Ahad, 30 Mei 2010

Lagi Foto Dinner SAJOHA 28 Mei 2010


Bersama kak Tina ( Maimunah Arif 77 )


Bersama junior 81 Rashidah, Shehon, Rayhana


dengan senior kak Fadhilah yahya77, kak Shahidah Ridwan 76, Kak Mimi Fauziah f6 76


dgn senior 77, kak Zawiyah Dollah, Kak Laila Rahmat, kak Shahrizad & kak Naimah

dengan junior79 kita yg charming selalu Salmah Manap, Zaharah dan Zuriani Alias


Foto-foto ni dari hp pakwe....sorry x clear sangat. Lupa nak bawak kamera

Selasa, 25 Mei 2010

TIGA KELAS TAKBUR

Dalam mengenal takbur aku dapat mengelaskan kepada tiga seperti berikut:-

Takbur Terhadap Tuhan : Takbur kepada Tuhan ialah tidak memperdulikan ancaman-Nya dan memandang remeh segala syariat dan peraturan-Nya.

Takbur Terhadap Rasul-Nya : Takbur terhadap Rasullulah saw ialah enggan mengikuti petunjuknya. Kebanyakkan orang pada masa kini tidak mahu mengikut ajaran Rasullulah kerana menganggapnya kolot, ortodoks, ketinggalan zaman dan pelbagai alasan lagi.

Takbur Sesama Manusia : Orang yang takbur sesama manusia akan merasa dia lebih tinggi daripada orang lain dari semua perkara. Dirinya merasa dia adalah yang terhebat dan terbaik. Tambahan pula dia dipilih untuk memegang jawatan yang tinggi. Orang berpangkat tinggi merasa dirinya patut dihormati, digeruni, dimuliakan dan menganggap orang lain rendah. Orang yang merasa dirinya adalah terbaik adalah apabila orang lain lakukan sesuatu perkara, maka dia akan menganggapnya bukanlah yang terbaik dan memandang mereka dengan penilaian yang rendah.

Takbur adalah satu penyakit yang merbahaya. Orang yang mempunyai penyakit ini tidak layak untuk menjadi seorang pemimpin. Ini kerana ditakuti akan melakukan tindak-tanduknya akan menampakkan akhlak yang buruk. Kata-katanya pula akan menyakiti orang lain hingga menyebabkan mereka kehilangan kepercayaan apatah lagi sekiranya dia mewakili sesebuah organisasi atau sekumpulan masyarakat.

Ahad, 23 Mei 2010

PERHEBAT PERIBADI ANDA

"Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat walau sebesar zarah dari perasaan takabur atau sombong". Sabda Rasullah saw dan "Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba-Ku, mereka akan masuk Jahanam sebagai makhluk yang hina-dina". (Al-mukmin :60)
Sombong, bongkak, angkuh dan takabur mempunyai satu pengertian yang sama iaitu salah satu sifat-sifat mazmumah (iaitu sifat tercela/terkeji). Sifat ini terbahagi kepada dua iaitu takabur lahir dan takabur batin. Takabur lahir dapat dilihat melalui perbuatan dan tindakan. Kebiasaannya ia dilihat pada gaya, mulutnya tajam dan mudah menghina orang. Imam Al-Ghazali pernah berkata : "Orang yang takabur itu ialah orang yang apabila ditegur, ia marah dan benci, sedangkan kalau ia menegur orang lain, ditegurnya dengan keras dan kasar". Ia akan berasa dengki dan dendam apabila orang lain mendapat nikmat atau kesenangan berbanding dengan dirinya yang mendapat kesusahan.
Takabur batin ialah takabur yang membesarkan diri di dalam hati. Inilah maksiat hati yang dicela. Dengan adanya rasa angkuh di dalam hatilah, maka lahirlah kata-kata yang membanggakan diri.

HBD

SELAMAT MENYAMBUT
ULANG TAHUN KELAHIRAN

Khas Untuk

Yahaya bin Sadikon

pada
20 Mei 2010

dengan ucapan
Semoga dimurahkan rezeki,
diberkati usia
dan berbahagia di dunia dan akhirat kelak
Amin!

Dari kami SPM/MCE 1978

Tahniah Sukimin ..dapat Baby


Tahniah, kepada sukimin dan isterinya kerana dikurniakan baby....semoga bertambah bahgia kehidupan sukimin dan keluarganya.

Selasa, 18 Mei 2010

HBD

SELAMAT MENYAMBUT
ULANG TAHUN KELAHIRAN

Khas Untuk

Norlida Md Ali (Ida)
&
Rosmala Paiman Iss)
pada
18 Mei 2010



Norlila Abdul Samad
pada
19 Mei 2010


dengan ucapan
Semoga dimurahkan rezeki,
diberkati usia
dan berbahagia di dunia dan akhirat kelak
Amin!

Selasa, 11 Mei 2010

BUAH DELIMA


Terlebih dahulu aku minta maaf dengan Usop kerana naluri aku dengan dia hampir sama. Aku tergerak untuk membuat n3 malam ini kerana lama tak menaip. Rupa2nya Usop juga n3 selamat hari guru pada malam ni juga. Walau macamana pun aku tak kira aku nak menaip juga malam ni.
Aku tak pandai mereka cerita atau gurindam, tapi sekadar cerita dari pembacaan saja. Malam ni nak cerita pasal 'buah delima'.
Buah ini berasal dari Iran, Afghanistan dan kawasan di sekitar Himalaya. Kini boleh didapati di negara beriklim tropika dan subtropika.
Khasiat makanan
  • Buahnya boleh dimakan segar atau dibuat sebagai minuman jus, sirap, sos, campuran salat buah dan sayur serta rojak. Ia mempunyai kesan merencatkan pertumbuhan bakteria.
  • Mengandungi tanin, asid sitrik, vitamin C dan asid borik.
Khasiat ubatan
  • Jusnya diminum untuk merawat penyakit demam panas, batuk, ulser mulut dan melawaskan buang air besar
  • Air rebusan kulit diminum untuk mengubati penyakit cirit-birit dan disenteri, sakit perut, batuk, terlalu banyak kahak dan melawaskan haid.
  • Kulitnya dikeringkan dan kemudian direbus serta dikumur2 untuk penyakit kerongkong. Boleh disapu atau dimasukkan di tempat yang mengalami masalah buasir, disapu atau dimasukkan dalam faraj untuk merawat penyakit keputihan.
  • Air rebusan kulit diminum untuk mengubat penyakit cirit-birit dan disenteri.
  • Kulit dikering dan dihancurkan menjadi serbuk.

Ahad, 9 Mei 2010

HBD

SELAMAT HARI LAHIR
KHAS UNTUK


Arbakyah
Fatimah bt Hashim
Habibah 
pada 10.5.2010

yang ke 49
SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI
DAN DIBERKATI USIA
SERTA BERBAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT
dari kami semua
batch 1978

Majlis Perkahwinan



Kami dengan twin adik


kami dengan twin kaklong


Kami berempat, Aini, Aku dan Norlida. Yang berdiri Hafizah, tuan rumah.


Norela (Norin) dan Norlila

8 May 2010, Hafizah Awang, kawan kita dari 5E1 1978, telah selamat menerima 2 orang menantu sekali gus untuk anak kembar perempuannya. Aku telah menghadiri majlis tersebut. Di sana aku sempat berjumpa dengan kawan kita yg lain seperti Norela Md Shah ( Norin), Azida Aziz, Aini Saleho dan Norlida Md Ali. Dengan Norlila Samad tak sempat nak jumpa. Geng lelaki yang aku tau cuma Mimbar je yang called aku, dia datang awal.Aku sempat berposing dgn Aini dan Norlida. Azida dan Norin dah balik lebih awal sebab mereka dah sampai awal.

Ahad, 2 Mei 2010

HBD

SELAMAT HARI LAHIR
KHAS UNTUK


Zubaidah Ahmad
pada 29.4.2010
Sia Yonf Yew
1.5.2010
Azman Rahnan
2.5.2010
Md Zahar Othman
3.5.2010
Borhan Bustani
5.5.2010
Zainudin Ahmad
6.5.2010
yang ke 49
SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI
DAN DIBERKATI USIA
SERTA BERBAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT
dari kami semua
batch 1978