Khamis, 17 Julai 2014

Gathering Aliran Melayu SMSJ 74-78 (GAMES 74-78)

Satu majlis pertemuan semula bekas pelajar-pelajar kohort 1974-78 Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang akan diadakan di dewan orang ramai Parit Raja.

Idea ni datang secara spontan sebaik sahaja group whass app di tubuhkan oleh Sukimin (5M1)

Walaupun kita pernah reunion pada 13 12 2008 itu hari...tetapi, terasa macam tak puas hati...ramai yang masih tak dapat berjumpa. Jadi idea ni memang amat tepat sekali

Selamat berjumpa...post ni kimin buat separuh ...aku buat separuh...sebab tiba tiba kami serentak menghantar idea ini ke blog...sorri

YBM

Selasa, 8 Julai 2014

Singkat Indah dan Bermakna

SMSJ78




Kehidupan ini satu durasi masa yang sangat singkat, sangat indah dan juga sangat bermakna. Kehidupan juga satu peluang yang diberikan oleh Jalla waazza kepada kita untuk digunakan oleh manusia yang mengaku sebagai hambaNya berbakti kepadaNya dengan ayat yang mudah penuh bermakna, dari Allah kamu datang, kepada Allah kamu akan di kembalikan.

Sedang sedar tidak sedar sudah 53 tahun aku mengharungi kehidupan ini. Bila di katakan sedar tidak sedar, maka itulah yang dimaksudkan singkat. Masa berlalu begitu pantas. Sedang diri ghalib mengurus kepelbagaian perkara yang mendatang.

Diberikan peluang mengembara, berkelana, menziarahi pelusuk dunia, atau melihat variasi kehidupan orang lain, panorama flora dan fauna berkenalan bemesra, berkasih kasihan membelai dan dibelai, mengharap dan diharap...ini menjadikan kehidupan yang singkat itu amat indah sekali.

Sedangkan disebalik masa yang picit, disebalik keindahan  yang dicerna, itulah makna kehidupan. Pertemuan yang bermakna akan ada perpisahan. Berkasih yang sebenarnya adalah satu kebencian yang terselubung, belaian yang boleh bertukar kepada mendamba rindu, tiada harapan yang sebenarnya membuahkan harapan baru....memang memberikan makna yang mendalam jika di amati dan di perhati penuh jiwa. Inilah yang bermaksud kehidupan itu sangat bermakna.

Berkata bijak pandai in life, you'll realize that there is a purpose for everybody you meet. Some are there to TEST you, Some will USE you. Some will TEACH you and some will bring out the BEST in you.

 Baru baru ini ada mesej datang kepadaku mengatakan dia suka membaca tulisan aku dalam blog. Kenapa berenti menulis? Aku jadi macam teruja pun ada..macam dihargai pun ada,...rupanya ada juga peminat. Dan menarik lagi dia memotivasikan aku...u memang ada bakat menulis...lagilah teruja...hahahahaha...perasan. Jadi kawan aku tu.....test? Use? Teach? No...pada aku dia sincere pada aku....insya allah aku akan menulis dalam blog ni tetapi sekali sekala...

Baru-baru ini jambatan yang terputus sekian lama, tersambung kembali, kekeruhan sekian lama akhirnya ditawaskan menjadi jernih dan itu kehidupan...Singkat, Indah dan Penuh Makna.

Salam
Kembara Kelana
KK