Khamis, 4 Mac 2010

TENAGA KERJA ASING INDONESIA

Malam ini aku membuat n3 yang menjadi soalan Bagio(Pak Roslan) kepada aku.Ok Bag, aku cuba mengulas sedikit soalan yang kau kemukakan dari fikiran aku yang tidak seberapa kebolehannya. Sebelum tu aku minta maaf dahulu sekiranya yang aku ketarakan ini tidak berapa tepat kerana aku adalah hamba yang daif di sisi Allah.
Industri sawit merupakan sektor pertanian  termaju yang mempunyai kedudukan yang strategik dalam ekonomi Malaysia di segi penjanaan pendapatan eksport (RM 65 billion) dan di bidang sosial dengan memberi sara hidup pekerja ladang dan kilang, peneroka dan pekebun kecil (2 juta isi keluarga). Justeru itu industri sawit perlu dipupuk untuk terus berkembang sebagai penjana pertumbuhan ekonomi bagi menunaikan tanggungjawab ekonomi dan sosial negara di masa hadapan.
Akan tetapi ramai dikalangan kita tidak mengetahui dengan tiadanya tenaga kerja Indonesia (TKI) kebun dan ladang sawit yang ada di negara kita Malaysia mungkin tidak berjaya. Ini adalah disebabkan oleh kurang minat di kalangan tenaga kerja tempatan sementara kemajuan dalam mekanasasi telah menyamai paras ambang (threshold level) di peringkat hiliran dan terhad di peringkat huluan. Kenapa ini terjadi kepada kita warga tempatan?
Adakah kita sadar bahawa 11.3 juta tenaga kerja negara kita dan 2.2 juta adalah tenaga asing. 20% dari seluruh tenaga kerja adalah tenaga asing. Apa sudah jadi agaknya? Adakah warga tempatan sudah menjadi jutawan dan tak perlu kerja lagi. Mungkin ada formula tersendiri mendapat duit, dengan duduk goyang kaki seperti beberapa program di internet.Wallahuallam.....
Tenaga kerja Indonesia ini sanggup hidup bersesak dalam sebuah rumah kongsi. Betapa sukar hidup di tempat sendiri telah membiasakan mereka ini. Adakah ini sanggup dialami oleh kita orang tempatan?
Mereka tenaga kerja Indonesia ini walau dibayar dengan basic yang murah, namun mereka telah mampu menghantar pulang sebanyak RM3.43 bilion setahun. Satu jumlah besar betapa mudah mencari rezeki di Malaysia. Mengapa kita sendiri sebagai warga tempatan tidak mengambil peluang dengan rezeki yang ada di tempat sendiri? Oleh kerana kedudukan rezab negara yang kukuh, maka dapat menampung jumlah kiriman wang ini ke luar negara. Sekali lagi kita bernasib baik dengan keadaan.
Adalah diharapkan kita sama2 fikirkan dan lebih sedar tentang betapa kekayaan negara kita telah dikaut oleh oran asing (luar). Janganlah lagi kita bersenang lenang dan memilih kerja.
Sanggupkah kita lihat kekayaan negara kita dikaut oleh orang luar, sedangkan kita lebih sibuk bercerita tentang siapa betul dan siapa salah. Marilah kita sama2 renung2kan dan fikir2kan.
Bagio dan kawan2 lain kalau ada pandangan sama2lah kita berkongsi. Kalau nak diceritkan tenaga kerja asing samada Indonesia atau Bangalades banyak lagi. Cara mereka bekerja, kebudayaan dan perilakunya juga boleh dibuat cerita.
Tetapi apa yang aku cuba ketengahkan ini adalah kenapa kita sendiri tidak merebut peluang yang ada sehinggakan anak bangsa kita terus hidup dengan pengangguran dan akhirnya mendatangkan masalah sosial.

25 ulasan:

pakroslan berkata...

Salam Bong,
kat malaysia ni, pakai aja org dari negeri mana berkerja dan tak de sapa yg nak kisah... Pada mereka yang penting PEREMPUAN tak boleh jadi BOSS... Kesian Zaiha...

bong berkata...

Haa..Haa..Haa...Ke situ pulak kau Bag.Perempuan tak boleh jadi Boss, tapi Wanita bolar, ramai GB sekarang orang wanita.

kassim berkata...

Pakroslan/Bong..kau caya tak..satu hari nanti gaji orang kita dgn pekerja asing akan ada subsidi mcm minyak petrol RON95 & RON 97... perlu diingat dan akan diingat oleh anak cucu kita... BANGSA SUSIDI

kassim berkata...

ralat "BANGSA SUBSIDI"

pakroslan berkata...

salam sim,
masalahnya tempeyek indo ada byk ikan bilis tp tempeyek kita cuma ada kacang aja. apa pilehan yg kita ada? TEMPEYEK KE ATAU REMPEYEK?

kembara kelana berkata...

pening aku dgn bagio dan bong ni..nampahlah si kasimmmm...ala kasimm

kembara kelana berkata...

tak ada komen..sebab pening lalat

bong berkata...

Sop, jangan pening2, bukannya jawap soalan peperiksaan, kalau salah tak dapat markah, pastu tak lulus, prestasi jatuh, cikgu disalahkan, tak komited le.
Dalam n3 blog kita tak ada KPI

bong berkata...

Bang Kassimmm....kenapa enyek...kita selalu harapkan subsidi.Tak komited ke?

bong berkata...

Bag, tempeyek kalau di kedai kopi tempat kita ada 2 jenis tempeyek, 1 kacang dan 1 lagi ikan bilis (berasingan)sebabnya kalau kau yang nak makan tak boleh kau dah tak ada gigi, tapi kalau cecah kopi o boleh le.

pakroslan berkata...

Bong,
kalau kau pandai, kenapa kita panggil dia tempeyek? Salah tak pe pasal bukan peperiksaan... cuma nak penuhkan blog ni aja

g berkata...

memandai jer korang, rempeyek jadi tempeyek. bahasa jawa
rempeyek = ngerpus = rangup = crispy
tempeyek tak ada makna.
tempeyek tu tempe + yek kot.
marah kalau dengar khir toyo.

bong berkata...

Bag, rempeyek mcm g cakap kau boleh makan, tp tempeyek mcm Kassim cakap kau tak boleh makan, sbb pipi kau dah kempong.
G, tq atas maklumat.Tempe kan sedap dan untuk mengiakannya org Johor kata 'yek'.
Bagio, mana pegi Jawa2 yg selalu besembang kat umah ni.Tak nak tolong ke? Salah tak apa, bukan peperiksaan, perastasi tak jatuh punya.

kassim berkata...

Bro..nak tambah sikit.pasal SUBSIDI ni.. dulu2 orang kita mengharap biasiswa kalau nak masuk U..kalau tak.. tak cecah kaki kat menara gading.. maklumlah emak bapak mereka org susah..kalau yg berada pula hantar oversea.. sama juga mcm skrg..kalau takde PTPTN atau pinjaman..mana nak cekau duit...bukan semua orang senang..yang kaya pulak antar anak kat IPTS..lps tu antar oversea..

kassim berkata...

ko memang jawa G, aku dapat bygkan sebutan RRRempeyek ko tu memang pure betul..seolah-olah bancuhannya pekat ..entah berapa biji la kelapanya tapi Tempeyek ini sebutan wong ngentir.. nak kat Jawa bukan Jawa... nak kata Melayu bukan Melayu..entahlah

mrs jannuri berkata...

salam sume..

banyak ari x jenguk umah ni banyak citer rupenya.

G.. lamanya x nampak wajah sebelah awak yang sweet tu. Sihat ye

Kita sama2 anak jawa, tp sering perkataan yang digunakan berbeza. Ngerpus.. cam jawa banting x guna perkataan ni. Kat sini,kita nak sebut pun susah wat korang semua gelak nanti.

Rempeyek..tempeyek..peyek ini biasa pada kami, benda sama x kiralah bubuh kacang ape pun. My MIL sedap kalau buat peyek ni.. bubuh ikan bilis kita, menantu dia punya.. kacang tanah tuk wak tp la ni ksian wak makannya cam dah kurang pasal dia dah masuk geng pak roslan, gigi dah jauh dari gusi..hehehe. Kacang ijau dan dal pun ada utk anak2 yang lain - begitulah ye kasih ibu..

Fati mana ye.. Teja pun cam x de..sibuk ke?

k berkata...

Mbakyu..seng ono kacang ijo ne.. jenenge..tumpi

mrs jannuri berkata...

oooo k... ampun ye harap awak bukan jawa banting,kerna kita sudah bikin malu pada mereka2

yelah.. kelalen la pulak. Memang2 seng eneng kacang ijo ne jenenge tumpi..

Kita cuma terkenang bila mak mertua buat benda ni.. sumer yang anak suka dia mesti buat.. touching betul

teja berkata...

seng kacang dal opo yo jeneng ea? Enak lho.. Hee

teja berkata...

seng kacang dal opo yo jeneng ea? Enak lho.. Hee

pakroslan berkata...

itu jenengnya tumpi... Tp sek wong ireng jenengnya magelek..

fati berkata...

Eh!....aku silap channel ke ni?

g berkata...

kangmas roslan, sampean sejatosipon sue boso jawi tho!
- kulo tresna wonten mriki dhati Ngeblog Kelab Jowo

sorry fati, nampaknya channel ni dah upgrade.

bong berkata...

Fati, kau kena le ke depan sikit, sebab kita orang ni international. Semua boleh.

fati berkata...

Uwaaa....takde subtitle ke, tengok channel lain semua ada subtitle....