Ahad, 14 Jun 2009

Bersama Hj. Zaidi di Kuantan

Minggu lepas (Sabtu) aku ke Terengganu & Kota Bharu satu family sempena cuti sekolah & ulang tahun ke48 hari lahir aku. Bertolak dari JB lewat petang melalui Mersing, Rompin (maaf Sop sebab tak kesempatan singgah rumah kau, lagi pun kau demam kan, tak nak ganggu), Pekan dan singgah di Kuantan untuk berjumpa & ngeteh dengan Hj. Zaidi Ibrahim kita.
Kebetulan malam minggu bandar Kuantan memang meriah. Kat riverfrontnya pada malam tu ada pertandingan memancing pulak. Kawan2 kita yang lain tu (Member & Zainuddin) pergi mancing juga GP Joran tapi kat Kuala Pahang ke Laut China Selatan. Aku duduk berborak dengan Hj. Zaidi dan orang rumah dia sampai pukul 12.30 pagi kat restoran sg. kuantan sebelum aku meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu.

Pagi di KT aku terus ke Pulau Redang bersama isteri sementara anak2 menginap di KT. Aku di P Redang 2 malam aje & kembali dari sana (Selasa) aku sekeluarga meneruskan perjalanan percutian kami ke Kota Bharu.

Bersama isteri tersayang di Pulau Redang

Hadiah ulang tahun kelahiran daripada isteri & anak2

Kota Bharu memang hebat dengan makanannya. Sampai sana aku sekeluarga terus cari tempat makan sebab dah pukul 2.30 ptg perut memang tengah kosong lepas sarapan di K Trengganu.
Cari punya cari aku jumpa tempat makan ni. Memang baik punyaaaa...........

Kalau ada sesiapa yang ke sana & nak cari tempatnya senang aje, dia kat tengah2 bandar KB dekat dengan muzium & pejabat istana Kelantan.

Lauk2nya memang kau2 antaranya ikan patin masak asam pedas kelantan, ikan keli goreng, bermacam2 ikan bakar, ayam goreng, rebung masak lemak dll & yang paling banyak ulam2nya iaitu ulam raja, pucuk ubi, pucuk paku, kangkong, terung pipit, peria katak dll dengan sambal tempoyak, budu & sambal belacan original kelantan. Perut kita orang memang tengah kosong so apa yang tinggal lepas tu lihat ajelah kat bawah ni.

Sorry to 5E1, dah curi slot masa posting you all. Thats all at the moment.

3 ulasan:

Azida berkata...

Salam. Wah... romantiknya....

Sukimin berkata...

wah ganasnya kau orang makan....

pakroslan berkata...

Said,
anak aku yg kecik tu masih ingat kau dgn dayak tu polis... Anak orang kampung, takut polis.