Khamis, 2 Julai 2009

Ke Melaka

Salam,
Aku ke Alor Gajah, Melaka dua hari lepas kerana menerima pelawaan untuk memetik buah di taman. Buah rambutan.
Yang menariknya kawan sepejabat ini Hasnor (lelakilah) dusun orang tuanya tu ada lebih 20 pokok rambutan yang berbeza rasa.
Mabuk. Tak terkata aku cuma memuji kebesaran Allah.Pergi bertiga. Ambil secara rencam aje. Dapat 7 guni tepung . Separuh hari buat kerja.Pecah melepuh jari yang manja. Jari yang lembut ni. Kalah lembutnya dari jari Fati!.
Yang sedihnya kat sini rambutan tak ada nilai sebab jiran pun ada pokok rambutan.Kat KL RM10 3kilo. Macamana tu. Anak cucu tak balik sebab kos tinggi.
Sayang kan buah hitam dan rosak di pokok. Membazir kan!.
Moralnya apa ya! Jangan tanam pokok buah cuma sejenis sama dengan orang lain. Kalau ada pakatan kan elok dibuat jem rambutan. Larat ke 20 pokok tu!
Hga.. hga.. aku dah buat satu entri.
Usop, aku cover kali ni. Dulu miss.

10 ulasan:

g berkata...

jangan makan rambutan banyak-banyak, nanti kencing manis. kalau siang makan rambutan malam asyik buang air kecil maknanya gula dalam darah tinggi.

fati berkata...

Mana kau tau jari aku lembut Khir.....dah kematu sekarang ni...hehehe

hafizah berkata...

Khir, apa pasal tak distribute yg 6 guni tu. Pahala hang. Sedap tu! Minggu lepas beli kat Shah Alam RM4 sekilo. Semalam kat supermarket dah tinggal RM2.30.
Saya pun nak tanya,macam mana awak tau jari Pati lembut??? Jeng,jeng,jeng.......

pakroslan berkata...

Salam Khir,
kita lupakan cerita rambutan tu...aku cuma nak tau macamana kau tau tentang jari fatimah? Tak kasi 6 guni rambutan pun tak pe.

mohdkhirmatnor berkata...

G,
Betul kata kau, semalam aku rasa asyik nak buang air kecil dan tekak sentiasa dahaga. Ada simtom kencing manis lah tu. Takut aku. Pagi ni rasa macam biasa je.

Member,
Mancing ikan takpa!.. Mancing lain sendiri mau ingat.

Fati,
Orang pempuan kalau tak luka d tangan malas ke dapur kan?.

Fizah,
Aku agak je jari dia lembut. Es..es abang Rosli jeling kat aku tu.
Sekarang ni musim buah. Kat Melaka ni minggu ni habis musim.Pahang. Kedah pun!. Beli sekarang. Minggu depan dah dapat buah mangkar.

Rezeki buah katakan.
Baru ni kawan aku (Usop juga namanya) kat pejabat, nak jadi cerita pasal dia dari kampung balik sini bawa buah2an termasuk buah kuini. He.. he. (bukan yg tu).Berebutlah kat pejabat tu. Kau orang bayangkan sedap buat sambal makan dgn nasi panas pun dah ok. Aku datang kerja petang dapat dengar cerita aje. Bau pun takda.
Sampai hati kau Usop tak ingat kat aku!.
Dalam bising2 tu datang kawan dari unit odio sebelah Wak Shahrom Orang Johor panggil. Kau nak tak benda ni. Apa dia?. Dua biji buah kuini dan sebiji buah mangga epal.Nah ini untuk kau.Apa kau rasa dalam keadaan tu.
AllahhuAkbar. Allah maha mengetahui. Apa komen kau orang?.

mohdkhirmatnor berkata...

Lan,
Aku agak je. Maaf Abang Rosli lagi arif.
Maafkan daku.

kembara kelana berkata...

moral of the story..
1.jari mat khir lebih lembut dari jari fatie..
2.jangan membazir, ada 7 guni, agihkan kat kaum kerabat 6 guni setengah..kau ambik setengah guni jer sebab kau boleh datang kebun tu lagi..
3. kau nak entri dan komen boleh tapi sekali lagi kau muji dan sebut jari fatie, kau memang nak kena baling dengan batton abg rosli ..dia ada simpan lagi kat bawah almari..kelengkung kena dahi kau khir...kau jangan main main, hafizah kata jeng jeng jeng...kau tau tak maknanya...tulah maknanya...

hahahahha gurau jer jangan marah

mohdkhirmatnor berkata...

Member,
Batu api kau!... Zaman sekolah aku ada involve dgn adek angkat tapi tak dapat angkat he..he...Aku kecik!.

fati berkata...

Hey hey...fatie mana tu? Kalau kat smsj selama 7 tahun kat situ aku kenal benar orang yg senama dgn aku, haa... yang mana satu tu khir...hehehe

kembara kelana berkata...

suara halus, sapa tak nak dulu...kalau sekarang suara dia macam tu ..maut kau khir kena belasah dgn bini kau...