Jumaat, 17 Oktober 2014

Perasaan jika dapat mewakili Sekolah


Bola Tampar 1979..husin mian and the geng...tahniah sen


Bola sepak U18 1979...wow...ada staillah..


Pasukan Bola Jaring SMSJ...tak tahu tahun berapa...tapi macam yati md noor tu...80an kut

Atlit SMSJ yang memang power...satu ketika dulu,
yati md noor tu di asrama kita orang panggil...budak stokin panjang...kuat lari tuuu


pasukan Bola Tampar Perempuan...
jida dulu tu kaki spike tu....manalah dia sekarang? senyap jer


Pasukan Hoki SMSJ 1978...tahniah din gajah...
din lebih hebat dari aku...tahniah din, tahniah. [ pic Norsham yusof ]

SMSJ78

Mewakili sekolah. Satu cita cita yang tersemat di dalam kebanyakan student SMSJ ketika aku sekolah disitu dulu. Aku tak taulah orang lain, namun buat diriku, aku sentiasa ingin mewakili sekolah dalam apa jua acara sukan mahupun acara bukan sukan.

Ketika aku tingkatan 1, pasukan SMSJ buat pertama kali masuk di gelanggang MSSD Kluang. Kejayaan demi kejayaan diukir oleh abang senior aku. Aku begitu teruja dan excited sekali untuk menjadi seperti mereka. Mereka mengukir nama sebagai pelajar yang berbakat dan juga hebat dalam akademik. Abang senior SMSJ semasa aku sekolah memang telah berjaya meransang jiwa dan hati nurani aku untuk cuba sedaya upaya mewakili sekolah. Bakat mereka begitu besar hingga ada mewakili daerah, negeri dan negara!

Aku masih terbayang abang Mustafa, disarungkan blazer diatas pentas perdana dewan besar SMSJ kerana mewakili Malaysia dalam pasukan bola sepak, Nazar Yasin mengunguli 110 m lari berhalangan dan rekodnya kekal beberapa tahun, Hadi dengan lompat tingginya mendapat tepukan gemuruh ketika dia melompat dan melayangkan badan, Abang Haris, Abang Zamri begitu gagah ketika bermain rugbi...semua masih segar dalam nostalgiaku bila aku mengenangkan SMSJ. ( Sekadar menyebut beberapa nama..) Dan semakin kagum aku kepada junior yang muda dari aku tetapi berbakat besar seperti Arab..[ Syed Zakaria ] Hj Sabirin, Husin Mian dan sebagainya...mereka mewakili SMSJ dalam pelbagai acara dan gelanggang. Aku sanggup menanggung risiko melompat pagar, berlari anak ke vanue mereka bertanding semata mata hendak melihat mereka beraksi.

Mewakili sekolah sentiasa terbenam dalam ingatan dan aku sentiasa mencuba mengesan dimana bakatku. Aku cuba pelbagai jenis sukan namun aku hanya ditahap sederhana sahaja. Aku hanya mampu menyumbang 2 mata setiap kali sukantara utk rumah buana, aku hanya dapat wakil rumah buana dalam acara shot put, lembing dan cakra serta tarik tali. 1978 ketika aku tingkatan 5 baharulah aku dapat mewakili sekolah dalam pasukan rugby. Aku dapat menentang EC, SMSAJ, HS Kluang dan persahabatan dengan SDAR di seremban. Alhamdulillah. Dapat juga merasa setelah aku mengidamnya sekian lama.

Kebanggaan mewakili sekolah tidak terperi rasanya, menyarung jersey yang serupa, memakai pakaian sukan yang sejenama, mendapat tepukan gemuruh dari peminat di luar padang setiap kali beraksi, merasai gemuruhnya menentang lawan dan merasai erti perjuangan di atas padang dan gelanggang. Generasi ketika itu memang hebat dan amat berketrampilan. Aku mengucap jutaan terima kasih kepada SMSJ kerana peranan guru dan sekolah melahirkan ramai atlit berbakat dan menjadikan SMSJ sekolah yang amat disegani ketika itu di semua peringkat.

Kini masa telah berlalu, semua itu menjadi kenang-kenangan. Kebolehan dan bakat hanya menjadi kenangan masa silam, kegigihan dan kesungguhan semasa aktiviti ko kurikulum banyak memberikan kesan positif pada diri aku. Aku sentiasa menjadi insan yang tidak suka menyerah kalah dalam persaingan dan menerima kekalahan denagn hati terbuka seandainya pertandingan telah selesai di pertandingkan.

Kepada adik adik yang masih berada di SMSJ, teruskan perjuangan dan sentiasalah bercita cita mewakili sekolah kerana pengalaman semasa aktiviti dipadang dan gelanggang amat berkesan dalam pembentukan sahsiah diri yang positif

Selamat berjuang.

11 ulasan:

SYED ZAKARIA berkata...

Ko lupa nak sebut nama aku walaupun aku junior ko..

kembara kelana berkata...

kan aku dah tulis sekadar menyebut beberapa nama...namun zek, kau punya pasal aku ubah sikit post tu...kalau kau baca ..dah ada nama kau ...hahahaha....[ hendak jugak..]

fati berkata...

Aku rasa aku xde wakil sekolah apa-apa...cuma jadi pengawas, aktif sikit-sikit dlm pasukan ranjer, persatuan sains dan lain2 lagi ( x ingat dah) bab sukan mmg aku out, jauh beza dgn pakwe aku tu.... hehehe

kembara kelana berkata...

fatie...kau tau aku masuk persatuan atau kelab apa? aku masuk fire squad...kau pernah dengar tak fire squad semasa di smsj?

Tanpa Nama berkata...

KK, Bila tengok gambar tu, saya pun rasa bangga sebab saya ada dalam gambar tu. Mewakili sekolah dalam permainan hoki, turut wakil daerah dapat tempat ketiga. Ni le satu-satunya permainan yang saya minat. Permainan yang guna tangan (now boleh le main badminton, ping pong dan hoki). Kalau guna kaki (bola/takraw etc), minta maaf le, kaki bangku.

Noorsham berkata...

Aku teringat masa masuk lower 6 sebelum keputusan SPM/MCE kuar. Masa tu kelas bahasa inggeris dn yg mengajarnya ialah cikgu Wong Tuck Ee. Kitorang sume antara tdo x tdo smbil dgr dia mengajar dn mencicih (sbb masa terakhir). Tiba2 aku dgr nama aku disebut2 oleh cikgu Wong. Rupanya dia tgh citer bab pelajar skrg cuba lakukan mcm2 utk dpt perhatian, tp (menyebut nama aku)x perlu sbb aku dah terkenal satu skola sbb wakil skola dlm hoki dll...che...rasa bangga juga aku siot....hehehe..

kembara kelana berkata...

memang begitulah perasaan kita syam...utk yang kaki bangku...macam aku,...hanya rugby jer pilihan yang ada,....ganazzz sikit

yahayasadikon berkata...

KK... aku pun bangga dpt wakil sekolah w/pun sekadar peringkat daerah.... Long distance runner, softball n rugby... Kenangan manis bila aku dpt buat try masa lawan HS Kluang tp yg sedihnya kita kalah 1 mata game tu....

norlilasamad berkata...

KK, eh! Ada juga gambar saya dlm entri kali ni... Team volleyball perempuan, asal dpt lepas bola ke pihak lawan aje kira ok tau... Inilah satu2nya permainan yg saya dpt wakili sek pd masa tu... Hehehe..

kembara kelana berkata...

tahniah lila dan yahya....gambar lain akan menyusul tengah bukak album lama...nanti aku upload

Azida berkata...

Assalamualaikum. selamat berpuasa. Usop, aku ada lagi...cuma sibuk sikit le bulan puasa ni....hihihi.. Ha....byk lagi ke gambar lama tu ..seronok juga dpr tgk..dpt le perasan cute..hehehe

Lila, betul le, itu aje game yg dpt wakil sekolah. Lain tak berapa panadai...

Nostalgia indah...selalu jadi ketua sorak bersa dengan Bibah utk ajar bebudak freshis bersorak utk pasukan kita bila ada perlawanan antara sekolah....