Jumaat, 19 Jun 2009

SMSJ ... Terima Kasih

Eh.. apa nak tulis gaknya? Minggu ni turn 5e1. Hafizah tulis pasal perasaan dia kat SMSJ. Tentang sekolah, tentang pendidikan, tentang kawan.. Apa yang aku paling seronok masa kat Sains Johor. Dari Form 1 sampai Form 5. Yang aku ingat, aku membesar di SMSJ. dari budak kecil dari segi saiz dan akal hingga jadi seorang pemuda/youngster. SMSJ lah tempat saya jadi youngster itu. Dari sedikit ilmu dunia hingga lulus SPM/MCE, dari kurang ilmu agama kepada 'tahu banyaklah' ilmu Islam. Apa taknya, Form 5 sibuk dengan dakwah, pergi kem Nadwah, pergi kem Arqam di Pontian, cuma tak sempat pergi Kampung Sungai Penchala. Jadi, 5 tahun di SMSJ telah mempengaruhi banyak diri saya menjadi manusia. Sampai jadi Ketua Sekolah yang sudah tentu ramai yang saya kenakan tindakan (saya dah lupa pun). Saya jenis tak suka ingat kesalahan orang. Lebih-lebih lagi masa tu saya masih dalam proses untuk belajar menjadi seorang pemimpin, dan sudah semestinya ada kesilapan. Rasanya kawan dah maafkan kot.

Balik pada apa yang saya dapat kat sekolah. Saya setuju dengan Hafizah, memang kita dapat ramai kawan yang sejiwa dengan kita. Untuk pengetahuan kawan semua, anak-anak saya semua yang masuk sekolah menengah pergi sekolah asrama. Kenapa? Kerana saya mahu mereka menjadi independent, menjadi pemimpin, menjadi manusia, biar mereka rasa susah senang, urus diri sendiri, basuh baju sendiri, rancang masa sendiri, dan lain-lain lagi. Tak pe kalau mereka buat silap. Mereka akan belajar. Anak lelaki saya masa di MRSM pernah diambil tindakan disiplin. Saya tak kisah. Dia belajar dari kesilapan itu.. dan saya dapat didik dia melalui 'nasihat' dan 'marah'.. InsyaAllah, bulan Ogos ini dia akan ke US untuk sambung pangajian degree dalam 'nakal-nakal' dia tu. Memang kita kena nasihat dia dan ingat kan dia supaya jaga diri dan agama.

Saya fikir tiap perkara yang kita lalui sudah semestinya ada hikmah yang kadang-kala kita tidak dapat fahami atau ketahui. Sebagai alumni 'Akademi SMSJ' saya syukur diberi peluang untuk tinggal di bawah bumbung SMSJ selama 5 tahun (dan 1/2 tahun pre-six). Terima kasih SMSJ (guru dan semuu staf) dan semua kawan semua batch tahun 1974 hingga 1979 kerana membantu saya jadi seorang manusia yang berjaya hari ini, ALhamdullillah. Moga ALLAH Rahmati Semua. Salam Jumaat 25 Jamdilakhir 1430 Hijrah

3 ulasan:

kembara kelana berkata...

aku ucapkan ribuan terima kasih kepada ha, saari dan norsayam mewakili 5e1, hantar cerita dan kongsi pendapat...aku sangat gembira membawa pelbagai entri dari pelbagai penulis...

anak aku, sampai jer form 1 masuk asrama, setakat ini alhamdulillah, mereka belajar berdikari dan menyesuaikan diri...ada dua lagi tu, spm dan pmr...mudah mudahan dia tak nakal macam bapak dia..

terima kasih ri atas entri kau tu..sokongan kau pada sistem jadual waktu kita tu amat aku hargai

norlilasamad berkata...

Salam Shaari,
Saya sependapat dengan awak. Anak2 perlu didedahkan ke alam sekolah berasrama penuh supaya menjadi independent. Tetapi, saya lebih suka hantar anak2 saya ke asrama ketika di Form 4.
Walaupun cabarannya lebih hebat, Alhamdulillah setakat ini kedua-duanya (SSP dan MRSM Jasin) menunjukkan perkembangan positif. Didikan agama yang diserapkan dlm diri mereka menjadi pegangan teguh ketika menuntut di oversea.
Sebagai ibu dan bapa, adalah menjadi tugas kita untuk membimbing anak2 dlm menentukan hala tuju masa depan mereka.
Semoga anak2 kita berjaya dengan cemerlang di dalam hidup mereka di dunia dan akhirat, amin...

kembara kelana berkata...

tahniah tu lela, maknya hebat..ayahnya hebat...anak pun cepat jadi hebat