Tuesday, March 30, 2010

Harga sebuah rumah


aku di Masjid Tanjung Karang...butang no 4..tak terbuka. Ok tu

Aku dari keluarga yang miskin, aruah ayahku adalah seorang yang biasa biasa dan anak jati Muo. Aruah mak aku tidak tahu membaca dan menulis kerana tiada kesempatan bersekolah. Aruah ayahku bersekolah Tamil. Sebab sekolah tu paling dekat dengan rumahnya ketika itu. Emak hanya tahu membaca Al Quran dan mengasuh anak anak. Ketika perang jepun aruah ayahku menjadi buruh paksa dan dipaksa membina jalan dan pelbagai kerja di Indonesia. Empat tahun disana, dia kembali dan kemudian menikah dengan emak aku dan kemudian menjadi anggota Polis atau mata mata...jawatan ketika itu. Bermulalah episod pindah randah kamiDari Muar, Ke Pagoh, Mersing, Johor Bahru, Muar semula dan akhirnya membina rumah di Parit Besar Jalan Abd Rahman.

Bila abang aku masuk ITM, kakak masuk ke Maktab, Abang ke3 nak masuk UM, Kakak nak masuk UKM...keadaan kewangan menjadi sangat kritikal, aruah abah terpaksa menjual tanah dan menggadai rumah dan menjual semua harta yang ada demi anak anaknya dapat belajar. Ketika aku berumur 11 tahun aku mula menjadi normad...pindah kesana sini sebab aku dan keluargaku hidup menyewa. Bakri, Parit Payung, Parit Ahmad, Parit Hj Baki dan sebagainya. Hidup kami berpindah randah hinggalah abgku yang tua mula bekerja.

Ketika guliran aku nak masuk U, keadaan kemiskinan keluarga aku sampai kemuncaknya. Aruah emak menangis mengeluarkan air mata mengatakan dia tak berdaya lagi untuk membantu dan mencari duit...usop kerja lah dulu, nanti masuklah kat U, sebab masa ni , Din, Ani, Brahim semua dalam U lagi tak keluar, Ngah dan Long dah kawin dia tak dapat bantu, dia orang ada anak-anak dan keluarga. Aku pun menangis sama dengan mak aku...aku terdiam dan aruah bapak aku pun mendiamkan diri sebab dia dah tak ada tanah dan harta untuk di cagarkan. Aku mengambil keputusan masuk ke Maktab Perguruan yang masa itu menawarkan kursus setahun setengah saja. Wang elaun aku kirimkan kepada mak aku sedikit untuk bantu dia menyekolahkan dua orang adik aku masa tu. Sebaik saja aku jadi cikgu pada 1982 aku belikan rumah murah untuk kedua orang tua ku di Tmn Tun Syed Nasir. Depan sekolah sains Muar dan mereka tinggal di situ hingga kedua duanya pergi menghadap ilahi. Dan di kebumikan di hadapan Sekolah Sains Muar.

Aku cukup faham dan tahu bagaimana hidup tidak berumah. Merempat sana sini dan umpama kapal tak bersauh. Justeru itu aku bertekad menyediakan rumah untuk anak anakku dan isteri isteriku sebuah rumah. Aku mula menyimpan dan mengumpul bahan dan wang untuk membina rumahku dalam masa yang sama terus menjalankan tugas untuk membesarkan anak anakku. Sedikit demi sedkit dengan design yang aku sendiri tak reti nak buat camana, aku beli kayu tiang TNB 30 batang, aku belah dan susun , aku tebang pokok dan belah kemudian susun dan simpan...aku beli batu bata dari masa kesemasa dan bila cukup wang aku upah tukang membina dan membangunkannya.. dari tahun 1998 hingga tahun 2010 ..selama 12 tahun akhirnya aku dapatlah menduduki rumah itu sekarang. Masih belum siap namun...oklah

Kecil sahaja, rumah kampung....sunyi dan sesuai untuk petapa mencari ketenangan. Kerja kerja masih aku berjalan seperti mengecat, melevel tanah, membuat kaki lima, tiang pagar dan sebagainya. Rumah yang datang dari hasil titik peluh aku bekerja selama 28 tahun, rumah lambang cinta aku kepada anak dan isteriku...rumah yang menghentikan kembara kelanaku di rantauan, rumah yang membuktikan aku seorang bapa yang bertanggung jawab. Nilai nya tidak seberapa, namun semangat, keikhlasan, ketulusan hati dan jerih perihnya amat tinggi nilainya. Walau belum siap sepenuhnya kini aku rasa seperti seorang bapa dan suami yang berguna... Pastinya Aku tak mahu anak aku merempat dan isteriku bergeladangan setelah aku menutup mata menemui tuhan satu ketika nanti. Atleast mereka ada tempat tinggal untuk meneruskan kehidupan. Rumah dan geran tu aku beri atas nama isteriku. Aku minta izin menumpang sekejab sebelum menutup mata. Dan apabila aku pencen aku akan membuat sebuah pondok kecil di belakang rumah tu untuk aku beruzlah merapatkan diriku kepada tuhan mohon keampunan dan membawa semua kenangan membina rumah itu bersamaku.

Aku cuma mahu keluargaku bahagia....sebab kebahgianku akan menjadi Allahyarham Masa Silam tidak lama lagi. Ketawa riang mereka, keseronokan mereka adalah diatas peluh dan airmataku. Tidur dan selesa mereka adalah di atas selimut berduri yang menutupi tubuhku.

Hanya aku inginkan bacaan sebuah surah yang bernama Al fatihah setiap kali mereka mengingatiku.

10 comments:

kassim said...

GB... sudah menjadi kewajiban kita sebagai ibubapa utk beri pendidikan, makan/pakaian dan tempat perlindungan ...walaupun hanya sebuah rumah kos rendah.. sekurang-kurangnya ada juga tempat berteduh dari panas dan hujan

putrawaja said...

KK cara kau membina rumah sama kaedahnya macam aku aje. Cuma FAMA aku ada bagi pinjam duit RM12600.00 untuk siapkan rumah tersebut.Ingat nak bayar balik dah habis belajar ni tiba-tiba mereka kata hutang tak payah bayar. Alhamdulillah .Dulu keadaan keluarga kita sama KK. Kita kena berkorban dulu untuk orang tua kita.Mudah2an kehidupan kita dipimpin Allah dan diberkatiNya

fati said...

Apa ke hai nye Sop? Sedih pulak aku membaca nya..... kalau zai baca mesti nangis dia.....
Bagi org pompuan lak...rumahku syurga ku..... alhamdulillah jika suami mau dan mampu menyediakan syurga dunia buat isterinya....

mohd tumiran said...

salam sop...
maaf lama aku tak join blog kita!
tapi bila kau sebut nama2 kg di muo tu... ia menggamit aku...
semua tempat2 tu trlalu nostalgia bg ku kini ... maklumlah dah 17 th aku di muo ... keja dan mntp d sini. dan akhirnya aku akan kmbali semula ke B Pahat... tnh kg halaman ku... Muo yg aku kenal org nya hebat-hebat termasuk kau sop.
moga kita ketemu lagi...
monggoh desek...salam

Anonymous said...

salam, sesiapa yang dapat bina banglo kat kampung walaupun tak besar, kira syukur le. Saya mula2 kerja kl, 3 tahun, pindah melaka 10 tahun, pindah seremban 3.5 tahun dan kena pindah kl semula dah 1.5 tahun. Berulang alik s'ban/kl setiap hari 2 jam sehala x 2 = 4 jam sehari dalam public transport. rumah share samada dinding/lantai/siling dengan jiran, tak merasa nak bukak tingkap keliling. Bila kena pindah rumah pun kena tinggalkan kosong,

Kembara Kelana said...

betul tu bang kasim..kau ke termerloh, call aku dan sembang diteraak buruk ku kasimmm

Kembara Kelana said...

kang asri...sebab tu aku bermalam rumah kau, sebab aku dapat rasakan ada banyak persamaan antara kau dan aku....asri...kau memang steady..aku bukan saja respect kau tapi aku suspect kau...

Kembara Kelana said...

fatie,
actually aku tak nak entri bab ni...tetapi ter publish ...aku cuma mengarang dan suka suka jer...sedang aku syok menulis..datang cikgu kacau nak itu ini...aku pun publish ajerlah...hairan nape orang tanjung karang tak respon yek...

zai dah tau
aku dah citer kat dia...sekarang ni pun dia tengah bersemangat tu..

Kembara Kelana said...

tumiran
aku anak muo tak dapat berjasa di muo...tak perlah nak buat camana..rezeki aku di pahang...dimanapun kita berada memang akan menggamit kenangan...pada aku batu pahat banyak kenangan luka dari gembira...hehehehe

Kembara Kelana said...

anony...entah siapa tak taulah...memang aku bersyukur ..aku cuma nak citerkan susahnya nak buat rumah...bukan semudah yang disangka..sebab tu lah aku amat bersyukur pada apa yang ada...terima kasih respon...kalau boleh tau sapa nama lagi bagus...

terima kasih menjadi follower blog ini

5M2

5M2
akhirnya kami berjumpa semula

5M1

5M1
selepas sekian lama terpisah

5E2

5E2
after 30 years

5E1

5E1
After 30 years