Sabtu, 31 Januari 2015

Aku dan Rostam

SMSJ78

Assalammualaikum
Salam sayang satu batch
Salam hormat untuk sajohan
salam sejahtera untuk pembaca

 kembara kehidupan seolah seperti jalan yang berkabus


 Di Bandar lama Rompin...aku di sini selama berbelas tahun


 Semasa SPM..hanya batch kita sahaja di surau
semua dah insaf, berkopiah, songkok dan sarban...aku masih tak dapat hidayah
duk jauh dari jemaah...apalah aku ni ek...


 Aku dah tak kenal untuk perkenalkan ..mungkin sukimin boleh menolong


 Fokus entri aku....rostam mohamad

Akhirnya aku dapat bersembang dengan seorang kawan lama aku, satu batch dan satu bilik semasa sekolah dulu. Namanya Rostam Mohamad, 

Rostam ni budak kelas 5E2 kalau tak silap, seorang yang sederhana, tidak terlalu riuh dan tidak terlalu pendiam, dia sering memerhati dan mengambil tindakan jika dia rasakan perlu, yang aku ingat sangat kami mempunyai nama bapa yang sama. Rostam ni mulanya duk Batu Pahat kemudian pindah ke JB, mungkin family dia orang kerajaan yang kerjanya berpindah randah jika perlu. 

Selepas berpisah Rostam antara kawan kawan yang sentiasa aku ingat dan tak lekang di ingatan, sesama nakal, sesama beroperasi di kedai Mr Pang, sesama ketawa bila bergurau di bilek dan syyyhhh sesama merokok kalau ada masa free yang agak terluang.

Rostam juga seorang cikgu satu ketika dahulu, dia mengajar di MRSM Muo selama beberapa tahun dan Rostam juga seorang yang berjiwa adventure. Dia suka pada hutan, alam semula jadi , penerokaan dan ketika Said Ahmad mengesan dimana Rostam, rupanya Rostam ketika itu seorang ahli koperat yang mengurus membuka hotel,chalet dll yang berkaitan dengannya. Rostam kini di Perak dan lokasi kerjanya di Lebuh Raya Timur Barat, menurut ceritanya, sesiapa yang melalui Jeli hala ke Grik...selepas dua jambatan nampak kem askar boleh hello dia sebab resort yang di jaga ada di atas bukit sebelah kiri lebuhraya itu

Rostam ada 6 orang anak dan semua dah dewasa macam kita. Aku cuba bayangkan wajahnya ketika ini sebab rostam yang dulu semasa 1978 adalah antara murid yang hensem semasa sekolah, penampilannya yang kemas dan senyumnya sangat ikhlas sebagai seorang kawan. Anaknya ada di UiTM Jengka dan mungkin otw nak mengambil anak nya nanti aku dapat bersua muka

Rostam...kawan baik..aku...Sama kepala dan memang tak sedar masa dah berlalu, apapun aku doakan rostam dan familynya di rahmati Allah sentiasa
Rostam jua selalu ke taiping Perak..maklumlah orang business...

Semoga aku dapat bersua muka dan bersembang lama dengan Rostam satu ketika nanti
Moga Rostam sehat dan selamat dunia dan akhirat.
Amin

Yusof Mohamad




Tiada ulasan: