Sabtu, 11 Oktober 2014

Taksonomi cinta : Pelarian cinta

Assalammualaikum
Salam sayang satu batch
Salam sejahtera



Entri lama lagi...aku post semula dgn sedikiy edit sana sini.... Hujung minggu ni. Bole jugs baca baca kan....

Aku dah banyak kisahkan kisah perasaan dan kasih sayang antara kita dan kisah di celah celah kehidupan kita. Barangkali ada yang suka membaca dan ada juga yang mengatakan aku ni mat jiwa jiwa. Aku masih ingat lagi kawan kawan ngutuk aku pasal aku pakai nama samaran kembara kelana, apalah lu sop.....mat jiwa jiwa..sambil dia orang ketawakan aku ramai ramai...aku tetap aku. Aku tetap guna id tu, aku masih menulis kisah cinta. Kali ini kisah perlarian cinta.

Cinta yang menyala boleh membuatkan sesaorang itu menjadi kuat dan bersemangat. Cinta boleh menjadi pendorong dan pembakar jiwa. Buktinya ramai kawan kita saling dorong mendorong dan saling jaga menjaga. Mereka menjadikan cinta sebagai pemangkin kecemerlangan akademik dan mencapai cita cita mereka. Mereka tetap bercinta, saling berjumpa, senyum dan bertegur sapa. Dan akhirnya mereka berumah tangga...oh amannya hidup mu kawanku..bahagia mendengarnya.

Jangan lupa....cinta juga boleh menjadikan sesaorang berasa duka dan nestapa. Di rasakan seperti serba tak kena dan merasa asing di dunia ini. Biasanya Cinta mereka selalu terhalang, atas banyak sebab. Ada kerana cinta hatinya adalah milik orang lain, ada juga cintanya ditolak kerana salah faham, lebih menarik cinta hatinya lambat terbit...bila dia bersinar, segalanya sudah tidak terdaya lagi...dirinya dah tua, pasangannya pun begitu, dirinya dah berpunya, pasanganya pun begitu....atau ada juga kerana cinta yang tidak kesampaian dan ada juga yang sampai tetapi tiada destinasi...biasanya natijah cinta sebeginilah menjadikan sesaorang itu sebagai perlarian di dunia ini.

Sehingga dia mahu pergi jauh jauh membawa diri. Kalau boleh dia nak duduk diam diam disatu tempat yang tiada siapa mengenalinya, seperti di tonga ke di tiera de fiugo ke, di canada ke ..macam tu....supaya tiada siapa akan bertanya padanya, menegurnya kisah cinta silamnya itu dan dia menjadi asing pada semua orang dan semua situasi.

Kesian...cinta yang suci tidak bermakna pada dirinya...hingga dia menjadi perlarian di dunia sendiri...dan berkata...alaa tak per..cinta tak semestinya bersatu..tapi kesannya? yang membakar menghempas tu?

Kenapa kita perlu lari? Jangan.....kehidupan mesti diteruskan...hadap...ya kita kena hadapi, segala susah payah dalam kehidupan ini, cinta tak sampai adalah satu dari sejuta masalah di dunia ni....dan ingat tiada siapa yang sempurna. Kuatkan pegangan ..jangan putus asa, sebab cinta adalah buta dan cinta tak pernah mengerti tindakan yang hina itu. Ini satu panduan.

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA RASA KECEWA?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
-Surah Ali-Imran ayat 139

aku masih teringatkan sidia....adaksh dia tahu...? Aku juga pelarian cinta hahahaha

12 ulasan:

mrs jannuri berkata...

macam-macamnya Cikgu Besar ni, ada saja yang ditulis. Pagi tadi sesaja buka blog, baca pasal keluhan hati suami-suami (tua - ialah umur dah banyakkan) terkikih-kikih kita setengah pagi, ingat nak komen sikit, buka lunch time, laa ada yang lain lagi... anyway apa yang ditulis sebenarnya boleh membuka pemikiran kita lebih luas. Apapun untuk keluhan hati suami, elok lah x payah nak harap orang faham atau tahu hati kita kalau kita sendiri tak faham dan tahu apa kata hati orang lain - cakap terus terang lagi bagus. Tak payah nak harap pasangan kita tahu apa kita mahu.

mrs jannuri berkata...

ala, komen tadi sebenarnya x habis lagi... nak preview tapi jari terpress publish, laparr x makan lagi ni nak buat cam ne..
Cakap dan mintak aje... untung-untung mintak satu dapat dua kan seronok tu, hehehe. Sayang sekali wak Jan tak dapat baca sama...

Noorsham berkata...

salam mrs. jannuri,

bukan tak nak mintak...mintak juga. Cuma sekali2 tu (atau byk2 kali pun okay gak...hehehe) apa salahnya tanpa dimintak diberi...kan lagi afdhal tu..Lagi pun selalunya kita orang lelaki ni, kalau disua, jarang sekalilah kita akan menolak...mcm diletakkan ikan dpn kucing gitu. Tp bila kita mintak, belum tahu lagi kita dapat selalu...dan bila sekali ditolak, tu yang jadi pengajaran samada nak mintak lagi ke tidak....jadi bila lain kali teringin tu..pendamkan ajer lah...itulah antara2nya luahan2 dari org lelaki...

fati berkata...

Wah...aktif dah kawan kita mrs Jannuri ni, bagus tu, makin meriah blog kita ni.
Jida ! Mana kau!! Usop dah miss kat kau ni! Janganlah senyap aje.... aku senyap tak pe, dia tak miss...hehehe

asri berkata...

Aku harap budak-budak smsj tak cengngeng dan gembeng dengan kerenah cinta palsu.Aku bersyukur kerana ramai budak2 smsj seangkatan masih ingat dan mencari2 serta menyapa kawan2 walaupun mereka berada dalam kedudukan yang tinggi dalam bidang masing2. Ada yang tersungkur tapi dalam peratus yang kecil.Yang hairannya sudah berada di tempat yang tinggi, tup tup dilepaskan jawatan itu kerana untuk mendapatkan cinta yang hakiki.Begitulah budak smsj yang sempoi dalam hidupnya. BUDAK SAINS MESTI KUAT........

pakroslan berkata...

salam sop,
atas nama cinta, pernikahan dibuat didalam mesjid tetapi selepas nikah, suami atau istri kembali ke gereja.(kawin campur dnegara jiran). Mereka hidup sebagai suami istri tp berlainan agama. Sah dari segi undang2 dan adat tp tidak sah dr segi syariah. Itu jg Cinta namanya.

hafizah berkata...

Salam Usop, awak ni ada bakat tulis novellah.Emm... tapi novel cinta ke novel citer lucu eek? Kadang2 awak ni lucu juga.
Kalau boleh buat citer katun macam Upin & Ipin tu pun bagus. Kaya dah pasangan suami isteri yg buat watak tu.
Bakat yg ada tu bagus kalau dimunafaatkan!!!

asri berkata...

Salam braders.

Baru aku teringat yang GB ni tiggal seorang kat tempat kerja dia. Dia nak klon and clonning tak boleh sebab orang sebelah dia kat Rompin.Aku hampir 2 tahun juga Sop kat Felda Lok Heng Barat KT. Lepas isyak je bam. Hari jumaat Pkl 10.30 am 'on ur mark 'ke PPD KT alasan hantar surat, lepas tu buat kerja sosial ke Pontian.

Bagus Sop entris kau tu boleh hilangkan boring dok sorang kat Bukit Ibam dan Blog kau orang bertambah meriah supaya member2 lain dapat berfikir dan membuat tafsiran.

Bro Alimor ada misi besar untuk angkatan SMSJ77 tengah monitor dan kumpul maklumat. Progress bagus.Saya harap adik2 junior semua keep in touch to one another.

Azida berkata...

Salam. Hahaha.... cinta tu buta ke? Cinta tu hanya satu perasaan indah yang hanya dialami oleh insan yang sedang berkasih sayang dan rindu merindui. Yang punya perasaan tu yang buta...tenggelam dalam perasaan. Jadi mana bisa cinta akan mengerti tindakan yang dilakukan oleh insan...

kembara kelana berkata...

lagi pening, tafsiran kau jida

iss berkata...

Kat mana lak pening tu Sop...Pelarian tu banyak cara & kaedahnya..
Sory laaa kekawan jika saya katakan begini... Agaknya kekawan yang rajin pergi tangkap ikan tanpa bawa patner.... ke yang berkelana sendirian sampai kat bukit.... atau pulau... atau merentas daerah & pergunungan adalah salah satu darinya....
ko jawab laaa sendiri Sop yaaa

kembara kelana berkata...

Sorri....entri lama