Isnin, 7 November 2011

MAKLUMAT TERKINI TENTANG RAKAN KITA

INNALILLAH HIWAINNA LILLAH HIRRAJIUN

Sahabat kita, Mohd. Said bin Ahmad telah kembali ke Rahmatullah pada kira-kira jam 3.00 petang tadi di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Allahyarham baru saja menjalani pembedahan "tumor-removing" pada hari Isnin, 31 Oktober 2011 yang lalu.

Saya dan suami serta Hj. Yahya bin Selamat bersama-sama isterinya, baru saja pulang dari rumah ibubapa Sameha bte Mohd. Said, isteri Allahyarham beralamat di No. 6, Jalan Dedap, Taman Perdana, 83000 Batu Pahat, Johor. Jenazah Allahyarham telah bertolak dari Johor Bahru dan dijangka sampai jam 7.30 malam ini.

Menurut ibubapa Sameha, jenazah Allaharham dijangka akan dikebumikan pada kira-kira jam 10.00 pagi esok di Tanah Perkuburan Islam Banang di Jalan Tanjung Labuh ( bersebelahan Sek. Men. Keb. Banang Jaya ).

Untuk Sameha dan anak-anak diharap banyakkan bersabar dan redha dengan pemergian Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, Amin...


Al Fatihah