Sabtu, 31 Oktober 2009

Selingan

Adik aku kata :
Luahan cinta ibarat kxntut
Disimpan sakit
Diluah malu
Dah lepas, fuh! lega ...

Aku kata :
Kalau tak lepas ?

Adik aku kata :
Angin naik ke atas
Sakit kepala.

Dalam hati aku kata :
Sah. Patut pun ...

Lama Tak Posting

Dah lama juga tak posting & upload gambar2 kat blog nie. Almaklumlah asyik ada program aje. Lepas hari raya banyak pulak program2 yang kena buat. Maaf kepada semua kerana kurang respon kepada posting yang lepas2.
Fati minta maaf banyak2 kerana tak dapat hadir majlis awak tu nanti sebab saya berada di Pulau Sipadan masa tu. Insya Allah lepas daripada tarikh majlis tu mungkin saya akan ziarah awak sekeluarga di Tanjung Malim. Antara foto yang sempat diupload:-

Majlis Open House Raya Aidil Fitri rumah Azida

Dengan isteri di Puteri Harbour Kota Iskandar, Johor.

Program di Pulau Tinggi, Mersing

Sop, Mim, Bong, Bag, Fati, Teja, G, Azida, Sal dan lain2 keep up the good works in order to make this blog alive. Really appreciate kau orang punya masa & kerajinan untuk buat posting.
Ada masa akan post lagi gambar2.

Jumaat, 30 Oktober 2009

MESYUARAT CADANGAN PEMBINAAN BANGUNAN TAMBAHAN SURAU SMSJ DAN RAYUAN DERMA

Pada 29 Oktober 2009 Jawatankuasa Pembinaan Bangunan Tambahan Surau (JPBTS) telah menjemput aku menghadiri satu mesyuarat di Pejabat Perunding NSJ. NSJ dimiliki oleh Tuan Hj Ir Nasarudin.. Bin..aku tak pasti Mohd Rawi atau Rahmat..konfius aku..

Pertamanya bagi pihak jawatankuasa mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana sanggup menerima kehadiran jawatankuasa ini.

Tujuan mesyuarat adalah untuk menetapkan dan membuat keputusan dan membekalkan maklumat diperlukan kepada guru SMSJ (Pengetua) untuk dikemukakan ke Kementerian Pelajaran bagi mendapatkan kebenaran membina tambahan bangunan surau.

Yang hadir dalam mesyuarat ni adalah Abg Ramly Abu Bakar, Kak Noryn, Abg Alimor, Saiful Yazan, Jailani Jasmani, Nasarudin dan aku.

ADA SATU PERMINTAAN AKU, MOHON KAWAN-KAWAN TERUTAMANYA EX-SMSJ MENGHULURKAN DERMA UNTUK PEMBIAYAAN PEMBINAAN INI.
UNTUK MENDERMA SILA LAWAT BLOG ALIMOR UNTUK NO AKAUN.

Menurut Kak Noryn, dana yang sudah terkumpul setakat ini hanya RM80K++ sahaja. Jangka budget diperlukan dalam RM300K.


Perbincangan sedang berjalan


Perbincangan yang ni lebih serious


Puhh...yang lagi la serious!!


Masing-masing dengan kepakaran masing-masing.


Nas tu asyik tutup mulut je..gaya orang korporat!!



Kesihannya Abg Alimor..mencari jalan merealisasikan impian sambungan surau smsj


Keputusan dan sasaran


Lepas mesyuarat kami minum kat kopitiam



Lambat lak sebis kopitiam la

Sekali lagi aku bagi pihak Jawatankuasa memohon derma untuk membina bangunan sambungan surau SMSJ dimana masa kita dulu tak ada orang yang buat untuk kita dan sekarang kita buatkan untuk adik-adik kita di sana semuga ianya menjadi pembimbing ketika kita melintasi "Titian" itu, Insyallah.

SATU PINTU TERTUTUP ADA PINTU LAIN TERBUKA

Walaupun kecewa, sedih dan hampa yang amat sangat, satu perkara yang perlu diingat: hidup bukan untuk terus bersedih, kecewa dan hampa. Hidup yang kita lalui seharian adalah satu ujian dan cabaran untuk kita. Allah dah janjikan di dalam surah al-Ankabut ayat 2-3: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang dusta." Ramai yang lupa atau enggan percaya, setiap yang Allah swt tetapkan punya sebab, alasan dan hikmah yang tersendiri. Aku percaya Mat Gar dan Mat bukan Gar yang kurang cemerlang dalam pelajaran dan putus cinta di SMSJ Allah menyayangi mereka. Allah telah memberikan mereka rezeki dengan cara yang lain. Apa yang penting kegagalan pertama tidak bermakna kita akan terus gagal selamanya. Bagi yang putus cinta bukan bermakna tiada cinta lain. Pasti ada gadis lain yang lebih baik diganti oleh Allah yang setia menemani dalam setiap keadaan dan situasi, tak kira susah atau senang. Yang pasti ada sebab dan rashia tersendiri kenapa semua ini berlaku. Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi mu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi mu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." Ayat ini membuktikan kepada kita, bila kita kehilangan sesuatu, kita sebenarnya tidak kehilangan, sebaliknya kita bakal diberikan sesuatu yang baru yang lebih baik, insya-Allah. Aku menyeru kepada kawan-kawan kita yang terlibat seperti aku katakan di atas supaya kita perlu yakin dan percaya, apabila satu pintu tertutup, hakikatnya ada pintu lain sudah terbuka dan sedang menanti kita. Terpulang kepada diri kita sendiri untuk berusaha meninggalkan pintu yang tertutup tersebut dan berusaha pula mencari pintu baru yang telah sedia terbuka. Aku dan kita semua tidak tahu pintu mana yang terbuka menanti, hanya Allah yang mengetahui. Jalan terbaik ialah sentiasa berserah dan memohon panduan dan petunjuk tentang apa juga perkara yang bakal kita lalui. Percayalah jika kita betul2 berserah kita akan dapat jawapan yang tepat dan cepat. Berdoalah seolah2 kita sedang bercakap dengan seseorang, luahkan segala yang membelenggu di hati, luahkan juga keinginan kita tetapi mohon agar diberikan yang terbaik untuk masa depan kita. Insya-Allah pintu baru akan kita temui.

Aku minta maaf jika ada yang tersinggung dan agak panjang juga tulisan aku malam ini. Aku tidak berniat untuk berlumba cuma aku ada masa untuk menulis malam ini sebab esok tak kerja (cuti). Idea juga datang pada malam ini. Ha!!! Ha!!! Ha!!!

andaiku tahu



ANDAIKU TAHU - UNGU

Andaiku tahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andaiku tahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan kau ambil nyawaku

Aku takut
Akan semua dosa-dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Andaiku tahu
MalaikatMu kn menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata taubat padaMu

Aku takut
Akan semua dosa-dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa-dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertaubat padaMu

Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di syurga

Andaiku tahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata taubat padaMu

Aku takut
Akan semua dosa-dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa-dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertaubat padaMu

Khamis, 29 Oktober 2009

Malam Jumaat Keliwon Part 3


teka ni gambar siapa?

Tuai padi antara masak....
Esuk jangan layu layuan...
Intai kami antara nampak...
Esuk jangan rindu rinduan....
( Khas untuk Teja)

kita dinamakan manusia kerana kita mempunyai akal dan kerana itu kita tak pernah puas dgn diri kita.. kita mesti bersyukur dengan apa yg kita miliki bukan berfikir apa lagi yg belum kita punyai..

Ini ada gambar exclusive yg telah diharamkan di majalah sekolah 1978 atas alasan yg begitu dirahsiakan. Mereka adalah wakil sekolah yang mengharumkan sekolah pada tahun 1978..Cuba kita sama sama menarik benang merahnya... Atau kita biarlah gambar dibawah menjadi saksi bisu sepanjang hayat kita..

Case no 1. ( Pemain Bola Sepak U17)


Diharamkan kerana mereka tak pakai seluar pendek waktu bergambar.


Case no 2 ( Qari Sekolah)

Diharamkan kerana "style" kaki yang bersilang seperti gaya "Black Dog Bone"..


Case No 3 ( Pemuzik Rock)


Ini yang paling pelik. Dunia mengakui mereka adalah kumpulan Rock yang hebat tapi gambar mereka bukan sahaja diharamkan di sekolah tapi oleh "Mat Gar". Peminat mereka sanggup mati demi konsert mereka..Apa yg kurang pada mereka sehingga mereka tersingkir dari Mat Gar idol? Siapa Mereka?

Khamis, 22 Oktober 2009

KEPAYAHAN

Musim tengkujuh silih berganti, bertukar menjadi kemarau melanda negara. Begitulah situasi yang tak dapat tidak mesti ditempuhi dan tak terkecuali kumpulan SPM/MCE 1978 SMSJ. Tahun itu kita dilanda kemelesetan. Bahangnya cukup kuat dan cepat menyebabkan kumpulan ini bagaikan cacing kepanasan. SPM/MCE semakin hampir. Kita semua bagaikan daun-daun kering yang berguguran. Pelbagai dugaan diharungi.

Antara yang aku ingat ialah kita yang dipanggil Putera tidak dibenarkan memakai talipinggang semasa berpakaian sekolah. Bayangkan kalau terbeli seluar yang terbesar sedikit saiznya. Keduanya yang aku ingat sampai bila-bila ialah tidak dibenarkan study lebih waktu. Sebelah petang kena turun padang untuk bersukan. Tidak dibenarkan berada di bilik asrama atau di bilik darjah. Sebelah malam hanya waktu prep saja dari jam 8.00 - 10.00. Jam 10.30 kena tutup lampu dan tak boleh berada di kelas. Bayangkan waktu tu 'Mat Gar' yang awal tahun relex dan bertekad untuk study last minit. Mat Gar pun nak dapat keputusan cemerlang. Aku juga ingat cikgu kajihayat kita pernah mencabar kalau tahun ini SPM/MCE lulus 100% saya berhenti.

Alhamdulilah keputusannya 100% cuma yang cemerlang mungkin sama banyak dengan yang kurang. Tapikan cikgu tu memang berhenti betul. Dia kerja pula dengan PERHILITAN unit gajah. Dia pernah bersama dengan aku buat operasi memindahkan gajah liar di rancangan aku Selancar. Pakcik pemandu van pun juga ada kerja dengan PERHILITAN dan pernah bersama aku menghalau gajah liar yang masuk ke ladang tempat aku. Akan tetapi dalam keadaan begitu ada juga insan yang bertuah yang mendapat sedikit keistemewaan. Mereka diberikan bilik khas untuk membuat aktiviti study lebih dari orang lain. Dari golongan inilah telah lahirnya kecemerlangan SPM/MCE 1978 SMSJ. Golongan ini ialah 'Pengawas'.

Sambung cerita lagi Mat Gar yang ingin sama cemerlang telah mengambil inisiatif dengan belajar lebih menggunakan lilin dan menyorok di balik pintu locer besar dalam bilik. Terima kasih kepada pengawas yang bertolak ansur tidak menghalang kami dan tidak membuat aduan. Namun demikian dari pengamatan aku yang kurang bijak ni melalui reunion 30 tahun pada hujung 2008 kita semua tidak seteruk yang disangka. Pelbagai kepayahan kita lalui. Kita semua akhirnya berjaya menjadi manusia seperti yang aku ucapkan pada malam reunion tu. Aku ucapkan syabas kepada Makcik-makcik dan Pakcik-pakcik SPM/MCE 1978 SMSJ Kluang.

Aku berdoa muga-muga kita dipermudahkan oleh ALLAH swt dalam mengharungi penghujungan hidup ini. Biarlah kisah lama menjadi kenangan dan sejarah hidup kita.

Rabu, 21 Oktober 2009

SCIENCE SCHOOL KLUANG & CLIFFORD SCHOOL KUALA KANGSAR
Dulu saya belajar di Science School Kluang tapi sekarang saya mengajar di Clifford School Kuala Kangsar . Science School sekolah berasrama penuh tapi Clifford School sekolah harian biasa . Namun kedua-duanya Sekolah Bestari .

Pengetua Science School dulu berbangsa Melayu tetapi Pengetua Clifford School dulu berbangsa Inggeris . Pelajar Science School bercampur lelaki dan perempuan tetapi pelajar Clifford School lelaki belaka kecuali tingkatan enam .

Science School terletak di Bandar Tentera tetapi Clifford School terletak di Bandar Diraja . Pelajar Science School 600 orang tetapi pelajar Clifford School 1500 orang . Usia Science School 35 tahun tapi usia Clifford School 112 tahun .

Di Science School saya mencari cinta yang tidak pernah kesampaian tetapi di Clifford School saya membelai cinta yang sentiasa subur kerana ……................ di sinilah suami saya bersekolah dulu …...........Dari sinilah juga putera saya berjaya ke menara gading ..............


lepas upsr nak masuk sbp 2010

Salam. Kawan2,
Kalau benar sumber aku ni persiapkan anak2 kita dari awal darjah 4.
Intake ke tingkatan satu mulai 2010 kena ujian bertulis dan temuduga.
Langkah persediaan:-
1. Borang online diisi oleh pihak sekolah. salinan kepada parent.salinan juga dihantar oleh sek ke sbp yg di pohon oleh pelajar.Selalunya borang diisi bulan ogos.
2.Surat yg dihantar ke sbp tu tolong sertakan:-
a. salinan borang online,
b.salinan sijil koko dsb, juga
c. salinan buku rekod pelajar dari darjah 4 ke 6( Ni lain dari yg lain).Jarang orang bagi maklumat yg ni kan!.
Semua itu kena sahkan salinannya.
Maklumat ini boleh dipercayai. Yg bg maklumat tu panel penemuduga lah kan.
Kalau sekolah cuma kosong 12o katakan dan yg mohon 1200 orang macamana nak 'shortlisted'.
Hantar borang saje bye bye. Tak cukup syarat. Tulisan tak boleh baca.dan macam2lah.
Pada pandangan kau orang cara baru ni ok ke?. Tak ke nanti ada 'cronism'.
Cikgu Usop, Cikgu Sukimin, Cikgu siapa lagi ekk... Hga. Zaidi...macamana.

Selasa, 20 Oktober 2009

Malam Jumaat Keliwon Part 2

Orang cakap mereka adalah kacang hantu,degil dan jangan diikuti.Mereka selalu buat bising kat kelas dan berambut panjang.Itulah ”Mat Gar”..berasal dari ”rugged” dan diterbalikkan menjadi Garred dan akhirnya jadi ”GAR”..Sebenar ramai Mat Gar hari ini telah menjadi org2 yg lebih hebat dalam mana2 industri mau pun menjadi org yg lebih alim dari kita...

1. Kita lihat cara Mat Gar basuh baju pulak. Mat Gar biasanya menggunakan pintu almari/gerobok yg diselitkan dibawah sink Semakin panjang pintu tu, semakin bagus. Satu pintu almari panjang boleh digunakan 3 atau 4 Mat Gar membasuh baju. Satu sabun, satu papan basuh mereka kongsi bersama dan dah tentu ”deng” dgn ”korok setabang” yg sama...

2. Mat Gar juga mesti tau bermain gitar walaupun sikit. Sekurangnya lagu chord senang seperti lagu “Pontianak”.Kalau tak pandai main gitar pun takpe tapi waktu konsert dalam bilik mesti pandai ketuk baldi atau pandai nyanyi atau buat bising. Mgkn Azman Rahman boleh cerita....

3. Hampir semua Mat Gar suka keluar sekolah. Tak kira siang atau malam. Stamina mereka hebat sebab itu Mat Gar tak pernah miss latihan merentas desa dan tempat favorite Mat Gar adalah kedai panjang kerana kat situ ada jual ais kacang.Diwaktu pelajar lain sedang tidur, Mat Gar masih melakukan ”Lompat Pagar”...

4. Ada org kata Mat Gar takde disiplin tapi pada aku itu salah. Mat Gar tetap dgn disiplin bila ”deng”. Seconder,thirder,forthder dan lastder adalah istilah mereka. Mgkn ramai yg faham tapi itulah Mat Gar. Yg dulu didulukan dan yg lambat mesti bersabar tanpa mengira Junior atau Senior…

5. Mat Gar juga mesti berkasut “Warrior” dan style rambut mesti sikat kebelakang ala David Bowie dan sideburn mesti dicukur tinggi2 . Mat Gar juga kesekolah pakai bag “carpenter hijau” dan akan bertambar ”gar” kalau bag itu diconteng dgn nama band Rock atau Punk.

Kalau dipilih secara “Malaysian Idol”, ada ramai calun Mat Gar tetapi aku rasa aku terpaksa singkir 2 calun walaupun masih diperingkat awal lagi..pasal calun tersebut sampai sekarang masih sikat belah tepi…. Mgkn sulit bagi aku untuk buat keputusan tapi adat pertandingan… dan calun yang terkeluar itu adalah Sukimin dan Md Khir… Maaf anda berdua tersingkir…

Ahad, 18 Oktober 2009

DULU DAN SEKARANG

Jika ada yang masih ingat atau pun kebetulan pernah terpanggil mengikuti siri Jejak Rasul 6 di TV3 pada 22 Julai 2003 yang memaparkan ternakan kambing di Habsyah. Aku tertarik dengan sekumpulan kambing di Habsyah mencari dan meragut makanan dengan cara memanjat pokok. Aku kagum dengan kecekapan, kemahiran dan ketabahan kumpulan kambing berkenaan. Lokasi yang digambarkan itu tiada kelihatan rumput-rumpai yang tumbuh, hanya pokok-pokok berduri dan berdaun halus saja yang ada. Amannya kambing-kambing berkenaan makan di atas pokok, malah ada yang menjangkau sampai ke hujung dahan dan juga di pucuk. Jauh beza dengan kambing-kambing di tempat kita. Kambing-kambing di sini begitu mudah dimana makanan dihantar dan disediakan. Kambing-kambing ini kalau dilepaskan dari kandang rasanya mungkin tidak mampu meragut rumput yang ada di sekeliling kerana pembekal makanan sentiasa memenuhi kehendaknya di kandang. Bagi aku cukupdengan pengertian yang boleh diandaikan kambing di Habsyah terpaksa buat kerja sendiri untuk makan walaupun kerja memanjat tu bukan kerjanya, berbanding dengan kambing di tempat kita tidak perlu berkerja keras untuk makan dan kambing di tempat kita hanya pandai memanjat kambing lain. Aku adalah dari kumpulan yang sering masuk universiti tetapi keluar pada hari yang sama, maknanya mungkin tidak sempurna pandangan dan pemikiran aku dengan kawan-kawan yang lain.
Berkaitan dengan cerita yang aku paparkan menunjukkan cerita kambing di Habsyah adalah kisah kehidupan kita yang lalu. Cerita kambing di tempat kita adalah menunjukkan cerita anak-anak kita sekarang ini. Kita dahulu semuanya buat sendiri, balik ke asrama naik bas sendiri. Ibu bapa tak tahu samada kita sampai asrama atau tidak kerana tiada talipon. Kalau nak dapat khabar pun sapa yang rajin kirim surat beritahu yang dah sampai asrama. Sekarang ini anak kita dihantar sehingga ke pintu pagar asrama, di naikkan bas dan tentukan bas bergerak baru kita pun ikut beredar. Dulu kita hanya bergantung hidup pada wang biasiswa kerjaan untuk menampung keperluan harian termasuk deng dan bagi yang bernasib baik ada abang atau kakak boleh minta sedikit bantuan. Sekarang ini anak kita dapat biasiswa kerajaan dapat juga biasiswa ibu bapa seperti mendapat elaun tetap, ada talipon bimbit, ada yang lebih dari 1 seperti orang berniaga. Dulu tiada IPT yang banyak, kalau SPM/MCE pangkat 3 duduk tergantung nak ke IPT tak boleh, nak ke tingkatan 6 tak boleh, jadi kalau keluarga ada duit boleh le ulang semula di sekolah swasta (bayar), kalau tidak jadilah penganggur sementara diterima bekerja. Tapi sekarang ini IPT dan pusat kemahiran begitu banyak, keluarga tiada duit sumber pinjaman ada, keputusan tak berapa baik pun berpeluang teruskan belajar setidak-tidaknya dapat kursus kemahiran peringkat sijil.
Demikianlah perbezaan dahulu dan sekarang. Rumusan aku, memberi kemanjaan kepada anak-anak secara berlebihan menyebabkan lemak yang berlebihan. Mereka tiada ikhtiar untuk berusaha malah mereka sebagai penunggu bulan jatuh ke riba. Memang tidak boleh dinafikan kemudahan sekarang sememangnya banyak dan naluri insan memang sudah semula jadi mendamba sesuatu yang lebih baik dan indah dari semalam, kelmarin dan dahulu.

Khamis, 15 Oktober 2009

Malam Jumaat Keliwon Part 1

Hantu digambarkan sebagai seorang perempuan hodoh yang berambut dan berkuku panjang. Biasanya gigi taring dia pun panjang. Sebut aja pontianak atau hantu penanggal. Dikatakan Pontianak adalah seorang perempuan yg diperkosa oleh lelaki dan apabila mati bertukar menjadi hantu kerana untuk membalas dendam dan dikatakan juga pontianak akan menjadi cantik bila ditikam paku pada tengkuknya. Aku selalu berfikir kenapa kebanyakan hantu melayu adalah perempuan dan sampai sekarang aku belum membaca kisah hantu lelaki...

Kadang kadang aku berfikir juga bukan senang jadi pontianak. Iyalah hantu perempuanlah kata.. Agaknya pontianak tu pakai ”Bra tak?” atau ”Datang Bulan tak?”.Begitu juga dengan hantu penanggal...Kadang2 perempuan yg mati tu rambutnya kereting tapi bila jadi pontianak mesti rambutnya lurus dan fesyen rambutnya mesti sama.. lurus dan belah tengah.. Anih bukan.
.
Semasa kita sekolah dulu, dikatakan asrama perempuan tu ada hantu dan aku rasa semua hantu yg budak2 perempuan nampak juga hantu perempuan. Kat asrama lelaki pun ada yg jumpa hantu perempuan sedang mengendung baby. Pak guard juga kata ada jumpa hantu kat dewan tapi juga perempuan hinggakan mayat dalam keranda terbang juga berisi mayat perempuan.. Agaknya sampai bila watak hantu mesti dipegang oleh perempuan?

Maaf jika aku berlebihan...dulu emak bapak marah kalau anaknya main sampai maghrib kerana takut disembunyikan ”hantu tetek” yg juga perempuan. Rasanya inilah satu satunya hantu melayu yg aku tau tak pakai ”bra”. Bayangkan kalau dia pakai ”bra” Berapa lama masa yg diambil untuk buka ”bra” tu kerana yg pasti teteknya terlalu besar hingga boleh menyembunyikan kanak2. Jika dia lambat, sudah tentu kanak2 itu boleh melarikan diri...

Agaknya kenapa orang melayu ni suka memperlekehkan perempuan dgn gambaran hantu atau mungkinkah kerana pencipta cerita hantu dulu menyimpan perasaan dendam pada seorang perempuan hingga beliau memomokkan hantu sebagai perempuan turun temurun sehingga ke hari ini....Sehingga hari ini aku tak pasti jerangkung tu lelaki atau perempuan kerana hantu ini menggunakan watak tulang ....Mungkinkah penciptanya seorang ”gay”?.....

Selasa, 13 Oktober 2009

BERKAITAN DENGAN SYUKUR

Adalah menjadi kewajipan kita untuk mensyukuri nikmat Allah swt yang diberikan kepada kita. Kita selalu lupa dan leka dengan anugerah Allah kepada kita. Lihat sahaja pada diri kita apakah anugerah yang telah Allah berikan.Anugerah tiga pancaindera utama dan amat berharga iaitu mata untuk melihat, telinga untuk mendengar dan mululut untuk berkata2. Tiga pancaindera ini tidak boleh dibuat atau dicipta oleh manusia. Bersyukur kita kepada Allah kerana kita dilahirkan dalam keadaan sempurna. Kita tidak boleh merasakan diri kita hebat sehingga lupa bahawa itu semua pinjaman semata2. Kadang2 kita merasa gah dengan kerja, jawatan, pengaruh,kuasa dan hubungan sehingga kita lupa tanggungjawap kita yang sebenar hubungan dengan Allah dan sesama manusia.Perasaan ini telah membawa kita berasa riak, sombong, bongkan dan takabur. Imam Al-Ghazali dalam kitabnya "Ihyaulumuddin" menulis "ukuran hubungan seseorang insan dengan tuhannya ialah pada ketelusan hubungannya dengan insan yang lain. Sekiranya hubungannya dengan insan bermasalah apatah lagi hubungan dengan yang haq". Kurniaan Allah yang amat bernilai kepada manusia adalah akal. Akallah yang membezakan antara manusia dengan haiwan. Maka gunakanlah akal kita dengan baik untuk kita berfikir.Banyak lagi kurnian Allah kepada kita dan jika dinilai sudah tentu kita tidak mampu membalasnya. Bersyukur dengan hati, kita sentiasa memuji serta mengingati Allah. Bersyukur dengan pertuturan kita sentiasa berdoa serta mengucapkan syukur. Bersyukur dengan perbuatan kita sentiasa membuat sesuatu yang baik dengan ikhlas. Pada amatan saya kita kurang bersyukur dengan perbuatan.Kita berkira dengan masa kita, kita berkira dengan wang ringgit kita dan kita berkira dengan idea kita untuk kebaikan.
Kesimpulannya kita wajib bersyukur kepada Allah swt dengan kurniaan yang diberikan kepada kita dengan ketiga2 cara bersyukur iaitu dengan hati, pertuturan dan perbuatan.
Yang penting setelah kita dikurniakan dan merasakan kenimaktan Allah kita jangan terus lupa kepada "Tabung Derma Surau SMSJ". Berdermalah seberapa banyak yang boleh dengan keikhlasan jiwa dan raga.
Amalan yang boleh diamalkan selepas solat dengan membaca ayat ini: "Astarfirullah al'azim innahu kana ghafar" yang bermaksud: "Aku memohon keampunan dari Allah, tuhan yang maha agung, sesungguhnya kau maha pengampun." (Minta maaf sekiranya salah kerana tulis dalam rumi bukan jawi kerana tiada keybord jawi)
Sekian, mohon kemaafan dari saya sekiranya tidak betul dan menyinggung hati dan perasaan.

Sabtu, 10 Oktober 2009

MENCIPTA SAAT-SAAT ROMANTIS

Wanita memang sukakan sesuatu yang romantis namun lelaki pula tak semuanya mahu bersikap sedemikian. Demikianlah percanggahan yang selalu berlaku. Melakukan perkara-perkara romantis bersama pasangan mampu menambah lagi keintiman dan kemesraan. Malah melalui masa-masa romantis mampu menyegarkan sebuah perhubungan.
Perkara ini tidaklah terhad kepada pasangan suami isteri yang muda saja, mereka yang telah berusia juga harus mempratikkannya. Sikap inilah akan mencipta kesetiaan dan kebahagian yang berkekalan.
Walaupun usia kita semua sekarang ini hampir mencicah setengah abad tapi aku fikir kita juga perlu membuatnya.
Di sini aku berikan beberapa tip yang mudah dimana kita boleh mencuba dan mempratikkannya.
  1. Bercerita di kamar
           Habiskan waktu bersama di dalam bilik tidur dengan saling bercerita dan tertawa. Bagi memberi kesan yang lebih romantis pasangkan lampu yang tidak terlalu terang atau nyalakan lilin. Pun begitu tidak semestinya berakhir dengan seks. Duduk berdua bercerita dalam pelukan cukup merasa kebahagiannya.

     2.  Berkelah bersama

          Mengisi waktu santai dengan berkelah adalah aktiviti yang menyenangkan.Kita dapat mendekatkan diri dengan alam. 

      3.  Menonton DVD

           Duduklah berdekatan berdua dengan melayani cerita-cerita berkisar tentang percintaan.

       4.  Mandi bersama

             Aktiviti mandi dan berendam bersama pasti menyeronokkan. Lakukan juga aktiviti urutan pasti akan menjadi kenangan bersama. Lakukan selalu.

        5.  Alunan muzik

              Muzik satu elemen yang mampu melembutkan jiwa sepanjang malam. Lagu dan muzik lembut mampu menstimulasi parasaan kita.Dengarkan lagu-lagu romantis dan sediakan makan malam istimewa untuk dinikmati bersama.

         6.  Duduk berdua di rumah

              Kita boleh cipta duduk berdua di rumah dengan mengambil cuti daripada menjaga anak. Hantar anak ke rumah ibu bapa kita. Habiskan masa bersama dengan tenang dan bersembang berdua yang mampu menimbulkan bibit keintiman.

           7.  Rawatan istimewa

                Sisihkan sedikit masa untuk memberikan rawatan istmewa.  Lakukan urutan pada tubuh secara bergilir-gilir. Guna minyak pati agar mendapat kesan yang lebih menyenangkan.

Aku sebenarnya sekarang ni memang tinggal berdua saja. Anak-anak aku 2 orang belajar di Sah Alam dan Kuala Lumpur, jadi bagi aku mungkin tak ada masalah untuk lakukannya. Tapi aku pun tak buat lagi. Kekok rasanya nak buat. Aku dapat tip ni dari majalah yang aku baca. Aku rasa macam nak buat juga. Aku akan main kejar-kejar berdua dengan isteri aku dalam rumah.
Usop dan Bagio jangan iri hati. Tip sudah diberi terpulanglah untuk mempratikkannya. Mungkin untuk memulakannya ada sedikit janggal tapi kita boleh mencubanya. Fikirkan tentang kepentingannya dalam memperbaiki hubungan. Kalau untuk kebaikan apa salahnya.

Khamis, 8 Oktober 2009

En.Jamil - Madutiga Episod Akhir

Apa cita2 kita masa sekolah dulu? Guru, Polis, Askar etc tapi lihatlah pada hari ini apa pekerjaan kita. Agaknya kita akan menjadi semakin baik atau menjadi semakin jahat jika cita cita kita tu terlaksana? Adakah Allah tidak adil dengan kita? Kenapa cita2 kita tak tercapai? Siapa yg kita perlu salahkan..

1. Jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan dan Tuhan telah tetapkan aku kawin dgn Sabariah Senggarang masa aku trainning Askar di Batu Pahat. Aku terpaksa lupakan cita cita masa sekolah aku demi Sabariah.. Orang tak faham tapi bukan itu ketentuan dari tuhan?Kadang2 nak juga tukar kerja lain bila tenguk kawan sekolah kerja tak pakai unifom..

2. Aku tak tahan tiap2 hari mak aku berleter pasal aku tak de kerja kat rumah. Result aku ok tp Inggeris aku teruk masa sekolah . Aku tak kisah aku jadi apa kerana yg penting aku ada kerja. Sebab tu sampai sekarang aku kerja kat sini tapi kadang2 aku bengang jg pasal kawan sekolah aku yg tak "hansem lansung" kawin dgn org putih pasal dia pandai inggeris...

3. Aku dulu masa minta kursus lain tp pasal matematik aku terok dan Pihak Universiti kasi aku kursus lain... Aku boring kerja ni pasal dari kecik lagi memang aku tak minat duduk office.Nak hisap rokok pun susah..Kadang syok juga tenguk kawan2 sekolah aku pergi kerja pakai jean tak gosok...

4. Aku masa sekolah semua ok, masa kat universiti pun ok. Aku dapat apa yg aku cita2kan masa kecik nak jadi Jurutera tapi bila aku kawin dengan suami aku, aku terpaksa berhenti pasal tak de orang nak jaga anak aku. Kadang2 bosan jg duduk rumah. Baju yg mahal2 ada kat almari tp entah bila nak pakai...Aku tetap dirumah dgn kain batik...

Dalam apa pun pekerjaan kita pada hari ini,.jangan terlalu membandingkan nasib kita dgn nasib org lain.. Kita perlu focus dgn apa yg ada dan Insya Allah, anak kita yg akan meneruskannya apa yg kita citakan masa sekolah. Sesungguhnya kita akan merasa lebih bersyukur setiap kali kita bangun tidur, kita masih diberi kesihatan oleh Allah swt yang yg mana kita masih mampu bersujud dan mengerjakan sholat dgn kusyuk. Kita tak perlu untuk membandingkan nasib kita dengan nasib orang lain kerana sesungguhnya kebahagian yg telah dilimpahkan oleh Allah swt kepada kita adalan terlalu banyak dan tidak boleh dikira.

Iklan Tv ( Cuba teka iklan apa?) Siapa dapat, aku belanja makan satu keluarga kat Rumah Azida: ”kata emak saya, kalau nak tenguk macam mana rupa isteri kita masa tua, tenguk muka mak dia”--- kali ni aku konpius pasal senyum mak dia lain macam aja..Mak dia pun boleh tahan ”bergetah”...

Rabu, 7 Oktober 2009

Happy Birthday, Norin.

Kami mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN
yang ke 48

kepada sahabat kita

Norela bte Muhammad Shah (5e2)

pada 07 10 09

dengan ucapan
semoga tenang menghadapi segala cabaran dan dugaan hidup,
dimurahkan rezeki,
dipanjangkan usia,
dijauhkan dari mara bahaya
dan dikurniakan kebahagiaan hidup selamanya


dan

Jemputan

Jamuan Hari Raya Aidil Fitri
dirumah
No 16, Lorong 4-2A,
Tman Serdang Jaya

Azida Aziz
pada 10/10/2009
Sabtu
{tengahari sampai petang.}

Jumaat, 2 Oktober 2009

SUSAH SENANG JADI CIKGU PART 1

Salam untuk semua semuga sihat. Aku sebenarnya bukan berkerjaya cikgu. Tetapi aku masukkan cerita susah senang jadi cikgu. Ini adalah kerana ramai dikalangan batch kita SPM/MCE 1978 menjadi cikgu. Aku dapat cerita ni dari kawanku seorang Pengurus FELDA yang isterinya seorang cikgu.
Bahasa Rojak



Kalau boleh jadi panduan ikut je lee, tapi kalau tak betul jadikan penglipur lara.

Anak Malas

Bahasa


Kalau ada yang terkasar aku minta maaf. Kalau tersinggung juga aku minta maaf.
Cerita ini tiada kena mengena dengan sesiapa sama ada masih hidup atau mati.

*Kalau nak jelas dailog klik pada gambar


Khamis, 1 Oktober 2009

Madutiga - En Jamil Part 11

Aku tak tau samada betul atau salah…. Terdapat 3000 peminta sedekah di Malaysia dari berbagai kaum dan usia. Jika pendapatan mereka adalah RM20.00 sehari maka jumlah wang yg mereka dapat adalah RM60,000 sehari dan kalau sebulan mgkn RM1.8juta dan kalau setahun???. Agaknya kemana wang itu dibelanjakan? Arak, judi atau keperluan harian..Kita mampu untuk membina sebuah sekolah bersama2 rumah guru setiap tahun tanpa bantuan kerajaan...

Aku juga tak tau samada betul atau salah.... Terdapat 2 juta lelaki yang berpendapatan tetap menunaikan Solah Jumaat di Malaysia. Secara kasar jika 2 juta makmun itu mendermakan RM1.00 seminggu kedalam tabung masjid, maka sudah tentu simpanan tabung masjid di Malaysia berkisar RM104juta. Kita mampu untuk mendirikan sebuah mesjid baru setiap tahun tanpa bantuan kerajaan...

Aku tak tau samada betul atau salah.... Terdapat 3,000 pelajar yg keluar dari SMSJ sejak ditubuhkan pada tahun 1973.. Secara kasar jika mereka budget RM1000 untuk kueh raya, tol,minyak mercun dan bunga api serta duit raya budak2 bermakna perbelanjaan adalah RM3,000,000 dan apa salahnya jika 10% dari budget raya kita infakkan kesurau sekolah... Bayangkan jika kita yg sudah 30 tahun keluar sekolah....Bukan setakat surau aja, sekolah pun kita boleh bina tanpa bantuan kerajaan...

Aku tak tau samada betul atau salah... Perbelanjaan untuk pasang dapor ke2 adalah sekitar RM5000 dan penyelengaraan pula minima RM800 sebln dan pada tahun pertama aja suami belanja RM14,900 dan jumlah ini adalah cukup utk hantar ibu atau bapa kita melengkapkan rukun islam mereka... Tak taulah mana lebih afdal sebagai anak... dapor atau haji.

Kita selalu cakap yg kita tak de duit tapi yg anihnya kita mempunyai wang yg cukup banyak ketika hari raya. Tukar hp baru, kerusi baru,langsir baru dan segala galanya baru demi hari raya setahun sekali...tapi yg lebih anih perempuanlah yg byk berbelanja dari lelaki. Perempuan...Perempuan...Tak pernah nak ubah dari sekolah sampai dah nak bercucu..Rasanya sekali sekala , mereka perlu di ugut dengan dapor baru... Jangan beli yg 2 burner tapi terus beli yg 4 burner... barulah cepat nasi empit itu masak…

MINAL AIDIL WAL FAIZIN. MOHON MAAF LAHIR N BATIN

Munajat Di Kuburan


Pengunjung bermunajat di Makam Sunan Kalijaga, Demak, Jawa Tengah. Bapak hanya setakat menghadiahkan Al-Fatihah.