Selasa, 16 Mac 2010

Ujian Hidup 1

Salam. Dah lama aku tak post apa2. Sebabnya aku rasa aku tak pandai sangat nak coretkan idea2 yg bernas macam Bagio, Bong, Fatimah..KK toksah ckplah...korang sume memang pro.

Jadi hari ni aku nak share skit pasal topik ni.

Masa kita kecik2 dulu, kita tak tau sangat pasal ujian hidup. Apa kita tau ialah kita ada mak bapak yg jaga kita atau sape2lah yg dewasa yg jaga kita (utk sape2 yg masa kecik dah kehilangan sorang atau kedua2 dari ibubapa dia...itu pun dah ujian bagi dia).

Kalau ada yang tak kena, kita menangis, merajuk atau marah sampai apa yg tak kena tu dapat disetel mengikut kemahuan kita atau sampai kita rasa hepi semula. Kesian kat mak bapak kita yg menjaga kita dulu kerana kena ikut kerenah kita. Aku ingat skali tu masa hari raya pegi beli kasut raya dgn mak bapak aku. Masa tu kat asrama sibuk dgn kasut lagen (kasut tumit tinggi). Jadi aku mati2lah nak beli satu juga tapi harga mahal. Tp aku nak juga, smpai org tua aku mengalah dan belikan. Tapi bila dah beli pakai sekejap jer, lps tu kat asrama dah tak pesen lg...siap kena kutok lg sape yg pakai , jd terbiar je tak pakai. Balik rumah mak aku bising...tp aku buat de jer. Jahat betul aku, tak kesian kat mak bapak aku.

Tentang bab ujian hidup ni, pada aku masuk asrama memanglah satu pengalaman bagi aku utk mula2 mengenali apa tu ujian hidup. Maklumlah makan apa yg disediakan kat asrama...ikan jaket ker, daging getah ke, belasah jer sbb dah lapar. Nak beli kat kantin Pang bukan ada duit sgt, tu yang ada pelajar buat magic bersih duit satu sen dgn ntah apa chemical kat lab smpai jadi putih mcm duit seposen. Jadi bila beli barang kat kedai Pang bila org tengah ramai pakai duit tu...jd dia tak perasan. Budak sain lah katakan...terer..hehehe

Bab kena belajar tu pun satu ujian hidup gak. Dulu bukan mcm skrg, ada tuisyen dan kelas tambahan kat sekolah. Sape nak belajar dia belajar, tak nak dia punya pasal. Tapi seingat aku, budak batch kita semua mmg pandai2..aku rasa takder yg gagal dlm SPM/MCE.

Tapi semua tu kita terima dgn hati yg terbuka atau kita redha. Tak terpikir pun ia adalah ujian hidup, cuma skrg ni jerlah bila pikir smula mmg itulah permulaan ujian hidup kita. Tapi sbb mungkin masa tu kita masih lagi dibawah kawalan guru2 dn warden2 serta mak bapak kita juga, jadi taklah terasa sgt mcm bila kita mula hidup sendiri terutamanya bila dah berkahwin...mcm aku lg plak kawin awal...bersambung...

6 ulasan:

bong berkata...

Syam, kau pun tak kurang hebatnya.Yg paling hebat anak kau tak ada kawan2 yg memotong lagi.Aku percaya kau cari budak sain dari first batch hingga sekarang tak ada yg mendahului kau.Aku rasaka ujian hidup kau untuk membesarkan anak2 lebih dari aku.Jadi tak heran le rezeki kau lebih banyak dari orang lain.N3 lagi Syam.Aku suka bacanya.

pakroslan berkata...

Salam Sham,
kau tak pernah satu bilik dgn aku tp hari2 kau kat bilik aku dan serakkan bilik aku. Itulah ujian yg hebat masa sekolah. Terima kasih khairul n najib yg rajin kemaskan bilik tu.

kembara kelana berkata...

ambil laritan millon...gosok kat syiling 1 sen...jad kilat....kreatif tu syam

kembara kelana berkata...

pembetulan: larutan...jadi...

asri berkata...

Sham, anak2 sekarang tak macam kita dulu menempuhi banyak kesusahan untuk menginsankan kita. Itu pun jika kita perasan.Aktiviti kokurikulum jika dijalankan dengan mengikut perancangan yang sebenar, boleh membentuk anak2 untuk menjadi insan yang seimbang dari segi jasmani ,emosi, rohani ,intelek dan sosial.Keadaan ekonomi keluarga sekarang lebih baik kalau dibandingkan dengan kita dulu.

bong berkata...

Memang sungguh jauh berbeza anak dahulu dengan anak sekarang.Kalau dahulu jati diri timbul dari naluri diri sendiri, tetapi sekarang jati diri cuba dibentuk dan disemai.