Isnin, 30 November 2009

MG kat Serdang


Ni rumah Arbakaria...jemput datang semua pada 1.12.2009...malam
lelaki atau perempuan atau keluarga...bukan jauh...dekat jer...sampai UPM call...
0133955571

Salam,
Kawan2 kat KL & Selangor dan yang sewaktu dengannya ,harap lapangkan masa menghadirkan diri ke MG kat rumah Dr. Arbakariya.Ada pun majlis itu pada esok hari selasa 1hb Dis, '09 selepas maghrib.

Ini untuk merai kedatangan kawan kita Sdra. Inspektor Mohd Shukri (5M1-78). Dia sedang berkursus di IPTAR, Angkasapuri,KL. GB Mohd Yusop turun dari Rompin,Pahang. Sdra. Said Ahmad sudah sampai dari Johor.Sdra Mohd Noor Maaros dah tau. Member ,Sukimin dan Mohd Fuad dah juga tau!..

Rahman Mokhtar...harap kau datang...Syed Mohd, Syed Bakar, Elias, Azida, Aini, semua tak jauh tu....

Sila war war kan MG ni.

Alamat:
38,Jln 12,Tmn Desa Serdang,
43300 Serdang Lama...

Datang.. jgn tak datang. Kalau sesat tipon...

PERIA@JEJAKA@LELAKI BULAN NOV 2009



Ini adalah gambar sahabat aku yang terbaru pada 26 Nov 2009. Jejaka ini menjadi pilihan aku bagi bulan Nov 2009 kerana sumbangannya dengan menceriakan blogger SMSJ 1978.Lelaki in orangnya bergaya sederhana. Akalnya panjang sepanjang Sungai Mengkibol. Penuh idea dan falsafah.Peria ini boleh mengutuk dan boleh dikutuk. Sesiapa yang cuba mengutuknya dia secara sepontan boleh menjawab kutukan berkenaan.

Aku lebelkan beliau pilihan bulan Nov 2009 dan namanya ialah Pak Roslan @ Bagio. Kelahiran Johor Baharu. Baru beristeri satu.

Khamis, 26 November 2009

KALI TERAKHIR JUMPA 1978 ( SYED ZAKARIA SYED MOHAMMED)

Aku jumpa Syed Zakaria di Mesyuarat Task Force Surau SMSJ pada 25 November 2009. kali terakhir jumpa dia adalah 1978 bila aku tamat SPM. Masa itu dia tingkatan 3.


Syed Zakaria Syed Mohammed di tengah aku sebelah kanan


Syed Zakaria berdiri paling kanan aku mencangkung di tengah

Lari jauh gak muka dan saiznya...Siapa yang agak maintain???

MESYUARAT PEMBINAAN BANGUNAN TAMBAHAN SURAU SMSJ

Asalamualaikum..
Petamanya nak ucap terima kasih tidak terhingga kepada Perunding NSJ (Nasruddin) yang bersedia memberikan kebenaran supaya mesyuarat ke dua ini diadakan dipejabat beliau.

Kehadiran mesyuarat:
Dato' Ahmad Redza
Kak Noryn
Abg Ramly
Saiful Yazan
Syed Zakaria
Ayong (super duper junior, SPM 1994)
Nasriddin
aku
Wakil Jailani Jasmani sebagai QS(dia ke Mekah)

Kami mengalu-alukan sumbangan tuan-tuan untuk menjayakan misi ini.



Foto keadaan luar surau sekarang


Keadaan luar surau sekarang


Berdiri dari kiri: Wakil Jailani Jasmani QS (Jai ke Mekah), Ayong, Aku, Abg Ramly
Duduk dari kiri: Saiful Yazan dan Dato' Ahmad Redza



Paling kanan Syed Zakaria Syed Mohamad



Kak Noryn, Saiful Yazan menerangkan sesuatu kepada Dato Ahmad Redza


Curi tulang..! Nas belajar Facebook! Tertinggal jauh dia..sian..jumpa nama anak dia kat facebook!


Perbincangan


Mesyuarat


perbincangan


Rambut Nas dah mula jarang


Buat pemeriksaan drawing struktur

Selasa, 24 November 2009

Malam Jumaat Keliwon Part 8

aku terpaksa buat entri baru bila malam jumaat keliwon 7 byk mengundang kontrovesi...
Kata orang yg pandai, ada beberapa perkara boleh membantu kejayaan sesaorang semasa hidup di dunia..

1. Mempunyai kawan yg ramai tanpa mengira warna kulit, ajaran atau asal usul..

aku lupa siapa kiri dan kanan Saadiah... norlela, norlia atau norlida

2. Mempunyai pemimpin yang berpandangan jauh...

Aku cuma ingat cikgu Sharif , Cikgu Rahman Molar dan Cikgu Husin Gar aja..

3. Mempunyai kekuatan otak dan otot yg kental....

Bong, kau jadi tekong. Surya menang pasal wak jan bisul kat ketiak..
4. Setiap yg berjaya dikata ada yg berada dibelakangnya samada suami atau istri..
Fauziah dgn kebaya sampai Syed Bakar tangkap lentuk....
Kita belum tua lagi kalau kita boleh mengingati nama dalam gambar kat atas...
Hidup Surya.... dan Selamat Hari Raya Aidil Adha....




Sabtu, 21 November 2009

Stroke Strike? Don't Panic.

Stroke : Blocked blood supply (O2) to the brain.
What stroke does: Prevents a particular body function.
Causes of stroke : Thrombosis (blot clot) or embolism (blocked artery) anywhere in the body causing ischaemia (lack of O2 supply) to the brain.

When stroke strikes, the brain capillaries will gradually burst. So when stroke occurs, stay calm. All you need to do is to help ease the blood flow in the victim's system. You need a syringe and needle to do this. But in case of emergency sewing needle or a straight pin will do. So, keep a set of syringe and needle in your medicine box in case of emergency. Don't forget this instruction.

  • When stroke strikes, don’t panic. Do not move the victim. Moving the victim may cause the brain capillaries to burst.
  • Place the needle over fire to sterilise. Use the needle to prick the tips of all 10 fingers. There is no specific point, just about 1 mm near the finger nail till blood comes out. If the blood doesn’t come out, squeeze it. The victim will most time regain consciousness when all 10 digits bleed.
  • If the victim’s mouth is crooked, pull on their ears until they are red. Then prick each lobe twice until 2 or more drops of blood come out from the earlobe. The victim should regain consciousness.
  • Wait until the victim regains his normal state before taking him to the hospital.

Note: A bumpy ride to the hospital when the victim is unconscious may cause more capillaries in the brain to burst. No CPR for stroke. It can make matters worse.

Save a life.

Jumaat, 20 November 2009

Di sebalik Sentuhan 'S'


Legakan ketegangan yang dialami oleh sidia dengan gerakan melingkar dan membentuk huruf 's' pada bahagian belakang tubuhnya...  Lou Paget, penulis buku 'How To Be A Great Lover' berpendapat, "Sentuhan ini akan menggetarkan sistem saraf dan membuatkan si dia berasa lebih 'rileks' dan tenang berada di sisi mu."

Rabu, 18 November 2009

Tumpang lalu ...

Kepada cikgu-cikgu yang akan menanda kertas jawapan peperiksaan SPM pelajar :
Karangan BI

Algebra Kalkulus
Geometri
Trigonometri

Budak ni genius ke apa?

Malam Jumaat Keliwon Part 6

Ada 1000 bunga di taman yang sama warna, sama usia dan sama jenis tapi kenapa kita pileh satu antara 1000 itu untuk diberi kepada kekasih kita?999 cuma gagal dipileh oleh kita sedangkan ianya akan dipileh oleh orang lain ....
Ada 1000 pelajar sekolah sains johor yang mandi dgn air yg sama, makan dan minum didewan yg sama dan segalanya sama tapi ada yg berjaya dan ada yg gagal? Mereka cuma gagal dalam peperiksaan tapi mereka telah berjaya dalam kehidupan yg lebih besar selepas sekolah...

Sedikit petua khas untuk anak2 yg akan menghadapi peperiksaan.
1. Gunakan papan notis di dalam kelas untuk menampal semua formula atau bahan2 yg berguna supaya mudah diingati semasa peperiksaan nanti.


teka siapa?...fatie..kau pulak jawab?

bukan gambar unta yg di tampal... Anak2 seharusnya mencontohi pelajar seperti dalam gambar di atas yg mejanya penuh buku2 yg tebal2.. Cuba contoh pelajar tersebut...

2. Kesihatan perlu diberi perhatian dan seimbangkan dengan sukan. Bercampurlah dengan teman2 walaupun berlainan warna kulit atau berlainan kepercayaan demi pelajaran.


ni lagi banyak boleh diteka....

3. Yang paling penting anak2 perlu fokus pada buku dan kuatkan iman dalam menghadapi segala dugaan.

gambar ni memang klasik....

Cuba lihat gambar di atas. Ada 2 pelajar yg tetap fokus dgn bukunya sedangkan pelajar lain possing didepan kamera. Contohi pelajar yg 2 orang tu ....
a. Untuk sal... ada gambar wak jan
b. Mana pergi Jalil dan Amirudin

Selasa, 17 November 2009

Boleh cam lagi 2?


Mini gathering abang senior kita yg paling tua di SMSJ


Agak-agak masih ingat lagi tak nama-nama dia orang ni.
Ada di antara depa ni yang senasib dgn Usop, kena rotan dgn warden sebab 'deng'
Hahahaa...dah tuatua pun kena jugak dgn warden, ingatkan usop n the geng je....


Abg Aziz tengah tunjuk foto masa di SMSJ dulu kat Hafizah sebab Ha dah tak cam yang mana satu depa ni


Sebelum solat Jumaat 13 Nov , pakwe aku called beritau yg abg Aziz ( classmate dia masa kat SMSJ) nak singgah rumah kami. Dia on the way nak menghadiri AGM SAJOHA di UKM pada 14 Nov . Bila abg Aziz sampai, depa dok pakat called classmate depa yg lain , ajak jumpa somewhere . So, entah macam mana bila abg Aziz mention nak sewa hotel, abg Rosly teringatkan 'homestay' Hafizah Awang di Shah Alam. Kalau sewa hotel pun harga lebih mahal tapi sempit. Abg Aziz setuju, kami called Ha, dan kebetulan 'homestay' Ha kosong.
Malam tu depa berkumpul di homestay Ha, pakwe aku ni heret aku sama, tapi aku pi melepak kat rumah Ha..... seronoknya dapat sembang lama-lama macam tu. Dan Ha bagi diskaun kat abang2 tu, selalunya harga 'homestay tu RM180( promotion untuk sehingga hujung tahun ini) Ha siap taja makan lagi! Untungnya depa..... eh, kalau hangpa perlukan penginapan kat area Shah Alam ( mana-mana anak yg nak konvo kat UITM ke) boleh lah kau orang gunakan 'homestay' Ha ni. Selesa! Ada 4 bilik yang luas, dan kemudahan yg lebih kurang macam hotel..... cubalah! Alamat homestay Ha ialah no 14, Jalan Raja Abdullah 4, 9/19D, seksyen 9, Shah Alam.

Isnin, 16 November 2009

kenangan reunion


best friend....

[ khas untuk tatapan mimbar, sukimin dan bagio yang selalu menjeleskan Si Ucop..]

tengok...senyum mereka berdua..ikhlas dan seadanya..mana ada perli perli orang lain..hahahahaha...jangan marah gurau jer..

Ahad, 15 November 2009

BERPADA-PADA


Kerana perhubungan yang akrab , janganlah sampai menjamin semua pinjamannya . Kalau terjadi perselisihan serta dikhianati , boleh papa kedana jadinya .

Kerana persahabatan yang rapat , janganlah ahli keluarga diserahkan untuk dijaganya . Dek godaan halus , boleh porak peranda keluarga dibuatnya .

Kerana ada ikatan persaudaraan , janganlah hal yang terlalu personal dikongsi bersama . Kalau terjadi salah faham , habis semua hal-hal luar dalam boleh terjaja .

Kerana terlalu libral , janganlah letakkan kepercayaan penuh kepada satu pihak . Jika terjadi perubahan dasar secara songsang , merana dibuatnya .

Fikir dahulu sebelum bertindak . Sebaik-baik tindakan adalah yang sederhana . Menyesal dahulu pendapatan , menyesal kemudian tak berguna .

Kenapa Nafsu Kemaruk

Setelah usia menghampiri 50, nampaknya sukar melawan kehendak nafsu. Kita boleh bertahan jika tidak digoda. Masalahnya godaan semakin banyak akhir2 ini, lebih banyak dan lebih hebat berbanding sewaktu muda dahulu.

Dari Abdullah bin Mas'ud ra "Tidak seorang pun diantara kamu melainkan telah ada jin yang ditugaskan pemimpinnya untuk selalu menggodanya". Para sahabat bertanya, "Tuan juga ya rasullah?" Jawab baginda " Ya. Aku juga. Tetapi Allah selalu melindungiku dari godaan mereka sehingga mereka yang menggodaku akhirnya islam (menyerah). Kerana itu mereka tidak berani menyuruh ku melainkan untuk kebaikan." (muslim). Melalui hadis ini seolah2 kita telah menemui jawapannya, iaitu prilaku manusia turut dipengaruhi makhluk2 yang tidak kelihatan. Soalnya apakah kita boleh menyalahkan mereka semata2 dalam prilaku songsang kita? Kita tidak boleh menyalahkan makhluk ini sebab semua kesalahan dosa dan akibatnya kita tanggung sendiri. Jakim dalam laman webnya menafsirkan maksud hadis ini: setiap manusia yang lahir disertakan 'qarin' oleh Allah yang bertugas sebagai 'pengoda' sejak seseorang itu dilahirkan sehingga kematiannya. Qarin adalah golongan jin. Ia sentiasa mengajak manusia yang didampinginya ke arah kejahatan. Sedangkan sifat manusia lemah, mudah lupa menjadi penyebab terjerumus ke lembah nista dan kemaksiatan akibat tergoda dengan hasutan qarin. Hanya rasullah saw sahaja yang tidak dapat digoda oleh qarin. Dalam al-quran Allah berfirman: "Barang siapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Permurah (Al-Quran), kami adakan syaitan (yang menyesatkan), maka syaitan itulah yang menjadi qarin (teman yang selalu menyertainya)." Az-Zukhruf :36.Oleh itu hanya iman yang kukuh sahaja dapat menyelamatkan kita. Maka dalam usia yang menuju senja marilah kita sama2 mengukuhkan keimanan kita kepada Allah swt. Marilah kita memandu kehidupan kita berpandukan Al-Quran dan Sunah Rasullah. Kita juga jangan lupa memberi bimbingan kepada zuriat dan ahli keluarga kita kerana dunia hari ini adalah dunia yang tiada sempadan. Moga2 kita bersama keluarga akan terselamat di dunia dan di akhirat.

Sabtu, 14 November 2009

MEMBINA BAHAGIA


Menerima seseorang seadanya adalah kunci utama membina bahagia . Ucapan cinta-sayang tidak relevan selagi tidak diterjemahkan dalam tindakan yang berkesan ,

Berkongsi masalah dapat membina jambatan persefahaman . Golongan profesional terutamanya akan mengakui ini langkah terbijak ke arah itu .

Menghormati dan menghargai cita rasa pasangannya boleh mengukuhkan ikatan . Pelbagai perbezaan sebenarnya adalah resepi paling enak menuju bahagia .

Mencari ruang dan peluang positif untuk sentiasa bersama adalah langkah terbaik untuk memurnikan erti kebahagiaan yang hakiki .

Hipokrit dan double standard adalah pembunuh kebahagiaan . Ia ibarat api dalam sekam yang merobek kejujuran , kepercayaan , kesetiaan untuk selamanya ...........

SEJAMBAK MAWAR DAN KARANGAN BUNGA


Hari ini aku tak ada cerita tentang kisah kita di SMSJ. Akan tetapi aku menghadiahkan sejambak mawar dan karangan bunga untuk kita semua. Jadikanlah hadiah ini sebagai hadiah yang tidak seberapa walaupun kita semua telah menjangkau usia setengah abad. Moga2 kita beroleh berkat dari Allah dan lebih dari mendapat bahagia di penghujung2 hidup kita ini.

SEJAMBAK MAWAR

Kuntum 1 :Ketahuilah bahawa Allah akan mengampuni orang yang memohon ampun, akan memberi kepada yang meminta, dan menerima yang bertaubat.
Kuntum 2 : Prihatinlah dengan orang yang lemah, anda akan bahagia. Penuhi hajat yang memerlukan, anda akan disembuhkan. Jangan bawa kebencian,anda akan dihargai.
Kuntum 3 : Bersangka baiklah kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohonkan ampunan untukmu, dan syurga talah menanti anda.
Kuntum 4 : Bersikap optimislah dalam hidup dengan berbaik sangka kepada Allah.Nyahkanlah segala duka dengan mengingat semua nikmat yang telah dikurniakan kepada anda.
Kuntum 5 : Ingatlah bahawa di dunia ini tiada kebahagian yang sempurna, kerana tidak seorang pun di dunia boleh dapat semua keinginannya.
Kuntum 6 : Contohilah pohon kurma, tinggi cita2nya, kebal dari penyakit, dan jika dibaling dengan batu, ia membalas dengan menggugurkan buahnya.
Kuntum 7 : Adakah kesedihan dapat mengembalikan apa yang telah luput, kecemasan dapat memperbaiki kesalahan? Lantas apalah gunanya anda bersedih?
Kuntum 8 : Jangan mengharap mendapat kesusahan atau malapetaka, tetapi berdoalah supaya beroleh ketenangan dan pemeliharaan.
Kuntum 9 : Siramilah api kebencian anda dengan cara memaafkan setiap orang yang pernah berbuat salah kepada anda.
Kuntum 10 : Mandi, berwudhuk, memakai wangi2an, dan bersiwak merupakan penawar yang amat berkesan bagi setiap kesusahan dan kesedihan.

KARANGAN BUNGA

Bunga 1 : Contohi serangga lebah yang hanya hinggap di atas bebungaan yang sedang mekar dan di ranting2 yang runcng.
Bunga 2 : Berjanjilah dengan diri anda bahawa tidak sekali2 akan mengungkap dan mencari2 kekurangan dan kesalahan orang lain.
Bunga 3 : Ketahuilah bahawa Allah sentiasa bersama anda, jadi tidak ada sebab untuk anda merasa takut? Tetapi jika anda memusuhi Allah maka tidak ada lagi tempat anda bergantung harap?
Bunga 4 : Gejolak kedengkian akan merugikan diri sendiri, sedangkan api kecemburuan akan membakar apa saja.
Bunga 5 : Lakukan apa yang sepatutnya anda selesaikan hari ini, kerana hari esok belum tentu berpihak kepada anda.
Bunga 6 : Jahuilah setiap tempat yang menjadi medan permusuhan dan perbalahan.
Bunga 7 : Jadikanlah dirimu memakai akhlak mulia supaya anda lebih indah berbanding jambangan bunga.
Bunga 8 : Jangan bosan dan jemu untuk berbuat baik, maka anda akan mendapat pujian dari mana2.
Bunga 9 : Serahkanlah urusan mahluk kepada penciptanya, jangan peduli pada setiap pendengki dan orang yang suka mencari musuh.
Bunga 10 : Kesenangan dar sumber yang haram akan mendatangkan penyesalan, kehinaan dan penderitaan yang luar biasa.

Dari itu aaku mengingatkan diri aku dan kita semua cuba melaksanakan apa yang termampu. Kalau kita kata kita sudah hampir penghujung kehidupan, dan telah melalui berbagai pengalaman sebelum ini dan telah menikmati kebahagian hidup yang dicari, maka sekalung tahniah dari aku. Jika kita masih belum cubalah merubah gaya hidup kita bagi merasa sedikit nikmat dari Allah, ataupun kita boleh gunakan untuk membentuk anak2 dan zuriat kita.
Aku petik tulisan ini dari buku Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia oleh Syeikh 'Aidh Al-Qarni Edisi Melayu.

Isnin, 9 November 2009

Boleh cam tak?

Foto ni aku ambik dari blog batch 77. Aku suka nak share dengan semua kekawan batch kita pulak. Foto ni diambil pada tahun 74, di hadapan Kolej Tengku Ampaun Mariam ( asrama budak perempuan masa kat JB dulu). Boleh cam tak siapa yang kat dalam foto tu.....

Ahad, 8 November 2009

EKSKLUSIF



Kediaman perlu di kawasan tinggi dan luas yang pemandangannya indah dan menghijau . Rumah kecil lain tidak perlu bersama berada di situ .

Membeli-belah perlu di tempat eksklusif . Barangan pula diimpot serta berjenama . Kalau boleh orang lain tidak memiliki barangan itu .

Kenderaan dinaiki perlu mewah dan canggih serta harga tinggi . Ia diidentitikan berbagai rupa supaya berbeza dengan yang lainnya .

Bila mati nanti , kediamannya di tanah perkuburan bersama insan lain . Barangannya kain putih berjenama sama seperti yang lain . Kenderaan dan pengusung jenazah sama dengan yang lain .

Di manakah nilai eksklusif ketika itu ? Hanya amalan dan doa dari anak yang soleh . Orang lain tidak tahu . Itu rahsia diri sendiri ........

JADI BOLA



Bila menemuinya , orang nombor satu berkata dengan lembut penuh makna "Saya sedang sibuk . Silalah berjumpa pembantu saya " .

Bila menemuinya , orang nombor dua pula berkata dengan tegas dan jelas "Tak nampak ke saya sedang sibuk ni ? Pergilah jumpa sendiri pembantu saya ".

Bila menemuinya , orang nombor tiga pula berkata dengan garang dan terang ." Buta ke , tak nampak saya sibuk ni ? . Uruslah sendiri masalah awak tu ".

Inilah menyebabkan ada organisasi meletakkan mottonya "The Ship Is More Than The Crew" . Harapannya supaya "crew" sedar dia berfungsi untuk menggerakkan kapalnya .

Setelah PM meletakkan motto "Pencapaian Diutamakan , Rakyat Didahulukan " adakah akan wujud fenomena "seperti bola" ini lagi ?

Sabtu, 7 November 2009

BIASA TAPI TERASING

Team Cadangan Sambungan Surau SMSJ pada 7 November 2009. Aku yang terawal sampai jam 9.30 pagi. Itu pun setelah aku melepaskan kepingin aku dengan minuman dan roti bakar di Railway Station.

Kena saman parking oleh MPK pulak masa kat Railway Station. Hari Sabtu pun ada saman! Dah la tu nak gi bayar kaunter Majlis Perbandaran Kluang TAK BUKA PULAK...HARI SABTU!! SAMAN JALAN JUGA!! KAUNTER NAK BAYAR TAK BUKA!!! APA DAH JADI NI!! PANAS GAK AKU!!Nak komplen kat YDP dia la.

Aku sampai kat sekolah dan terus parking kat depan dewan makan.
Keadaan sunyi sepi..Asrama macam dah cuti..tak de orang.
Rupa-rupanya dia orang ada prep.

Tak de sorang tegur aku walau aku pakai t-shirt reunion kita..merah lagi..!


Bangunan tambahan kelas yang baru.


Bangunan tambahan asrama puteri



Aku melawat dapur dewam makan yang dah membesarkan kita selama 5 tahun.


Kat sini lah aku pernah kena tampar seorang guru pasal membuang sisa nasi ke dalam tong nak bagi Mr Pang! Aku ingat sapa tampar aku tu.



Bangunan surau sediada


Surau dari sudut lain.

Ini je aku boleh maklumkan.. Aku buat entri ni dari anjung surau SMSJ. Silalah menderma untuk amal jariah kita.

Ahad, 1 November 2009

INFO TERKINI: KHASIAT PELUK ISTERI

Info ini adalah untuk yang dah berkahwin...yang belum kena cepat2 kahwin.
Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang2nya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.
Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.
Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah, katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang pada 28 Oktober 2009.
Hormon endorflin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah saw.
Tambah beliau, ada kajian yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap, katanya disambut dengan gelak ketawa oleh perserta persidangan itu.
Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghias diri, kata Fadzilah.
Untuk info selanjutnya lawati blog Bong. Ada sebab Nabi saw menggalakkan umatnya berkahwin.