Rabu, 17 Mac 2010

RUMAH SUKAN SMSJ KLUANG

Aku tidak ingat bila le rumah sukan di SMSJ Kluang ditubuhkan. Yang aku ingat ia ditubuhkan oleh Pengetua pada masa itu Cikgu Hamzah bin Abdul Rashid.
Tuan Pengetua telah membahagikan murid-murid pada masa itu lelaki dan perempuan kepada empat kumpulan iaitu kumpulan kuning, biru, merah dan hijau. Kemudian Tuan Pengetua telah memberikan nama-nama warna kumpulan berkenaan seperti berikut (mengikut ingatan aku) kalau tersilap kawan-kawan boleh tolong betulkan.
KUNING - SURIA
Nama suria diberikan mengikut warna matahari yang berwarna kuning.
BIRU - SEGARA
Nama segara diberikan mengikut warna lautan dan langit yang berwarna biru.
MERAH - PURNAMA
Nama purnama diberikan mengikut warna bulan yang berwarna merah.
HIJAU - BUANA
Nama buana diberikan mengikut warna tumbuhan (pokok) yang berwarna hijau.

Aku telah ditempatkan di rumah kuning ia itu suria sehingga aku tamat persekolahan pada tahun 1978. Seingat aku le Bagio@Pak Roslan, Saadiah, Khairu Anuar adalah kawan dalam rumah sukan suria. Pada 1978 iaitu di tingkatan 5 ketua rumah sukan suria ialah Kahairul Anuar. Pada tahun itu rumah suria telah menjadi johan keseluruhan kejohanan sukan tahunan. Cikgu yang aku ingat menjadi cikgu rumah suria ialah cikgu Hussin Gar.
Setiap murid memberi sumbangan mata kepada jumlah mata keseluruhan melalui sukanantara bagi beberapa acara seperti larian 100m, lompat jauh dan merentas desa (itu yang aku ingat). Selain acara olahraga yang dipertandingkan, acara bola sepak, hoki, tarik tali dan acara kemuncak ialah perbarisan. Tahun 1978 bagi acara perbarisa rumah suria telah menjadi johan dan secara tidak langsung memberikan mata tambahan yang terbanyak untuk mengunguli johan sukan tahunan.
Dalam sukan ini telah memberikan keseronokan kepada kita semua sebagai murid atau penghuni SMSJ Kluang.
Nampaknya itu je le yang aku ingat serba sedikit tentan rumah sukan di sekolah kita.
Aku juga ucapkan tahiniah kepada rumah suria yang mana telah menjadi johan keseluruhan di temasya kejohonan suka tahunan 2010 yang berlangsung baru-baru ini.     

9 ulasan:

asri berkata...

Aku pernah jadi ketua Rumah Segara 1976.Tapi Abg Raub banyak yang buat kerja sebab masa tu sibuk dengan latihan pusat bolasepak. Kesian kat dia.

bong berkata...

Kang Asri, kalau abang Raub Husin, dia Pengetua SM Selancar, dia sama tempat dengan aku lama juga sebelum aku tukar ke Kuantan.

asri berkata...

Aku dah lama tak jumpa dia. Nanti cari dia d fB.

bong berkata...

Dia masih di Selancar lagi, isteri dia mengajar BI Sek Keb LKTP Selancar 2, pernah mengajar anak2 aku.

kembara kelana berkata...

aku rumah buana....penyumbang tetap mata utk rumah buana dalam sukantara, 100 dan 400 dan acara lontar peluru serta lembing...hidup buana...

kembara kelana berkata...

rumah buana mendapat johan pada sukan pertama di smsj, kemudian pada tahun berikutnya juga masih johan...bos nya ialah cikgu jalil al botaki...perbarisan pun johan..memang mantap sekali persembahan rumah buana....hidup buana..abg rosli..hero aku, masa tu..

bong berkata...

Begitulah keadaan suasana sukan di SMSJ, semua orang diberi peluang menyumbang dalam sukantara.
Sop, kau pun hebat juga ye.

Tanpa Nama berkata...

salam, tu perbarisan rumah suria, saya salah seorang darinya. kalu tak silap pinjam seluar putih Kabil (kamarudin bin lajim)batch 77 (masa tu dia form 6)tapi tak johan sebab segara menang part pakaian. rumah suria punya biasa-biasa aje. Cuba tengok jurulatihnya Hasni Hasmat.

JunglePeople berkata...

Salam semua,temasih atas ingatan dan memperingatkan tentang "hari lahir" @ 19 Mac lalu..semoga kita semua berusaha untuk memantapkan sisa-sia kehidupan yang masih ada...
Time sukan di SMSJ mengimbas sedikit kenangan...tak silap tahun 1978tu saya ketua rumah Segara..peristiwa lawan tariktali untuk tentukan Juara agak dramatis...dimana keadaan tegang apabila Cikgu Sharif Daim(Segara) mahukan perlawanan tariktali Segara/Suria diadakan semula.Kecoh juga antara Cikgu Sharif dgn Cikgu Hussin Gar (Suria). Mr Khiew(Malik) yang tension jd orang tengah. Antara kawan2 pun masing2 macam Rimau & Singa!!! Saya ingat keadaan itu memberi tekanan kepada kami(pasukan T/tali Segara) dan saya akhirnya berjumpa Cikgu Sharif & Mr Khiew memberitahu yang kami tarik diri (x mau tarikan diadakan semula) oleh kerana kawan2 dah betul2 nak jd lawan !! (yang betul2 saya ingat ialah sdr Yahya Sadikon - org kuat Suria - matanya dah menyala merah!!!)..Kami semua berlapang dada apabila Mr Khiew buat announcement tarikan semula Segara/Suria dah batal. Episod ini kekal dlm ingatan saya kerana pada masa saya mengadu kpd Cikgu Sharif & Mr Khiew tu, saya 'tertitis' air mata kerana tension yang timbul antara kwn2 Segara/Suria....Hidup SMSJ....Jungle People @ Sulaiman Mohd Asri KK