Rabu, 10 Jun 2009

PUTERI SMSJ

PUTERI SMSJ
Sepanjang berada di SMSJ, saya akui terlalu banyak memori untuk dikenang dan tidak terhingga pengajaran yang boleh dijadikan tauladan. Saya telah menjadi warganya selama tujuh tahun (1974-1980). Pertama-tamanya ialah kehidupan di asrama puteri amatlah mengesankan hati saya. Penghuninya rata-ratanya memiliki sahsiah yang unggul di samping pencapaian akademik yang cemerlang. Mereka mempunyai budi bahasa yang terpuji dan saya tidak pernah rasa disakiti .

Saya masih ingat lagi memerhatikan seniour cemerlang batch SPM 77. Mereka hard-working dan saya menirunya tetapi saya tidak secemerlang mereka. Kalau sekarang ini mereka dapat memegang jawatan tinggi, itu adalah hak sebenar mereka. Sebagai schoolmate, tidak pernah saya menafikannya. Begitu juga rakan-rakan sama batch dengan saya, samada kelas E mahupun kelas M. Saya tidak pernah rasa bermusuh atau dimusuhi. Mereka ini sangat baik untuk dikenang. Mereka ini telah menjadikan kehidupan di asrama puteri aman damai serta tidak kecoh . Kalau ada satu dua kes negatif, itu adalah kes terpencil dan tidak dapat dielakkan.

Saya pernah tinggal sebilik dengan adik Melor. Orangnya berkulit cerah dan lemah-lembut. Semasa mula masuk di asrama, dia menjadi usikan pelajar lelaki. Saya kasihan melihatnya. Dia resah gelisah dibuatnya. Budak sebaik dia kenapalah jadi usikan ! ... dasar lelaki, memang begitu .

Cuma saya kurang senang dengan putera SMSJ ketika itu sebab suka menjerit-jerit bila ada pelajar puteri lalu. Saya tidak mahu komen apa-apa sebab tidak mengenali mereka. Namun putera di kelas saya dan kelas sebelah-sebelahnya ada yang OK dan ada juga tidak OK. Kalau dah asyik mengata pelajar puteri dengan berbagai gelaran, tak OKlah tu. Saya pun ada diberi gelaran juga tetapi gelaran untuk saya sering berubah. Gelihati juga dibuatnya. Saya harap yang tidak OK tu semakin OK, insaf bahawa melukai hati orang lain itu berat tanggungannya.

Semasa di kelas, saya belajar untuk memekakkan telinga dari segala kemungkinan. Saya cuba mengawal pergerakan untuk menghindari segala yang boleh dinegatifkan. Saya tenang dan damai hanya setelah pulang di asrama sebab puterinya bersahsiah mulia.

Kepada kawan-kawan SMSJ, saya harap tidak merasa kecil hati dengan entri ini. Itulah luahan hati saya setelah tiga puluh tahun meninggalkannya. Apa yang saya tuliskan adalah pengamatan saya ketika itu. Semoga yang baik tetap dijadikan tauladan, yang sebaliknya dijadikan sempadan.

8 ulasan:

Citera Alam berkata...

Bar,
Awak tak ada buat apa-apa salah dengan saya , kira OKlah tu . Dengan yang lain tu saya tak taulah . Semoga mereka semua saling memaafkan .

pakroslan berkata...

Salam Alimah,
anggap ajalah semuanya dah OK pada usia 48 tahun.

Sukimin berkata...

Aku pun mohon maaf pada kau alimah sepanjang 7 tahun di SMSJ. Pada yang lain pun aku mintak maaf sama. Dah tak ingat kesalahan yang dilakukan dulu.....

Citera Alam berkata...

Saya dah maafkan semua-semuanya . Saya juga minta maaf dari anda semua jika pernah terasa kecil hati dengan saya semasa di tingkatan 1-6. Saya harap masa telah mengubah segalanya menjadi lebih positif .

hafizah berkata...

Salam Alimah, tadi saya baca blog awak, terpanggil juga nak tonton citer tu. Ari tu ada sepupu suami saya cakap citer tu bagus, tapi tak senpat lagi pegi beli.
Entri awak yg ni pun bagus juga. Betul3(macam Upin/Ipin cakap). Saya pun rindu suasana kita kat asrama dulu. Tapi dgn boys....., I think most girls felt the same!!
Member, saya ada aje, tapi lama tak bukak blog, tah apa yg sibuk sangat. Petang nanti nak pegi Jakarta. My hubby nak pindah rumah. Tolong kemas.

kembara kelana berkata...

alimah, aku menyusun jari mohon ampun dan maaf dgn kau kalau ada perbuatan aku nyakiti dirimu mah...maaf kan aku..dan aku dah mintak maaf banyak kali sebab aku antar insan yang banyak berbuat dosa

terima kasih bagio dan alimah wakili m2...menyerikan blog kita...geng lain pun boleh entri walau diluar musimnya...

aku yang bersalah lagi berdosa
YUSOF BIN MOHAMAD

Citera Alam berkata...

Sop,
Awak tak ada apa-apa dengan saya sebab saya tak ada ambil hati , lagipun kita berlainan kelas . Apa-apa pun , kita lupakanlah semuanya setelah saya zahirkan segalanya . Itu cuma luahan perasaan yang terpendam sekian lama yang diletupkan . Lepas letupan , segalanya berjalan seperti biasa .

asri berkata...

Tahniahlah Citra Alam kerana tabah d SMSJ selama tujuuuh tahuuuunna.Aku kalau boleh nak cau masa form 4 tapi tak tahu cara walaupun dapat result agak best juga masa form 3 pada ketika itu. Nak memberontak nanti malukan mak bapak.Aku budak kampung yang tertinggal dari segi informasi pada ketika itu. Walaubagaimanapun SMSJ banyak mengajar aku erti waja dah tabah. Sop kau jangan cerita hal aku pada Citra Alam, kalau kau cerita PUTUS KAWAN. Kah...kah....kah......