Monday, June 8, 2009

kisah hantu di sekolah sains

aku teringat kisah hantu. kisah hantu telah lama melingkari hidup kita, cuma tentulah kisahnya berbeza antara satu sama lain...masa kat sekolah sains, ada juga kisah ini berlaku...ada seorang junior kita entah sapa namanya...badan kurus kurus..kalau tak silap, jailani jasmani, atau husni..junior aku setahun...bila dia kena sampuk/surupan/dimasuki hantu...dia jalan lurus jer...macam robot, semua orang nampak dia jalan dan tak berani nak tangkap dia, sejak itu kai kat blok lelaki pun jadi takut dibuatnya. sampai sekarang aku terbayang...gaya dia berjalan.

kadangkala anjing dari kg cina bawah tu menangis mendayu dayu....ahoooooo, ahooooooo...seram tu. aku pernah di mainkanhantu sebanyak dua kali di sekolah sains.

pertama aku, memakai serban dan jubah putih berdiri terpacak depan pintu bilik orang ...bertujuan menakut nakutkan orang lain. aku bergerak dari satu bilik kesatu bilik...jam dah menunjukkan pukul 12 30 malam..tiba tiba, angin bertiup kencang dan anjing menjerit jerit...aku pun berlari ke bilik aku...malangnya bilik dah tutup berkunci dari dalam...aku kebilik lain...kunci jugak..aku ketuk ketuk....suruh bukak..sorang pun tak bukak sebab takut nampak bayang aku berjubah dan bersarban putih...akhirnya aku nampak ada kawan baru keluar dari bilik air...aku ikut dia masuk bilik dan terus tidur di katil junior...entah sapa..[ padan muka aku...aku nak takutkan orang...aku pulak yang jadi takut ]

kedua, masa prep hours malam semua orang dah balik...aku seorang jer masih takbalik...sebab syok buat kerja lah konon...aku tak sedar...rupanya dah pukul satu pagi, bila aku tutup lampu kelas 5m1, kelas atas, hujung seluruh blok sekolah gelap gulita...aku berlari..aku terdengar ada orang mengejar aku. aku stop ..aku terdengar tapak tu terlajak dua tiga tapak...stop jugak...apa lagi...aku pun cabut dan anak tangga ada 9 mata tu aku cuma touch dua atau tiga kali jer...lagi laju aku lari lagi laju tapak kaki ikut aku...sampai kat asrama...ada lampu koridor...barulah terhenti bunyi mengejar aku tu...aku masuk bilik dan tak berani lagi duduk kat sekolah sampai larut malam ....kisah tu amat menyeramkan...tetapi aku memang seorang yang terorr...aku tak citer pada sesiapa kisah tu...sebab aku tak mau orang ketawakan aku...pada aku, aku mesti kelihatan berani...walhal...penakut jugak pun...

mungkin kawan kawan pun ada kisah yang menakutkan masa di sekolah sains...boleh kita share?
nanti aku sambung kisah misteri yang aku lalui nanti,

4 comments:

Sukimin said...

haha....walaupun di luar nampak macho, hati di dalam siapa yang tahu. Apa-apa pun Sop masa aku jumpa Mad Nor dan Noorsham tergelak juga kita orang mengenangkan setiap kali lepas tayangan wayang gambar. Aku rasa antara cerita yang impaknya besar ialah Romi dan Juli-sebab ada yang sampai nulis surat pada yessy gusman.
Aku teringat gelagat kau setiap kali lepas tengok citer kung fu terutamanya tangan Jacky Chan dalam citer Snake in the eagle shadow.

Kembara Kelana said...

hahahaha min min, kau mengingatkan aku kembali betapa hebatnya aku bersilat macam jakie chan bila lepas tengok filem tu...ye yessy gusman memang cantik betul...
dia nyanyi
kalau bulan bersegi tiga
bintang bintang pun tertawa semua
lihat juli semakin manja
sudah lah lama romie...mengharap

masa tu wayang tulah hiburan yang paling sensasi..

Sukimin said...

lebh seronok kalau kau buat posting khas tentang tiap cerita wayang yang beri impak pada kita masa tu. Ramai yang tunggu ciyer dari kau tu.

putrawaja said...

Menarik citer kau ni Kelana. Kaukan hantu SMSJ pun kena kejar hantu juga. Kau tak bayar duit membership kot. Kah...kah...kah.....

terima kasih menjadi follower blog ini

5M2

5M2
akhirnya kami berjumpa semula

5M1

5M1
selepas sekian lama terpisah

5E2

5E2
after 30 years

5E1

5E1
After 30 years