Selasa, 23 September 2014

Taksonomi Cinta - Biarkan bunga berkembang

SMSJ78

Assalammualaikum
Salam Sejahtera

2014 merupakan tahun ke 40 kita berkenalan. Satu tempuh yang cukup dewasa. Cukup lama dan hebat. Namun adakah kita telah menggunakan masa 40 tahun itu untuk mengenali kawan kawan kita? Jawapnya tidak....kalau dikira kira ada antara kita masih belum bercakap selama 40 tahun sejak kita berkenalan. Tidak menunding jari kepada sesiapa. Aku sendiri belum satu patah perkataan pun bercakap dengan ramai kawan batch kita! Kawan perempuan dari kelas M2, E1, E2...terutamanya....jadi aku sebenarnya memang tidak boleh berbangga dengan kenyataan yang aku dah kenal dia 40 tahun lamanya.

Mengapa itu terjadi?
Adakah kita mahu anak kita mengalami nasib seperti itu?

Masa telah berlalu....semua nya seakan akan berakhir...sebab ramai dari kita telah mula kembali ke rahmatullah...sebab itu aku sering ingatkan diriku sendiri, apabila berjumpa rakan se batch kita aku mulakan dengan doa ...cakap baik baik...gurau sedanya...diakhiri dengan doa..dan maaf...sebab masa mencemburui kita

Cerita yang digemari oleh pembaca blog ni ialah kisah cinta....aku dah survey dalam kiraan pembaca yang datang membaca...entri cinta adalah yang paling ramai dikunjungi dan di berikan komen. Jadi aku mulakan entri blog kita ni tentang cinta. Tetapi kali ni aku buat secara bersiri siri. Dalam bab pertama ini Teksonomi Cinta - Biarkan Bunga Berkembang

Ingat tak lagu Beory Marantika?

BIARKAN BUNGA BERKEMBANG (Tetty Kadi)

Vocal : Tetty Kadi
Cipt : A. Riyanto

Biarkan bunga berkembang, diatas tangkainya
Janganlah dipetik sayang, nanti ’kan merana

Bunga berkembang didalam hati
Tak mungkin lagi aku menghindari
Kasih dan sayang telah bersemi
Diriku seakan bermimpi

Sengaja aku nyanyikan, lagu yang syahdu
Selalu aku kenangkan, wajahmu yang sayu

Bunga berkembang didalam hati
Tak mungkin lagi aku menghindari
Kasih dan sayang telah bersemi
Diriku seakan bermimpi

Sengaja aku nyanyikan, lagu yang syahdu
Selalu aku kenangkan, wajahmu yang sayu

Ketika kita mula berkenal...Rakan rakan perempuan kita masa tu kelihatan mula mengukir keayuan tersendiri....dari poyo kepada ayu....Memang tak sehebat batch 1977 dan batch 1979...tapi  nama nama seperti Fatie, Azida, Ogy, Jasminah, Saadiah, Noreen, Alimah, Iss, Jamaliah, R, N, Z, E, J,  ( sekadar menyebut beberapa nama dan [ adalah pulak pakai huruf...huruf...hehehehe]) ibarat bunga yang sedang berkembang...Mawar, orkid, dll jenis bunga dari pelbagai kampung dan desa, taman dan kota...datang berkumpul di SMSJ... dan kita kaum lelaki ini kumbang yang baru mendapat kepak....terbang tak tentu hala...tak kisah ke bunga dalam taman...intai bunga ditaman orang lain (batch lain, atau Sekolah lain)

Uniknya batch kita boleh dikatakan hampir separuh,malah lebih terdiri dari lelaki yang pemalu... kita tak kisahkan bunga ditaman kita...kita sibuk terbang tak tentu hala...kita biarkan bunga ditaman kita berkembang mewangi....begitu saja...hehehehehehe....bukan setahun malah kita biarkan hingga mereka berusia 17, 18, 19 tahun...kita masih biarkan lagi....tak pernah nak cuba mendekatinya..apalah mamat batch kita ni....hahahahaha

Selepas kita berjumpa 40 tahun selepas itu..kita berjumpa....kita terkejut.......Ya Allah... .Astagfirullah....hebatnya kuasa tuhan...Cantik cantiknya anak kawan kawan kita....lemah lembut dan budi bahasa awan kita dulu tu....pencapaiannya, keluarga yang dibina......rakan rakan kita...satu batch... betuahnya suami mereka....dan hebatnya mereka. Memanglah Jodoh ditangan tuhan..tu aku tak pertikai...ni satu cerita saja ...cerita ttg kesempatan yang pernah tuhan berikan kepada kita tapi kita tak pernah nilai dan kisah.... sebab batch kita memang lelaki mithali...memang datang SMSJ memang tulin untuk belajar je...tak kisah lansung tentang teksonomi cinta...tak mau lalu berkasih sayang rindu dendam cinta mabuk gila dengan perempuan....kita...hahahahaha...baru menyesal..

( Menyesal? subjektif tu )

Hah tulah...dulu depan mata tak nak....hahahahahaha

Gurau gurau jugak...tapi memang ada sikit....sikit....dihujung hati tu....terkilan jugak..dan tertanya..kemana ek aku masa tu...hahahahahaha.

Kawan kawan...
Entri ni untuk suka suka saja....tetapi percayalah...apa yang berlaku dulu...ambillah iktibar...janganlah kita ulangi lagi...sebab masa yangberlalu tidak akan dapat berundur lagi.

Aku?
Aku memang dari dulu...berani dan tidak takut risiko...tapi bab perempuan ni...aku memang takut...takut apa? Takut kena reject...Berpeluh...peluh aku menahan diri..control....akhirnya sampai sudah...biarlah sidia tak tau...dari dia tahu tapi dia tolak..last last...aku macam ko orang jugak...biarlah bunga berkembang...diatas tangkainya...hahahahahaha

Ssyytttttttttt.... diam diam...hahahahaha

 Jumpa lagi nanti

4 ulasan:

kembara kelana berkata...

lama tak tulis komen

fati berkata...

Bunga2 batch ni lmbt mekar, tp bila dah mekar lmbt layu pulak.. ...tu yg maintain ayu jer w/pun dah 5 series, hihihi

kembara kelana berkata...

Fatie..betulla...makin tua makin lawa ler pulak hahahaha

kembara kelana berkata...

Rasa nak pilih sorang dalam ramai ramai tu buat besannn...