Isnin, 10 November 2014

Mencari Kebahgiaan : Bermula kembara kehidupan

SMSJ78

Assalammualaikum
Salam sayang satu batch
Salam Sejahtera un semua sajohan
dan pembaca



Apabila kita menerima musibah, bukanlah itu berakhirnya hidup kita dan sunia kita. Itu semua sebenarnya baru sahaja bermula satu titik ke arah satu destinasi yang lebih hebat. Islam tertegak diatas darah para syuhada', Negara yang hancur lebuh akibat peperangan boleh kembali membangun sebagai kuasa dunia.

Alhamdulillah 1979 aku mula mengenali dengan sebenar siapa aku, mengenali diri dengan usaha sendiri bukan dengan bantuan kaunselor atau sebagainya. Penyingkiran aku dari terus bersama dengan Sajohan , rakanku, sahabatku, kawan sekatil, sebantalku selama hampir 6 tahun adalah hadiah paling bernilai untuk aku reset minda dan tingkatkan potensi diriku sebenarnya. Walaupun penerimaan aku di peringkat permulaan di SDAD Muar pada mulanya amat pahit dan getir, tetapi beberapa bulan selepas itu aku kembali normal. Kehidupan mesti diteruskan. Kisah pahit itu aku jadikan sempadan, kisah yang baik aku jadikan tauladan.

Bermulalah kembara kehidupanku di Sekolah Menengah Datok Seri Amar Diraja, Muar. Sebuah sekolah yang premier dan ditubuhkan sejak 1964. Aku kembali ke Sekolah kampungku. Sekolah dimana abang aku belajar. Kawan kawan sama sekolah rendahku pun ada disitu. Pelajar dari Segamat , Pontian dan lain daerah yang ingin meneruskan sekolah tingkatan 6 aliran sains, pilihan yang ada di sekolah biasa...salah satunya ialah di SDAD

Aku berjumpa ramai kawan sama sekolah aku yang dulu umur 12 tahun kini umur 18 tahun dan 19 tahun. Aku berazam akan belajar bersungguh sungguh agar aku dapat bertemu semula kawan sajohanku di mana mana universiti satu masa nanti. Satu ketika nanti. Aku memang berkobar kobar dan bersemangat untuk membuktikan diriku ini adalah antara pelajar yang baik dan tidaklah seteruk yang digambarkan dari penyingkiran aku dari Akademi Sek Sains itu.

Masa pantas berlalu. Walaupun aku berbasikal kesekolah...dulunya aku hanya perlu berjalan kaki, Tetapi amat menyeronokkan, Aku boleh ke Tanjung Emas, Tanjung ketapang, aku boleh nyingkah kedai, supermarket, aku boleh kesurau masjid mana yang aku suka. Aku juga datang kesekolah pada waktu malam sebab Perpustakaan dibuka hingga pukul 10 malam. Kebebasan yang hilang di SMSJ aku dapat semula. Dalam masa 4 bulan kesedihan aku terubat dengan kehadiran rakan baru yang amata baik dan pemurah.

Aku juga mula mendapat tempat di SDAD, menjadi Pengawas,. Ketua Asrama, Ketua Rumah Sukan, Ketua Pasukan Pantun sekolah, Pemidato terbaik dan pelbagai jawatan lagi. Namaku mula menambat hati kepimpinan sekolah dan mewakili sekolah dalam kursus bina semangat yang pertama di adakan di Out Bond Schools (OBS) Pusat Bina Semangat di Mersing.

Pengembaraan kehidupan aku pun bermula. Hubungan lelaki dan perempuan di SDAD amat berbeza di SMSJ, mereka duduk berkumpulan, ketawa macam adek beradek, tak ada beza gender yang ketara dan aku yang menjadi macam kera sumbang. Tak reti nak kawan dengan gegirls sebab otak aku di bodohkan oleh enviroment SMSJ yang dangkal itu. Hubungan antara race..antara bangsa cina india dan melayu pun amat rapat dan baik. Mereka any time bole tunjuk ajar bab matematik Prinsipal Matematik Mekanik yang susah itu...senyum je mereka mengajar aku....ya Allah bertuahnya aku pindah kesini...

Inilah hikmahnya.

Peperiksaan akhir tahun 1979 aku antara 10 pelajar terbaik kelas aliran sains. Dan aku mula nampak sinar yang bahgia, Moga hajatku untuk ke Universiti Malaya pada tahun 1980 akan tercapai hendaknya.

Itulah impianku.

Ketika itu lagu Sudirman dengan album Anak Desa nya mula dimainkan. Berteman lagu itu aku mengelamun seorang diri. Teringat SMSJ. Sekolah yang memang sangat signifikan dalam hidup aku

Senja berulang rindu

Senja berulang rindu
Dan kusebut namamu
Dalam suara yang bisu
engkau kah itu

Dan ku ulang kembali
Sewaktu dalam sunyi
Nyanyian kata hati
Rindukah itu

Biarkan kemesraan berlalu
Bersama kesunyian yang padu
Akan ku sebut namamu selalu
Namun ada rindu yang lebih dari itu

Kasih dimana janji
Dan kau teruskah lari
dariku yang menanti
Rindukah itu

lagu ni lagu yang sentiasa dibibirku semasa 1979 dan aku terus ingat senikatanya iramanya hingga kini dan ini adalah lagu penuh kenangan untuk diriku dalam memulakan kembara kehidupan....1979 menutup tirai dan bermulalah 1980...

Salam jumpa lagi



Tiada ulasan: