Selasa, 7 Julai 2009

Melawat Ternakan Kambing Mohsin Bakar di Pontian

Aku sepatutnya memasukkan entry ni sebaik saja selesai masukkan entry mesy. kat smsj tu tapi belum pun siap entry tu aku dapat call daripada isteri tersayang aku yang dia kena warded kat Hospital Penawar Pasir Gudang. Terperanjatlah juga, tu yang terus ke hospital dulu tengok dia, darah dia ada naiklah tak tahulah apa sebabnya tapi Alhamdullilah sebelah petang dah turunlah sikit. Mungkin esok (Selasa) dah boleh keluar dah. So, aku sambung baliklah pasal entry yang ini.

Hari Ahad yang lalu aku balik Pontian sekejap & tergerak pula nak cari sahabat kita Sarian Aman. Cuba hubungi dia tetapi tak berhasil, langsung aku cuba hubungi senior kita setahun Mohsin Bakar yang sudah bertukar arah kerjaya kepada pengusaha ternakan kambing. Sebaik sahaja aku dapat hubungi dia, dia terus mempelawa aku ke rumahnya di Jln. Parit Ibrahim, Pontian. Mohsin dulu bertugas sebagai Pengawal Trafik Udara di Jabatan Penerbangan Awam di beberapa lapangan terbang di negara kita dan tempat akhir dia bertugas ialah di LT Senai, Johor. Dia opsyen tahun 2005 yang lalu dan kini menjadi usahawan ternakan yang berjaya. Selepas berborak panjang lebar aku diajaknya ke kandang ternakannya yang tak berapa jauh dari rumahnya.

Kepada sesiapa yang nak buat bisnes ternakan kambing ni bila dah pencen nanti bolehlah pergi ke tempat ternakannya untuk berkursus dan menimba pengalaman daripada dia. Dia bersedia membantu sahabat2 sekelian terutamanya dari SMSJ. Atau kepada sesiapa yang berhajat nak dapatkan kambing untuk buat aqiqah/korban bolehlah cari dan pilih sendiri kat kandang kambing dia tu.

Seronok dapat jumpa kawan2 lama yang ada bela kambing, lembu, ayam, ikan dan tak lupa udang untuk dipancing.

3 ulasan:

fati berkata...

Pakwe aku kata kalau dia dah pencen dia nak buat kerja-kerja macam ni, otak tak tension, kepala tak sakit ( nasib baik rambut tak luruh!) tapi fizikal sihat sebab banyak bergerak.....

pakroslan berkata...

Salam Said,
jom kita buat. best jg tu.

Alimor Sipon berkata...

Member, skrg dah tak ada kerja pemggembala kambing. Kambing semua duduk kat kandang. Kerja Pengurus Kandang mungkin ada.