Khamis, 11 Jun 2009

BLOG KITA TAK SEMERIAH MACAM DULU YE

Aku berkesempatan membaca blog ni yang lepas-lepas. Sebenarnya dah kepenatan buat kerja jadi aku santai dengan melihat entri-enrti lama.

Dalam lebel 5M1 tu ada entri Kamisan dimana dia dapat mengesan Jasminah. Terdapat 26 komen. Macam-macam komen. Dan aku masih tergelak membaca komen-komen tu!

Tetapi... kenapa sekarang tak macam dulu yek...?
Agaknya masing-masing sibuk?

Sesiapa boleh buka topik baru untuk kita sama komen dan bersantai secara maya?

Mana hilangnya Rahman Moktar? Azida? G? (G ada blog sendiri agaknya sibuk mengurus blog?)Andai tak sihat bagi tau la... kita orang merindui celoteh kalian? Hafizah dah muncul. Kena jolok baru melatah si Hafizah ni.

Dah menjadi rutine Rahman Mokhtar akan sms aku pada setiap hari Jumaat. Terima kasih Man!

4 ulasan:

Citera Alam berkata...

Bar,
Agaknya anak-anak depa dok control PC /laptop masing-masing di rumah atau mereka sedang bercuti sakan . Tak apalah Bar , masih ada masa dan ruang untuk berada di ruang maya ini .Lepas ni lagi sibok sebab keputusan IPTA (Ijazah) akan diumumkan dan mereka perlu buat berbagai urusan dengan internet .

kembara kelana berkata...

aku mencari pandangan baru pendapat baru dan pengalaman baru wak, aku ke rumah mohsein dan asri..senior kita

pakroslan berkata...

Bar..
Pada aku ada komen atau tak de, sama aja. Aku main Boh aja.

Azida berkata...

Salam. Member, aku ada lagi... hehehe... sihat, cuma sibuk dengan dateline yang ntah apa2... sampai kat rumah dah letih gila. Maaf le, kekadang tu baca aje sebabnya tak berapa kenal nak buat joke.. nanti ada hati yang terusik. Dengan Usop aje yang beraninya. Dengan Roslan.. tak berapa rapat.. Sha'ari..lagi la sebab dulu headboy...jadi lebih abik diam aje...