Rabu, 17 Jun 2009

TIP KESIHATAN (makan oren)

Asalamualikum dan Salam Sejahtera.

Aku bukan doktor! Kawan-kawan yang doktor tu tolong betulkan andainya aku salah.

Ini pengalaman aku.

Aku menghadapi masalah sembelit dan aku ada alahan. Resdung. Resdung adalah penyakit genetik.

Dalam aku mencari jalan untuk mengatasi sembelit ni, aku jumpa doktor. Ubat yang diberi bukan penyelesaian berpanjangan. Habis ubat, sembelit datang lagi. penat jumpa doktor. Bukan salah doktor... Aku rasa ni disebabkan faktor usia. 48!

Dulu aku mengamalkan makan betik. Memang ok. Belanja agak mahal. Betik tak boleh simpan lama dan bekalan kadang-kadang tak ada. Mahal. Kadang-kadang tak manis.

Jadi aku beralih kepada oren. Ianya berkesan. Tidak berapa mahal dan boleh disimpan lama.
Perjalanan lancar!

Sudah masuk 3 bulan aku makan sebiji oren sehari.

Satu kesan sampingan positif yang aku terima ialah penyakit alahan (resdung) juga beransur reda. (Tak tahu samada ia akan baik sepenuhnya atau sementara macam sembelit tu).

Waktu pagi aku AMAT jarang bersin lagi sekarang. Alhamdulillah!

Aku boleh makan udang, sotong dan lain-lain seafood sekarang.

Aku pernah bermesyuarat di dalam bilik berhawa dingin dengan seorang ahlinya yang demam selsema (selalu bersin dan hingus meleleh), Alhamdulillah.. aku tidak dijangkiti.

Peringatan, kesannya bukan dengan makan 3-4 biji oren aje. Mungkin selepas sebulan makan oren sebiji sehari barulah kesannya akan terasa.

Cubalah kepada sesiapa yang ada masalah seperti aku. Kita merancang Allah yang menentukan. Andainya Dia nak bagi sakit, kita akan sakit juga.

(Nota: Bagaimana pun ada orang lelah yang alah kepada oren)

8 ulasan:

pakroslan berkata...

bar,
limau sama tak dengan oren?

nasruddin mohd rawi berkata...

bagio,

jeruk sama tak dengan limau ?

kembara kelana berkata...

nas dan bagio,
kau berdua ni memeningkan kepala aku. nas kau kata nak call aku balik

hafizah berkata...

Member, betul tu. Dulu masa saya bersalin si kembar tu, caesarean, doctor pun prescribe makan buah limau. Satu hari makan 6 biji. Cepat semboh luka saya. Kan buah oren tu tinggi kandungan vitamin c, sebab itu ia membantu menguatkan immune system awak.
Tapi, saya pun bukan doktor juga. Hanya gemar membaca topic2 berkaitan kesihatan.

asri berkata...

Bar,

Aku akan cuba untuk kesihatan. Terima kasih Bar. Syukran.Cuma bila buka Blog ni macam aku kat SMSJ 32 tahun yang lalu.Masa tu aku ngadap buku tapi kepala melayang. Sekarang ngadap PC.

asri berkata...

Bar,

Terima kasihlah kerana masih ingat kat aku.36 tahun dulu kemetot-kemetot. Sekarang semua dah berusia mula2 susah juga aku nak recall kau.Alhamdulillah bila refer kat album Facebook Mohd Shah(Dr) striker SMSJ dulu baru aku tahu siapa itu Membar Hj Sirat. Gambar kawan2 yang ada macam nyorok2, kelam2 dan berbagai2. Sebab tu putrawaja guna gambar masa form 5 supaya orang senang nak recall. Sop jangan nak buat persepsi lain pulak.

Recall pantun lama:

Pulau Pandan jauh ketengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan di kandug tanah,
Budi yang baik dikenang jua.

sha'ri berkata...

Bar, satu cadangan yang sangat baik. An orange a day keeps the doctor away. Aku akan cuba amalkan demi kesihatan insyaAllah, kita usaha Allah yang menyembuhkan.

nasruddin mohd rawi berkata...

sop,
sorry lah, bila bz tu samapai lupa nak call semula, nanti aku call kau.

wak mimbar,
cerita apa yg aku bgtau kau ? konfius aku.