah berita gembira muncul.

Tidak pernah tergambar impian yg membesar dan meretak. Brrderai dan mndebu. Boleh di hidup dgn satu sentuhan takdir. Dgn satu ketentuan sunnahtullah.

Kerikil bebatuan di masa kecil yg sukar. Direntas hingga berdarah kaki kaki kecil. Kematu dan berdarah lagi. Luka baru diatas luka lama. Dihujungnya tuhan anugerah dirinya ke asrama penuh. Yg baru yg lengkap. Hingga kerikil mnjadi karpet merah utk seorang anak kampung. Hingga anak kampung terlupa diri.

Kepanasan mentari jiwa remaja merosakkan minda dan semangat. Bila hajat x sampai dan yg mnggunung tinggi diakhiri dgn berkecai mnjadi debu. Terparut lama tanpa intervensi. Sgt dlm. Berdarah hidup. Hingga bungkam memendam rasa. Terganti juga. Hidup brrdenyut pada sentuhan takdir 4 dekad kemudian.

Kedinginan hawa dan pawana hidup. Hambar x bersemi. Keciwa demi keciwa. Sedih demi sedih. Sendu sedan air mata. Tuhan ganti dgn pelbagai gaya dan cara. 

Tekanan dunia yg kejam. Miskin x beharta. Kurang layak bersama sama. Terhina dimata manusia. Tiada ijazah. X layak berbicara. Tak sama tinggi masa berdiri. Tak sama rendah masa duduk. Tuhan ganti melebihi dari yg menghina.

 Ketiadaan peri kemanusiaan oleh org yg patut mndidik. Mnjadi tembuk sempadan dalam diri agar aku kalau besar kelak jgn jd begitu. Membentuk jiwa penyayang dan penuh kasih. Namun tegas tetap ada. Tetap. Sbb dididik cara keras. Tuhan terbalikkan utk pembentukan jiwa yg lebih fleksibel dan ideal

Ranjau situasi. Onak masa. Ranjau kerjaya. Onak keluarga silih berganti...saling membenntuk jiwa. Hingga mnjadi cukup dewasa. Cukup cukup dewasa.

 Aku trjaga dari lamunan. Aku bersyukur pd tuhan. Aku redha pd ketentuan. Hak aku aku pertahankan. Hak org aku doakan.

Salam penuh kehormatan
Kembara kelana

Tiada ulasan: