Khamis, 31 Disember 2009

Malam Jumaat Keliwon Part 8

Filem Ibu Mertuaku telah berjaya membuat kita terlalu membenci Nyonya Mansur kerana beliau telah memutuskan hubungan percintaan yg agung antara Kasim Selamat dan Sabariah kerana beliau tak mau anaknya bermain cinta dgn ahli musik sehingga Kasim Selamat buta matanya. Bertahun tahun kita memihak Kasim Selamat hingga kita lupa ada yg lebih besar dari cinta…Kita juga membenci Dr Asmadi bila dia tak suka anak Sabariah bermain musik semasa kecil..Atas nama cinta kita dan masyarakat melayu tetap menyebelahi Kasim Selamat dan memusuhi seperti Nyonya Mansur…
“ Aku merasa hairan kenapa Tuhan jadikan kau manusia…. Bukankah lebih baik kau dicipta sebagai haiwan..
Agaknya dalam usia tersisa…
1. Adakah kita akan bersikap seperti Nyonya Mansur dalam pemilihan menantu?
2. Adakah kita masih memarahi Dr Asmadi kerana menegur anak Sabariah?
3. Patutkah kita memanggil Ibu Mertua dengan panggilan “ KAU” dan menyamakannya dengan haiwan..
Jawablah dengan hati yg jujur dengan kepala yg dingin seikhlas2nya…

K ita marah bila tukang masak lambat menyediakan makanan yg kita order di warung walau pun kelewatannya agak kecil dan kadang2 kita komplen terus pada towkey kedai hg tukang masak tersebut dimarahi. Kita juga merungut bila bayaran yg dikenakan agak mahal sedikit dan kita berkempen pada teman2 supaya jgn ke warung itu lagi. Mgkn kita memang manusia yg bukan jenis penyabar…
Agaknya dalam usia tersisa…
1. Kenapa kita sanggup beratur sambil berdiri agak lama dengan membayar parking kereta hanya untuk membeli ayam goring atau pizza restaurant dgn sabar tanpa merungut ?
2. Kenapa kita tak pernah kata mahal dan sanggup beri “baki lebihan wang” kepada restaurant Public listed?
3. Sebenarnya kita adalah pengiklan percuma bila setiap ayam goring atau pizza yg kita bawa balik kerana terang2 tercetak nama restaurant tersebut…
Berfikirlah dengan hati yg jujur seikhlas mungkin….

Dalam usia yg tersisa , berfikirlah adakah ayah atau ibu kita semasa berusia 48 tahun dulu berperangai macam kita pada hari ini…..

Isnin, 28 Disember 2009

MG di rumah Zaiha

jejaka m2: dari kiri, jamil sein, sarian, kamisan, jastan, zainuddin dan baharudin

bersama pasangan masing-masing, kecuali aku dan zaiha.
kamisan dan zainuddin tak bawa isteri....
classmate lama.....

sedang seronok bersembang
makanan pun sedap...terima kasih tuan rumah

kami tengah mengutuk pakroslan....
( yg tak dapat hadir sama, tapi dia yg pulun nak buat MG ni....hehehe )


Pada 25 Dec lepas, satu MG telah dapat di adakan di rumah sahabat kita Zaiha Arifin di Tmn Austin Perdana, JB. Aku yang kebetulan memang kena turun ke JB kerana untuk meraikan majlis bertandang di Pontian pada 26 Dec telah dapat turut serta..... alhamdulillah, dapatlah aku berjumpa kembali dengan classmate aku Sarian dan Jastan yang takda semasa reunion kali pertama di Kluang dulu.
Pakroslan...... dimana kamu?

Rabu, 23 Disember 2009

Siri Gambar Lama: Putera SMSJ (1977)


minta maaf kepada senior kerana publish gambar ni, tetapi kita memang rapat kan...aku paling terkenang budak baju merah pakai cermin mata , baris belakang tu....
kat manalah dia sekarang ek?

Selasa, 22 Disember 2009

Siri Gambar Lama: Puteri SMSJ


sila berikan nama mereka....sebab...ramai dah tak ingat..

ilmu tetap ilmu


selamat menyambut tahun baru...

Semasa cuti panjang ketika mengemas fail-fail lama kepunyaan sendiri dan suamiku maka terjumpalah sekeping risalah kepunyaan suamiku semasa bertugas di Balai Bomba Jalan Kubu Melaka Bandaraya Bersejarah bertarikh 3.12.1993 (Jumaat) .

Tuan Gurunya ialah Ustaz Ahmad b.Wahab .
Kalau keempat-empat perkara ini diamalkan insya Allah
akan masuk syurga.................Ayat Yaaiyuhannas di pecahkan kepada:

1. Beri Makan
2. Sambungkan Silaturrahim
3. Solat Tengah Malam
4. Sebarkan Salam ( Beri Salam ) 10 kali dalam sehari.

Semoga amalan wajib dan ditambah seperti yang disarankan membawa kita menuju kebahagiaan abadi. Amin.


fikir fikirkanlah

Isnin, 21 Disember 2009

surat seorang isteri dan suaminya


kak aishah manap.....igauan pemuda zaman tuu..gambar hiasan

Dear abang,

Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance...ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

Paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

Abang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

Love,
ayang


Dear Ayang,

Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..

Cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..

Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah... tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..

Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm8k..tapi demi ayang abang wat jugak..

sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan Cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana .. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..

Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan ..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital. abang kene tanduk xpe..

Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang ketawa...hahahhahahahahha

Ahad, 20 Disember 2009

Kemenjadian Batch 1978 part 4



Prof Dr Arbakaria ...satu contoh kemenjadian SMSJ batch 1978

Anak melayu, dari perkampungan melayu, enviromentnya semua berbahasa ibunda, kemiskinan, kedhaifan dan serba susah dan sederhana, pemikiran, diri dan pakaian. Dua anak murid dari SMSJ batch 1978 bergelar Dr dan mempunyai Phd. Dr Faudziah dan Dr Arbakaria, seorang dari kelas M2 dan seorang lagi dari kelas M1. Kami dari batch 1978 numpang berbangga kerana kedua duanya mengambil Phd mereka di UK. Tempat yang menjadi idaman semua student masa tu. Aku sehingga sekarang teringin nak ke sana melancung atau belajar di sana. Kecekalan mereka menembusi tembuk tebal, memanjat dan mendaki ke menara tinggi hingga ke tahap itu amat memberikan inspirasi kepada semua.

Dr Faudziah dan Dr Arbakaria tidak hilang jatidirinya, tidak sombong menumpang mesra dengan kita walau mereka berdua sebenarnya berada di dalam kategori yang berlainan. Sikap mereka ini amat membanggakan, kami dari semua kelas E atau M selesa bercanda dan bergurau dgn mereka berdua. Aku pernah personaly berbual dengan mereka dan mendengar titian perjalanan mereka berdua, aku berasa elok aku kongsikan kepada kita semua buat panduan dan motivasi kepada anak anak kita bagaimana mereka memacu diri mereka ke arah kejayaan dan terbilang dalam pelajaran mereka. Mereka bangkit walaupun pelbagai masalah menggelilingi hidup mereka. Lebih membangggakan mereka dari aliran melayu tetapi Phd dalam bidang sains di England.

Aku paparkan kisah mereka berdua bukan mahu berbangga diri mereka atau bagaimana namun aku letakkan mereka satu icon untuk anak anak kita yang masih berada di SMSJ..[kalau mereka membaca blog ini ...] atau anak anak kita semua..bahwa tiada apa yang boleh menghalang kita dari kejayaan jika kita up kan level of confiden kita....yakin, tabah dan cekal.....walau kita asal dari kampong, kita masih boleh berjaya....aku juga tidak bermaksud membezakan sesiapa..tetapi kawan kita ni dari aliran melayu , dari tak tau berbahasa inggeris, bangkit dan boleh menjadi salah seorang yang berjaya di persada akademik negara kita....ini lah salah satu kemenjadian batch 1978.

sambung part 5

Jumaat, 18 Disember 2009

Kemenjadian Batch 1978 part 3


Part 1....aku highlightkan apa yang ada pada kita adalah satu aset, sudikah kita berkongsi?
Part 2....aku luahkan pendapat peribadi aku kepada satu dasar yang menghalang kepada kemenjadian kita di sms dan dasar itu masih berterusan hingga kini?

Kali ini aku imbau keresahan kita semasa menghadapi SPM/MCE dahulu. Yang mana aku ingat, aku tak tau di sebalik dinding aspuri dan kumpulan elit....pengawas...camana dia orang study, aku tau dia orang memang best..tu saja...

Mac 1977 adalah tahun yang menggerunkan kepada batch 1978....ini adalah kerana keputusan SPM/MCE batch 1977 keluar dengan kejayaan yang amat cemerlang. Batch yang paling ramai dgn 10 kelas, gabungan 1st batch Sains Johor dan 1st batch Sains Melaka. Mak ai...darsyatnya kejayaan mereka, nama nama pelajar cemerlang menjadi sebutan, ramai mereka ke UK, Australia, dll meneruska pengajian. Kita mula merasai debarannya dalam hati...alamak...macamana keadaan aku?

Ketawa ketawa jugak, gurau semacam jer, namun hari demi hari mendekatkan kita dengan peperiksaaan SPM dan MCE. Aku perhatikan semakin hampir semakin resah dan rasa cemas tergambar di airmuka kita ketika itu...kalaulah gagal, alamak malunya nanti semasa di kampung, orang kampong dah tau kita masuk asrama penuh...jantung semakin bergetar dan berdegup kencang, senior pulak telah meletakkan penanda aras yang tinggi untuk kita capai. Selepas sahur...ramai yang tidak tidur, tetapi terus membaca buku sebab ketika itu warden dah tak kisah untuk menguatkuasakan peraturan tutup lampu. Masa tulah aku dapat study. Aku suka study lepas aku tidur. Maka terus terang cakap aku cuma study sebulan saja sebelum SPM.

31 tahun peristiwa itu berlalu. Kesannya masih terpahat sampai kini. Kami tidak mendapat satu group guru yang benar benar berpengalaman dan power untuk kemenjadian, kami dapat guru trial and error. Baru dan kurang berpengalaman. Aku banyak belajar dengan arbakaria dan elias semasa prep. Hasilnya......sedih...Aku mengambil masa yang amat panjang untuk bangkit kembali selepas aku hampir kecundang semasa SPM itu, namun ramai rakanku terus tenggelam dan ada yang pasrah saja hingga kini. Aku yakin dan percaya semua kita adalah orang yang diberikan keistimewaan dan kecerdasan, namun ada yang menjadi dan ada yang kurang menjadi. Kemenjadian kita banyak bergantung kepada cara kita berfikir, kemahuan dan kekuatan dalaman kita untuk terus maju atau sebaliknya. Bayangkan BM hanya belajar bebebarapa bulan sebelum SPM? Add math? Banyak tak masuk dari masuk sebab asas math tidak mantap semasa form 1,2,3,4 sebab cikgu asyik bertukar ganti menyebabkan aku tidak capat capture konsep matematik itu. BI? pun begitu, sampai tak terbilang cikgu yang ajar, dari Mat Salleh Mr Donald Gedge samapilah ke cikgu Saleha yang kecil molek tu.....tiada kaedah menjawab periksa macam sekarang, tiada modul dan kebanyakan nya trial and error...

Berkata orang bijak pandai.....

Lemah mendapat pada satu pendapat...itulah yang dapat
.

Khamis, 17 Disember 2009

Bagio bertemu Jastan di Pasir Gudang

Dapat panggilan telefon dari Bagio pukul 1.30 petang. Dia berjumpa dengan Jastan di Kompleks Kastam Pelabuhan Johor, Pasir Gudang. Dia panggil aku join sekali makan tengahari dekat kafeteria kastam pintu masuk pelabuhan sebab Jastan bertugas hari ini. aku pun terus kesana dengan orang rumah aku. aku ada ambil gambar untuk tatapan kawan2 sekelian.

Kepada semua Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah.

Kemenjadian Batch 1978 part 2


hati murid miskin yang menangis kerana di denda bukan kerana salahnya
adalah 'bala' pada guru yang mendendanya itu....doanya adalah doa orang yang teraniaya


Aku melontarkan satu pemikiran untuk tujuan perkongsian. Pemikiran aku itu aku mulakan betapa tinggi nilai aset pada pengalaman kita dalam kembara kehidupan ini selepas menimba pengalaman di SMSJ. Ada mengalami pengalaman pahit maung dan tidak kurang juga yang menerima pengalaman manis semasa di situ. Semuanya memberikan makna. Negatif atau positif. Nilai pengalaman, pengetahuan dan kemahiran selama 35 tahun selepas kita kembara dan berkelana di dunia ini boleh kita sepadukan di bawah satu program, projek atau usahasama berstatuskan khidmat sosial. Paling dangkal boleh menjadi satu kajian tindakan [ action research ] kepada pihak tertentu....untuk siapa? untuk anak anak genarasi kita...itu satu.

Kali ini kita lihat tentang dasar SBP [ Sekolah Berasrama Penuh ] Atas nama Sekolah Berasrama Penuh. Muridnya adalah murid pilihan. yang cerdik sahaja layak disini. Muridnya mesti 'menjadi'...jika tidak, sorry, anda perlu sekolah harian biasa...anda tak layak... sejak dulu lagi menda ni dah dilaksanakan dan sekarang menjadi budaya di semua SBP di Malaysia.

Ini satu dasar. Dasar apatheid, dasar kasta....dasar yang membeza bezakan...semua pendidik tahu dasar ini bertentangan dengan dasar pendidikan negara dalam KBSR dan KBSM. Mereka mengadakan pelbagai kajian bahawa streaming class tak elok untuk murid, mereka kata, murid murid jangan di bahagikan kepada pelbagai kumpulan mengikut pencapaian. Namun Pelaksana tidak melaksanakan hal ini. Bukan sekarang...tapi sejak dulu lagi. KPM kata jangan buat begitu dalam KBSM namun SBP masih meneruskan dasar 'menyahmurid' yang tidak berapa 'menjadi'. Adakah dasar ini wajar? Perlu diteruskan? Kenapa bertentangan?

Tidak mereka terpikir kesan psikologi yang bakal dialami oleh mereka yang malang itu. Perlaksana dasar di Malaysia akan garang dengan anak orang lain, kalau kena anak sendiri, lain pulak ceritanya...Persoalannnya kenapa murid yang asalnya begitu cemerlang bila masuk ke Sekolah Sains [ contoh ..] tidak berapa menjadi? Kenapa intan berkilauan yang diberikan kepada kamu, kamu pudarkan cahayanya?

Umum mengetahui faktor kemerosotan murid ialah

1. Faktor murid itu sendiri...malas, tidak berusaha, genetik, lupa diri, tiada disiplin dll

2. Faktor Guru yang mengajar....tidak minat, tidak sayang murid, tiada ilmu pedagogi yang mantap berhadapan dengan pelajar cerdik dan kurang content khowledgenya

3. Faktor Persekitaran mereka....terlalu banyak upacara, persiapan, perayaan, dasar dasar pelik di sekolah, atau budaya di asrama...warden hanya tahu cari salah bukan meyelami masalah.

4. Faktor Pentadbir itu sendiri yang bukan pakar dalam kepimpinan pengajaran, meletakkan hal lain lebih utama dari pencapaian akademik murid , jadi Pengetua sibuk nak kejar nama dll.

Kenapa hanya murid itu saja yang mengambil risiko kena buang sekolah, jika pencapaiannya merosot. Entah sudah berapa ribu murid yang disingkir oleh dasar SBP ini. Dan dasar ini masih berterusan hingga hari ini. Kalau aku jadi menteri pelajaran, pelajar cerdik ni gagal atau tak capai tahap tertentu, cikgu yang ngajar subjek lemah itu, GPK 1 dan Pengetua nya aku tukarkan ke sekolah harian biasa, bukan pelajar miskin yang lemah dan tak berdaya itu. Sebab? Mereka gagal melaksanakan tanggungjawab mereka. Budak yang lemah itu aku bagi peluang untuk kali ke dua. Kalau gagal jugak memang nak kenalah...


Rabu, 16 Disember 2009

Terima Kasih



Kami sekeluarga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kekawan , senior2 yang dapat hadir ke majlis kami yang tidak sepertinya....
Kami menyusun jari sepuluh jika terdapat sebarang kekurangan di majlis tersebut, maaf tak dapat memberi layanan dengan sempurna....semoga tidak serik untuk berkunjung ke teratak kami lagi.
...

Ahad, 13 Disember 2009

GENAP SETAHUN KITA BER RE UNION

Hari ini 131209 dah genap setahun kita ber reunion..Yang berada di Lembah Kelang dan kawasan yang sewaktu dengannya berjumpa di Majlis Perkahwinan anak sulung Abg Rosli & Fatimah di Tanjung Malim.

Mungkin yang di Selatan...berjumpa di rumah Habibah..

Sehingga jam 3 petang tadi batch SPM/MCE yang hadir adalah aku, Usop, Wak Jan, Zainuddin (Gajah), Mohd Nor, Md Khir, Norin, Azhar (Baby), Alimah dan Sukimin.

Aku tak bawak kamera, jadi aku tak de foto. Sapa-sapa ada foto terutamannya Md Khir...sila masukan foto.

Selasa, 8 Disember 2009

Malam Jumaat keliwon Part 9

Setiap orang pernah menerima dugaan atau cubaan dari Allah Yg Maha Esa samada kecil atau besar. Tanyalah siapapun… dari murid hingga ke Guru Besar. Dari nelayan hingga kepada Perdana Menteri. Kadang2 kita diuji dengan kemiskinan dan kadang2 kita di uji dgn kekayaan hingga kita menjadi kufur kepada nikmat Allah…Kita perlu tabah dan redha dengan semua ujian itu tapi benarkah kita seorang yg tabah? Berapa lama agaknya kerinduan kita boleh bertahan apabila berpisah dgn anak kita? Adakah kita telah cukup tabah sekiranya Allah swt mengambil seorang dari anak kita?

Cuba kita perhatikan ketabahan seorang Jaga yg berumur 46 tahun.Beliau sanggup berpisah dgn anak dan istrinya diwaktu malam untuk bekerja semata mata demi RM21/sehari. Beliau sanggup menyabung nyawa demi keamanan estate dan tidak pernah lupa untuk tabek Manager setiap kali melintas didepan pondok kawalan. Beliau ada seorang watchman yg cuma berkopiah walaupun tidak pernah ke Mekah. Azamnya hanya satu… memberi pendidikan yg terbaik kepada anak anaknya..

Seperti bapa2 yg lain beliau ingin juga membawa keluarganya berkelah semasa cuti sekolah tapi kemampuannya hanya sekadar berkelah sambil memancing terusan Estate. Sesungguhnya Allah swt ingin menguji keimanannya dengan mengambil 4 dari 6 anaknya dalam satu masa didepan nya sendiri….Subahanallah….dia tetap tabah kerana dia tahu bahawa Allah swt tidak akan menambahkan tingkat keimanan seorang itu sebelum diujiNya….

Mgkn kita pernah di uji dgn gagal dlm peperiksaan. Mgkn kita di uji dengan banjir di rumah kita. Mgkn juga kita di uji dengan kemalangan jalan raya . Mgkn kita diuji dgn kematian istri atau suami tapi semua ujian itu kita harungi dgn tabah. Tapi pernahkah kita di uji dgn kematian 4 anak serentak didepan mata kita???….

Usop, kau mesti kenal lelaki yg aku ceritakan kerana dia bekerja sebagai jaga kat estate aku. Semoga Allah swt mencucuri rahmat keatas semua roh anak anaknya… amin…..alfatiha

Isnin, 7 Disember 2009

AMALKAN BAHASA CINTA

Malam ini aku enteri sedikit tips bagi pengubat "kepada benci tapi rindu" 

Bahasa Cinta 1Kata-kata yang memberi keyakinan 
Kata-kata pujian, ungkapan penghargaan dan galakan adalah penghubung cinta yang paling berkesan.  Bahasa Cinta 2 : Masa berkualiti

Meluangkan masa berkualiti bersama menjelaskan bahawa anda benar-benar mengambil berat satu sama lain dan gembira di sampingnya.
Bahasa Cinta 3 Menerima hadiah

Hadiah menunjukkan anda kasih dan mengambil berat; memperkukuhkan hubungan yang terjalin.
Bahasa Cinta 4 Berbakti

Luahkan kasih sayang dengan menunjukkannya! Lakukan apa saja yang terbaik untuk menggembirakan pasangan.
Bahasa Cinta 5Sentuhan fizikal
Daripada sekadar mencuit hinggalah kepada ciuman paling mengasyikkan, sentuhan fizikal adalah satu bentuk komunikasi yang paling berkesan.

Sumber : The Five Love Language (Gary Chapman) 

Ini boleh dilakukan oleh suami ataupun isteri.
           

 

Sabtu, 5 Disember 2009

Memori Di Johor Bahru

Salam semua rakan-rakan.

Agak lama juga saya tidak menghantar entri. Selalu juga ziarah ke blog kita, tapi untuk menyumbangkan entri tu yang belum berkesempatan dan belum ada idea yang boleh dikongsi bersama.

Petang tadi saya mengemaskini album-album koleksi foto saya yang hampir 25% rosak dek kerana banjir tahun 2007 yang lalu. Terjumpa lah foto-foto masa bersekolah dulu. Memandangkan sejak kebelakangan ini, ada rakan-rakan kita yang asyik terkeliru saja antara saya dan Norin, maka saya lampirkan foto-foto ini. Maklumlah umur pun dah hampir separuh abad kan... Sekejap ingat, sekejap lupa.

PELAJAR PEREMPUAN TINGKATAN 1

Duduk dari kiri:
Rosilawati, Norela (Norin), Habibah, Cikgu Rubiah, Saadiah, Azida dan Faudziah.
Barisan tengah dari kiri:
Norlila (Lila), Rosnah, Aliah, Ee Huei Wuan, Hafizah, Zubaidah dan Fatimah.
Barisan belakang dari kiri:
Zauyah, Norlida, Latifah, Zaiha dan Jasminah.


PELAJAR FORM 1E1 1974


Duduk dari kiri:
Sia, Md. Ibrahim, Norlila, Huei Wuan, Cikgu Onn, Ragunath, Hafizah, Rosilawati, Md. Noor dan Amirudin.
Barisan tengah dari kiri:
Shaari,Hishamudon, Fadzullah, Noorsham, Amin, Mustafa Kamal, Jaafar, Ibrahim Isa, Elham dan Rosli.
Barisan belakang dari kiri:
Kew, Firus, Rous, Md. Azman, Shamsudin, Azman, Esa, Yahya dan Kamaludin.

SELAMAT HARI LAHIR


SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN


yang ke 48

Sukimin bin Juki (5M1)


pada 05/ 12 /09


dengan ucapan
semoga tenang menghadapi segala cabaran dan dugaan hidup,
dimurahkan rezeki,
dipanjangkan usia,
dijauhkan dari mara bahaya
dan dikurniakan kebahagiaan hidup selamanya.

Jumaat, 4 Disember 2009

Jemputan Walimatul urus


Untuk semua sahabat kami SPM/MCE batch 78, yang mana tak dapat kad jemputan lagi, kami sekeluarga dengan besar hati menjemput sahabat semua ke rumah kami untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan anak kami seperti yang tertera di kad jemputan di atas.

Khamis, 3 Disember 2009

SELAMAT HARI LAHIR

SELAMAT HARI ULANG TAHUN HJ MOHD ZAIDI BIN IBRAHIM . SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI DAN DIPANJANGKAN UMUR SERTA DIBERI KEKUATAN UNTUK MENJALANKAN AMAL IBADAT... AMIN

Rabu, 2 Disember 2009

Serupa Tapi Tak Sama

Walaupun serupa tapi tak sama, namun yang penting ialah dua-dua suka

Selasa, 1 Disember 2009

Jawapan Teka-Teki

MG di Rumah Arbakariya Arif

Mini Gathering ini diinisiatifkan oleh Mohd. Khir apabila Shukri Mutamim datang ke KL untuk berkursus. Dengan bantuan boss MG si Said Ahmad, maka semua diwar-warkan untuk hadir melalui kiriman emel dan SMS selain undangan melalui panggilan telefon oleh Bakariya sendiri.






Yang hadir Shukri Mutamim, Said Bakar, Mohd. Noor, Said Ahmad, Noorsham, Mohd. Khir, Syed Mohamad, Jamalulail, Fuad, Yusof, Sha'ri, Sukimin, Member dan tuan rumah Arbakariya Yusof, Noorsham, Said Bakar, Fuad, Syed Mohamad dan Shukri Mutamim

Shukri, Said Bakar, Said Mohamad, Noosham, Fuad, Member dan Yusof