Jumaat, 10 Oktober 2014

Taksonomi Cinta : Belaian Bayu Malam


gambar hiasan


SMSJ78

Alunan angin malam ni menyapa hatiku, membelai lembut jiwa sukmaku untuk aku mengalun sebuah irama sumbang ini lagi. Aku seakan tersadung di denai penuh duri. Gelap dan akar akar hari sentiasa mengait sepasang kaki usang ini untuk terus melangkah.

Bisikan bayu bertanya, kenapa kau juga membisu? Di mana tegar dan tekal semangatmu dahulu? karyamu itu umpama membina jambatan silaturahim.

Ketika membelai jiwa sukmaku, bayu malam berbisik lagi..kuatkan iltizammu, perjuangan sebagai wadah penyabung silaturahim bukan mudah dan bukan sementara, ini satu cabaran yang panjang dan kalau cabarannya sepanjang sungai kau mesti punya sabar seluas lautan...aku mengangguk setuju.

Meski kau rasa kau berjalan di dalam gelap, percayalah sentiasa adaa cahaya dari mata mata yang kau sendiri tidak tau siapa, menerangi langkahmu, dan kalau kau sangka denai harimu penuh duri..percayalah semua duri itulah menjadi pagar pagar penyelamatmu pada satu ketika nanti...pesan bayu malam lagi. Dan akar akar kasar dan rakus yang mengait dirimu ke pelantaran pegun...akan menjadi perisai untukmu demi sebuah jambatan suci.

Jambatan silaturahim.

Aku terlena dalam sunyi dan belaian bayu malam dalam pujangga
Jika dugaan itu sepanjang sungai,
maka seharusnya kesabaran itu seluas samudera.

Jika harapan seluas hamparan,
maka seharusnya ikhtiar itu seluas langit.

Jika pengorbanan sebesar bumi,
maka seharusnya keikhlasan itu seluas jagat raya.

Walau jasad merasakan lelah, penat dan sakit,
ketahuilah jalan menuju syurga masihlah panjang.

Jangan pernah lupa bahawa ALLAh,
selalu ada untuk kita.
Jadi mengapa mesti berputus asa,
Kembara Kelana


1 ulasan:

kembara kelana berkata...

Entri lama yg aku post semula.