Rabu, 3 Mac 2010

System Tools Part 2

Anak-anak kitakah yang berlari telanjang,
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu,
Ketakutan hari-hari ini
Anak-anak kitakah yang memikul
Beban kesilapan kita,
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri - Anak Anak Kita – M.Nasir


Kita tahu di Malaysia, mercun atau bunga api dimainkan pada waktu malam pada upacara yg penting seperti perasmian sukan etc. Bagi Masyarakat Cina, mereka akan membakar berbagai jenis mercun pada MALAM Tahun Baru Cina kerana mercun adalah sebahagian dari adat mereka. Sebahagian org melayu jg membakar mercun dimasa idul fitri tp bilangannya amatlah kecil. Tapi lihatlah.. Jumlah jari yg byk putus akibat mercun adalah jari2 anak Melayu berbanding dgn jari anak2 Cina dan yg peliknya jari2 anak Melayu putus akibat bermain mercun pada waktu SIANG… terlalu hebat bangsa ini…


Kita tahu rujukan hidup kita adalah AlQuran, Alhadith, Qias dan Ijmak Ulamak tapi apakah AlQuran dan AlHadith yg kita baca dan kita amalkan belum cukup lengkap sehingga ada diantara antara kita sanggup menyiksa seorang anak perempuan kecil hingga mati. Anak ini belum lagi diwarnakan dgn warna Yahudi, Nasrani atau Majusi tetapi terkorban dgn begitu azab dan sadis. Secara akal adalah lebih baik kita mati dipancung dari kita menahan kesakitan dgn dipijak2 dan bayangnya kesakitan yg diterima oleh anak yg berumor 3 dipijak dgn Boot hg terkoyak kulit kepala sementara menunggu malaikat maut mencabut nyawanya. Bayangkan penderitaan yg dialami oleh anak ini ketika berada didalam sakaratul maut…. Terlalu hebat bangsa ini…


Kita tahu yg melayu sanggup melupakan anutan politik dan darjat demi bahasa melayu dalam Sains dan Matematik. Kita tahu dan yakin sesungguhnya guru2 disekolah kebangsaan adalah hebat. Bayangkan apa yg kita rasa apabila ada guru yg suami istrinya melayu tetapi menghantar anaknya ke SRJK Cina? Persoalannya adakah mereka telah hilang kepercayaan pada guru2 sekolah kebangsaan. Apakah guru melayu itu menganggap kualiti SRJK Cina lebih baik dari Sekolah Kebangsaan atau menganggap guru2 yg mengajar di Sekolah kebangsaan sebagai kelas ke2 sedangkan mereka sendiri mengajar di Sekolah kebangsaan…. Terlalu hebat bangsa ini…


mgkn ada guru yg mau komen....

18 ulasan:

kembara kelana berkata...

hebat bangsaku....

bong berkata...

Peh! tak ku sangka GB yg mendahului.Adakah hebat GB itu.
Bag, kalau aku tak tau aku diam tau.

kassim berkata...

GB, inilah bangsaku...anak2 Melayu kalau belajar mengaji Al Quran akan dikenakan bayaran sebanyak antara RM20 hingga RM50 sebulan oleh Tok Gurunya...tapi aku ada terpandang banner kat sebuah gereja berbunyi " LEARN BIBLE FOR FREE"...kalau tuan bijak laksana...apa bezanya 2 situasi di atas..

fati berkata...

Pak roslan..... banyak lagi entri yg kau kena buat tu....hehehehe
Yg dok pijak budak tu yg tak amal alquran dan hadith ler...
Kekadang terdpt cikgu yg pergi sekolah bukan nak ngajar sangat, bukan nak nolong anak bangsa, tak komitted, sbb tu cikgu yg suami isteri tu nak hantar anak dia kat srjkc...kau tau kan org cina kalau kerja mcm mana.....

bong berkata...

Fati, cikgu yg bukan nak ngajar sangat le yg nak ditukarkan mindanya oleh GB seperti kawan kita yg komitted.Walaupun kekadang anak dan isteri sendiri tertinggal demi tanggungjawap yg dipikul.Tapi GB KK dahulu selalu tinggalkan isterinya, sekarang tidak lagi.
Bang Kassim, sekarang bekas johan Qari dan Qariah telah mendapat sumbangan bulanan RM2000.00/bln.Di FELDA menghabiskan wang berjuta setiap tahun bagi membayar guru tuisyen untuk UPSR, PMR, SPM dan tidak ketinggalan memberi insentif tahunan kepada cikgu Sek Agama Rakyat dan kelas mengaji Al-Quran.

kembara kelana berkata...

GB masih membaca komen komen ...teruskan teruskan...yang pasti bagio dan kasim melakukan probakasi kearah memaju perubahaan...jangan salah faham...

pakroslan berkata...

Salam Kassim,
kau org kecil tp otak kau hebat. Aku tak pernah terfikir ke arah itu tp anak2 aku ngaji free aja kat surau.
Salam Fatimah,
kalau kau cakap cikgu tak komited, kenapa cikgu melayu kat SRJK cina comitted?

pakroslan berkata...

Sorry wak,
lupa nak komen kau... agaknya bila nak buat SRJK jawa?... mmm tak glamour lansung...
Salam Bung,
kenapa org felda suka ambil org indon kerja sedangkan ramai anak felda yh tgh cari kerja?

pakroslan berkata...

ohhh lupa pantun untuk KK,
Siakap... Senohong
Gelama.... Tenggiri
Kalau suami tak cakap bohong..
Macam mana nak dapat 4 isteri...

Siakap ... Senohong
gelama.... Tenggiri
Kecik2 belajar berbohong..
Nasib baik dah besar jd menteri

Jawab bang...

fati berkata...

Bagio! Sah kau mmg anak didikan cikgu Basar Bani....
Kenapa ek kalau kat srjkc , cikgu melayu pun komited...terikut2 dgn cikgu2 cina yg lain yg komited kot?

Tapi aku ingat masa kita kat smsj dulu masa f4, cikgu add mathnya, cina gak, tapi tak komited pun !Bila kita tak faham dan bertanya...apa jwpnnya? itu boleh lah diabaikan! Abai sampai sudah kita ni pun....
So kat mana yg tak kena? Sendiri mau fikir maa......

bong berkata...

Peh...! Hebat mereka yg bukan cikgu berdebat, mana cikgu2?Tapi bekas cikgu ada.Mana isteri cikgu?Tak mahu bela suami.
Kenapa cikgu masih ada yg tak komited sedangkan keperluan dan tuntutan cikgu2 melalui kesatuannya telah banyak ditunaikan kerajaan.Adakah cikgu tak komited atau anak2 tak komited seperti yg berlaku kepada Fati masa F4.
Tapi melalui penceritaan GB KK dan lain2 kawan2 cikgunya tiada yang berperangai seperti yg dipertikaikan oleh Bagio dan Fati.

pakroslan berkata...

kuat api kau bong. Maklumlah anak GB tp rasanya ms sekolah kau pernah pijak junior cm tak mati aja.. pasal cikgu tu samalah mcm pengarah hospital kerajaan ntar bini dia sakit kt hospital swasta... aku tggu entri kau. Sakit hati aku kt timah tak ilang lg.

bong berkata...

Fati, mana kau, Bagio cari ni.
Nasib baik Fatimah tak jadi belasah kau Bag, kalau tidak kau pun kena duduk wad.Haaa...Haa..Haa...Macam cerita kau Bagio oiii..

fati berkata...

Woit! Malam jumaat ni... kena beramal lebih sikit...hehehehe

bong berkata...

Fati, kau terdaya lagi ke? Kalau abang Rosli aku percaya, auranya kuat.

pakroslan berkata...

Salam Fatimah,
apa amalan yg afdal yg kau buat pada malam jumaat?..
Salam Bong,
Buat entri baru..

fati berkata...

Alah.....kau tanya aku bagio? Aku rasa kau lebih tau apa amalannya....

mrs jannuri berkata...

kita isteri cikgu kat umah jer...

biorlah dia bela diri dia sendiri.. x moh campor