Selasa, 26 Mei 2009

Cikgu Syed Hussin Makan Angin

Reunion kita tempuhari ada cabutan bertuah berupa penginapan percuma 3H/2M di pelbagai tempat dalam & luar negeri. Antara pemenangnya adalah cikgu Syed Hussin kita ni.


Hari ni aku telah menyampaikan kepadanya baucer asal penginapan tersebut di rumahnya di mana beliau akan ke Cherating, Pahang pada 3 hingga 5 Jun akan datang. Dia sekeluarga akan menginap di Legend Resort, Cherating.








Sesiapa yang berdekatan dengan tempat penginapannya tu bolehlah ziarah dia sekeluarga dan percayalah bila dah jumpa dia memang banyak cerita akan keluar darinya sehingga sukar untuk kita beredar/berpisah darinya. Satu karekter yang masih kekal sejak dari jadi guru kita lagi.

Isnin, 25 Mei 2009

MG & XPDC - Grik, Hutan Simpan Belum & Tasik Banding

MG akan diadakan di Grik seterusnya ke hutan simpan Belum pada 17 - 19 Julai 09 akan datang. Semuanya adalah kerana untuk bertemu dengan seorang lagi sahabat lama kita iaitu Rostam Mohd yang sebelum ini bertugas dengan EMKAY dalam membangunkan resort Belum di tasik Banding tu. kaki2 pancing ayuhlah kita ke sana mencuba nasib pula di tasik yang penuh dengan ikan2 air tawar yang memang banyak terdapat di sana. Aturcara MG adalah saperti berikut:-

17/07/09
2.30 ptg - Berkumpul di KL dan bertolak ke Grik.
Dijangka sampai di Grik jam 7.30 ptg.
- Bermalam di Grik & makan malam bersama sahabat kita Rostam Mohd


18/07/09

9.00 pagi - Selepas sarapan bertolak masuk ke hutan simpan Belum
- Aktiviti luar - Memancing, menjelajah seluruh kawasan hutan simpan, lawatan ke kg. orang asli dll.
5.00 ptg - Bertolak ke tapak perkhemahan hutan simpan Belum.
Persiapan tempat perkhemahan dll.
8.00 mlm - Makan malam dan BBQ sambil sembang2 cerita2 lama & terbaru.


19/07/09
9.00 pagi - Selepas sarapan berkemas untuk bertolak keluar.
- Singgah di tempat2 yang masih boleh dilawati.
12.00 t/h - makan t/hari di Grik.
2.00 ptg - Bertolak pulang ke Kuala Lumpur/destinasi masing2

Kepada yang berminat untuk menyertai expedisi ini silalah maklumkan kepada saya melalui email / sms aje. Tentang khemah tak perlu khuatir akan diusahakan kepada mereka yang tak ada camping gear. Yang datang dari utara & timur tempat & waktu berkumpul untuk berkonvoi boleh diuruskan. Antara yang dah confirm nak join:-

1) Rostam Mohd (Grik) - Host
2) Mohd Said (J.Bharu) - Ketua XPDC
3) Vijayan Nair (KL)
4) CL Boo (B.Pahat)
5) Noorsham Yusof (S.Petani)
6)
7)
8)
9)
10)

Ulangtahun Perkahwinan

Salam kpd kwn2 yg dikasihi,

Baru teringat dan saje nak bgtau jer...yg hari ni adalah ulangtahun perkahwinan saya yg ke 28! Syukur alhamdulillah...semoga kawan2 mendoakan saya sekeluarga. Sekembalinya saya dan isteri dari KK, kami terus ke KL sbb besan kami mengadakan majlis perkahwinan anaknya yg sulung(kakak pada menantu saya) dan juga mengadakan majlis cukur jambul skali.

Ni adalah gambar cucu kami yg dah hampir masuk 4 bulan...dan sekarang ni ada dirumah kami di Sg. Petani...yeah2! sbb ayah dia ada kerja kat utara ni. Lagipun, menantu kami takder kat Mesia ni kerana bekerja di Libya! Jadi kami gembira jer dpt amik n jaga dia di sini. Kalau tak, asyik keluarga belah menantu jer yg jaga dia...tak ci!



Terima Kasih

Salam kpd kawan2 semua,

Terimakasih kepada Said dan kwn2 utk ucapan takziah diatas kepulangan arwah ayahanda mertua saya ke rahmatullah pada hari Selasa lepas.

Ayahanda mertua saya sebenarnya memang dah sakit lama. Sebelum itu beliau dah kena mild stroke yg menyebabkan beliau hilang ingatan. Pada tahun lps pula semasa anak saya hendak bernikah dan melangsungkan majlis di pihak perempuan, beliau kena serangan skali lagi dan terus tidak bole bergerak dan hanya baring saja sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada pagi Selasa 19hb. Mei lps. Pada pagi tu isteri ada terbangun dlm pukul 4.30am, tetapi pergi tido semula. Pada pukul 5.30am dia terjaga apabila mendapat panggilan dari kakak sulongnya yg tinggal di KK memberitahu tentang kepulangan ayahanda mereka.

Kami pun bergegas siap2 dan pergi ke lapangan terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang dan alhamdulillah dpt tiket utk penerbangan AirAsia pada pukul 10.15am hari tu. Tapi kami tak sempat utk melihat ayahanda utk kali terakhir kerana pengkembumian telah diuruskan oleh pihak masjid sebelum zohor. Apapun kami redha dan rasa bersyukur yg urusan jenazah telah selesai dgn segera seperti yg disarankan oleh agama. Lagipun isteri saya baru saja pulang ke KK akhir bulan lps dan dpt melihat ayahandanya semasa dia masih hidup.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh beliau dan meletakkan beliau dikalangan orang2 yg dikasihinya. Ameen dan AlFatihah.

air mata melor - info

Sop, Melor sama batch dengan orang rumah aku gitu juga dengan si Nasaruddin tu. Pada masa ini dia ada di Kuantan dan orang rumah aku ada juga menghubungi dia. Kalau kau nak hubungi / jumpa dia nak minta maaf atas kesalahan lampau kau tu, aku boleh beri no. telefon dia. Kau smslah aku selepas baca entry ni.
Untuk makluman kau dia dah berkahwin dengan mat salleh itali. Pertengahan bulan depan dengar kabar dia akan berhijrah terus ke itali mengikuti suaminya. Sebelum terlambat aku entrykan maklumat ini untuk pengetahuan semua sahabat2 kita.

Sabtu, 23 Mei 2009

Some Points to Ponder......

Hi Guys! Assalamualaikum. It has been quite sometime that I've been following our blog and enjoyed most of the entries. We've done quite a bit of reminicing of our days back in school. It was indeed nostalgic and sometimes we wish that we were closer then....as we are now, over the internet.

Anyway, a lot and I mean, too much time has passed us and we sure have a great deal of catching up to do. The last 30 years, where were each of us, where did we further our education, how was our early career stage, how did we advance from there, did we make any career switch along the way, how we met our spouses, when did we all start a family, any DRAMA in between, what do each of us aspire to be ..... and which stage are we in now????? Are we 'THERE' yet????

Our time is short, and we should value every moment of it especially now we can do it together...well, sort of. I found this poem somewhere and like to share it with you. Here it goes;-

When as a child I laughed and wept-
Time crept!
When as a youth I dreamed and talked-
Time walked!
When I became a full-grown man-
Time ran!
Then as with the years I older grew-
Time flew!
Soon I shall find as I travel on-
Time GONE!!!!

Life is truly an eternal today so we need to reflect where we are now, career wise, physically and most of all spiritually!!!
My daughter has this quotation on her wall...."Every day is an opportunity to make a new happy ending." I guess, our happy ending not only meant now or when we die but more than that .... our investment for the Afterlife......

Guess it will be also good if we can share inspiring stories that we went through, our "aha!" moments and may be some good practices(amalan2) , with all our friends so that we can also benefit.

What do you guys think?????

Jumaat, 22 Mei 2009

MOTHER, THE JEWEL OF MY HEART

A Tribute To A  Wonderful MUM...

A mother is GOD's love in action.
She looks with her heart and feels with her eyes.
A mother is the bank where her children deposit all their worries and hurt.
A mother is the cement that keeps her family together                                                                     And her love lasts a lifetime.

A mum is a rose whose petals are soft.
A mum is a lily whose stem is tall and strong.
A mum is a person who is never wrong.
A mum is a person you should love forever...
Trust her, believe her and never doubt her
but, love her with all the love you can give.

A mother has strength that amazes her children.
She can handle trouble and carry heavy burdens.
She holds happiness, love and opinions.
She smiles when she feels like dying inside.
She sings when she feels like crying. 
Cries when she is happy
And laughs when she is afraid.
Her love is unconditional.
There's only one thing wrong with her,
She sometimes forget what she is WORTH...

It would take a thousand workers to build a castle,
a million soldiers to protect a country,
but only ONE woman to build a happy home.
The woman whom we called MOTHER.

Although you have left us since ten years ago,
I can still feel the warmth of your LOVE,
MAK, I love you so much...

Rabu, 20 Mei 2009

Takziah

Baru balik dari P. Redang, semalam ke KL pula atas urusan kerja. Dalam perjalanan pulang dapat maklumat ayahanda kepada isteri (bapa mertua) sahabat kita Noorsham Yusof meninggal dunia.
Dia sekeluarga terus bergegas ke K Kinabalu semalam kerana bapa mertuanya sudah lama menetap di sana.
Takziah diucapkan kepada Noorsham sekeluarga dan diharap banyak-banyak bersabar dan senantiasa tabah menghadapi segala dugaan hidup ini.
Setiap yang hidup pasti akan mati.
Al Fatihah.

Isnin, 18 Mei 2009

Salam Bahagia

Kami mengucapkan
selamat menyambut ulang tahun ke 48
kepada sahabat kita

ROSMALA PAIMAN (5M2)
dan
NORLIDA MD ALI (5E2)

pada 18hb Mei

dengan ucapan
semoga panjang umur,
dimurahkan rezeki,
jauh dari mara bahaya,dan
berbahagia di dunia dan di akhirat.

dari kawan2mu batch SPM/MCE 1978

Ahad, 17 Mei 2009

Rokok

Nak cerita pasal form 5, tapi kena start dari form 4. Form 4 dah jadi prefect, tapi masih hisap rokok, kau orang bukan tahu pun. Apa nak buat sembunyi sembunyi lah. Bila naik form 5 jadi head prefect, so apa nak buat. Aku memang terpaksa berhenti merokok tahun itu. Tapi siapa hisap rokok especially junior siap kena tangkap. Jadi HB ( dah cerita sikit kat blog aku. sila baca) mesti tunjuk contoh. So, have to follow all the rules. Ada sekali tu aku dah tangkap si Abu Hashim ke (Landak Landing).. hisap rokok. Bila aku nak mula charge dia hisap rokok... dia pun start keluar statement dia kata "kau dulu masa form 4 pun hisap rokok" jadi terpaksalah aku lepaskan dia dengan memberi warning saje.. Tak adil kan. Tapi apa nak buat. Lesson learnt. If you want to commit wrong, just do it on your own, if not everyone will surely know about it. ada banyak lagi kes lain aku pun dah tak berapa ingat sangat.. Kalau sesiapa yang teringat tu, dan ada simpan geram kat aku, maafkan aku.. Itu dulu kanak-kanak punya cerita.
Lepas MCE ada a few students kena datang Pre-six. Kau ingat tak Syam. Bilik asrama kita kat tingkat atas sekali. Apa lagi. Hisap rokok tu tak ada orang boleh sound langsung. Macam raja. Bayangkan orang lain tak sekolah tunggu results SPM/MCE kita orang kena datang sekolah belajar form 6 punya subjects. Ada subject yang aku fail/gagal masa first test. Bukan belajar pun, main-main aje. Kalau datang hujung minggu je, mesti minta balik kampong/rumah dengan Cikgu Rahman. Tapi yang best, masih jadi prefect.. Masa tu Headboy aku ingat Hashim Zailani. So itu bab hisap rokok... Tapi aku dah berhenti rokok Usop, kau bila nak berhenti. Hentikanlah tak ada faedah nya rokok tu. Sorry bang. Aku ingat kalau budak perempuan baca cerita aku, macam tak percaya kot. Itu lah zaman 'budak-budak' yang memang penuh dengan 'kenakalan' .... Aku kat sini nak minta maaf jugalah pada semua prefects especially prefects perempuan dan head girl Saadiah masa aku jadi headboy... kau tanya lah diaorang Usop, ada yang kena marah sampai menangis.. So, ampun jari sepuluh kita start 0-0 (zero zero)..

Dulu lain sekarang lain. Manusia harus menjadi lebih 'bijaksana' dengan usia dia. We become wiser as we grow older. I have learnt great lessons from SMSJ which have made me what I am today. I say thanks to my friends (termasuk geng 3) and my teachers. Happy teacher's day to Mr Malik Khiew, Mrs Marmining , Mr Paul, Cikgu Hamzah Rashid. Cikgu Shariff Daim (ajar bolasepak), Mr Chin Kiau, MR R.J Bentote, and the rest sorry too long list.

Sabtu, 16 Mei 2009

kawankawanku , juga guruku


aku dan shaari- sama sekolah, sama sama jadi pengajar...akhirnya
[ mengajar di U dan aku mengajar di sekolah rendah , dia pengawas, aku? ]

salam sejahtera, semoga berbahgia disamping keluarga..

lama aku tak menulis dalam blog ni, adalah sibuk sikit sikit kemas sekolah, uruskan kewangan dan menyelia cikgu dan pekerja...emm, biasalah tu...aku tak mau cerita sangat bab kerja kerja ni, sebab boring...aku suka menulis kisah kita semasa smsj, sebab kita boleh flashback balik kisah kita 30 tahun lalu.

sebagaimana kita maklum dalam pendidikan ada 3 jenis pembelajaran...school learning, community learning dan home learning..di smsj, community learning dan home learning....gurunya ialah kawan kawan aku. perempuan ke lelaki, junior atau senior..aku banyak belajar dari pelbagai sudut, sudut negatif atau positif.

kau orang mungkin tau mungkin tak tau, geng perempuan lagilah tak tau..bahawa kami di asrama lelaki ni ada beberapa kumpulan. kumpulan yang agak dipandang tinggi ialah geng pengawas, bajunya lain, gaya penampilan lain, gaya macam budak baik memanjang...ada satu lagi geng...geng tak kisah...dia orang ni dengan dunia dia orang ..baca buku dan study...geng budak baik...

geng yang ketiga ni, kumpulan yang terdiri dari murid bijak jugak tetapi aktif dan kreatif...pakaiannya, gaya jalan, cara study, gaya bercakap.. mereka ni agak luar biasa, tetapi biasalah..cikgu cikgu masa tu bukan pandang geng no 3 ni.. mereka tak pandang sebelah matapun...ajak bertumbuk lagi... malah kumpulan ke 3 ni selalu menjadi mangsa dan dipandang serong. dengan topi baretta, seluar beso peha, kecik kat bawah, tali pinggang kecik, baju tangan pendek, lipat lagi, butang kat dada wajib di buka..supaya nampak samseng...merokok macam satu kemestian..tak merokok tak rugged, kuat mengutuk orang dan ketawakan orang, biasanya berjalan secara berkumpulan, sanggup buat apa saja untuk ahli kumpulannya...ada kod, ada spy dan ada balaci, ada informer dan saling menukar maklumat. malah ada bahasa tersendiri...sahaba terlabik....lakau kacap jalu jalu, gali gabus...[ bahasa terbalik, kalau cakap laju laju, lagi bagus]... kau orang agak aku masuk kumpulan mana?

aku adalah kumpulan ke3 tulah , aku sampai sekarang telefon kawan lama aku dengan menggunakan bahasa rasmi kita orang. musuh kami yang paling kami awasi ialah geng pengawas, macamana baik sekali pun , kami akan anggap dia duri dalam daging, tak boleh buat geng... kami bimbang kegiatan kami terbaongkar, buat tak tau, atau jauhkan diri...bila dia orang datang kami akan bubar..dan pindah tenpat...kami sentiasa mengawasi geng pengawas sekolah...pengawas tu pulak ada gelaran yang kami bagi...contohnya macam saadiah..kami bagi dia kojeb...azida pun ada, shaari, sudin md dom, [ malu nak sebut sebab ada yang tak sedap di dengar...]..gelaran ni hanya kami geng no 3 saja yang tau..meluas dan diperturunkan pulak kepada junior...mintak maaf kumpulan pengawas...kamu sentiasa di awasi....dan diberikan gelaran tertentu..[ ada juga pengawas yang baik dan bukan semua....jangan marah]

tadi aku baca blog shaari...aku terus teringat, betapa nakalnya aku dulu, malah semasa reunion dulu, semua kawan yang aku jumpa, mereka ingat aku kerana kenakalan aku..actually aku tak popular kat geng perempuan sebab aku antara orang yang anti perempuan....dayak kata, sedih betul hati dia sebab kena sorak bila nak bergambar di hadapan pintu masuk sekolah...dayak kata...abg usoplah yang jerit ramai ramai dari atas, tipip kata..sop, kaulah orang yang paling aku benci sekali...vijay kata..macamana i boleh lupa...u orang paling bising...suara u banyak kuat.. ragu...[ baru tipon aku ] mana boleh lupa budak nakal macam u, jika shaari pengawas ...pemimpin berautiriti formal..kami juga adalah pemimpin...cuma kami pemimpin yang tidak dilantik tapi cukup terlatih...pemimpin berautoriti tidak formal...kami banyak kuasa sumber yang kadang kala pengawas pun tak ada...dan pengawas tak terpikir..kami boleh buka tutup botol dgn hanya menggunakan gigi...kami ada geng kat luar, kami ada rumah tumpangan kalau sesak..tak boleh balik, mamak jual rokok kenal kami dengan bahasa isyarat..kami hulur duit, dia tau rokok apa....kami belasah tengok wayang...kami makan macam macam dan balik tak ikut masa.....sorii lah rii, zaman budak budak...kan.

masa telah berlalu, aku mohon maaf kepada semua yang menjadi mangsa kenakalan aku, sebaik saja habis sekolah aku telahpun menerima hukuman, aku menjadi guru disiplin sekolah menengah selama berbelas tahun...kerja aku menguruskan budak budak nakal..menjadikan dia orang baik..dan sedar diri..aku boleh baca minda dia orang..aku tau dia orang sorok rokok kat mana, keluar ikut pintu mana...sebab? aku ada pengalaman....kemudian aku terus menjadi gpk, penyelia HEM PPD dan sekarang GB...dan aku terus terbenam dalam dunia pendidikan...oleh kerana terlalu susah orang nak didik aku, aku rupanya dipilih menjadi pendidik agar aku kena memahami bagaimana perasaan dan hati seorang pendidik...

aku bersyukur kepada tuhan di atas didikanNya ini.

sempena hari guru ini, aku mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua rakan satu batch, senior, junior...pengawas, skema dan geng budak nakal...kerana semua kawan kawan aku di smsj, lelaki dan perempuan adalah guru dalam kelas ' home learning dan community learning ' aku selama 5 tahun di sana...

Jumaat, 15 Mei 2009

selamat hari guru kepada kawan guru

mengikut pengetahuan aku, kelas 5m2 paling ramai jadi cikgu...zainuddin, januri, aini, noraini, rodziah, alimah, azman, jamil, sharif dan fatimah serta fauzaiah manan...maaflah kalau ada lagi...kemudian kelas aku, aku, aruah zaid, ibnu, ghazali, rosnah sumikin..termasuklah arbakaria.. bagi kelas 5e1...ada juga..norlela, kew chee kim, norsyam dan shaari...yang lain kau tak tau ler pulak...kelas 5e2..seorangpun aku tak tau...ada tak kawan kita jadi cikgu...mungkin shamsul jabar kut..tahniah kerana menjadi cikgu....hidup tak mewah tapi bahgia...

kalau ada nama yang aku tak sebut...tapi dia jadi cikgu atau pensyarah...aku minta maaf..sebab tidak dalam pengetahuan...boleh masukkan dalam komen..

bukannya apa...nak ucapkan SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA RAKAN SEGURU....

ingatlah pesanan orang tua

guru menjadi payung sekolah
jauh mula tampak
dekat mula bersua
rimbun tempat berteduh
hebat tempat berlindung
besar tempat bernaung
kukuh tempat bersandar
wajib dihormati
pantang dikhianati

damar batu damar keluluk
belah kundur tengok bijinya
guru disanjung budinya elok
tidak percaya selami hatinya

salam keguruan
YUSOF MOHAMAD
-kembara kelana-

Khamis, 14 Mei 2009

KALAU KE KUALA KANGSAR........
Kalau kawan-kawan hendak berihat di bandar ini dari lebuhraya , bolehlah keluar mengikut exit Kuala Kangsar Bandar Diraja dari Lebuhraya Utara-Selatan . Masa perjalanan lebihkurang 10 minit dari Plaza Tolnya .

Kalau bercadang untuk solat bolehlah ke Masjid Ubudian berdekatan Istana Iskandariah Bukit Candan . Saya pernah bersolat zohor di situ dan rasa sejuk bila berada di dalamnya . Lepas itu bolehlah berihat di tepi Sungai Perak .

Ini adalah gerai berdekatan Sungai Perak . Harganya dijamin berpatutan . Berbagai jenis makanan dan minuman ada disediakan

Di belakang gerai ini adalah Taman Kanak-kanak dan Laman Budaya yang redup oleh rimbunan pohon besar . Anak-anak boleh bermain di di tapak permainan yang disediakan . Bangku-bangku rihat disediakan . Anda boleh melalui titi gantung yang disediakan untuk menyeberang anak Sungai Perak ini . Dengan berlatarkan Sungai Perak , anda boleh mencari ketenangan seketika di sini .

Atau anda boleh duduk-duduk di tepi Sungai Perak yang airnya tidak pernah berhenti mengalir di bawah pohon nyiur yang melambai untuk menyedut udara segar .

Gambar kenangan dari saya sedang bersalam dengan Sultan Perak , raja yang memerintah negeri . Gambar ini dirakam ketika baginda melawat bangunan warisan di padang sekolah saya pada bulan Januari lalu .

Di bandar ini anda boleh melawat Muzium Sultan Azlan Shah di Bukit Chandan. Anda juga boleh melawat Kilang Kraftangan Malaysia di Enggor yang bertentangan dengan Kilang Kicap Tamin . Kalau anda hendak bermalam di sini , bolehlah menempah bilik di Rumah Rihat yang terletak di atas bukit dan menghadap Sungai Perak . Atau anda juga boleh menempah bilik di Safari Resort , juga terletak di tepi Sungai Perak berdekatan dengan Jambatan Sultan Abdul Jalil .

Terdapat tiga buah sekolah premier di bandar ini iaitu sekolah saya (Clifford School) , MCKK dan SMK Raja Perempuan Kelsom . Terdapat sebuah kolej negeri , KISDA (Kolej Islam Darul Ridzuan) . Kalau jemu kat sana tu , bolehlah ke sini , cuti-cuti Malaysia .
Selamat datang !
....................

Rabu, 13 Mei 2009

Cebisan Kenangan semasa di SMSJ part 2

Sempena Hari Guru pada 16 Mei, aku cuba mengingati serba sedikit kenangan bersama guru-guru yang pernah terlibat mengajar aku dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

Tingkatan 1, macam yang Alimah cerita tulah...cikgu Rubiah paling diingati dan cikgu Heng ( yang ajar BI, perkataan famousnya " is it clear?"...... dan cikgu Rahman Wahab ( ajar Sains Paduan) yang campak cacing kat aku, sebab aku tak mau urut cacing tu...eee geli!

Tingkatan 2, ni aku blur-blur sikit, cikgu silih berganti, kadang takde cikgu langsung, yang aku ingat cikgu Onn (ajar georgrafi), yang marah aku sebab tulis"peta kontor" sebagai peta konto*...(sebab aku bukan jawa, so aku tak tau itu perkataan mencarut!) Sampai sudah, bila dia ngajar aku tak angkat muka...malu giler!!!

Tingkatan 3, cikgu Md Lazim ( aku panggil Mr Binari), dia ajar Math Moden...aku faham giler lebih-lebih lagi tang tajuk Binari tu lah! Last aku terjumpa dia, masa aku beli hantaran nak kawin kat Singapura....cikgu Ghani ( ajar sejarah), terkenal dengan soalan mautnya tentang tarikh-tarikh dalam sejarah ...bila tak dapat jawab, dia tepuk duster yang penuh kapur tu kat kepala kita (putih rambut dengan kapur!), pas tu dia kata" dah tua ye...lupa semua..." Haa...cikgu Hamid yang ngajar BM, kalau dia masuk aje, mesti aku kena soal sebabnya, dia suka panggil 'timah' (sama nama dgn isterinya!)

Tingkatan 4, Mr Chia...ajar Math Tambahan, bila aku tak faham aku tanya dia, dia jawab 'itu bolehlah diabaikan'...so sampai sudah aku tak faham, bila exam, kandas...sakit jiwa!!! ( nasib baik Huei Wuan tolong ajar masa kat asrama..)
Masa ni cikgu Marmining baru datang (ngajar georgrafi), budak lelaki paling seronok! Kalau dengan cikgu lain, kekadang depa sembunyi dalam almari kat belakang kelas, tapi kalau cikgu Marmining datang, semua terbeliak biji mata...

Tingkatan 5, cikgu Hussin (ajar georgrafi), aku suka style dia ngajar, bawak buku rujukan sampai penuh meja, dia baca fakta-fakta, kami nyalin macam nak rak dan style dia ni aku tiru bila aku jadi cikgu.Bila Cikgu Chin ajar fizik baru aku faham dan seronok sangat ( masa form4 tak tau apa benda,,,cikgu lain yg ajar!).Aku terpesona dengan sifat keibuan Ustazah Salmiah ( selalu skor subj ni!) Bila cikgu Basar Bani masuk...Og paling seronok, sebab tu bahasa dia tinggi giler!

Tapi yang paling takkan lupa ialah Mr Paul, dahlah cikgu rumah Purnama ( rumah sukan aku), pernah ngajar BI ( tak ingat form berapa), cikgu tae kwan do (penasihat), cikgu yang incharge library ( kalau masuk mesti jumpa dia!)

Ini Mr Paul, jumpa lepas reunion 1312 dulu

Isnin, 11 Mei 2009

En. Jamil - Madutiga Part 2

Bahagiakah Perkahwinan Yang Hanya Bersandarkan Cinta.
Kisah Sedih Cinta Antara 2 Darjat 5 April 2000. – Must Read

Jamil hanyalah anak kepada tukang jahit di Kukup yg miskin tetapi kegigihannya telah berjaya membawanya hingga ke Uitm walaupun dengan perbelanjaan seadanya. Zaleha pula, anak seorang tokoh koperate yang ternama dan berdarah raja di Muar. Takdir telah menentukan yg mereka jatuh cinta di Uitm walaupun mendapat tentangan dari keluarga Zaleha. Mereka lebih rela mati daripada percintaan mereka dipisahkan. Kekuatan cinta mereka telah meroboh tembuk hati keluarga Zaleha.
.Pada 5 April 2000, mereka bernikah selepas tamat pengajian di Uitm. Sebagai seorang tokoh koperate, bapa Zaleha telah mengadakan majlis pernikahan ini secara besar besaran. Berbeza dgn bapa Jamil yg hanya mampu memberi pakaian, cadar dan sarung bantal yang semuanya dijahit sendiri khas untuk pernikahan anaknya.

Tibalah saat malam pengantin. Jamil dan Zaleha pun memasuki kamar pengantin yg memang disediakan khas untuk mereka berdua.. Namun apabila Jamil menanggalkan pakaian pengantinnya dan hanya berseluar dalam,.. tiba tiba Zaleha menjerit ketakutan sehingga jatuh pengsan dan tidak sedarkan diri…

Jamil termanggu kebingungan dan tidak tahu kenapa isterinya menjadi histeria dan koma. Sambil mengusap rambut Zaleha, Jamil cuba mengamati seluar dalam yang dipakainya itu…

”Waduh! aku lupa yang seluar dalam yg dijahit oleh bapaku itu diperbuat dari kain guni tepung gandum. Di tengah2 seluar dalamnya itu masih terpampang jelas tulisan "BERAT BERSIH 25KG". Siapa pun pasti pengsan bila melihatnya dan apa lagi istriku Zaleha..Mungkin istriku Zaleha berfikir jika muatannya aja sebegitu berat, bagaimana pula “besar isi dalam kantungannya”....
Aku lupa, siapa yg ceritakan cerita ini kat aku. Mata aku masih berairr bl mengingatkan kisah cinta sedih ini. Maaf.. jk aku terlalu emosi.. Jd mana yg penting? Cinta, Wang, Keluarga atau kecantikan...
Bersambung En Jamil - Madutiga Part 3

Ahad, 10 Mei 2009

CIKGU RUBIAH

TERINGAT CIKGU RUBIAH
Dia mengajar Sains Rumah Tangga Tingkatan 1 di SMSJ pada tahun 1974 . Dia juga warden asrama puteri . Saya memasuki SMSJ Kluang pada bulan Jun 1974 bersama Aini , Iss , Noni , Jamaliah , Rohana , Bakyah , Jamaiah , Rozie (second intake)

Pertama kali memasuki kelasnya , saya rasa macam hendak demam sebab suara , perkataan , lirik mata dan gerak badan kelihatan garang . Memang saya takut terutama bila dia memeriksa apron . Di sekolah lama saya mengambil Perdagangan , bukan Sains Rumah Tangga . Bila di SMSJ , saya terpaksa mula mempelajarinya . Saya belajar membuat apron di asrama daripada Fati . Masa itu saya dapati Fatipun kelihatan takut juga masa di kelas bila bercakap dengan Cikgu Rubiah . Suara Fati antara dengar dengan tidak .

Oleh kerana takut , saya tidak berani bersembang dengan Cikgu Rubiah . Namun , jauh di sudut hati saya memujinya kerana dia seorang wanita yang ideal - pandai masak , menjahit , menyulam , berpakaian sopan yang sedap mata memandang dari segi warna , fesyen bersesuaian dengan masa dan tidak sosial . Semasa bercinta , dia tidak menunjuk-nunjuk kepada pelajar asrama . Dia buat temujanji di luar sekolah . Setelah itu diapun berkahwin .

Pada tahun 2006 , saya mengikuti Kursus PTK 3 di Hotel Dynasti , Kuala Lumpur selama seminggu . Ada seorang penceramah bertittle Dr memberi ceramah . Semasa berceramah , dia ada menyebut bahawa dia pernah mengajar subjek rojak - Sains Rumah Tangga , Bahasa Melayu dan lain-lainnya - Saya amati suaranya , macam pernah saya dengar suatu ketika dulu . Saya renungi wajahnya , ada tahi lalat , macam pernah saya jumpa dulu . Tubuhnya sahaja agak berbeza . Saya semak nama penuhnya , sah , dia Dr Rubiah , cikgu dan warden di SMSJ . Rupanya dia sudah jadi penceramah motivasi .

Semasa rihat , saya bertanya samada dia guru di SMSJ pada tahun 1974 . Saya memperkenalkan diri bahawa dia mengajar saya pada tahun 1974 . Tanpa berkata apa-apa dia terus memeluk saya lalu memberitahu peserta-peserta kursus bahawa saya adalah murid ketika dia mula-mula posting . Masa itu saya rasa gembira serta terharu sebab tidak pernah bersembang dulu kerana takut , hari itu dia memeluk saya pula . Pada hari itu saya makan tengahari semeja dengannya di hotel itu sebelum dia berangkat pulang .

Apa yang saya hendak jelaskan di sini ialah walaupun dulu kita rasa seperti tidak diendahkan kewujudan semasa di kelas tetapi bagi seorang guru seperti Dr Rubiah dia tidak bermaksud mengenepikan kita . Dia masih ingat lagi pada kita dengan cerita-cerita yang sewaktu dengannya . Itulah cerita dari saya dari kelas 5M2 .

Asrama SSI 1974

Ini gambar lama yang aku jumpa semasa kita di asrama Sekolah Sultan Ismail (SSI), Jalan Tasek Utara, JB. Gambar diambil pada tahun 1974 di hadapan asrama. Nampak ada beberapa orang adik-adik spt Shaari, Yahya Sadikon, Abu Hashim, Zainudin (Gajah) dan Shukor Atan. Yang lain-lain ntah kemana dan tak tau pulak sempena apa gambar ni diambil. Aku rasa suka-suka sebab adik-adik baru datang. Kita pernah bersama ...

Sabtu, 9 Mei 2009

Cebisan Kenangan semasa di SMSJ

1974, masa ting 1 di EC ( sekejap)...teringat kena kejar dengan budak lelaki senior (mce batch 1977). Aku lari sembunyikan diri dalam toilet....hehehe. Jadi monitor 1m2 ( sebab badan aku besar!) Aku pernah baling duster kat Azahari kot ( kalau tak silap) sebab dia buat bising. Masa tu Azahari budak lelaki paling besar dalam kelas aku....
Aku suka melibatkan diri dalam kegiatan seni...ewah, tak pernah miss naik pentas. Aku n the geng ( termasuk Azida) takkan miss, boria lah, drama lah, tarianlah...semua kami joint. Dan yang paling tak lupa bila aku menari semazau sampai wakil sekolah ( untuk pasukan beruniform) bawah nasihat cikgu Sharif ( masa tu cikgu Sharif bujang lagi...hehehe). Masa tu kot abg Rosly "ter berkenan" kat aku bila dia tengok aku dok menari semazau tu,( tapi kami tak bercinta pun masa kat sekolah...hehehe).
1978, Kat asrama....aku dan Og adalah di antara orang yg last masuk bilik air kalau pagi-pagi..... Og rajin stay up untuk study...aku, mmg jenis payah bangun awal kot? Kat kelas pulak...kalau dulu aku paling besar dan tinggi dalam kelas masa ting 1, masa ni Januri dah tinggi macam galah...bila kat makmal, ambik radas kat depan, dia kat belakang kami budak perempuan, dia hulur je tangan dia dari atas kepala kami ( so kepala kami dok bawah ketiak dia...jenuh le ngidu!)

itulah antara kenangan yang masih aku ingat.......

Jumaat, 8 Mei 2009

INDUSTRIAL BIOTECHNOLOGY

Minggu lepas aku dipelawa oleh Arbakariya b Arif untuk menghadiri 'talk' yang akan dibentangkan oleh beliau.

Tempat : Dewan Taklimat

Bangunan Pentadbiran UPM

Tarikh : 8 Mei 09

Masa : 9.45 pagi



Tajuk : Industrializing Biotechnology : Role of Fermentation & Bioprocess Technology

Penyampai : Prof. Dr. Arbakariya b Arif

Aku sebenarnya masih tertanya-tanya apakah itu 'biotechnology'. Aku hadir kerana untuk mengetahui apa bendanya tu!

Bila kawan sekelas kat SMSJ muncul memberikan ceramahnya, baru aku tau apa bendanya 'biotechnology'. Maklumlah aku orang kampung dan ke laut je yang tahu!

Rupa-rupanya dalam kehidupan kita ni sangat bergantung rapat dengan biotechnology ni. Ubat-ubat, makanan diperoses mengunakan kaedah ini.

Arbakariya memang hebat orangnya. Agaknya dah 25 tahun bercakap depan student maka penyampaian berjalan lancar sambil diselitkan beberapa joke. Contohnya perkataan 'fermentation' bermaksud tapai. Dia cakap bila pagi isterinya kata dia wangi tapi bila balik petang dah 'fermented'. Bagaimana pun dalam pada tu dibalas oleh pengerusi majlis Prof. Dr... dia kata walaupun Prof Dr. Arbakariya dah fermented tapi masih boleh produce 7 orang anak! (Sebab Arbakariya ada sebut 7 anak semasa pembentangan tadi, isteri dan 3 anak pun hadir sama).

Satu fakta yang disebut Arbakariya ialah proses pembuatan insulin melibatkan 31 major steps dan 27 proses-proses lain. Dan kalau dahulu proses pembuatan insulin melibatkan lembu atau babi maka sekarang ni dengan teknologi bioteknologi ianya diproses secara fermentation tidak memerlukan lembu atau babi.

Oleh itu potensi bioteknologi amat tinggi ketika ini!.


Arbakariya memang macam dulu juga, ramah! Aku dipanggil bergambar dengan dia, tapi studentnya kacau la! Minah arab tu nak sebelah dia gak!

Ni gambar yang anak dia amik dari sisi. Tengok la punya segak dia berjubah profesor!

Alamak.. Arbakariya lum dapat gambar yang diambil oleh jurugambar UPM la..Sori lah tak dapat nak tunjukkan gambar minah arab tu...
Ni bukan minah arab yang aku maksudkan. Ni dgn isteri dia Syam. Padan kan? Sama tinggi! Agaknya ditapaikan oleh Bakariya gak la supaya sama aras... hehe..



Ni gambar dengan RA dia. No 2 dari kiri adalah anak Yusof. Bakariya tinggi sikit berbanding yang lain.

Selamat Maju Jaya Prof!!!!

guru kita yang berjasa


SELAMAT HARI GURU
KEPADA SEMUA GURU KITA YANG TELAH BERJASA MENDIDIK KITA HINGGA MENJADI APA YANG KITA NIKMATI SEKARANG

...jasamu tetap dikenang buat selama-lamanya....

salam hormat dari kami
anak anak muridmu 5E1. 5E2, 5M1 5m2 batch 1978
[termasuk juga yang ddari kami yang telah meninggalkan SMSJ pada tingkatan 3 ]

cikgu, semoga cikgu berbahgia dunia dan akhirat....

admin


Khamis, 7 Mei 2009

En Jamil - Madu 3 part 1

Manusia tidak akan terlepas atas namanya CINTA dan semua bersetuju bahawa cinta adalah sesuatu yg menyenangkan. Cinta membuat orang lupa diri. Yang tua tidak pernah merasa tua dan yang muda ingin cepat dewasa demi sebuah kenikmatan yang tiada tara. Ramai yg berbuat nekad seperti lari dari rumah atas nama cinta padahal kalau di fikir2 resikonya lebih besar dibandingkan dgn apa yg mereka dapat tp manusia tetap bercinta.

Wanita adalah materialistic dan lelaki adalah beutilistic ( Kata2 org dinegara sahabat)

Maksudnya cukup serdehana. Wanita mengharapkan suaminya kaya dan suami mengharapkan isterinya cantik. Hanya lelaki yg tak normal aja berkata istrinya paling cantik didunia pada usia 48 tahun. Dan istri pula sentiasa mengharapkan agar suaminya bertambah kaya pada setiap hari. Hanya org beriman sahaja yg boleh menafikannya atau menidakkannya. Kita???

Lautan api akan ku renangi dan banjaran gunung akan ku daki. Hanya Tuhan yg dapat memisahkan kita.
Itulah kata kata yg kita lafaskan tapi TAIK KUCING. Bila bini kita cakap.." angkat jemuran, hujan dah turun" , kita cuba mengelak dgn alasan takut basah. Suami yg kata " Lautan api akan kita renangi"... penakut rupanya dgn air. Kita bohong Cinta kita. Ada kawan kita yg hatinya tertutup rapat untuk nikah lg selepas suami/istri nya meninggal kerana sebelum ini dia dapat suami/istri yg terlalu baik . Cinta tetap abadi walaupun hanya sebatas nisan kubur.. Bandingkan dgn diri kita. Dengan perangai kita pada hari ini, adakah mungkin istri kita akan kata " bila lg laki aku nak masuk kubur"...... " Memanglah malang nasib kau... Sodin.. Sodin." ( 3 Abdul)

Kepada istriku Mazlin.... Aku terlalu rindu pada setiap hembusan nafasmu. Terima kasih telah mendampingi ku dalam mengharungi hidup sampai hari ini dan selalu mendukung setiap langkahku. Kepada almarhum ibubapa ku dan guru2ku... Sampai bila pun aku tak akan mampu membalas budimu. Semangat ini akan terus menyala kerana kamu. Perananmu dalam hidup ini amat bererti. Terima kasih atas Cinta mu.


Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Guru.


Ok tak sop?



Rabu, 6 Mei 2009

Salam bahagia

Kami mengucapkan
selamat menyambut ulang tahun ke 48
kepada sahabat kita
ZAINUDDIN [ GAJAH] BIN AHMAD 5M2
pada 6 MEI 2009
dengan ucapan
semoga panjang umur,
dimurahkan rezeki,
jauh dari mara bahaya, dan
berbahagia hidup di dunia dan di akhirat.
dari kawan2mu batch SPM/MCE 1978

Isnin, 4 Mei 2009

GP JORAN DI SEDELI 2-3 MEI 2009 Siri 1

Pada 2-3 Mei 2009 aku menyahut cabaran GP Joran di Tanjung Sedeli, Kota Tinggi, Johor.
Semasa dalam perjalanan aku singgah rumah Cikgu Rahman Karim yang akan mengadakan majlis perkahwinan anak bungsunya di Api-Api Pontian.

Kawan aku bersembang dengan Cikgu Rahman

Aku posting dengan Cikgu Rahman


Isteri Cikgu Rahman buatkan air jus buah kedondong


Petang Jumaat aku sampai ke Tanjung Sedeli kira-kira jam 6.45 petang. Malam tu ada pasar malam. Ni lah suasana pasar malam kat situ. Kalau Fatimah baca blog ni mesti mengamit kerinduan kampung!

Aku order ni kat satu kedai yang ada di Tanjung Sedeli. Dia jual sop aje.

Pas tu jadi cam ni pulak! Gear box kambing! Susah nak dapat kat tempat aku. Aku jadi kemaruk la! Fati, bila kau nak balik kampung? Kalau Sukimin nak cuba datang lah ke Tanjung Sedeli. dekat kampung Sukimin juga tu!
Pagi Sabtu kesibukannya macam ni lah di Jeti LKIM Tg Sedeli ketika menunggu pelepasan.



Peserta-peserta yang menyertai GP Joran. Sedang memunggah barang. Bukan calang-calang. Ada yang datang guna Estima, disebelah kiri tu Range Rover dan ada yang naik Merz.


Dalam pada memandang-mandang sekeliling di jeti tup..tup pak Kyai ni pun ada! Kat leher dia tu ada serban tu! Tu yang aku panggil Kyai! Alhamdulillah.. 5 waktu jangan sekali-kali kita tinggalkan. Malam tu aku telefon dia dan rezeki dia lumayan. Alu-alu 3 ekor dan tengiri 1 ekor ( 5-6kg).

Aku dgn group aku menunggu pelepasan. Rezeki kami tak berapa banyak. Ikan-ikan yang diperolehi tak layak dipertandingkan.

Masing-masing keletihan. Aku bertahan tu sebab aku amik foto ni.

Termenung kerana mengenang ikan tak mengena. Mungkin sedang terfikir akan umpan yang di potong tenggiri atau umpan yang 'rabut' (rabut= lucut dimakan ikan) Ala.. yang sudah tu sudah la...
Aku kontrol manco..walau penat tapi tetap bershukur atas rezeki yang dikurniakan. Semua 700 orang berdoa nak menang no satu. Jadi yang mendapat no 1 tu dah ditetapkan olehNya.

GP Joran akan datang dijadualkan pada 6-7 Jun Kuala Pahang. Tempat tu juga ada kena mengena dengan Ustazah Fatimah! Insyallah akan aku entrikan bulan depan sekembalinya dari GP Joran Kuala Pahang.

Ahad, 3 Mei 2009

Jumpa Senior Rozman Hussin


22 April 2009 yang lalu, aku terjumpa Rozman Hussin (senior kita setahun) di Alamanda. Dia merupakan seorang bisnesman (syarikatnya Digi City) dan pejabatnya kat Melaka. Bisnes dia tertumpu pada bidang ICT. Sungguhpun dia merupakan seorang usahawan yang berjaya, sikap tidak sombong dan murah hati dia amat aku kagumi. Selepas dia habis SPM pada tahun 1977, aku tak pernah jumpa dia sampailah sekitar tahun 2006. Masa tu aku kat Sunway Pyramid dan sedang berbincang dengan kawan aku Mejar Mohamed Khamis. Rupa-rupanya dia ni pun member kepada Mejar tu juga. Lepas dari tu aku ada jumpa dia sekali lagi masa Kementerian Pelajaran anjurkan Pameran ICT di Melaka pada tahun 2007.

Kalau kau orang nak no hp atau emel dia bolehlah hubungi aku.

salam bahgia

Kami mengucapkan
selamat menyambut ulang tahun ke 48
kepada sahabat kita
ADZAR OTHMAN 5E2
pada 3 MEI 2009
dengan ucapan
semoga panjang umur,
dimurahkan rezeki,
jauh dari mara bahaya, dan
berbahagia hidup di dunia dan di akhirat.
dari kawan2mu batch SPM/MCE 1978

Sabtu, 2 Mei 2009

Salam berbahgia

Kami mengucapkan
selamat menyambut ulang tahun ke 48
kepada sahabat kita
AZMAN BIN ABDUL RAHMAN 5E1
pada 2 MEI 2009
dengan ucapan
semoga panjang umur,
dimurahkan rezeki,
jauh dari mara bahaya, dan
berbahagia hidup di dunia dan di akhirat.
dari kawan2mu batch SPM/MCE 1978

Jumaat, 1 Mei 2009

Dunia ni kecik kan!

Salam buat kawan2,

Aku sambut cabaran Usop tu.

Tiba2 pagi ni lepas buat HOT@1 lebihkurang jam 1030 aku teringat nak bukak blog kawan2.

Antaranya aku bukak - alimorsipon.blogspot.com.
Khamis 30hb. April atas tajuk 'Asri dan keluarga'.

End part yang menarik tu... Asri kata Muhammad Saiful Islam anak sulung dia kerja kat RTM sebagai Juruteknik Lampu!

Kau orang cuba bayangkan yang selama ini Saiful panggil aku abang Khir. Asri bapak dia!. Kacau kacau.

Sekarang ni dia kena panggil aku pak cik Khir. Tapi terasa tua sangat pulak!.

Tadi ni aku jumpa Saiful (lepas Jumaat) minta kirim salam kepada Asri. Asri kini ada di KL. Alimor, cubalah buat MG. Kimin, Member, Sha'ri dll tentu nak joint.

Aku minta maaf sebab nak balik Sg Petani, Kedah besok kerana kenduri kahwin anak saudara.

Terkejar2 aku ni. Bayangkan lepas kenduri (ahad) cepat2 balik Rawang hantar anak no 3 (tkt5) kat SBPI Rawang. Lepas tu lari ke SBPI Temerloh, Pahang hantar anak no 4 (tkt3). Pukul berapa nak sampai rumah tu!.

Sabar ajelah.

duty roster

kawan kawan
salam sejahtera dan selamat bercuti...bagi yang mencari wang....ini adalah masa bercuti , bagi yang wang berkerja untuk dia...tiada cuti. Waktu nilah dia kena melihat bagaimana wang bekerja untuk dia...tak kisahlah...

aku teringat masa kat kelas dulu ada dipanggil duty roster...jadual bertugas harian...masa ni best jugak...aku bukan saja hafala jadual harian untuk kelas aku tapi jugak jadual kelas lain..kelas e dan kelas m2 malah kelas junior...sebab budak perempuan yang duty tu biasanya datang awal..
kalau masa sidia duty..aku pun datang awal sikit....kata orang ..eh bertemu secara tak sengajalah kan...taktik kuno masa tu...zaman 70an punya taktik....rupanya bukan aku sorang...ramai jugak macam tu terutama yang ada ...cinta gelap...hahahaha

blog ni juga perlu ada giliran menulis...oklah..macam ni..aku cadangkan
minggu 1 setiap bulan - 5m1,
minggu 2 - 5m2,
minggu 3 - 5e1,
dan minggu 4 - 5e2.

Bukanlah arahan...bukan aku letak letak...aku sangat berharap agar kawan kawan sama sama cerita....in english pun ok...agar kita memeriahkan lagi blog kita...ok...please....aku pun nak rehat jugak wahai kawan kawan....aku pun ada kerja jugak...namun dalam masa yang sama aku bukanlah ketua kelas..head boy tetap pada shaari yusof...

terserahlah.
hanya cadangan agar berat sama dipikul, ringan sama dijinjing...

salam...aku tau aku jauh

salam

Happy Birthday to you

Kami mengucapkan
selamat menyambut ulang tahun ke 48
kepada sahabat kita
Sia Yong Yew 5E2
1 Mei 2009
dengan ucapan
semoga panjang umur,
dimurahkan rezeki,
jauh dari mara bahaya, dan
berbahagia dalm hidupmu
dari kawan2mu batch SPM/MCE 1978