Sabtu, 24 Julai 2010

HBD

SELAMAT MENYAMBUT

ULANG TAHUN KELAHIRAN



Khas Untuk


Fairus Said (26.07.1961)

Mohd Najib Mohamad (29.07.1961)

Abd Rahman Mokhtar (29.07.1961) 

Zaiha bt Ariffin(29.07.1961)




dengan ucapan

Semoga dimurahkan rezeki,

diberkati usia

dan berbahagia di dunia dan akhirat kelak

Amin!



Dari kami SPM/MCE 1978

Rabu, 7 Julai 2010

HBD

SELAMAT MENYAMBUT

ULANG TAHUN KELAHIRAN



Khas Untuk


Rosli bin Ahmad (07.07.1961)

Abdul Razak bin Maharani (07.07.1961)

Muhammad Shukri Mutamim bin Muhammad Sharif (08.07.1961)

Jamaliah bt Ahmad (09.07.1961)

Ahmad Razid bin Salleh (09.07.1961)


dengan ucapan

Semoga dimurahkan rezeki,

diberkati usia

dan berbahagia di dunia dan akhirat kelak

Amin!



Dari kami SPM/MCE 1978

Ahad, 4 Julai 2010

MENGHINDARI GANGGUAN SYAITAN

Agak lama juga tidak menulis di blog ini. Mungkin lebih seronok berFB. Jadi malam ini aku tergerak untuk menulis sedikit. Tulisan aku seperti biasa tidaklah menarik, cuma cerita biasa sahaja.
Syaitan adalah makhluk Allah yang diciptakan daripada api.  Ia adalah daripada kalangan makhluk jin yang sangat jahat. Jin yang sangat jahat dipanggil syaitan.  Berbanding dengan kejadian malaikat yang dicipta daripada cahaya yang mulia sementara manusia pula dicipta daripada tanah. Pada asalnya Iblis adalah tergolong dari makhluk yang taat dan menyembah Allah. Ia tinggal bersama-sama para malaikat di langit dan di dalam syurga. Tetapi ababila ia enggan sujud kepada nabi Adam sebagaimana yang diperintahkan, maka ia dihalau dari syurga dan diharamkan mendapat rahmat Allah dan akan menjadi penghuni neraka untuk selam-lamanya.
Setelah iblis dihalau dari syurga, ia bersumpah kepada Allah akan menyesatkan anak Adam seperti firman Allah di dalam surah Al Hijr: 39-40 yang bermaksud: "Iblis berkata:"Ahai Tuhanku, kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, sesungguhnya aku akan memperindah segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas di klangan mereka."
Iblis, jin dan syaitan adalah makhluk yang mempunyai akal fikiran. Mereka juga diberikan oleh Allah taklif iaitu diwajibkan beriman kepada Allah dengan melaksanakan perkara yang makruf dan mencegah dari melakukan perkara yang mungkar seperti juga manusia. Maka sebab itulah golongan mereka seperti kita juga, ada yang Islam dan ada pula yang kafir.
Jin yang beragama Islam juga melakukan perkara-perkara yang mungkar, kalsiat dan melakukan perbuatan jahat seperti mngganggu manusia dan sanggup menjadi hamba kepada ahli-ahli sihir untuk merosakkan manusia dengan pelbagai masalah dan penyakit misteri, seperti hesteria, rasukan yang mengganggu wanita dan kanak-kanan kecil sehinggan menyebabkan perselisihan rumah tangga dan keluarga.
Mereka yang diganggu oleh jin dan syaitan menyebabkan sakit tubuh badan yang tidak dapat dikesan oleh ilmu perubataan moden. Malah yang lebih dahsyat daripada itu golongan jin sanggup menyeksa manusia dengan pelbagai penyakit bertahun-tahun lamanya sehingga membawa maut.
Ingatlah bahawa kita semua ini tidak akan terlepas dari diganggu oleh jin dan syaitan, malam dan siang. Golongan syaitan sebenarnya benci melihat manusia hidup dalam kebahagiaan dan kesenangan. Mereka berusaha sedaya upaya untuk menyesatkan kita.
Sebenarnya syariat Islam telah menggariskan beberapa cara supaya kita dapat menghindarkan diri daripada gangguan jin dan syaitan antaranya ikhlas sepenuh hati kepada Allah SWT.; melaksanakan amal ibadat hanya untuk Allah semata-mata.; sentiasa berada di dalam Jamaah iaitu di dalam kesatuan ummah.; menjaga solat dan menunaukannya secara berjamaaah.; sentiasa berpegang dengan ajaran Al-Quran dan Al-Hadis.; sentiasa memohon pertolongan Allah untuk menghindarkan gangguan jin dan syaitan.
Hanya setakat ini sahaja yang dapat aku muat di dalam blog SMSJ batch 1978 buat tatapan kita bersama. Semuga dipanjangkan usia dan berada di dalam kesihatan yang sempurna dan dimurahkan rezeki, dapatlah kita semua berjumpa. Tulisan ini aku petik dari "Mimbar Jumaat" yang telah dibacakan pada 13 Feb 2009.

HBD

SELAMAT MENYAMBUT
ULANG TAHUN KELAHIRAN

Khas Untuk

Md Razif bin Yahaya 
01.07.1961
dan
Fadzuah binti Manan
04.07.a961
dengan ucapan
Semoga dimurahkan rezeki,
diberkati usia
dan berbahagia di dunia dan akhirat kelak
Amin!

Dari kami SPM/MCE 1978