Jumaat, 5 Mac 2010

PERIA - Pahit tapi Berkhasiat

Sekali lagi aku memenuhi permintaan Bagio (Pak Roslan) untuk n3 baru. Setelah ditimbang2kan aku pun mencari idea untuk n3 baru sedangkan malam tadi baru saja aku n3 kisah Tenaga Kerja Asing. Itu pun setelah melihatkan Administrator blog ini terlalu sibuk dengan urusan seharian dan pening2 lalat.. Nanti jika beliau telah selesai urusannya maka aku pula berehat.
Kali ini aku nak cerita tentang hal Peria. Peria yang aku maksudkan bukannya lelaki tetapi sayur yang kebanyakan kita tidak mengemarinya.
Peria merupakan sejenis sayuran yang agak pahit rasanya. Kebanyakan orang tidak menggemarinya. Namun ia mempunyai khasiat yang tinggi. Peria mempunyai pelbagai khasiat termasuk protin, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium.
Peria digunakan untuk merawat penyakit kencing manis. Caranya minum perahan daripada 4 atau 5 biji peria setiap pagi. Jenis peria yang digunakan adalah peria yang dipanggil oleh kebanyakan kita orang Melayu peria katak. Ianya bersaiz kecil. Banyak dijual di pasar awam, pasar malam dan pasar raya yang besar. Bijinya yang dihancurkan boleh dicampur ke dalam makanan. Selain itu ia boleh dijadikan air rebusan atau serbuk.
Jika di kalangan kita mengidap penyakit kencing manis bolehlah mencubanya. Bagi menyembuhkannya adalah kuasa Allah. Kita hanya berusaha.
Daunnya pula boleh merawat buasir. Caranya, campurkan perahan daun peria ke dalam segelas susu dan minum setiap pagi selam sebulan. Akar yang dihancurkan boleh disapu pada tempat buasir. Haha yang ini aku tahu siapa ada penyakit ini. Jadi siapa yang terlibat boleh mencubanya.
Peria juga boleh mengatasi masalah darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan rasa gatal. yang perlu dilakukan, campur segelas perahan peria dan secamca teh perahan limau. Ia perlu diminum sedikit demi sedikit setiap hari selama 4 hingga 6 bulan. Yang ini Bagio boleh mencubanya. Sebab dia selalu kena gatal2 bila balik dari melawat ladang (kebun).
Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daun peria. Ia boleh mengatasi masalah hati disebabkan pengambilan alkohol berlebihan.
Untuk mengurangkan rasa pahit, rendam ia ke dalam air garam sebelum dimasak. Tentang memasak sayur peria kita boleh tanya kawan2 Makcik kita.

Khasiat Makanan

  • Buahnya yang belum masak dijadikan sebagai sayur yang digoreng, dibuat sup, dikukus, direbus, masak kari dan sebagainya.
  • Buah, pucuk dan bunganya dijadikan sebagai perisa dalam masakan.
  • Buahnya boleh dijadikan jeruk, dikeringkan dan ditinkan.
  • Mengandungi khasiat makanan kerana mengandungi banyak mineral dan vitamin.
  • Isi yang meliputi biji peria boleh dibuat manisan.
Khasiat Ubat-ubatan

  • Semua bahagiannya boleh dijadikan sebagai jus sebagai ubat luaran untuk penyakit kulit, serta dimakan bagi mengubati penyakit artritis, demam panas, masalah hati, reumatisme, asma, membunuh cacing dalam perut dan usus serta masalah kaum wanita.
  • Sebahagian bahagian tumbuhan boleh membantu melawaskan buang air besar.
  • Buahnya dimakan atau direbus sebagai ubat harba antimikro, antitumor, membunuh cacing dalam perut dan usus, cirit-birit, mengecutkan otot, minuman tonik, tonik perut, ubat kencing manis, merawat kulit terbakar, luka2, sampu dan sakit perut.
  • Buah yang dimasak sebagai lauk boleh mengubati batuk, bengkak sistem pernafasan dan banyak kahak.
  • Jus buah hijaunya diminum bagi mengubati cirit-birit dan bengkak usus besar.
Rasanya itu sahaja n3 aku kali ini. Bagi kawan2 doktor perubatan kalau salah info yang diberikan aku minta maaf dan tolong betulkan.
Administrator yang pening2 lalat cuba info ini mudah2an akan menghilangkan pening2 lalat.

18 ulasan:

kassim berkata...

Bro, yang aku tahu cuma pantun ni aje:

Kalau ku tahu peria pahit,
Takkan ku gulai dgn kelapa;
Kalau ku tahu bercinta sakit,
Takkan ku mulai sedari mula.

jawab...jgn tak jawab...

mrs jannuri berkata...

peria ni kalau buat sayur kat umah kita.. jawapnya kita aje yang makan.

Kalau goring + tepung bagi garing cam kat kedai makan India tu, okay anak2 suka..

Wak Jan plak...sumer pun dia tak suka tapi cam kena paksa juga wat penawar penyakit yang semakin menghampiri dia...

mrs jannuri berkata...

maaf ye..

kassim tu.. abang kassim ke..adik kassim ke.. atau anakanda Kassim???

kesian.. apa pun bila dah umur dah cam abang2, demam pun lebih rasa sakit banding waktu kita muda inikan pula bercinta... sumernya dah x kuat.. udah ler jgn cari penyakit

kassim berkata...

Cik Puan ooi..ini kanda Kassim Baba lah.. yang dlm citer P.Ramlee Ali Baba Bujang Lapok. Cerita pasal PERIA tu memanglah ada kaitmengait dgn CINTA-PAHIT-PENYAKIT. Dipendekkan cerita..dah tua2 ni kalau berCINTA memanglah PAHIT dan cari PENYAKIT.. betul tak ???

pakroslan berkata...

cuba jemur peria sampai kering n boleh buat span mandi.

pakroslan berkata...

Allah Akbar... Yg aku komen tu bukan peria tapi tp petola.. Dah tua rupanya aku ni.. Petola sedap jg kalau masak air... Bening

teja berkata...

pahit tp teja suka, peria katak wat ulam je, hee..

pakroslan berkata...

Salam teja,
Knp kita panggil peria katak sedangkan tempat tumbuh peria katak tu tk sesuai tuk jd habatat katak.
Salam bong,
Next trip blh ikut aku. Aku tgh makan botok2 ni..

bong berkata...

Bag, kau tinggalkan aku ye!Botok2tu apa.Yg aku tau org perempuan pakai mcm Fati n G.Suntikan ajaib awet muda....
Sal, Wak Jan tu semua tak makan, perangai dia mcm dulu juga, tapi aku tahu Wak tu alim kucing, kau kena awasi dia selalu.
Teja, kau suka berulam patut le kau awet muda.
Bang Kassim, kau jagan guna akal P. Ramli.
Peria pahit tapi sedap
Cinta sakit memang sakit,
Mengapa abang kassim suka mengadap,
Tu namanya cari penyakit.

kassim berkata...

Bong. botok2 tu pun ko tak tau.. apa macam ko org Johor??? rugi la kalau tak pandai makan..sedap seh...!!! aku ni ada tuntut ilmu M3 (P.Ramlee)... dari 2M3 sampailah 5M3(1977)...!!!

bong berkata...

Kassim aku cuma nak test Bagio.Nak tengok dia komited tak.

kassim berkata...

Bong, Bagio ni kalau dipakaikan cermin mata hijau..dau pisang yang buat bungkus botok2 tu pun habis dibedal..

bong berkata...

Bang Kassim, aku rasakan Bagio masih siuman lagi.Tak tau le bila kat Bantam dia hilang pendoman.

fati berkata...

Hello Bong!!! Teman tak pakai botok lah....hukumnya haram! Wat apalah lah teman nak pakai botok.... bukannya teman nak ngurat pak menteri ke, jutawan ke, kerabat diraja ke.....isy, isy, isy . Kita tak main lah botok ni.... tolong sikit! Makan botok-botok boleh lah...

Tanpa Nama berkata...

abg lan, tu yg teja pelik nape dipanggil peria katak... nk kata rupe mcm katak tk jugak, hehe...

putera katak ok gaks! ngeee...

bong berkata...

Teja, nanti kena sumpah dengan Bagio jadi katak baru tau.
Fati, aku tahu le kau memang asli, kalau tiadak takkan abang Rosli terpikat kat kau. Lama dia pendam tu.

kassim berkata...

Bong, kenapa peria katak tu digelar sedemikian rupa...sebab kulitnya menggerutu mcm katak..dah jgn sebut pasal katak lagi...

Tanpa Nama berkata...

ok jugak jd katak, leh lompat masuk dlm kocek... hehe