Sabtu, 13 Mac 2010

System Tools Part 4

Dulu masa aku nikah aku diamanahkan untuk menjaga bini dgn baik dalam keadaan apa pun…senang atau susah tetap bersama… hati kecil aku jg berkata… inilah perempuan yg paling sempurna selain dari Almarhum Mak aku.. Dgn perbezaan umur yg agak jauh ( 9 thn) , pada aku tentu tak susah sangat nak jaga bini aku. Tp pd usia 49 thn semuanya berbeza .. Bini aku lebih byk jaga dan nasihat aku sama spt Almarhum mak aku jaga aku waktu kecil..Kedua2nya terlalu sempurna dlm kehidupan aku… tetapi msh terdapat kekurangan pd bini aku walau pun kekurangan ini tidak pernah mencacatkan hubungan suami istri…. Sehingga hari ini masakan bini aku tak sesedap masakan almarhum Mak aku terutama makanan jawa…. kerana bini aku tak sejawa Almarhum Mak aku…Kita selalu dgr kawan2 kita iklankan makanan arab spt kambing yg tp biarlah aku mempromosikan makanan JAWA yg mgkn boleh menyihatkan tubuh kita pada usia yg semakin tua…iaitu “URAP” … Namanya aja sudah pelik tp cubalah makan…maaf aku guna nama JAWA… aku tak tau apa dlm bahasa melayu…




Bahan :
Touge direbus
Kacang buncis/ kacang panjang, potong 3 cm di rebus hg masak
bunga betek dan daun betek direbus dan diiris kasar
Kelapa parut , 2 helai daun salam, 2 cm lengkuas, dimemarkan dan 3 sudu makan air

Perencah halus :
5 biji lada merah
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
½ sudu teh terasi
3 helai kencur
1 sudu teh asam jawa
½ sudu teh gula merah (disesuaikan selera)
1 sudu teh garam

Cara membuat :
Tumis perencah halus bersama salam dan lengkuas hingga harum. Tambahkan kelapa parut. Gaul terus sampai perencah rata. Tuangkan air. Gaul kembali sampai perencah menyerap. Taruh dalam bekas semua sayuran lalu beri perencah kelapa gaul hingga rata.
Sajikan di piring lalu taburi diatasnya dengan perencah kelapa lagi.

Resepi ini aku copy n paste dari menu jawa dan edit kebahasa malaysia. harap maaf kalau salah semasa terjemahannya. Rasanya ada daun2 sayur yg aku tertinggal.. Untuk orang2 jawa, agak2nya sama tak dgn resepi urap org jawa malaysia.. Pada aku makanan ini byk sayuran yg mgkn hari ini susah kita nak dapat dipasar2 tp cubalah. Makanan jawa ini tak se gelamour makanan arab, cina atau india tp kalau kita tak ketengahkan …. Siapa lg. Masa aku kecik, aku paling suka makan urap dgn nasi panas dan yg paling best kalau ada “GEREH” ikan kembung yg bila makan terasa gatal2 lidah..fuhhhh.. Aku juga pernah makan “kerabu” yg berasal dari Thailand dan Sarawak tp tak boleh lawan Urap… apakah kerabu ini sama seperti Urap…

Kepada sapa2 yg bersuamikah org jawa… sekali sekala cuba sajikan urap …tentu suami bertambah sayang pd istrinya. Percayalah....Mgkn kata2 “I LUV U” akan bertukar kepada “ AKU JALOK AMBUNG”…

25 ulasan:

bong berkata...

pecal (pecel) tebal sikit la Bag.org melayu kata kerabu tak?
Sungguh enak......

pakroslan berkata...

Salam Bong...
kau jawa ke?

Tanpa Nama berkata...

njaluk ambung... hehe

kembara kelana berkata...

hidup jawa....aku dah lama cari makwe jawa...tak dapat dapat...

kembara kelana berkata...

nyaluk ambung tu apa teja?

bong berkata...

Bag, aku tak tau le jawa ke bukan, tp aku tengok jiran aku di kg semua cakap jawa, org kg aku pun semua cakap jawa.
Bini aku oran banjar.

asri berkata...

Orang Melayu cakap urap, tapi kalau wong Jowo cakap 'keluban'. Ni jawa dari Kebumen atau Karang Anyar. Betul ke Wak Mim.

pakroslan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
pakroslan berkata...

Salam Kang Asri,
org tua mix.. jawa kediri+medan n aku pulak mix dgn bini aku. agaknya "Jawa Ngencret" tp bila anak aku sakit, bini aku masakkan "OPOR".. agaknya opor tu sama tak mcm ayam masak lemak?..
Salam Membar,
Pecel leler di indo berbeza dgn pecel kat msia.. Jawa yg kat msia kebanyakkan dari jawa timur atau jawa tengah. Cuba tanya kang asri..Jawa barat biasanya makanan sunda.. Agaknya daun kencur tu daun apa?

pakroslan berkata...

Salam Sop,
Untung kau tak dapat mak we jawa pasal kata org tua2 kalau org bkn jawa bermakwe jawa, bila mati mak we tu tak de kepala...
Salam Bong,
bini kau banjar?.. BARANGIN TEXXXKU.. "berasak " tu banjar atau bugis tp popular kat pontian..
Salam Wak Membar,
yg kau makan tu bukan urap tp kerabu pasal urap cuma guna daun2 aja.. kau ni jawa mana?

bong berkata...

Daun pengaga kalau buat urap sedap dimakan, mak aku selalu buatnya.

pakroslan berkata...

Salam Bong,
kau percaya tak ROJAK INDIA kat kedai mamak pakai tempe tp rojak org melayu tak pakai tempe...

bong berkata...

Bag, kalau ikut cara kau sediakan urap semua kena rebus aku rasa urap kau benyek.Tauge tu siram air panas je, kacang2 dan betik tu celur air panas sekejap je, takut benyek, makan pun tak sedap....

bong berkata...

Wak Mim, lepas makan urap kena le pula "Sampoerna A @ Dunhill @ B&H"
Puas rasanya.

k berkata...

Bong, bila buka N3 pasal makan.. berebut-rebut dia orang buat komen... kesian N3 kat bawah ni..tak de ke sesiapa yang nak bagi komen...???

bong berkata...

Tak pa, yg buat n3 pun tak berani nak komen juga, al-maklum le....

kassim berkata...

Tak kisah apapun sebutannya..urap.. ulam...keluban (jangan air ketuban dah la)...yang pasti ulam2an ni memang sedap dimakan..erghhhhk.. mak mentua lalu pun tak perasan...

pakroslan berkata...

Salam kassim,
masalahnya ada 2 mak mertua... tentu satu tak perasan

asri berkata...

Sory lah Mem. Nanti aku refer kat mak aku. Takut istilah orang jawa Karang Anyar ni beza sikit dari kawasan lain.

Tang 'kencur' atau 'cekur' adalah d tanam beberapa rumpun di tepi rumah.Kalau bubuh pada 'Jangan Bening' atau 'Sayur Ayer ' perghhh seger pak lan. Salah satu ramuan untuk buat sambal'pecel'. Buat sambal pecel ganti dengan limau purut tak kick. Ada sepupu orang rumah bawa rencah sambal pecel dari Bukit Tinggi guna ramuan Limau Purut rasanya tak kick.

Pak Lan cuba kau cari makanan sihat etnik Jawa 'Ayam Engkong' yang dah mula 'extinct'.

pakroslan berkata...

Salam kang Asri,
nanti aku suruh budak kt estate ni buat Ayam Ingkung.. Bojonya piro kang?
Salam Mimbar,
kau buat aku mengidam Nasi Ambeng pulak... Org jawa lbh suka masak pakai cabe rawit dprd kari..

asri berkata...

Pak Lan,

Urung kahwin neh. Tak tahu ada jodoh lagi dengan yang lain ke tidak. Itu kerja tuhan.

Bar,
Tadi balik dari sekolah singgah rumah orang tua jap dan tanya pasal kluban tu. Kata dia ulam tu lalap jadi kalau nama terbitan jadi 'lalapan'. Sebab tu kalau jadi team bola asyik kena belasah jadi team lalapan lah kita. Aku ingat nak suruh emak aku buat ayam engkung ni. Memang dah lama tak makan lauk ni macam kau Bar.Dia pun banyak bela ayam kampung. Dulu masa kecik jangan harap nak jamah, sebab ia adalah lauk khas nasi ambeng untuk pentol2 macam imam dan bilal dan bahagian hadapan kumpulan yasin. Kita yang d belakang terutama budak2 leleh ayer liur je.

asri berkata...

Bar pasal tu tanya pakar 'Linguistik'. Dulu masa d maktab ada belajar sikit tapi dah lupa. Cikgu Tajul kan major Liguistik kot. Aku belajar BM dengan dia tak masuk kepala.

bong berkata...

Nasi ambeng kalau bula ruah (syaban) boleh dikatakan hari2 dapat berkatnya di kg aku.Aku akan cuba balik kg pada cuti mingguan untuk dapat makan berkat nasi ambeng.Kalau ada iwak gereh bulu ayam atau cekek leher tambah serunding puhhh tak tercerita aku.
Bagio kau enteri nasi ambang pulak.

pakroslan berkata...

Salam,
aku tambah lg.. ada mee kuning goreng... keluar airlior ni...

bong berkata...

Bagio, kau memang suka ngences.