Rabu, 30 September 2009

PENGISIAN AIDIL FITRI DI RANCANGAN FELDA


Bacaan Tahlil Beramai-ramai di tanah perkuburan

Hari ini adalah hari raya ke 11 aku rasa aku nak cerita suasana pagi hari raya di Felda Keratong 1, Bandar Tun Razak, Muadzam Shah, Pahang.
Bagi Usop dan Bagio tempat tu tak asing kerana Usop pernah mengajar di Felda Gugusan Keratong dan Bagio pula dulu pernah jadi Pengurus Risda Ulu Keratong 3 dan sekarang hampir ladangnya. Begitu juga s
enior kita Abd Raup Husin dan Nazar Yasin mereka pernah mengajar di Gugusan Keratong. Aku pula tak pernah bekerja di situ tapi aku menjadi menantu kepada salah seorang peneroka Felda Keratong 1. Sebab itu aku berhari raya di sana.
Bagi kawan-kawan yang sedang menjalankan amalan ibadah puasa 6 hari di bulan Syawal teruskan kerana ganjarannya seperti kita berpuasa 1 tahun. Aku akan habiskan puasa aku pada hari esok.
Sebelum memulakan solat sunat Idul Fitri Timbalan Pengerusi J/Kuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) telah membuat pengumuman iaitu Badan Khairat Kematian dan Badan Masjid Rancangan seperti tahun-tahun yang lepas akan menggadakan majlis tahlil perdana di tanah perkuburan selepas solat sunat Idul Fitri. Kesemua jemaah dipersilakan ke tanah perkuburan untuk menjayakan majlis tahlil berkenaan.
Aku bersama isteriku, anak-anakku, ibu mertuku, ipar-iparku dan ahli jemaah lain telah pergi untuk sama-sama membaca tahlil seperti yang telah diatur.
Selepas selesai membaca tahlil aku dan jemaah lain yang ada ahli keluarga yang dikebumikan di situ menziarahi perkuburan ahli keluarga masing-masing.
Aku bersama isteri, anak-anak, ibu mertua dan ipar-ipar ku menziarahi perkuburan bapa mertua ku dan abang isteri ku yang perkuburannya bersebelahan. Manakala perkuburan anak kepada adik ipar ku di sebelah bawah. Ini bermakna terdapat 3 orang ahli keluarga isteriku menjadi ahli kubur di situ.

Yang aku nak beritahu di sini adalah suasana tahlil beramai-ramai selepas solat sunat Idul Fitri tidak pernah dilakukan di kampungku sendiri. Di kampungku masing-masing menziarahi pusara bersendirian tidak seperti di tanah rancangan Felda.
Begitulah suasana masayarakat di tanah rancangan senang diaturkan. Mereka akan mengikut apa yang telah dirancang oleh Pengurusan Felda dan senang dibuat berunding.
Apa pendapat Cikgu Yusop Mohamad yang pernah berkhidmat di FELDA.




Suasana ahli keluarga simati menziarahi perkuburan

Isnin, 28 September 2009

Abdul Kadir Kusene kembali ke Rahmatullah

Ingin dimaklumkan, Abdul Kadir Kusene (5M3, 1977) telah kembali ke rahmatullah pada 27 Sept. 2009.
Lagi ...

Khamis, 17 September 2009

PUNCA TURUNNYA BALA

Al-Balaa' bolehlah dimaksudkan sebagai ujuan atau cubaan Allah kepada manusia. Al-Balaa' juga diertikan sebagai bahaya atau bencana. Allah Taala menyebut tentang bala sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-A'raf ayat 168 yang bermaksud: "Kami juga menguji mereka dengan nikmat pemberian yang baik dan bencana yang buruk, agarmereka kembali (bertaubat)."
Akhir-akhir ini kita digemparkan dengan pelbagai peristiwa buruk yang berlaku di seluruh dunia termasuk di negara kita. Antaranya peristiwa Tsunami yang melanda beberapa negara Asia, bencana tanah runtuh, gempa bumi, banjir besar, ribut, kemarau, kebakaran hutan dan jerebu berpanjangan. Terdapat juga beberapa wabak penyakit yang menular di beberapa negara dan menyebabkan kematian seperti Selesema Burung, J>E, Chikungunya, Penyakit Kuku dan Mulut, Taun, Selsema Babi serta penyakit yang menyerang penduduk dunia sejak sekian lama iaitu AIDS.
Kita juga turut merasa tempias apabila krisis ekonomi melanda dunia. Hasil perniagaan serta perusahaan merosot, kilang-kilang ditutup melibatkan ramai pekerja terpaksa diberhentikan, sementara harga barang melambung naik. Industri pertanian juga mengalami bencana apabila tanaman-tanaman asasi diserang wabak penyakit mahupun dirosakkan oleh pelbagai jenis makhluk perosak.
Bencana dan ujian turut datang dalam bentuk serangan musuh dari luar yang mengakibatkan sesuatu kaum menderita serta kucar-kacir. Contohnya seperti serangan Zionis Yahudi yang mengakibatkan penderitaan kepada saudara Islam kita di Gaza, Palestin.
Sebagai orang beriman, kita wajib yakin dan percaya bahawa semua bencana ini adalah ujian Allah untuk menguji kesabaran dan keimanan. Jika kita bersabar dengan keimanan yang teguh, maka Allah akan membalas dengan sebaik-baik ganjaran. Sebaliknya, jika kita tidak bersabar dan kufur, maka azab yang pedih menanti kita. Firman Allah SWT dalam surah Ibrahim ayar 7 yang bermaksud: "Dan ingatlah ketika Tuhan kamu memberitahu, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah nikmat-Ku kepada kamu, dan sesungguhnya kamu mengingkarinya (kufur nikmat), maka sesungguhnya azab-Ku amatlah keras."

Menyedari akan hakikat bala dan ujian Allah ini, marilah kita bersama-sama menginsafi dosa-dosa yang telah kita lakukan samada kepada Allah atau kepada kita sesama manusia atau kepada sekelian mahluk. Marilah kita bertaubat dan kembali kepada hukum-hakam yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul-nya. Marilah kita sama-sama berdoa memohon perlindungan agar kita sentiasa dijauhi dari malapetaka dan kecelakaan.

Sempena Hari Raya Idul Fitri yang akan menjelang 2 hari lagi sama-sama lah kita bermaaf-maafan.

Ahad, 13 September 2009

Madutiga - En Jamil Part 10

Semasa kita kecil kita selalu diberi tau supaya jangan jadi seperti ayam... bertelor sebiji riuh sekampung.. Secara logic telur tidak mempunyai apa2 nilai dalam hidup kita dan telor selalu diperlekehkan. Jika kita telusuri telor... Kadang2 kita terpisah antara 2 darjat kerana telor. Jika kita ingat zaman sekolah kita, kita boleh bezakan antara maggi kari biasa dgn maggi kari yg ada telur.. Maggi kari telur tetap menjadi idaman kita walaupun maggi itu direbus dalam baldi atau gayung mandi kita..

Untuk yg merantau atau yg masih bujang, telor telah diolah sebagai lauk yg bermacam seperti direbus,digoreng, masakan sambal atau kicap tapi ianya tetap telur. Jangan lupa pada telur masin dan telur pindang. Begitu telur mata kerbau atau telur mata buaya.. Kenapa banyak resepi kueh2 memisahkan putih dan kuning telur dalam adunan mereka?. Cuba bayangkan kita simpan 10 biji telur rebus semasa solat idul fitri dan jika ada pendatang myanmar minta derma... kasi aja telur rebus tu kerana kita tak tau duit yg kita dermakan digunakan untuk apa... Bagaimana jika duit derma itu dibelinya arak atau dadah? Atau digunakan untuk kawin lagi dan lagi dan lagi....

Dari segi kekuatan...lelaki tercabar bila lawannya berkata ” kau tak de telor”..Dari segi ilmu hitam atau santet juga telur dijadikan perantara..Suami2 sanggup minum telor mentah campur madu dan istri pula cari jamu campur telur mentah demi kekuatan tenaga batin dan awet muda. Kueh hari raya akan hilang nikmatnya tanpa telur yg cukup. Dulu abg aku cakap kalau makan telor rebus, aku cuma blh makan yg kuning aja pasal yg kuning tu ayam dan yg putih tu bulu ayam.. pasal tu setiap kali makan telor rebus mesti aku kasi yg putih pada dia... rupanya aku tertipu..Anih bukan?

Kita tentu ingat, kulit telur jadi penutup pokok lidah buaya atau lidah jin supaya bahagian tajam pokok tersebut tidak tercucuk mata anak mereka. Orang tua kita cukup kreatif dlm penggunaan telur. Bayangkan sebulan dapor kita tak ade telor... Dulu semua tetamu perkawinan diberi telur bila nak pulang tapi budaya ini telah hilang dan digantikan dgn gula2 atau kueh. Dulu semasa kita kecil kita betul2 mengharapkan telur org kawin dari orang tua kita dan kita sanggup bergaduh adik beradik demi sebiji telur.Tapi pada hari ini mungkin yg ada cuma bunga telur didepan pelamin. Mungkinkah perkawinan pada hari ini menjadi pincang kerana tiada telor?... Tepok lah telur dan tanya selera...

Sabtu, 12 September 2009

PENGLIPURLARA CAM HAFIZAH

Lagu ni lagu bahasa ibunda aku la.. Bukan nak menyisihkan yang bukan jawa..Tapi bagi can la..

Sal dan Kang Asri mesti suka...G? dia paham tu..

Sapa-sapa nak minta translate..mintak kat Sal! Sian Wak Januri tak tengok blog!

Sebagai Penglipur Lara ~ saksikan

Jumaat, 11 September 2009

Ulang Tahun Kelahiran


Kami mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN
yang ke 48


kepada sahabat kita
ROSNAH MANAN (5M1)

pada 11 09 09

dengan ucapan
semoga tenang menghadapi segala cabaran dan dugaan hidup,
dimurahkan rezeki,
dipanjangkan usia,
dijauhkan dari mara bahaya
dan dikurniakan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat
Amin.....

daripada kami semua sahabatmu batch SPM/MCE 78

Khamis, 10 September 2009

Cadangan Perjumpaan Hari Raya

Ringkasan Mesej dari Said
1. Sila buka email anda dan lihat sebaran berita mengenai MG hari raya tahun ini
2. Said mencadangkan Perjumpaan hari raya pada
17.10.2009 sekali gus meraikan deepavali 2009
3.00 pm - 10.00 malam
Tempat: Sekitar Kuala Lumpur/Shah Alam/Kajang/Bangi/Puchong/Gombak/Ampang / Keramat/Setiawangsa/Petaling Jaya/Putrajaya/Serdang/Sg Besi, dll...............
(Sila berikan cadangan tuan2/puan2 sekelian)

Kepada sahabat2 yang berada di kawasan2 yang dicadangkan itu saya memohon bantuan agar dapat diusahakan tempat perjumpaan iaitu saperti Dewan Serbaguna/Rumah Kelab/Dewan Sekolah dll yang boleh digunakan untuk tempat perjumpaan, kalau boleh secara percumalah. Sekiranya ada sila maklumkan kepada saya pada kadar yang segera agar perancangan yang selanjutnya dapat diatur.

Salam.
Said Ahmad
Sameha Said
& keluarga

En.Jamil - Madutiga Part 9

Ku Pohon Restu Ayah Bonda – Al Jawaher
( ...Duhai bonda duhai ayahanda
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata... )
Tanpa ku sedari airmata ku mengalir
Terdengar ayat suci seruan takbir
Betapa daku gembira dekat di samping keluarga
Di pagi mulia hari raya...
Inilah antara lagu raya favorite aku kerana penyanyinya JAWA her.
Jika kita dilahirkan pada suasana yg susah dan ditanya bila kita nak makan ayam, bila nak pakai baju dan kasut baru atau bila nak minum air sirap... pasti jawapannya Tunggulah hari raya..Tanyalah pada diri kita semasa kita kecil setiap malam raya terlalu sukar untuk kita tidur kerana kita tak boleh menahan sabar akan kedatangan hari raya hinggakan kita tidur berbantalkan kasut raya. Aku pernah kena marah pasal pagi2 dah buka pintu reban sedang telah menjadi hukum raya berkata reban tak boleh dibuka sebelum ayam2 disembelih jk tidak…. Kita terpaksa berlumba lari dgn ayam..

Corak dan warna baju kurung dibeli bukan berdasarkan warna tapi berdasar harga dan kemampuan. Kita tak mampu utk beli sampin atau selendang. Kadang2 kasut raya kita berwarna putih kerana ibu bapa kita mengharapkan kasut itu boleh digunakan utk sekolah. Didalam keadaan susah, ibu bapa kita masih melayan tetamu walaupun sekadar anak2 kecil yg beraya sepertinya melayan org dewasa. Siap dgn air sirap merah dan sedikit duit.

Selepas memohon kemaafan dari orang tua kita, kita terus beraya dgn abang, kakak atau adik kita kesemua arah petunjuk angin, dengan harapan akan membawa pulang duit raya. Kita tak pernah malu utk itu kerana pada saat itu semua kanak2 yg sebaya kita melakukannya. Kadang2 kita dipukul oleh org tua kita bila mereka dapat tahu yg kita salam tak cium tangan tuan rumah masa raya sedangkan kita tak kenal siapa tuan rumah tu. Aku masih ingat bila aku minta seluar panjang utk raya, almarhum bapa aku tak kasi... Alasannya mudah... pakai seluar pendek waktu raya, senang kencing ...cuma ”sesel kaki seluar”aja dan tak perlu buka zip..tapi pada hari ini aku dapat jawapannya.... ayah aku tak de duit...

Begitu indah hari raya pada waktu itu. Hari yg ditunggu...Tapi pada hari ini anak2 kita tak perlu hari raya utk makan ayam atau air sirap atau baju baru. Anak kita tak perlu beraya keliling kampung lg kerana kita boleh kasi dia duit lebih byk dari duit raya.. Ucapan” Nak duit atau Nak Raya ” dah jadi wajib?” Kita lupa setiap tetamu yg datang membawa berkat pada isi rumah walaupun tetamu itu cuma anak kecil.

Cuma aku kadang terfikir jk ada yg mempunyai 4 dapor, tangan mak/bapa mertua mana yg nak dicium pd raya pertama. Yg pertama? Kedua? Ketiga?atau keempat? dan kadang2 aku terfikir macammana rasanya mencium tangan mak/bapa mertua yg lebih muda dari kita.. Aku kena tunggu raya tahun depan untuk membongkar semua rahsia alam dapor2 ini...

Khamis, 3 September 2009

Madutiga - En Jamil Part 8

Ayam Den Lapeh - Anita Sarawak
Luruihlah jalan Payakumbuah
Babelok jalan Kayu Jati
Dima ati indak karusuah
Ayam den lapeh ai ai… ayam den lapeh

Mandaki jalan Pandaisikek
Basimpang jalan ka Biaro
Di ma ati indak kamaupek
Awak takicuah ai ai… ayam den lapeh

Sikucapang sikucapeh
Saikua tabang saikua lapeh
Tabanglah juo nan karimbo
Oi lah malang juo

Pagaruyuang Batusangka
Tampek bajalan urang baso
Duduak tamanuang tiok sabanta
Oi takana juo ai ai… ayam den lapeh


Luruslah jalan Payakumbuh
Berliku jalan Kayu Jati
Bagaimana hati tidak susah hati
Ayamku terlepas.

Mendaki jalan Pandaisikek
Bersimpang siur jalan ke Biaro
Bagaimana hati tidak berkata
Aku tertipu… Ayamku terlepas…

Setelah berusaha gila2 tapi gagal juga,
Seekor terbang, seekor terlepas
Terbanglah ke hutan rimba
oh, malang sekali nasib aku

Pagaruyung Batusangkar
Tempat berjalan orang Baso
Sekejap-sekejap aku duduk termenung
Oi terkenang juga ai ai… ayamku terlepas

Kebiasan bila kita balik kampung , kita teringat bekas kekasih kita yang juga sekampung dengan kita. Hati kita bertambah goyang bila bekas kekasih kita semakin cantik dan bertambah goncang pula bila dia telah menjadi janda.Untuk yg masih ada niat nak cari dapor baru, faham fahamlah lagu atas… Dua dua ayam terlepas… satu terbang dan satu lagi terlepas dan dua duanya ke hutan rimba. Entah dimakan kucing atau disimpan oleh ayam2 hutan yg lain…