Rabu, 24 Jun 2009

Jangan lupa MG di Saujana Puchong 27 Jun 2009

Mini Gathering semua batch alumni SMSJ akan diadakan di kolam memancing Syioknyer Mancing yang terletak di No. 85 Jalan SP3/1 Saujana Puchong. Pada yang nak memancing atau nak tengok-tengok member-member lain memancing sambil berborak-borak bolehlah lepak kat kedai tu. Tapi pada mereka yang rasa nak berkumpul kat tempat yang lebih selesa bolehlah ke restoran berhampiran - sepelaung aje. Ada 2 restoran Cina kat belakang kedai memancing ni dan ada 2 restoran mamak - Sri Fairus dan As Subuh. Restoran Melayu ada sebuah iaitu Malee Saujana dan ada juga restoran bakso.

Tarikh: 27 Jun 2009 (Sabtu)
Masa: 9 malam - 11 malam

Wi-fi
Kat kolam udang akan disediakan perkhidmatan wi-fi. Tapi speed dia taklah laju sangat sebab guna 3G. Kat kedai mamak tupun ada. Kalau kat Sri Fairus tu dia siap sediakan power point di setiap meja pelanggan untuk kita boleh gunakan notebook. Aku rasa kat sini sesuai untuk dijadikan port untuk bersembang.

Pertandingan
Terbuka kepada semua. Dalam satu-satu masa dihadkan kepada 20 orang pemancing aje pada satu-satu masa. Kalau penat, tukarlah dengan member lain. Ingat ini suka-suka aje:

1- skill memancing tak perlu sangat
2- joran dan umpan semua dah siap disediakan
3- mancing sambil borak2 jangan stress nak dapat sangat
4- disediakan tempat bakar udang. Jadi pada yang rajin, bolehlah tolong bakar dan serve pada pemancing2.

*Said - aku cadangkan kita buat kumpulan ikut batch, ok ke?

Yuran masuk adalah percuma.

Hadiah disumbangkan oleh Said. Antaranya ialah:

1- peserta yg mula2 dapat udang
2- peserta 1 hingga 5 yang dapat udang paling berat
3- lain2 hadiah yang akan ditentukan oleh pengerusi

Lepas mancing boleh sambung sembang di restoran sampai pagi.....kalau larat.

Ada jualan dari Viking untuk memberi peluang kepada kita memberi sumbangan kepada pasukan ragbi SAJOHA

1 ulasan:

kembara kelana berkata...

aku tak dapat datang, aku tau aku jauh..kau makan lah udang tu ...jangan lupa entri dalam blog citernya aku nak negok gambar