Selasa, 16 Mac 2010

Balasungkawa : Aziz Misran


Orangnya kecil dan putih, mempunyai komitmen yang tinggi dalam apa jua yang di ceburinya, Aku amat sanjung pendirian aruah dan paling aku respect ketika ujian makmal MCE kimia yang di jalankan pada 1978 jatuh pada hari jumaat. Aruah berjalan kaki ke masjid berhampiran menunaikan fardu jumaat seorang diri, hingga beliau lambat masuk ke dalam makmal kerana itu. Beliau di persoal dan beliau dengan berani menghadapinya. Dari kawan kawan dan khabaran aruah meninggal dunia di semester akhir semasa belajar di UM. Kemalangan motor itu meragut nyawanya dan kita tidak lagi dapat berjumpa dengan aruah selepas itu. Semoga keluarga beliau tabah menerima pemergian aruah Aziz Misran. Aruah dilahirkan sama dengan Ghazali Husin dan Khairul Amin.

Aziz Misran, tidak terkenal sebagai ahli sukan namun dia terkenal di hati orang yang hampir dengannya kerana beliau tidak pernah 'mengacau" sesiapa, berbaik sangka suka menolong dan lemah lembut penampilannya. Pada aku yang pernah sebilik dengan aruah aziz misran, semasa tingkatan dua bersama Alimor, Asri, Salehudin Jefri, Adzar Naga,Rosli Jalil , Azman Rahman dll tingkat 2 blok A dahulu...aku berasa amat kehilangannya dan semoga ruhnya di cucuri rahmat dan ditempatkan ke dalam golongan para solihin. Beliau meninggal dunia dalam belajar dan orang belajar adalah orang yang tergolong dalam fisabilillah...s

esiapa yang ada kenangan bersama dengan aruah bolehlah memberikan komen untuk kita mengenang kembali sahabat kita yang telah meninggalkan kita,

alfatihah

6 ulasan:

bong berkata...

Yusop dan Wak Mim, betul apa yg kau kata, arwah orangnya memang baik dan sopan.Ditambah dengan raut wajah yang putih dan berseri.Memang manis dan tampan orangnya.

bong berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
bong berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
kassim berkata...

Bong, tak silap aku arwahnya ada tahi lalat kat pipi...

asri berkata...

Rupa dia macam Cina sikit. Berpuluh tahun dahulu bila aku dengar tentang kisahnya terkejut juga aku. Siapa cerita pada aku, aku lupa.Mudah2an Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al Fatihah.

Abdul Jalil berkata...

sop, aruah adalah junior aku semasa asasi sains UM, kebetulan tinggal di kolej kedua UM pada ketika itu, kalau tak silap beliau adalah calun doktor perubatan, kemalangan yang berlaku dijalan pantai baru dihadapan jalan masuk ke UM pada waktu pagi, saya tak dapat pengesahan sebenarnya tetapi kemalangan tersebut dikatakan sebagai langgar lari semasa aruah melintas jalan balik ke asrama UM diwaktu pagi, kehilangannya memang mengejutkan pada watu itu...bagaimana pon Allah lebih menyayangi beliau dan sifat sifat yg dicatatkan dlm blog anda memang tepat..Alfatihah buat aziz misran