Isnin, 26 Januari 2015

kekasih lama

Assalammualaikum
Salam Sayang satu Batch
aslam hormat untuk Sajohan
Salam sejahtera untuk pembaca blog



Kita hampir sebaya, kalau tua pun si Am tulah..1.1.61 atau yang muda Norsyam. Namun bolehlah dikatakan hampir sebaya. Masa telah mengheret kita ke angka 54 tahun , next year 55  Semoga panjang umur, murah rezeki dan ditingkatkan iman] Usia kita mula mengajak bersama sang uban, ada yang kena dirambut, misai, janggut atau kening...[ kat ketiak pun ada sikit sikit..hahahaha, maaf berseloroh je..]

Usia kita menarik kita kesatu sudut slow and steady...tak gopoh sangat dan agak sabar dan banyak memerhati dan berfikir. Namun jangan lupa, usia kita menjadikan kita seorang yang suka kembali mengingat kawan lama dan kisah lama...sebab tu orang tua tua suka bercerita kisah zaman jepun, zaman perang, zaman dia susah...untuk ditinggalkan cerita itu kepada anak cucu....ok.

Baru baru ini aku ada mendengar keluhan hati seorang kawan semasa aku bermesyuarat di Kuala Trengganu...Dia menceritakan kisah dirinya dan delima dirinya...aku juga terjebak ditengah tengah antara kawan aku, kekasih lamanya dan isterinya....jadi..fokus aku ialah kehadiran "kekasih lama"...

Kekasih lama ialah sesaorang yang pernah kita kasih...samada berbalas atau tidak...gelap atau terang...Kekasih yang pernah mencuit dan menggeletek hati kita masa remaja atau masa kita muda muda dulu...kalau dah nama cinta tu...berhati hatilah jawabnya, jangan dibawak bergurau....bahaya.

Mujur masa di SMSJ dulu aku tak ada kekasih lama, kalau ada yang teringin pun aku lebih ...syok sendiri. Tu Tak pe..sebab dia tak tau pun...aku anggap sebagai dugaan pada hati remaja saja.

Namun ada kawan kita yang  dapat perhatian , sampai tahap cikgu pun nak ke dia. Senior kita menaruh harapan padanya. Rakan sebaya pun ada malah junior pun ada yang dapat tackle awek batch kita...

Junior dapat batch kita?
Ni yang paling aku rasa tercabar...sbb aku gagal meyakinkan ...hahahahaha

Blog adalah satu bacaan umum, maka aku tidak nak menulis mana mana watak dan nama, walaupun aku tau sebab nanti mungkiin akan disalah tafsirkan.

Andainya, masa dapat diundur
kita kembali remaja..tingkatan 4
kita semua dara dan teruna

aku rasa memang aku luahkan hatiku padanya, hahahahahahaha
dan barangkali dia sedang berada di dalam istana ku sekarang
syoknya berangan....

[ dan bukan aku sorang.....ramai lagi begitu hehehehehehehe]

Sini dulu...aku repost balik artikal lama dengan pengubahsuaian....
dalam sibuk pun aku post jugak, usik usik





Salam Sayang  Satu Batch



19 ulasan:

g berkata...

usop ni memang pandai cari pasal. dengar ni

mulut kata : sop, aku tak campur, surrender angkat dua tangan.

hati kata : kena dengar lagu duhai hati nyanyian ina naim.

logik kata : *+$x%-# = ini tak boleh jadi.

spiritus kata : yang ada inilah yang terbaik.

... berkata...

pendekkan kata, jgn bermain api... btl tak KK?

sha'ri berkata...

tersenyum aku sorang diri kat ofis membaca entri usop yang nampak macam satu peringatan begitu serius dan penuh wisdom. Aku 'could not agree more', maknanya apa yang usop utarakan kebarangklaian (probability) untuk berlaku 99.9999%. So, jangan main api... jangan nyalakan api .... bara masih membara. Bubuhlah air untuk padamkan bara itu... Air oren pun boleh.

g berkata...

highly significant at p=0.000001 gitu

kembara kelana berkata...

gi gee...lama kau tak muncul dalam komen...hehehehehe,saja jer mintak pendapat kawan kawan

teja
sekadara pesanan dari kawan kepada kawan

shaari
betul ri, jangan main api...ok, tu yang terbaik...

mimbar
kekasih baru, belum lagi..tu entri akan datang...

fatie mesti komen punya dia tengah kalut tu...zie, alimah, azida, bagio,putrawaja..dll...berikan pendapat anda...

fati berkata...

Hah...baru aku dapat duduk sat....
Apa ? Kekasih lama? Bukan aku yg takut rasanya, depa tu yg takut...heheheh, takkanlah dah tua-tua ni ada yg nak lagi kot kalau dok contact pun....mamai apa?

sha'ri berkata...

g,
extremely significant. The event of it not happening is only 0.00001 Bayangkan. Maknanya With certainty it will happen, ... statistically lah... saje je..

kembara kelana berkata...

kes 1
cikgu ditinggalkan oleh suaminya kerana berjumpa kekasih lama...yang peliknya, dah ada anak pinak, bebudak dah besar...dan isterinya jauh lebih lawa dan bergaya dari kekasih lamanya tu

kes 2
pegawai JPN..cukup lovely dgn istrinya, ulang alik kl mesyuarat..jumpa kekasih lama nya belum kawin dan jadi pensy kat u.. cinta lama berputik kembali...dia kawin dan isteri pertamanya lari dari rumah

bahaya nya kekasih lama amat ketara.. puhhh bahayanya...mujur aku tak ada kekasih lama..

zaijb berkata...

Memang bahaya pun kalau dlm hati masih ada perasaan tue kat kekasih lama....
tapi kk kata, kk tak ada kekasih lama, betul ke??? hehehe macam tak caya jeeee... bukan ke namanyeee ehem..ehemm... opss..tersasul lak hehehe... tutttt...

pakroslan berkata...

Asam kecut memang lebih manis dari asam keping tapi malangnya asam kecut cuma boleh dihisap sedangkan asam keping adalah segalanya dalam makanan kita..

kembara kelana berkata...

falsafah asam pulak oleh bagio.. asam keping banyak kedutnya, bagio, asam kecut? banyak kedut jugak...pening pening... bagio ni ada jer..

fati berkata...

Asam jawa jugak yg tak kecut dan kedut....heheheh

sha'ri berkata...

bagio, kau nak datang tak esok MG kat kolam kimin. Tolong bawak asam keping sekali.

Citera Alam berkata...

Cakap Usop tu saya sokong 100 % . Kalau dah dalam hati ada cinta , memang sukar dipadam tetapi di luar hati usahakan supaya cinta itu padam . Sayangi apa yang di depan mata sebab mereka lebih bermakna pada hari ini . Lagipun kita dah 48 tahun , ada status tertentu dalam organisasi , ramai orang kenal kita ,takkan nak korbankan imej kita dengan cerita anak remaja itu . Buat malu aje .

sha'ri berkata...

aku setuju citra alam, 100 percent.

hafizah berkata...

Thrill agaknye. Curi2,sorok2. Curious juga nak tau, "What if jadi dulu....????" Cari PENYAKITlah tu!!!
"Thriller" Michael Jackson dah meninggal ashik putar kat radio je.

kembara kelana berkata...

demikianlah kisah kekasih lama, dan terima kasih kepada respon kawan kawan, saja nak sembang sembang kisah dicelah celah kehidupan kita...tak ada kena mengena pada yang hidup atau yang mati... maaf kalau ada hati yang terusik dan tercili dimana mana... bukan itu tujuan ku, ini hanyalah satu komentar saja
salam

iss berkata...

Kelihatan nya saya asyik tertinggal komuter ke KL ya Sop..
tak paa... nak tompang sebelah kaki juga.

Boss terhampir saya, mengambil lafaz AKAD utk yg ke2 kali nya, pada usia 52, selepas yg No1 telah menghadiahkan keapadanya 10 BIN & BINTI. No1 ada segalanya, termasuk jawatan (masih kekal no1 hingga kini). Tanya saya, dimana kurangnya... & apa alasan.
Jawapan yg saya terima.. yang ini segalanya memenuhi jiwa nya... memBAHAGIAkan saya...
Kesimpulan saya,
walau 'Asam dilaut, ikan didarat'
walau 'asam keping, asam kecut atau asam jawa'
walau kekasih lama atau no2
Ia nya berbeza entiti..
kita kena terima hakikat bahawa;
Rezeki & jodoh telah tercatat sedemikian..sejak sekian lama. kan baik jika lebih terbuka... yang tidak menyakitkan.
Pertelingkahan, disitulah tercatat pahala @ sebaliknya. Ia adalah untuk menguji kekuatan diri.
Maka, ambil lah yang terbaik.

kembara kelana berkata...

posting lama....nanti jumpa lagi
tapi ada ubah suai sikit