Selasa, 10 Julai 2012

Hari ini 10 julai 2012 aku menziarahi sahabat junior smsj 1980 Tuan Syed Zakaria bin Syed Mohammad yang dikenali panggilan mesra Z. Beliau telah pengsan hari ini di opisnya dan di hantar ke Hospital Ampang Puteri. Beliau mengidap penyakit buah pinggang dan telah menjalani dylisis lebih kurang dua bulan. Beliau telah di masukkan wad ICU/CCU semasa aku menziarahinya. Semoga ALLAH menyembuhkan kesihatannya dengan segera. Jua marilah kita mendoakannya agar dipermudahkan segala urusan beliau. Juga dimaklumkan beliau mengalami pengsan ini adalah kali ketiga. Hari ni adalah pengsannya yang kritikal sebab tekanan jantungnya lemah.