Jumaat, 20 Februari 2009

MG Bersama Azman Abd Rahman

MG dengan Azman di Bandar Baru Bangi Ahad 22/02/2009 mulai jam 2-00 petang.
Tempat perjumpaan akan update sebelum perjumpaan atau boleh menghubungi saya.
Dia baru balik dari Riyadh. Semua sahabat dijemput ke majlis ini.

Foto-foto semasa MG bersama Azman Rahman di Palma Cafe Bangunan PKNS, Bandar Baru Bangi. Terima kasih kepada kekawan yang dapat hadir.

Kami mengucapkan
Selamat Ulang Tahun yg ke 48
untuk sahabat kita

1. KEW CHEE KIM (5E1) pada 18 Feb
2. MUKLIS MOYO (5M2) pada 20 Feb


dengan ucapan
semoga diberkati Allah selalu,
dimurahkan rezeki,
dijauhkan dari mara bahaya
dan berbahagia di dunia dan di akhirat.
Amin!
[ untuk Mr Kew..sorry lambat sikit entri ucapan ni, aku sibuk ma...jangan marah ya cikgu ]

dari semua rakan taulan SPM/MCE batch 1978

Rabu, 11 Februari 2009

MG di utara tanahair

Salam,

Hari Ahad lps, Shari dan famili dia telah dtg menziarah ke pondok aku kat Sg. Petani. Dia melawat pelajar yg dia selia di Penang tetapi mengambil kesempatan utk dtg menziarah aku. Timakasih Shari kerana sudi menziarah aku yg sgt jauh di utara ni...Sempena kedatangannya, dia juga ada menalipon Dr. Rouse yg dia akan kerumah aku dan bila habis jer waktu keja, Dr. Rouse pun segera ke rumah aku di Bandar Laguna Merbok. Kami berbual panjang, tapi tak sempat buat n hidang laksa johor dan makanan2 yg sedap2 macam kat rumah Azida. Apapun kami seronok dpt berjumpa, cuma lupa nak bgtau pada tok penghulu utara bro Am kita lbh awal supaya dtg ke sp kalau dia bolehlah...the more the merrier..sorry tok penghulu Am..(dia dah lama kat utara ni, jadi aku lantik dia jadi tok penghulu utk batch kita kat utara ni....hehehe)
Insyaallah, kita buat mg betul2 n plan awal2 skit nanti. Ini pun Shari terjun jer sbb bila dia dah smpai kat Penang hari Sabtu tu baru bgtau. Anyway, Shari dah nampak sihat dari sakit 'dengki' dia hari tu syukur alhamdulillah.


Dr. Md Rouse dan Prof. Dr. Shari kat rumah aku


Isteri Shari(kanan sekali) dan isteri aku bersama dua anak aku.

Siapa2 yg nak dtg ke utara...bagitaulah, kami (saya, Dr. Rouse dn Tok Penghulu Am) di utara ni mengalu2kan kedatangan kawan2...mailah...

Isnin, 9 Februari 2009

Peluang yang banyak di Arabia

Salam alaik sahabat-sahabat,

Saya telah update blog www.KenaliArabia.com dengan peluang niaga untuk sesiapa yang berminat. Peluang ini terbuka kepada semua syarikat dan koperasi di Malaysia sahaja.

1 ) Sahabat saya di Riyadh Arab Saudi telah mendapat lesen ISP baru-baru ini dan sedang mencari Technology Partner dari Malaysia untuk memasarkan Value-Added Services. Di bawah ini adalah gambarajah konsep umum usahasama :

Konsep Kerjasama : klik utk paparan lebih besar

Konsep Kerjasama : klik utk paparan lebih besar



2 ) Sahabat Arab ni telah lama berkecimpung memberi khidmat SMS/MMS Content dan SMS Gateway untuk beberapa Stesen TV. Kini beliau mencari Content dan juga aplikasi Games khas untuk NOKIA sahaja.

Untuk info lanjut, sila lawati www.KenaliArabia.com.

Semoga maklumat ini memberi manfaat untuk semua sahabat.

Jumaat, 6 Februari 2009

Gambar Sekitar MG Kat Rumah Azida



Penyambut Tetamu

SELAMAT HARI LAHIR

Kami mengucapkan
Selamat Ulang Tahun yg ke 48
pada 6 Feburuari2009
untuk sahabat kita

1. HAFIZAH AWANG (5E1)
2. ALIAH HUSSEIN (5E2)


dengan ucapan
semoga diberkati Allah selalu,
dimurahkan rezeki,
dijauhkan dari mara bahaya
dan berbahagia di dunia dan di akhirat.
Amin!

dari semua rakan taulan SPM/MCE batch 1978

Khamis, 5 Februari 2009

Minum Cendol


Aku mulai semalam sampai 5 Mac depan jadi student semula kat UKM. Kamisan lak rupa2nya tengah kursus kat Bangi ni juga. Tadi dia telefon aku dan kebetulan aku dah habis lecture so apa lagi kita org set pergi minum cendol kat depan kilang hitachi.
Malam ni dengarnya Azhari nak ajak dia dan member2 lain ngeteh.

Rabu, 4 Februari 2009

Anak Nak Masuk SMSJ

Kepada kekawan yang teringin anaknya melanjutkan pelajaran ke SMSJ kini ada berita baik. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Kementerian Pelajaran baru-baru ini bahawa Pengetua sekolah berasrama penuh diberi kuasa dengan kuota 20% untuk mengambil pelajar baru sekolah masing-masing.

Lanjutan daripada pertemuan saya dengan GPK 1 SMSJ baru-baru ini beliau ada menyatakan bahawa daripada kuota 20% itu pihak sekolah pula ada memperuntukkan kouta kepada anak-anak bekas pelajar SMSJ.

Dengan itu kepada para sahabat sekelian yang mana anaknya memperolehi keputusan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR dan PMR dan berhajat untuk menghantar anak masing-masing melanjutkan pelajaran di SMSJ sila maklumkan kepada saya dengan memberikan maklumat terperinci anak masing-masing untuk urusan selanjutnya.

Selasa, 3 Februari 2009

T Shirt Reunion


Kepada sesiapa yang masih inginkan tshirt tersebut ianya masih boleh diperolehi sekarang.
Untuk mereka yang berada di sekitar Lembah Kelang & Selangor boleh diperolehi daripada puan Azida Aziz di Taman Seri Andalas, Seri Kembangan, Selangor.

Lengan pendek - Biru, Merah, Kuning & Hitam
RM 35-00 (saiz - M,L,XL)
Lengan panjang - Hitam dan Merah sahaja
RM 38-00 (saiz - M,L,XL)

Hubungi:- Said Ahmad - 013 7474545 email :- masajb45@yahoo.com
Azida Aziz - 012 9271815 email :- azidaaziz@yahoo.com

Isnin, 2 Februari 2009

LAGI SAHABAT DIKESAN

SALAM, UNTUK MAKLUMAN SEMUA AKU DAPAT KESAN SEORANG LAGI SAHABAT KITA SDR ROSTAM MOHD 5E2 DIA BERADA DI BELUM RAINFOREST RESORT
NO H/P 012 5120860 019 5730860
SESIAPA NAK CONTACT DIA SILAKAN........
Email dia:- hrm6161@yahoo.com

CUBA TEKA ISTANA SIAPA?

Aku dan isteri aku telah sampai ke istana ini.




Terletak di Kampung Sungai Kepong.........
Kepunyaan..........