Sabtu, 29 Ogos 2009

RAMADHAN ALMUBARAK

Salam rakan-rakan semua.

Walaupun sudah masuk hari kelapan kita berpuasa, saya ingin berkongsi maklumat ini dengan rakan-rakan sekelian. Saya memperolehinya dari seorang kenalan . Semoga kita semua dapat berusaha untuk menambah bekalan di akhirat kelak. Selamat Berpuasa.

SEJARAH RAMADHAN

  1. Ramadhan: ertinya panas terik
  2. Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
  3. Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
  4. Bulan di mana Nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
  5. Di dalamnya dipilih ada malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan.
  6. Dipilih untuk ibadat puasa.
  7. Dipilih untuk ibadat lain seperti Tadarus Al Quran.

KELEBIHAN RAMADHAN

  1. Kamu akan dinaungi Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksaan kubur.
  2. Bulan penuh keberkatan.
  3. Di malamnya adalah lebih baik drpd 1000 bulan.
  4. Amalan sunat sama dengan solat fardhu.
  5. Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda.
  6. Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga.
  7. Bulan menambah rezeki
  8. Memberi makanan untuk berbuka puasa banyak pahalanya.
  9. Bulan keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa dan juga pada sepertiga malam.
  10. 10 hari pertama mulanya rahmat 10 hari kedua pengampunan dan 10 hari terakhir bebas dari api neraka.

AMALAN-AMALAN DI BULAN RAMADHAN

  1. Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
  2. Menempah pakaian untuk Ramadhan.
  3. Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan
  4. Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam.
  5. Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat).
  6. Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian).
  7. Solat berjemaah setiap waktu.
  8. Solat jemaah di masjid/surau.
  9. Amalkan Qiyamulail walaupun pendek.
  10. Sahur di waktu akhir
  11. Sahur - untuk mengelakkan makanan tidak hadam, elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu.
  12. Mandi Janabat sebelum Imsak.
  13. Kurangkan tidur
  14. Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
  15. Tunaikan Solat Dhuha
  16. Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
  17. Tunaikan solat Rawatib
  18. Jaga pancaindera.
  19. Elakkan gosok gigi pada waktu petang
  20. Hadiri majlis ilmu.
  21. Buat baik pada ibubapa
  22. Isteri hendaklah taat pada suami.
  23. Banyakkan bersedekah.
  24. Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api.
  25. Berbuka bersama orang tua.
  26. Jemput tetamu berbuka.
  27. Kurangkan berat badan
  28. Banyakkan ik'tikaf di masjid (lelaki sahaja).
  29. Baiki hubungan suami isteri.
  30. Baiki hubungan jiran.
  31. Isteri jauhi daripada keluar rumah dengan memakai mekap dan perhiasan.
  32. Elakkan berbelanja berlebihan
  33. Kuatkan kesabaran
  34. Banyakkan selawat, istighfar dan ,bertasbih.
  35. Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar).
  36. Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar.
  37. Elakkan menonton TV yang membangkitkan nafsu.
  38. Elakkan mendengar radio berunsur hiburan.
  39. Berdoa dengan nada lembut dan merayu.
  40. Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri.
  41. Mendoakan ibu bapa sama ada hidup atau yang telah meninggal dunia.
  42. Melazimkan solat awal waktu.
  43. Elakkan bersiar2 yang menjadikan pandangan liar sebelum berbuka.
  44. Elakkan banyak berhutang.
  45. Mempunyai perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi Ramadhan yang akan datang.
  46. Tunaikan zakat fitrah.

Selsema Babi yang lebih serius

Salam alaik,

Diharap rakan-rakan berwaspada mengenai jenis selsema babi yang lebih serius. Ia boleh dijangkiti oleh orang-orang yang muda dan sihat. Amaran ini telah dikeluarkan oleh WHO ( World Health Organization ) semalam.

Ini sebahagian daripada berita mengenai selsema babi tersebut :
WHO warns of severe form of swine flu ( By Maggie Fox, Health & Science Editor )
Friday, August 28, 2009.
WASHINGTON (Reuters) - Doctors are reporting a severe form of swine flu that goes straight to the lungs, causing severe illness in otherwise healthy young people and requiring expensive hospital treatment, the World Health Organization said on Friday.

Link Berita selanjutnya : The Star

Sebahagian daripada amalan pelindung penyakit adalah seperti berikut:
1. Mengambil wudu sempurna sebelum bersolat 5 waktu.
2. Segera mengambil wudu' setelah tamat urusan di luar rumah atau pejabat
3. Akhiri air mandian dengan air yang dicampurkan limau nipis atau lemon
4. Minum air bercampur madu setiap hari ( pagi 1 x dan malam 1 x )
5. Minum air campuran habbatus-sauda 1 x sehari ( jika ada )

Kenali lubok segala penyakit yang telah diberitakan oleh Nabi kita sejak dulu lagi:
1. PASAR DAN BANDAR - kurangkan masa di situ dan elakkan jika tiada urusan
2. PESTA DAN KERAMAIAN LALAI - jauhkan diri kerana perkumpulan manusia yang suka berseronok biasanya adalah penyebar penyakit kepada orang lain.

Pentingnya makan yang HALAL serta juga BERSIH dan SIHAT
1. PILIHLAH kedai makan dengan lebih teliti. Jika bersih suasana restoran itu, biasanya bersih juga penyediaan makanan, bekas-bekasnya dan pekerjanya.
2. TAMBAHKAN pemakanan berserat tinggi seperti betik, jagung, pisang, korma, buah tin, oats dan sayuran hijau serta roti wholegrain.
3. KURANGKAN makanan/minuman kandungan gula tinggi serta makanan yang digoreng.

Mohon bantuan dari langit
Para ulama' zaman-berzaman juga telah menasihatkan kita untuk membaca Ayat 5 Salam apabila berlaku wabak, iaitu 1 Ayat Salam dari Surah Yassin dan 4 Ayat Salam dari Surah As-Saffat. 3 x pagi dan 3 x petang.

Semoga sahabat-sahabat dan ahli keluarga semua terlindung dari bencana akhir zaman ini dengan perlindungan rahmat dari Allah, Al-Waliyul Hameed.

Jumaat, 28 Ogos 2009

Abu.....tahniah, kau dah tua...!!!!

Kami mengucapkan
Selamat menyambut ulangtahun yang ke 48
kepada sahabat kita

ABU HASHIM SI LANDAK (5M2)
pada 28 Ogos

dengan ucapan
semoga dipanjangkan usia,
dimurahkan rezeki,
jauh dari mara bahaya dan
mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
Amin.....

dari sahabat-sahabatmu batch SPM/MCE 1978

FOTO LAMA

Untuk tatapan kekawan..

Aku download foto ini dari facebook Dr Mohd Shah Mahmood. Maaf bang! aku tak minta kebenaran dulu.

Berdiri dari kiri: Hood Abu, Samsuddin, Ghazali Husien, (lupa nama), Aku, Mohd Shah Mahmood.


Depan: Syed Abd Jalil, Wan Ahmad Hirza, Syed Zakaria, Suhaimi, Ahmad Razali


Berdiri dari kiri: Bong, Suhaimi, Hood & Syed Zakaria

Depan dari kiri: Ghazali Hussien, aku & Syed Jalil


Ni yang aku kenal: Mohd Shah, Suet, Saadiah, Cikgu Syed Hussin. Yang lain dah lupa nama dia la.

Semuga kekawan-kekawan ni semuanya sejahtera walaupun kita tak dengar berita mereka..

Isnin, 24 Ogos 2009

Bulan Puasa

Semalam aku sekeluarga ngantar Dayat (anakku no 2) balik asrama d Seremban. Yang sulong Khalil UiTM Pulau Pinang tak balik. Minggu ni kurang meriah...

Nak jadi cerita:-
Jam tujuh petang. Kita org berhenti kat R&R Seremban. Nak berbuka puasa. Cari tempat...

Dalam mencari tempat duduk ada meja d 'book' dgn meletak kunci kereta aje!. Suprise....! macam letak kunci atas meja kat rumah. Ini tempat 'public'!.

Banyak duit diorang atau mak bapak bagi pakai kereta tu....Mana nampak nilai susah tu.

Kalau orang ambil kunci dan bawa kereta lari! ...atau buang kunci nak pergi mana?.
Aku.. kat umah pun kalau tengok kunci rumah tak duduk kat tempatnya pun dah bising. Ini kan kunci kereta.

Selamat Berpuasa.

WUDUK ZAHIR & BATIN ASBAB SOLAT SEMPURNA

Ada seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf yang sangat warak dan sangat khusyuk sembahyangnya. Namun dia selalu bimbang jika ibadahnya kurang khusyuk sehingga menyebabkan dia selalu bertanya kepada orang yang dianggap lebih baik ibadahnya untuk memperbaikinya.

Satu hari Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Asam dan bertanya "Wahai Aba Abdulrahman (gelaran Hatim) bagaimanakan caranya tuan sembahyang?" berkata Hatim "Apabila masuk waktu sembahyang aku berwuduk zahir dan batin"

Lalu Isam bertanya lagi "Bagaimana wuduk batin itu?" Hatim menjawab "Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air manakala wuduk batin ialah membasuh anggota dengan 7 perkara iaitu bertaubat, menyesali akan dosa dilakukan, tidak tergila-gila dunia, tidak mencari dan mengharapkan pujian manusia, meninggalkan sifat bermegah, meninggalkan sifat khianat dan menipu serta meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan mengadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di depanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut di belakangku.

Dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian siratul mustaqim dan aku menganggap bahawa sembahyangku kali ini adalah sembahyang terakhir bagiku (kerana aku rasa akan mati selepas sembahyang ini) kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. "Setiap bacaan dan doa aku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawaduk (berasa hina). Aku bertasyahud (tahiyat) dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersembahyang selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia sekuat-kuatnya kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.


SEKIAN TAZKIRAH DI BULAN PUASA INI

Jumaat, 21 Ogos 2009

TANGGUNGJAWAB SUAMI

Sebagai ketua keluarga
Membimbing, mendidik dan mengajar
Melindungi keluarga
Menyediakan nafkah zahir dan batin
Berlaku adil
Memberi kasih sayang
Melayan isteri dengan baik
Menghormati isteri dan hak-haknya
Menjag ibu dan keluarga

Sempena ramadhan "SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA" semuga mendapat ganjaran seperti yang dijanjikan ALLAH dan tidak menjadi sia-sia

RAMADAN KAREEM !

SEMOGA RAKAN-RAKAN SEMUA MENDAPAT RAHMAT YANG BESAR, DIMAQBULKAN SEGALA DOA-DOA YANG BAIK, DIBERIKAN KESIHATAN SERTA LIMPAHAN REZEKI YANG BANYAK.

RAMADAN KAREEM !

Selasa, 18 Ogos 2009

15 SEBAB KENAPA LELAKI SENTIASA HAPPY

  1. Tak perlu mengandung
  2. Boleh kencing merata-rata
  3. Kerjayanya sama, tapi gaji lebih
  4. Kedut dan boroi lambang kejantanan
  5. Orang tak pandang ke dada bila bercakap dengan mereka
  6. Berbual di telefon 30 saat aja
  7. Boleh pakai sepasang baju dan sepasang seluar untuk cuti selama 5 hari
  8. Dipuji sebab berjaya keluarkan 1 idea ciput
  9. Boleh pakai seluar dalam RM9.90 sekotak (ada 3 helai)
  10. Boleh pakai baju yang berkedut
  11. Apa yang ada di muka semuanya ori
  12. Stail rambut sama saja selam bertahun-tahun, mungkin berdekad
  13. Boleh pakai sepasang kasut dan sepasang stoking, sampai koyak
  14. Boleh pakai seluar pendek walaupun kaki macam ...!!!
  15. Misai beserabut? No hallah...

Ahad, 16 Ogos 2009

Madutiga - En Jamil Part 7

Rek ayo rek mlaku mlaku nang tunjungan
Rek ayo rek rame rame bebarengan

Mangan tahu jadhi campur nganggo timun
Malam minggu gak apik dhigawa nglamun
Ngalor ngidur liwat took numpak motor
Masih untung nyenggal nyenggol ati lega
Sapa ngerti nasib awak lagi mujur
Kenal anak e sing dodol rujak cingur
Ja dhipikir kon padha gak duwe sangu
ja dhipikir angger padha gelem melu aku
cah ayo cah sapa gelem melu aku
cah ayo cah golek kenalan cah ayu

Dulu hampir setiap acara ada Karaoke dan aku terpaksa juga berkaraoke bl yg hadir mau dengar suara merdu aku tp cuma lagu di ataslah yg aku tau walaupun maksudnya aku tak faham Aku terpaksa belajar utk memenuhi hajat orang walau aku tak pandai.
Setelah berumur 48 thn,aku berfikir berapa byk lg hajat istri, anak, mertua atau hajat kawan2 aku yg belum lagi lakukan. Derma surau, entri, ajak anak2 makan angin dan banyak lg dan tak termasuk kewajipan aku pada yg Maha Esa. Terima kasih Aini Saleho dan Jamil Sien kerna derma kertas trial UPSR utk anak aku.
Kita mgkn susah tp yakinlah ada yg lbh susah dari kita. Kita mgkn ada masalah sdgkan ada berjuta orang yg lebih sulit utk diselesaikan masalahnya. Kita marah bila kasut kita hilang kat masjid tp kita lupa ada berjuta2 org yg tak ada kaki.Kita marah bl tayar kereta pancit sdgkan kita lupa ada ramai org yg tak mampu untuk beli basikal. Kita marah bl tak ada air waktu basuh baju tp kita lupa ruang solat surau SMSJ penuh dgn air kerana atapnya bocor.

Sebenarnya mgkn kita dah tua dan sebab tu kita lupa. Dulu kita belajar 10-1=9 dan kita akui inilah matematik yg kita amalkan tapi kita lupa pada matematik Allah yg tersembunyi..... 10-1=709 kerana setiap 1 beneh yg kita derma, Allah akan tumbuhkan 1 pokok yg ada 7 dahan dimana setiap dahan ada 100 beneh. Yakinlah keuntungan kita 700%. Surau SMSJ terlalu jenuh tunggu derma kita. Nostagia kita mgkn pd dewan makan, bilik tidur atau bilik air aja dan tidak pd surau kerana surau tu tak de masa kita belajar dulu.Kita bukan guru utk mewariskan ilmu atau masih muda utk melahirkan anak yg saleh tp kita ada harta yg boleh diwariskan walaupun sekadar sekeping atap surau. Entri ini lebih memerlukan derma dari komen.Ayuhlah kita berazam tuk menderma surau SMSJ kerna ada penyanyi yg usia 40 thn pun boleh meninggal dunia. Entah kita bila. Ramadhan belum tentu datang tp yakinlah kematian pasti akan datang...

Sabtu, 15 Ogos 2009

Ulang Tahun Kelahiran

Kami mengucapkan
Selamat menyambut ulangtahun yang ke 48
kepada sahabat kita

Norleha binti Md. Salleh (5E2)
pada 15 Ogos

dengan ucapan
semoga dipanjangkan usia,
dimurahkan rezeki,
jauh dari mara bahaya dan
mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
Amin.....

dari sahabat-sahabatmu batch SPM/MCE 1978

Jumaat, 14 Ogos 2009

Ulang Tahun Kelahiran

Kami mengucapkan
Selamat menyambut ulangtahun yang ke 48
kepada sahabat-sahabat kita

Md Sam (5M2)
Shaari bin Yusof (5E1)
pada 14 Ogos

dengan ucapan
semoga dipanjangkan usia,
dimurahkan rezeki,
jauh dari mara bahaya dan
mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
Amin.....

dari sahabat-sahabatmu batch SPM/MCE 1978

MICCOS 2009 - Pameran & Persidangan Antarabangsa Komoditi Malaysia

MICCOS 2009 diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dari 13 - 16 Ogos 2009 dari 10 pagi - 6 petang. Salah satu syarikat yang mengambil bahagian di dalam pameran ini ialah Kayusaha Corporation yang mana pengusahanya adalah sahabat2 kita. Aku sempat melawat kilangnya di Sungei Petani, Kedah semasa menghantar isteri aku ke sana dan yang membanggakan ialah kesemua tenaga penggerak industri dan perusahaan ini adalah bekas2 pelajar SMSJ.
Pengarah Urusan Kayusaha Corporation

Pengarah Pemasaran

Pengurus Teknikal & Pengeluaran

Pengurus Pentadbiran



















Aku kat SP tiga hari so adalah sikit sebanyak ambil gambar pasal perusahaan si Noorsham nie. Dia memang seorang industrialis, tabah dan sabar dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan yang dihadapinya dan rakan yang lain yang membangunkan perusahaan ini.
Semalam aku sempat singgah di pameran tersebut dan mengunjung kaunternya dan bertemu pula dengan Azman Rahman. Kepada rakan2 yang ada kelapangan masa jemputlah ke pameran tersebut dan yang ingin bertemu dengan Noorsham, Azman & Sameha silalah ke Dewan C kaunter 23. Mereka akan berada di sana sehingga Ahad ini.



















Industri yang berasaskan revolusi hijau ini menggunakan bahan buangan pertanian iaitu sekam padi yang diadun bersama plastik untuk menghasilkan industri hiliran pula saperti perabut, kemasan dalaman rumah, bahan binaan dan bermacam-macam lagi. Antara produk2 hilirannya adalah sapertimana gambar2 di bawah.










Kepada sahabat2 yang berminat untuk mengusahakan industri hiliran teknologi baru ini bolehlah menghubungi sahabat2 kita ini. Mereka bersedia membantu untuk membangunkan industri ini.

Khamis, 13 Ogos 2009

Kenangan Lama Mengusik Jiwa

Salam buat rakan2 semua. Agak lama juga saya tidak berkesempatan untuk menyumbang apa-apa entri untuk blog kita ini. Sibuk sikit...
Pertama, saya sepatutnya menghadiri Kursus Orientasi Guru Cemerlang di Pulau Pangkor sepanjang minggu ini anjuran Jemaah Nazir KPM. Namun, terpaksa saya tolak disebabkan keadaan saya yang tidak mengizinkan saya melakukan aktiviti2 fizikal yang agak lasak. Oleh itu, saya perlu berurusan dengan pihak sekolah, Jemaah Nazir JPN dan Jemaah Nazir KPM serta menguruskan surat tunjuk sebab.

Kedua, anak yang sedang menghadapi peperiksaan pra-percubaan SPM yang memerlukan kita sebagai ibubapa memanjatkan doa dan solat hajat untuk ketenangan dan kejayaannya sepanjang 2 minggu dia berjuang. Termasuklah mendoakan kesihatannya agar tidak terganggu.

Ketiga, kerenah pembantu rumah yang terpaksa pulang ke kampungnya di Tanjung Balai, Indonesia untuk urusan keluarga dan peribadinya selama sekurang2nya 1 minggu. Selalunya lebih...

Keempat, berkaitan dengan perkara ketiga di atas. Urusan rumahtangga yang terpaksa diuruskan sendiri. Mujurlah suami dan anak2 turut sama membantu.

Namun demikian, di sebalik kesibukan urusan2 yang tersebut tadi, tiba2 muncul 2 nama yang sangat2 tidak diduga di dalam komen blog persendirian saya. Dua orang guru yang telah sama2 berkongsi pengalaman hidup di MPKT, Terengganu selama 3 tahun dari 1981 hingga 1983. Seorang bergelar Datin..... mantan guru yang tinggal di Shah Alam dan seorang lagi masih setia mencurahkan bakti di sebuah sekolah di Kelantan. Saya pun mula mencari2 album gambar yang mengandungi foto2 ketika menjalani hidup sebagai bakal guru dan semasa latihan mengajar di Terengganu. Kenangan lama terus berlegar2 dalam ingatan saya...

Betapa saya yang pada awal pengajian berasa rindu pada keluarga kerana terpaksa berada beratus kilometer dari kampung halaman untuk menimba ilmu. Naik bas ekspres jam 9.00 malam dan sampainya jam 6.00 pagi esoknya. Lepas tu sama ada menaiki teksi ( mahal sikit ) terus ke asrama atau menaiki bot ke Seberang Takir diikuti oleh teksi ke asrama. ( lebih jimat ). Maklumlah elaun bulanan pun bukannya banyak mana.

Betapa saya terpaksa belajar memahami dialek negeri2 di pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang dalam kehidupan seharian di sana. Saya dan rakan2 merupakan kumpulan yang pertama memulakan pengajian di MPKT pada ketika itu. Azman A.Rahim (5M2) adalah rakan sepengajian saya juga. Selama 3 tahun berturut-turut pengajian kami, saya tidak dapat pulang bercuti Hari Raya Haji ke kampung halaman di Batu Pahat. Tahun pertama terpaksa beraya di Marang, Terengganu, tahun kedua di Kota Bahru dan tahun ketiga di Tanah Merah, Kelantan.

Betapa kami terpaksa menyewa sebuah banglo kayu 2 tingkat berhampiran Pantai Batu Buruk bersama-sama seramai 10 orang rakan semasa praktikal selama 3 bulan. Rumah sewa kami di belakang rumah rasmi MB pada ketika itu. Sekolah tempat praktikalnya pula di belakang Stadium Negeri.

Betapa masa konvokesyen, 2 orang rakan kami yang sedang sarat mengandungkan anak mereka yang pertama diberikan tepukan gemuruh oleh rakan2 ketika menerima skrol dari Menteri Pelajaran pada ketika itu. Siapa lagi, kalau bukan mantan PM ke 5 kita, Tun Abdullah bin Ahmad Badawi.

Demikianlah pengalaman yang dapat saya kongsi bersama2 rakan semua selepas meninggalkan SMSJ dan berada di dalam kelompok rakan2 yang bakal bergelar PENDIDIK / GURU pada ketika itu. Kini, walaupun saya masih berhasrat untuk menyumbangkan ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajar, terutamanya matapelajaran Bahasa Inggeris yang diberikan tumpuan; namun saya terpaksa mengundurkan diri. Saya masih ingat lagi kata-kata hikmat yang terdapat di dewan makan asrama di Kolej Puteri Tengku Ampuan Mariam di Johor Bahru yang tercatat, ' MAKAN SESUDAH LAPAR, BERHENTI SEBELUM KENYANG '. Ada persamaannya ke perumpamaan ini dengan keadaan saya sekarang? Mungkin...


Selasa, 11 Ogos 2009

lama tak tulis

Rasanya memang lama tak tulis dalam blog kita ini. Bukan tak sudi tapi agak penuh jadual harian kerja, keluarga dan sanak saudara. Hari Selasa 4 ogos yang lalu, aku ke PD untuk program dengan pelajar miskin SBP. Seronok, lebih-lebih lagi dapat memberi dorongan, nasihat, dan pandangan untuk berjaya pada anak-anak di SBP. Dapat juga jumpa Ragunath yang bersungguh-sungguh untuk kongsi tip mengharungi kehidupan hingga dapat capai peringkat tertinggi. Aku beritahu anak-anak di situ bukan senang dapat jumpa Presiden Majlis Peguam Malaysia. Anyway, satu pengalaman yang bermakna bagi aku. Hari Rabu dan Khamis (5/5 ogos) aku berada di UTM Skudai untuk bertemu pelajar Master dan Phd dan juga ada kuliah disana. Orang tanya tak penat ke ulang alik KL-JB, aku kata 'alah bisa tegal biasa'- mula susah lama lama biasa. Hujung minggu (jumaat dan sabtu 8/8) ada majlis nikah kahwin anak saudara (perempuan) yang buat kat rumah yang kami sedang tinggal ini (Bt 12 Jln Cheras, Kajang). Rumah ni rumah pesaka peninggalan arwah ayah dan mak mertua, jadi kita sama-sama raikan. Penat sikit tapi tak pelah, ramai anak buah yang tolong , Hari sabtu pula lepas kenduri pukol 5 , terus ke Bukit Tinggi Pahang, seorang diri, untuk satu bengkel semakan semula Anugerah Kualiti Naib Canselor UTM, sampai hari Ahad tengahari. Habis program pukol 11:30 pagi, terus ke Ulu Yam, untuk ikut rombongan akak ipar hantar pengantin kerumah lelaki. Dari Bukit Tinggi, ikut jalan ke Genting dan sampai Gotong Jaya, tuju ke Batang Kali. Tak pernah lalu jalan tu, redah je, sampai juga. Naik bukit, turun bukit sampai juga akhirnya.

Inilah perkara yang dapat aku kongsi sikit dengan kawan-kawan. Kadang-kadang aku terfikir yang semakin tua kita ni semakin banyak kerja yang perlu diselesaikan. Nampaknya tanggungjawab kita semakin berat dan semakin mencabar. Aku doakan kawan-kawan semua sentiasa mendapat bantuan dan rahmat dari Yang Maha Esa.

Ahad, 9 Ogos 2009

Menghadiri Konvo Anak

Salam semua,

Aku sekarang ni kat KL, datang utk menghadiri konvo anak aku Raheel(yg ke4) yang telah menamatkan kursus ijazahnya dlm bidang horticulture di UPM. Sebenarnya konvo dia pagi tadi, dah selesai pun. Aku pegi bersama anak aku yg no 5, Abdul Haleem yg tengah bercuti musim panas dari kursus dia kat Dublin sbb isteri tercinta aku tak dpt hadir kerana hari ni sekolah kat Kedah dan dia pun dah kehabisan cutinya.

Aku seronok tgk anak2 kita dpt ijazah setelah bertungkus lumus selama 3, 4 tahun belajar. Pagi ni adalah sesi ketiga, seramai 1000+ pelajar yg amik ijazah termasuk Phd, Masters, Bachelor dan Diploma. Ada sorang tu dpt Professor Emeritus...4 jam aku duduk dlm dewan dgn tak sempat nak sarapan pagi sebab pukul 7.30am anak aku nak kena ada sana tp tak kisah...lps habis aku balun makan tenghari cukup2...hehehe.

Aku gembira tengok pelajar2 semua dengan riak wajah yang ceria dan gembira disamping keluarga yg tercinta menyambut kejayaan anak2 mereka. Tapi aku kemudian rasa sayu juga bila mengenangkan bahwa dgn kejayaan ini, sebenarnya mereka akan mula untuk mengharungi alam pekerjaan yg penuh dugaan dan cabaran. Aku teringat masa aku balik dari UK dulu pada tahun 1986 dengan takder kerja, puas aku pusing sana sini dan akhirnya aku keja kat kilang yg takder kena mengena langsung dgn apa yg aku belajar..dan mula belajar benda2 baru yg tak pernah aku belajar kat sekolah atau university...

Itulah hakikat hehidupan. Aku berdoa dan berharap anak aku tak perlu melalui mcmana yang aku kena harungi dulu...sakit beb. Tanyalah Prof. Dr Shari mcmana keja kilang..dia pun dah rasa pahit peritnya keja kilang ni. Tapi aku juga tahu jadi cikgu jaga budak2 sekarang ni bukannya senang..tp bila kita dah lama kat sebuah sekolah tu...mcm isteri aku pindah ke sekolah biasa dari sekolah teknik kat jb dulu, mula2 memang susah tp sekarang dah relaks skit. Tapi keja kat kilang...kalau tak tahan, memang ramai yg lari...

Tp aku juga tahu...kawan2 lain pun ada pengalaman masing2 yg di lalui dalam dunia pekerjaan. Mungkin ada yg lebih hebat...sama2lah kita kongsi kalau sudi...

Khamis, 6 Ogos 2009

En.Jamil - Madutiga Part 6

Aku selalu fikir knp ada kawan2 kita yg nampak tua dan ada tak berubah walau dah berumur 48 tahun. Cuba tenguk lelaki spt Norsham, Said Ahmad, Sukimin , Mimbar atau pun jgn lupa jeling2lah kat Azhari... Mereka sentiasa muda. Ada ramai lg tp tak payah sebut.. Tentu ada yg mereka amalkan dan kita perlu korek rahsia dari mereka supaya kita pun akan kelihatan muda. Yg perempuan pulak... maaf.. aku rasa kebanyakannya dah ”lebar2” kecuali ......jd susah nak komen. Mgkn mereka menjadi lebar kerana terlalu lama jahit baju anak atau terlalu lama duduk kt depan computer. Tapi entahlah... hakikatnya ramai yg ”lebar lebar”.. Mgkn jg kerana aktiviti mereka di batasi oleh suami dan anak..
Aku rasa kita masih perlukan aktiviti selain dari beribadat agar kita tidak terpancing kearah keuzuran atau kemaksiatan. Ada yg minat Fishing ( Mimbar), Golf (Norsham), Scuba ( Said) etc. Semuanya memberi ketenangan kepada pencintanya dimana ketenangan ini diperlukan agar kita menjadi lebih sihat dan tenang dalam menjalankan ibadat. Mgkn mereka blh kongsi dgn kita knp hobby itu yg mereka pileh atau ada sesiapa yang boleh kongsi supaya masa kita tak hilang begitu sahaja.. Rasulullah juga suka menunggang kuda dan memanah.
Kepada yg tercari2 aktiviti luaran , aku ada satu cadangan yg kita boleh dikongsi demi kesihatan kita..Aku cadangkan minat2lah tanam pokok bunga atau pokok buahan. Bayangkan jumlah semut , kerengge atau burung yg berlindung atau buat sarang dari pokok yg kita tanam dan unggas2 ini setiap saat berdoa untuk kesejahteraan orang yang menanam pokok ini . Jangan marahkan siput babi yg makan bunga atau sayur kita kerana apa yg siput itu makan merupakan pahala untuk penanamnya ..
Hari raya semakin dekat, ayuh kita penuhkan rumah kita dengan apa pun tumbuhan. Begitu juga sekolah atau pejabat kita. Pahala kita dapat. Kecantikan kita dapat. Kesihatan juga kita dapat.. Dan kalau pun ianya dimusnahkan oleh serangga, kita masih mendapat pahala. Allah Maha Adil dan Maha Bijaksana. Segalanya dirahsiakan dari kita.

Allah kadangkala menyembunyikan matahari..

Dia datangkan awan hitam,petir dan kilat..
kita menangis, meraung dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar yang terang dan cantik
Rupa2nya.. Allah mau hadiahkan kita pelangi.
Yang lebih cantik dari sinaran matahari.....

Pandanglah... Lihatlah...
Tiru macam aku...

Yang tulus Yang Kudus 5


Aku tengah studi masa tingkatan 4, sebab esok nak periksa. Kelas bawah pejabat, aku duduk kat kaki lima mengadap padang...ada lagi gambar ni rupanya tersorok dalam kotak lama...1977, aku berdua dengan ibnu hajar...sekarang jadi cikgu kat felda inas...orang lain studi masa prep..aku studi masa orang lain relaks kat bilik. Rupanya kedua dua jadi cikgu pulak selepas itu. last aku jumpa ibnu masa raya di rumah Latifah, lepas tu aku main call ajelah...

Kongsi Pandangan

Salam,
Minta maaf lama juga tak dapat ikut serta blogging.

Usop, minta maaf kerana aku ni tak cekap. Nak hantar gambar pun minta anak tolong.

Pada 29 Julai ke 03 Ogos aku bercuti. Buat job freelance. Buat kerja MCP (Multiple Camera Production). Alhamdulillah dalam usia begini ada swasta sudi ambil kita. Bukan senang nak dapat kepercayaan orang dalam pasaran yang tak menentu. Adalah kawan2 dari tv stesen swasta dan krew filem. Banyak yg dapat dipelajari terutama cara kerja dan teknik.

Apa pun itu cuma pembuka kata Aku nak kongsi pandangan dan perasaan.
Begini:
Aku tanya Pak Pacak. Pelakun tambahan yang dibayar RM50 sehari. RM15 agen ambik. Tinggal RM35. Isi minyak kereta RM15. Dapatnya RM20 SEHARI!.
Pacak dari calling time 9 pagi ke 10 mlm atau 2 pagi. (Makan ditaja 5x sehari).
Sanggupkah anda?. Nampak tak nilai RM20 macam RM200 bagi mereka.
Atau... dunia asal glamour peduli apa poket tak berduit. Biar papa asal bergaya.
Aku muhasabah diri...
Dalam program tu jemputan OKU( orang kuat usaha / orang kurang upaya). Keletah diorang aku ambil iktibar. Aku amat bersyukur kepadaNYA.
Komen anda.
Selamat Berpuasa.

Selasa, 4 Ogos 2009

Pasukan Ragbi SAJOHA Tempat Ketiga

Hujung minggu lepas (1 & 2 Ogos) pasukan ragbi Alumni SMSJ - SAJOHA Vikings telah mengambil bahagian dalam pertandingan ragbi 10 sebelah anjuran Kesatuan Ragbi Johor di Johor Bahru. Pertandingan telah diadakan di padang Sekolah Sultan Ismail(SSI) dan pasukan SAJOHA telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Aku sempat menyaksikan perlawanan tersebut dan bertemu dengan pemain-pemain yang mewakili SAJOHA yang kebanyakannya adalah super-super junior kita. Dengan kemenangan tempat ketiga ini ia telah membuka lembaran baru kepada keujudan persatuan bekas pelajar SMSJ di negerinya sendiri. Syabas diucapkan kepada adik-adik/anak-anak yang berusaha kearah memertabatkan lagi keujudan bekas pelajar SMSJ.

[Sajoha] [SAJOHA Vikings Rugby] Terima Kasih Johor!
Monday, August 3, 2009 3:57 AM
From:
"SAJOHA Vikings Rugby Club"

To:
sajoha@yahoogroups.com


Salam kepada semua,

Alhamdulillah, buat pertama kalinya dan secara rasminya, kejohanan pertama SAJOHA Vikings di luar Lembah Kelang telah melabuhkan tirainya, dan secara keseluruhannya kami amat berpuas hati dengan "outing" kami pada kali ini.

Kami berangkat ke Johor Bahru pada hari Jumaat dengan konvoi 3 kenderaan dengan seramai 12 orang dari KL. Kami tiba di JB pada jam lebih kurang 12 tgh malam dan terus chk in di Hotel Grand Paragon yang amat indah dan penuh dengan keselesaan (terima kasih kepada Nani Ahmad yang telah mendapatkan rate gomen.. ).. walaupun keletihan, tapi perasaan untuk menikmati makanan Johor telah membuatkan kami untuk keluar mencari makanan (objektif utama tu)..

Sabtu - perlawanan peringkat kumpulan telah bermula seawal jam 10 pagi dan kami telah diletakkan bersama-sama dengan pasukan Segamat RFC dan juga Poly JB.. Alhamdulillah kami tidak menghadapi masalah pada peringkat kumpulan dan seterusnya muncul Johan kumpulan.

Ahad - pada peringkat kedua, kami telah diundi untuk bermain di dalam peringkat suku akhir cup/plate, dan lawan kami ialah pasukan Pasir Gudang Rhino. Perlawanan ini telah dimenangi dengan score 17-14. Dengan kemenangan itu, kami telah layak untuk bertanding di dalam kategori CUP dan bertemu dengan Ungku Hussin Old Boys dari Mersing. Perlawanan amat sengit dengan masing-masing cuba mengasak kubu lawan. Perlawanan ini amat menarik kerana menyaksikan larian-larian yang laju dari pasukan lawan dan kami membalas dengan "hentaman" barisan forward kami yang padu. Tetapi kami terpaksan akur dengan kepantasan pihak lawan walaupun try terakhir mereka berpunca dari kesilapan pengadil yang tidak nampak akan kesalahan pihak lawan yang berada dalam kedudukan "offside".

Dengan kekalahan itu, kami terpaksa beraksi untuk merebut kedudukan ke-3 dan ke-4 bertemu dengan pasukan Wildcats A dari Permas Jaya. Dan walaupun menerima asakan dan tumbukan yang padu dari pihak lawan, kami berjaya mencuri 10 mata hasil 2 try yang dilakukan.

Secara keseluruhannya, program ke Johor ini amat berjaya kerana beberapa sebab :

1) Berjaya merapatkan lagi hubungan sesama ahli pasukan.
2) Berjaya membuatkan semua ahli pasukan gembira bermain air di swimming pool hotel
3) Berjaya membuka mata pasukan lain di Johor bahawa terdapatnya pasukan bekas pelajar SMSJ
4) Berjaya menemui dan berhubung dengan bekas-bekas pemain ragbi SMSJ lain yang berada di sekitar Johor.
5) Berjaya mendapat tempat ke-3
6) Berjaya menghasilkan suatu suasana yang amat harmoni
7) Berjaya bertemu dengan Super Senior kita - Abg Said Ahmad dan isteri

Terima kasih yang amat sangat kami tujukan kepada En Said Ahmad dan isteri kerana sudi menaja makanan kami selepas habis kejohanan tersebut.

Terima kasih juga kepada Azhan Tumiran(SPM 96), Munek, Kayut, Mahudin (SPM 92) dan yang lain-lain kerana sudi turun ke padang untuk bermain sama dan juga memberikan sokongan kepada kami.

Terima kasih juga kepada anda yang mendoakan kesejahteraan kami sepanjang kami berada di JB.

Sekian, terima kasih.

-herwan-

Isnin, 3 Ogos 2009

CERMIN
Setiap hari kita menggunakan cermin untuk melihat imej diri . Cermin membantu kita menyemak apa yang tidak kena pada penampilan diri . Ia tidak pernah berbohong kerana sentiasa patuh kepada hukum Allah iaitu bersifat memantulkan cahaya .

Kita juga ada cermin hayat . Orang-orang yang mengenali kita adalah cermin hayat kita . Sebab itulah ada orang mengatakan "kalau hendak mengetahui kebaikan seseorang , bertanyalah sahabat-sahabatnya tetapi kalau mahu mengetahui keburukannya , bertanyalah musuh-musuhnya " . Apa yang seseorang terima dari kita dan mengemukakannya semula adalah imej diri kita sebagai objeknya .

Apa yang hendak saya tegaskan di sini ialah kita merupakan cermin kepada orang sekeliling kita . Oleh itu kita patutlah menjadi cermin yang baik iaitu memantulkan semula imej sebenar dari seseorang yang merupakan objek . Kalau ya katakan ya , kalau tidak katakan tidak demi menjaga keharmonian hidup bermasyarakat . Namun begitu , kalau ada perkara-perkara negatif , kita patut menjadi cermin usang yang tidak dapat memantulkan sinarnya lagi . Keburukan orang lain tidak patut dijaja . Semoga dengan cara ini objek berkenaan akan mendapat petunjuk supaya memuhasabah diri .

Sekian dulu coretan ringkas 5M2 dari saya nun di utara di Bandar Diraja Perak . Jumpa lagi .

MEMANCING DENGAN DR MOHD SHAH BIN MAHMOOD

Asalamualaikum,

Salam Sejahtera.

Foto lama ni aku amik dari facebook Mohd Shah Mahmood. Mohd Shah bersama Bong

Lokasi : Perairan Pelabuhan Kelang

Tarikh : 1 & 2 Ogos 2009


Temujanji dengan Mohd Shah bin Mahmood (Dr) dah dibuat sejak 3 minggu lalu. Dia amat sibuk dengan tanggungjawap terhadap negara. Sampai aku malu nak telefon dia, takut mengganggudia. Aku main sms je dgn dia.


30 tahun aku tak pernah jumpa dia. Cuma mengetahui dia ada di KL melalui akhbar bila ada kes besar. Dia batch SPM/MCE 1977. Aku pernah sebilik iaitu tahun 1977.


Dua perkara yang tak berubah pada Mohd Shah:

1. Dia maintained slim. Bila aku tanya macamana dia maintain,dia jawap kena kuat main. Game

Bedminton!

2. Dia masih ramah.


Aku menjala untuk mencari udang hidup. Payah nak dapat umpan. Tapi ada juga. Jurukamera ni ada kelas la. Mohd Shah. Dah nak 'sunset'.



Mohd Shah posing dengan pari antara 18-20kg. Video aksinya ada kat bawah. Tengok lah. Cuba perhatikan dan dengar dialog terakhir dalam video tu..


Tetanda yang dia perolehi.






Hasil keseluruhan. Jenahak kat atas tu 2.1kg.



Hasil keseluruhan bila sampai di jeti


Anaka aku dan aku membantu menyiang pari untuk di bawa balik Mohd Shah. Dia tak reti siang. Dia cuma reti siang orang je. Ngeri aku dengar!


Aku sebagai tekong agak kurang menyerlah kali ni. Bagaimana pun walau aku tak naikan ikan besar aku dapat bahagian gak. Cuma tak dapat 'feel' menaikkan ikan je. Hasil tetap dibahagi sama rata.


Cabaran memancing kali ni memang tinggi. Satu malam memancing hanya menaikan 6 ekor tetuka sahaja. Rupa-rupanya telah ditetapkan bahawa rezeki kami pada pagi ke esokan harinya.


Tengok la video ni..