Sabtu, 6 Februari 2010

HAPPY BIRTHDAY, HAFIZAH

Salam semua. Sudah agak lama saya tidak menyumbangkan apa-apa entri untuk blog kita. Maaflah, bukan kerana tiada masa terluang atau atas sebab2 kesihatan... Saya semakin sihat walaupun tidaklah boleh sembuh 100%, namun ALLAH telah mengurniakan saya  keupayaan untuk menjalani kehidupan seperti biasa. ALHAMDULILLAH.
Seperti yang tercatat dalam entri sebelum ini, hari ini adalah Hari Lahir Aliah  (5E2) dan Hafizah (5E1). Walaupun kita belum dapat menerima apa-apa kabar berita tentang Aliah, saya juga mendoakan agar Aliah sentiasa diberikan perlindungan Allah, diberkati selalu dan sihat wal'afiat hendaknya, Ameen. Happy Birthday, Aliah.
Tahun 6A SK Tengku Mariam (1973)
Baris belakang -no. 2 dari kanan ialah Hafizah.
Baris tengah- dari kanan no. 5 ialah Azie dan no.15 ialah saya. 

Mungkin ramai di antara rakan-rakan sekelian yang tidak mengetahui bahawa Hafizah adalah rakan sekelas saya sejak dari sekolah rendah lagi. Sek Keb. Tengku Mariam Batu Pahat merupakan tempat kami mula-mula mendapatkan ilmu pengetahuan sehinggalah di Tahun 6. Isteri Hj. Yahya Selamat (5E1), Azimah Ayub (Azie) juga adalah rakan sekelas kami pada ketika itu. Jangkamasa perkenalan yang panjang itu, akhirnya terputus sebentar selepas masing-masing meninggalkan SMSJ selepas SPM/MCE pada tahun 1978.Ketika kesihatan saya masih belum pulih dalam tahun 2009, Hafizah ada beberapa kali menelefon saya.         Akhirnya, pada hari Sabtu, 16 Januari yang lalu, setelah membuat tempahan untuk bermalam di homestaynya, kami telah dapat bertemu semula. Rupa-rupanya pada hari itu keluarganya mengadakan Majlis Pertunangan anak perempuannya. Langkah kanan lah kiranya kami sekeluarga. Di antara juadah hidangannya, Laksa Johor dan Agar-agar Cendol telah membuka selera saya. Sebab ianya hasil air tangan Hafizah. Sedap dan sungguh lazat...
Walaupun kami sempat berbual-bual dan berkenalan dengan ahli keluarga masing-masing serta rakan dan saudara-mara Ha, namun kami terpaksa akur dengan situasi ketika itu. Tuan rumah lah katakan, sibuk dia melayan tetamu-tetamunya. Tak mengapa Ha, saya pasti akan datang dan bermalam di homestay yang sungguh selesa itu. Selagi anak saya belum selesai pengajiannya di UiTM Shah Alam, selagi itulah kita akan dapat terus bertemu, Insyallah.
Bersama Hafizah di hadapan rumahnya.


Untuk Hafizah serta keluarganya, ribuan terima kasih untuk segala-galanya dari kami suami isteri serta anak-anak. Hanya Tuhan yang dapat membalasnya. Akan tetapi untuk hari ini,kami sekeluarga mengucapkan  HAPPY BIRTHDAY TO YOU, HAFIZAH...

7 ulasan:

fati berkata...

Saya dah sms kat dua2 kawan kita ni pagi tadi....Aliah dah balas , Ha belum lagi.... entah2 blog ni pun dia tak sempat nak jengok lagi sebabnya....dia tengah sebok prepare utk majlis pertunangan anak kembarnya yg sorang lagi (kaklong). Katanya insya Allah mei nnt dua-dua kembar Ha akan kawin serentak....
Fati boleh bayangkan kesebokkan nya tu......
Ha...kita nak tolong awak apa ek....

Said Ahmad berkata...

Ye hei................
Bulan Mei nanti ada makan nasi minyak free ........... seronoknya.
jom kita buat MG.
Pandai2 pulak aku ni.
Tuan rumah tak de jemput pun lagi.

kembara kelana berkata...

selamat masuk ke 49 ha, semoga kau sempat tersenyum di celah celah kesibukan kau tu....

Azida berkata...

Salam. Lila.... the entry was very nice and touching.... Do keep in touch. Aliah... you can reach her thru her handphone.... she's sure to reply...

Ha... happy birthday.... so sorry for the belated wish....

Noorsham berkata...

Salam Hafizah, dah terlambat kot, tp apa pun happy belated birthday. Lama tak bukak blog dah.

hafizah berkata...

Thank you guys. Betul tu. Lama dah tak bukak blog. Baru ari ni ada masa sikit. Ha'ah dah tua ekk.

azie berkata...

salam ..happy belated btday to you too..thanks to you lila..make the effort of sharing the stories..nice n happy to see you r alrite..