Rabu, 8 Julai 2009

MENJAGA SENSITIVITI ORANG LAIN


Dalam hidup bermasyarakat , kita tidak digalakkan syok sendiri - bercakap apa sahaja yang kita suka dan melakukan apa sahaja yang kita mahu - Perlulah dipandang kiri dan kanan samada sesuatu yang dibuat sesuai dengan situasi ketika itu , sesuai dengan individu yang ada di situ juga samada sesuai dengan fungsi majlis ketika itu .

Walau sporting mana sekalipun , semua perkara ini perlu diambil kira kerana jika semberono sahaja , apa yang diharapkan boleh jadi terbalik dan kita sebenarnya sukar mengulangi masa yang berlalu . Menjaga sensitiviti adalah keperluan jika kita tidak mahu ada hati yang terluka atau ada individu yang terasa . Yang sudah berlalu biarkan berlalu dan waktu yang mendatang harus direnung dengan lebih teliti .

Dalam usia 48 tahun kita sebenarnya meniti asar ke senja . Waktu begini amat patut diluangkan untuk memuhasabah diri terutama hal-hal hati dan perasaan yang patut dijernih dan dibersihkan bersama amalan diri sebelum mengadap Yang Maha Esa . Ini bukanlah masa untuk bercerita tentang berapa banyak banglo yang kita ada sebab lambaian kubur bila-bila boleh menggamit diri . Waktu ini juga bukanlah masa yang sesuai untuk bercerita tentang kroni kita yang terdiri daripada jutawan , orang bangsawan atau hartawan sebab risiko pelbagai penyakit sering ditunjukkan dalam usia begini .

Sebaiknya dunia dikendong dan akhirat dijunjung . Kedua-duanya harus seiring demi mewujudkan hati yang damai dan dapat melahirkan masyarakat yang harmoni . Keharmonian dalam hidup bermasyarakat bermula dari individu . Jika masing-masing dapat menjaga sensitiviti orang lain , kita dapat mencapai apa yang diharapkan .

5 ulasan:

kembara kelana berkata...

terima kasih mah...nasihat yang berguna

fati berkata...

Di hujung-hujung usia ni kita menjadi semakin sensitif, tapi jgn lah sampai kita mengurung diri dalam dunia kita saja semata-mata kerana tak mau terluka dan takut dilukai. Kesilapan yg tak disengajakan insya Allah mudah saja dimaafkan dan boleh dijadikan sebagai panduan dalam meniti kehidupan kita yg seterusnya... insya Allah...

sha'ri berkata...

Saya setuju sangat dengan pandangan tulus ikhlas Halimah (betul ke Citra). Kita harus menjadi mencari keredoan Ilahi lebih lagi umur kita menuju ke alam yang kekal abadi. Sama-sama kita ingat mengingati. Terima kasih.

mrs jannuri berkata...

Sekiranya melihat kegembiraan seseorang itu ada lah kegembiraan kita, kebahagian mereka kebahagiaan kita juga dan seperti yang mimbar kata, sakit itu boleh kita sama-sama rasa, insyaAllah...

Mudah-mudahan kita akan sentiasa mengingati dan tidak dilupai oleh teman-teman kita.

bong berkata...

Bagi aku bermuhasabah diri kita dilakukan dgn istiqmah(berterusan) paling senang kita lakukan selepas tunaikan solat 5 waktu, antara magrib ke isyak, semasa berbaring memulakan tidur mlm dan menunggu subuh (ini susah sikit) sbb sedap tidur dr berjaga.

Ok tak Bag dan Member