Isnin, 29 Disember 2008

Pengalaman yang sangat traumatik untuk dikongsi

Salam kawan2 semua. Semoga Allah memberkati hidup korang dan keluarga di tahun baru hijrah ini. Aku nak kongsi satu pengalaman yg berlaku kedua kalinya dalam hidup aku yang sangat2 traumatik.

Pertama kali ia berlaku ialah selepas form 5 dulu masa aku menaiki keta yg dipandu bapak saudaraku semasa hendak menjalankan majlis pertunangan abang aku yg sulong dari jb ke Dungun. Masa tu bapak saudara aku yg memandu keta dan keta terbabas dlm hujan lebat n masa tu bapak saudara aku mmg mcm tgh racing dgn satu keta lain n bila sampai ke satu bahagian bukit2 yg banyak selekoh sebelum Kuala Dungun keta telah terbabas dan tercampak ke tepi bukit. Alhamdulillah masa tu aku tak apa2...juga dgn sedara2 aku yg menaiki keta yg sama.

Hari Sabtu yg lps(hari kelahiran aku-tima kasih usop di atas posting ucapan kau), aku mendapat berita dari anak aku di KL yg nenek pada menantu(isteri anak aku tu lah) telah meninggal dunia pada ptg Sabtu tu. Oleh kerana nenek menantu aku tu menjaga dia masa kecil, jd dia sgt rapat dgn nenek tu sehingga di panggilnya nenek dia tu mak dan mak dia sendiri mama. Masa nak bertunang and kahwinkan anak aku dgn menantu dulu, nenek tu lah juga yg sibuk dgn perancangan yg dilakukan sehingga aku suami isteri agak rapat dgn dia. Jadi bila dgr dia meninggal dunia kami pun pergilah ke KL ptg Sabtu tu utk menghadiri pengkebumian dia pada hari Ahad pagi iaitu semalam(Sukimin ada sms mengucap hapy birtday masa dlm perjalan tersebut dan aku ada memberitahu dia yg aku otw ke KL). Selesai pengkebumian, kami berehat di rmh anak di Puchong n ptg kami pun bertolak balik ke Sg. Petani. Dalam perjalanan, hujan telah turun semasa masuk ke kawasan negeri Perak dan aku telah berhenti solat dan berehat di Tapah n dlm puku 6 ptg lebih aku pun menyambungkan perjalanan semula. Masa keluar dari Tapah tu hujan dah mula agak lebat dan semasa sampai di kawasan Gunung Tempurung hujan bertambah lebat.

Semasa menurun dari kawasan Gunung Tempurung tu di km 299.6 semasa hendak memotong satu bas tiba2 aku rasa keta isteri aku yg aku pandu (keta Gen2, keta aku masuk workshop sbb terlanggar objek kat highway minggu lps)dah tak bole dikawal dan aku cuba tekan brek pelan2 tp tak dpt nak kurangkan kelajuan keta atau kawal keta. Apa yg aku bole buat cuma pegang stereng kuat2 tanpa memusingkan ia kemana2 arah dan menunggu apa yg akan berlaku. Dalam sekelip mata, keta telah berlanggar dgn center divider dn berpusing dan aku dalam sedar melihat keadaan di luar keta berpusing menggeliling aku dan dlm hati aku seakan berkata yg adakah aku akan mati? Nak katakan aku panik tak juga, cuma aku mcm rasa terkejut dgn pengalaman tersebut dan aku sempat lihat satu keta putih lalu tepi keta yg aku ingat aku dah berlanggar dgn dia n dlm sekelip mata keta aku berhenti dan aku mcm stun sekejap di tempat duduk. Aku langsung tak sedar atau dengar isteri dan anak2 kat belakang menjerit semasa keta tu berpusing dn berlanggar dgn divider, cuma kemudian tu aku semacam tersentak
bila dgr isteri aku suroh keluar cepat2 n aku cepat2 bukak pintu keta n pegi ke arah belakang keta utk dptkat anak2 aku utk dikeluarkan dari keta sebab masa tu asap mcm keluar dari enjin keta(sebenarnya wap dari radiator yg pecah) dan aku sedar yg keta aku berhenti kat tepi center divider menghala ke selatan!). Setelah mengeluarkan anak2 dn isteri dan membawa mereka ke tepi jalanraya dan meletak mereka di sebelah luar divider tepi jalanraya tu supaya mereka dihadang oleh divider, aku pun cepat2 berlari menghala ke arah kendaraan yg dtg sambil melambai2 suroh dorg perlahankan kenderaan sebab takutkan nanti ada secondary accident berlaku kerana keta aku tu terberhenti kat lane laju tepi central divider. Lama juga aku melambai2 sambil berlari2 lebih jauh dari keta aku sbb takut kendaraan yg sampai tak sempat brek n melanggar keta aku, sehinggalah keta2 dah mula berhenti dn keta2 yg dtg dari atas bukit mula perlahan sbb tgk keta2 dah byk berhenti n bila dah mcm tu, barulah aku dptkan anak2 dan isteri aku kat tepi jalan tu n masa tu aku baru pastikan betul samada mereka ok ke tidak sebab masa keluarkan mereka aku tgk dorg okay jer termasuklah diri aku. Alhamdulillah, kami sekeluarga tak apa2 dan Allah memang nak panjangkan umor kami lagi.

Bila aku pikir2 balik kenapa keta aku skid..aku bawak mcm selalu aku bawak keta Chevrolet Optra aku yg ada ABS n traction control bila dlm hujan dalam lebih kurang 100km/j. Mungkin masa potong bas tu n turun bukit aku tekan minyak sikit n masa tu keta tu hilang kawalan. Jadi aku rasa utk keta2 biasa, tak boleh bwk dlm lingkungan 100km/j atau lebih bila hujan lebat esp bila turun bukit. Polis yg amik report kat Kampar kata kat kawasan tu mmg bahaya esp bila hujan n byk kemalangan dah berlaku kat situ. Bila satu kwn isteri tu tipon, rupa2nya dia pun pernah terbabas dkt kawasan situ dlm km 310 gitu.

Apapun aku bersyukur pada Allah kerana aku dan keluarga tak apa2. Korang berhati2lah bila bawak keta juga ok.

Khamis, 25 Disember 2008

Telefon berbunyi lagi.......

Kita sedang follow berita TV3 semlm pabila tefon berdering..no x pernah lihat..kod 03..ah..mungkin salah no...kitapun berHello..dan teka teki bermula ~ kenal/ingat lg tak? teka sapa ni?..sama spt bila Lan Bagio tefon kita tempoh ari...Yes, Hj Shamsuddin Md Dom yg kol kita!! Kita ingat masa nengok gambo 5E1 dlm blogtu,masa gambo korang waktu siang 1312 kat SMSJ, ada sorangtu yg pakai spekmata kat kepala..masatu blum masuk nama jd betul2 kita x boleh cam sapa mat sorangtu yg ikut gaya mcm Actor / mcm kakipukul ade gak!!Eh sori Tn Hj Shamsuddin....kita x lama bual dgn Hj Shamsuddin - actually lebih banyak kami ketawa gembira..katanya dia ada 3 cahayamata ~ menang kita sbb kita ada 4, tp tetap kalah dgn Norsham!
Kita pernah kata yg kita pernah ke USA dgn Shamsuddin..yes..betul..tp ke Ulu Sungai Abong!! TQ Hj Shamsuddin for calling..flashback memori di Johor/SMSJ menjd segar kembali..last nite I went to sleep with the biggest smile on my face..
Kisah no. h/p yg x bernama ni mula dr kol YB Said..dahtu Shukri Polis..dahtu Vijayan...dahtu Rahman Mokhtar..dahtu Lan Bagio...dahtu Norsham (mlm 1312 yg dia suroh kita live telecast)..then semlm Hj Shamsuddin...huush..gembiranya kita x dpt nak kata...then dpt plak email dr YB Said, Dr Ahmad Razid, KC Wong, n also from Jr kita dulu, Azmi Ahmad (dia F1 masa kitorang F5)....Subhanallah..maha suci tuhan yg memberi makna & erti pd kehidupan ini.
Oklah~bukak cerita skit...lepas F5, kita sambong F6 di SDAR Seremban..dpt pengalaman baru sbb SDAR ni utk budak jantan je..kita aktif Rugby kat sana & jd geng debat /bahas bahasa inggeris.
Habis F6, kita dpt peluang masuk UM~4 thn kat UM...masatulah ada jumpa Shamsul Jabar, arwah Aziz Misran & Syed Bakar (Arab)..kita dgn Syed Arab main bola wakil student luar kampus (2nd year)..eh kalau x silap KC Wongpun ada main sama...
Lepas UM, kita balik ke hutan Borneo & dpt panggilan ke WP Labuan..and I was in Labuan for a good 10 years-keja dgn Sabah Flour & Feed Mills S/B (uli tepong beb!!)...eh kat Labuan kita dah ada buat Mini Gathering(MG) tau iaitu kita jumpa KhairulAnuar Md Amin yg keja dgn Methanol Plant Labuan...hebat tau hj Khairul ni..dia ada share buat bakery. Selepas tinggalkan Lbn, kerap gak terserempak dgn Hj Khairul kat KK.
Masa kat Lbn, kita wakil Lbn utk Ragbi & aktif gak dlm Persatuan B/sepak WP Lbn. Yg bestnya every year kita pi Brunei main ragbi Penaga 7s-berentap dgn mat saleh..evry 2 years ikut pula ragbi piala Ketua Menteri di KK - yg ni selalunya kita combine dgn TUDM Labuan.
Cerita MG lg...kat Lbn gak kita ada ketemu dgn seniors kita- Halim Arshad & Helmi Hefni (yg pernah kejar kita dgn batang penyapu!!)..diaorangni masuk Navy..jd selalu operasi ke M'sia Timur / Labuan. Dan kita jugak terjumpa dgn Alias (jr yg kecikje saiznya & selalu jd muazzin kat SMSJ)..tapi masa jumpa kat Labuantu, kita terpaksa scan betul2 dari bwh ke atas sbb Alias ni dah bertambah saiznya dlm 5X ganda!!
Kita balik ke KK pd awal 1996 sbb dpt offer keja & orang rumahpun memang dah lebih awal balik ke KK join company baru. Sampai sekaranglah kita masih dgn Perkasa Hotels~managing 1 resort + 2 hotels buat masa ni. Masa dah di KK baru kita ada sedikit masa utk perah otak semula & alhamdulillah dpt buat MBA. Pada 2006, kita diizinkan ke Mekah tp pergi berlima balik berempat~ayah kembali ke pangkuan Illahi di Tanah Suci..yg parahnya, sebelum ayah meninggal, masa kita masih di Madinah, isteri tefon yg ayah mertua dah kembali ke Rahmahtullah.
Balik cerita telefon...kita sgt ingat sekitar akhir 90an, kita dpt tefon drp Norsham & Noreha Bachok (jr yg satu batch dgn isteri YB Said) mengkhabarkan berita trajis arwah Faizah Arshad...dunia seperti terbalik masatu...dan until now I don't know how Sham & Noreha got my phone no...
Oklah kita stop sini dahulu...kita sedekahkan Al Fatehah utk rakan & kekawan yang telah lebih awal mendahului kita....

Rabu, 24 Disember 2008

SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN

Selamat menyambut hari ulang tahun perkahwinan untuk

MEMBER HJ SIRAT
DAN ISTERINYA


pada 24 Disember

Semoga berbahagia selalu dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Wakil : 5m2, 5m1, 5e2, 5e1

Isnin, 22 Disember 2008

7 SIMPLE SECRETS TO KEEP YOUR LOVE ALIVE


  1. Be Quick To Ask For Forgiveness - The quicker you ask for forgivenees, the sooner your marriage will be on track
  2. Keep Private Things Private - Secrets between husband and wife are sacred
  3. Never Take Your Spouse For Granted - Thank God for your spouse everyday
  4. Take Care Of Your Appearance - Honor your mate by looking your best
  5. Love Extravagantly - Don't lend a hand; give your heart
  6. Pray With Your Spouse - Cement your marriage with the bond of prayer
  7. Tell Your Spouse What You Need - A lack of communication leads to unment expectations

Source : 101 Simple Secret To Keep Your Love Alive (Betsy Williams)

Ladies Day Out

Setelah berbincang Azida sekeluarga telah sudi untuk menjadi tuan rumah bagi MG ' Ladies Day out' di rumah beliau di Serdang pada 1 Feb 2009 nanti jam 12 hingga 4 petang. Insya Allah.

Maka dengan itu kami menjemput ( mewajibkan ladies yg tinggal disekitar Lembah Kelang), dan kekawan yg berada di luar Lembah Kelang, untuk menghadiri dan memeriahkan MG ini.

Tolong panjangkan hebahan ini kepada kekawan kita yg jarang membuka blog. Kepada yang nak joint, boleh maklumkan kepada Fatimah Hashim melalui sms,atau phone call atau email atau apapun caralah. Beritau awal sikit, so senang Azida nak bajet nak masak banyak mana. .

Ahad, 21 Disember 2008

cadangan tubuh jawatankuasa


Aku nak ucap ribuan tahniah kepada engkau orang kerena telah merealisasikan impian semua warga batch 1978 yang lalu. moga-moga Allah sahaja yang memberi pembalasan yang setimpalnya diatas pengorbanan dan perjuangan kalian semua.

Untuk menubuhkan J/kuasa itu , aku sangat bersetuju. Ini bagi memudahkan serta melancarkan program-program yang akan datang. Aku harap ia tidak akan terhenti disini saja.Aku juga setuju J/kuasa yang engkau dah ada sekarang diteruskan agar ada kesinambungan aura yang telah tercipta.

Bahasa Jiwa Bangsa

Aku suka tengok wayang cina. Aku kumpul filem Wong Kar Wai dan Chen Kaige sejak lebih 10 tahun. Aku minat hasil kerja mereka kerana kehalusan seni wayang dan kehebatan lakunan para pelakunnya yang sering menampilkan antara lain Tony Leung, Maggie Cheung, Zhang Yiyi, Gong Li dan mendiang Leslie Leung. Malah balik-balik, orang ini juga yang sering ada dalam filem mereka. Namun nikmat aku menonton wayang cina selalu terkecewa oleh hambatan bahasa. Sedia maklum, kebergantungan kepada sarikata bererti ternyahlah unsur-unsur puitis dialognya. Apa nak buat, aku segan belajar bahasa cina dulu.

Satu hari aku terpegun oleh sarikata, aku dapat kamu cun dan mengancam. Aku ulang balik untuk melihat sarikata inggerisnya. Tertulis, I find you pretty and attractive. Apa sudah jadi dengan Bahasa Melayu kita? Adakah aku yang ketinggalan dengan kemajuan Bahasa Melayu sekarang yang sudah menjadi Bahasa Malaysia dan masih degil enggan menerima hakikat kemajuan bahasa kita, jiwa kita. Bahasa Melayu jiwa melayu, Bahasa Malaysia jiwa Malaysia. Orang Malaysia kini cacamarba bahasa dan jiwanya pun serupa, begitu? Bagaimana dengan aku, orang Malaysia mengaku jawa tak tahu cakap jawa minat tonton wayang cina.

Aku tepuk dada tanya nak makan apa.

Sabtu, 20 Disember 2008

Tempat Jatuh Lagi Dikenang

Tempat jatuh yang aku nak kongsi bersama kawan-kawan kali ini ialah sebuah sekolah swasta Kolej Puteri Tengku Ampuan Mariam di Jalan Abd Rahman Andak JB. Di seberang jalan Sekolah St Joseph, di belakang Sekolah Convent. Desas desus kata puteri Kolej tersepit dalam konflik remaja antara para teruna St Joseph dengan gadis-gadis Convent. Almaklum remaja zaman 70an rata-rata adalah pewaris baby-booms. Memang happening. Namun pelajar SMSJ tidak terlibat. Aku beri tahu kenapa.

Kolej Puteri berkongsi laman dengan Istana Tengku Mariam, sebuah istana lama adik Almarhum Sultan Ismail. Aku diberitahu supaya tidak pergi ke istana kerana menurut ceritanya di dalamnya tinggal penghuni maya yang menjelmakan dirinya sebagai lampu berjalan pada waktu malam. Namun, aku yang berjiwa peneroka dan yang suka ambil tahu hal yang tak berkaitan, pernah curi masuk melalui pintu sempit di tepi sebelah kanan yang terlindung oleh rimbunan pepohon bunga kenanga cina. Aku panjat tangga pusing kusam 90 darjah naik ke tingkat atas. Di dewan atas cuma ada beberapa longgok sofa dan meja berbungkus kain belacu buruk diselaputi sarang labah-labah. Mungkin kerana hijab aku tebal, mata aku tak nampak yang lain.

Warden Kolej masa itu tak lain tak bukan Cikgu Robiah Hamzah, kini pakar motivasi kerohanian terkenal dari RKH Motivasi Services Sdn Bhd. Cikgu Robiah rasanya baru keluar dari maktab perguruan, berusia awal 20an. Namun ketokohan Cikgu Robiah terserlah sejak tahun 1974 lagi. Beliau tegas, sangat berdisiplin, penyayang dan garang. Sifat penyayang beliau dapat dilihat pada bahasa tubuhnya yang melentuk apabila menasihati pelajar. Bab garang Bagio boleh tolong terangkan. Beliau meninggalkan SMSJ sejurus kita pindah ke Kluang untuk melanjutkan pelajaran manakala tugasnya sebagai warden diambil alih oleh Cikgu Aishah Daan. Namun penangan Cikgu Robiah meninggalkan kesan yang mendalam kepada ramai pelajar M2. Aku masih ingat, beberapa kali aku dengar Bagio mengomel dalam kelas, kalau ada Cikgu Robiah tak ada budak yang terang-terang tunjuk perangai semasa cikgu mengajar. Kerana ada insiden kenakalan pelajar hingga guru Bahasa Inggeris menitiskan air mata dalam kelas.

Pengetua Kolej tidak lain dan tidak bukan Allahyarham Hajah Zainun Munshi Sulaiman, tokoh Srikandi Negara yang mesra dengan panggilan Ibu Zain. Seorang pejuang kemerdekaan wanita, dalam istilah orang putih feminist, yang turut memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Pada masa itu usia Ibu Zain rasanya hampir menjangkau 70 tahun. Teater musikal Ibu Zain arahan Rosminah Tahir ada dipersembahkan di Istana Budaya, yang tak jauh dari tempat aku kerja, pada bulan Ogos lalu tapi aku tak pergi. Sebabnya, hati aku tak tergerak nak pergi. Sebabnya, aku kecewa dengan penyataan pelakun utama pemegang watak Ibu Zain muda yang katanya beliau tak kenal siapa Ibu Zain. Dan aku kurang setuju Liza Othman jadi Ibu Zain dewasa. Mata aku tengok dia tak ada bayang rupa Ibu Zain pun. Bagi aku Safura lebih sesuai dari segi raut wajah dan perawakan, namun aku faham, Safura dalam liga lain masuk bab seni pentas elit Melayu ni. Sebabnya, aku pernah dapat sentuhan peribadi Ibu Zain satu masa dulu. Sebabnya, aku tak rela kenangan silamku bersama Ibu Zain tercemar oleh unsur buatan teater muzikal. Bagi aku, pengormatan atas Ibu Zain wajar serius. Kalau tengok lagi PGL muzikal bulan Februari nanti, tak apa, itu aku suka.

Ibu Zain, seperti Cikgu Robiah, seorang yang penyayang namun tegas. Beliau bukan saja sayang kepada kami semua yang dipanggilnya anak-anak, malah kepada pokok-pokok yang tumbuh di sekitar Kolej. Pagi-pagi, setiba di Kolej Ibu Zain memulakan rutinnya menegur pokok-pokok sebelum masuk ke pejabat. Beliau akan berkata, ‘selamat pagi pokok-pokok’ sambil membelai daun-daun pokok. Patutlah pokok-pokok di sekitar Kolej subur merimbun oleh sentuhan kasihnya.

Pelajar SMSJ di Kolej berpeluang bertemu Ibu Zain pada hari Jumaat pagi sahaja sementelah pada zaman itu sekolah cuti pada hari Jumaat dan Sabtu. Kami semua dikehendaki berbaju kurung, beratur masuk ke dewan makan mengambil tempat duduk masing-masing untuk minum pagi bersamanya. Ibu Zain akan berjalan perlahan-lahan menyapa kami satu persatu, sebagaimana beliau menegur pokok-pokoknya. Di atas pintu dewan tertera kata-kata, ‘Makan Sesudah Lapar, Berhenti Sebelum Kenyang’. Bergenang air mata emak aku bila aku beritahu slogan tersebut. Anaknya di asrama kena berlapar dulu sebelum diberi makan, makan pula tak bagi kenyang, fikirnya. Makrifat disebalik himpunan kata tersebut amat murni disebalik pesuratan slogan itu. Kalaulah aku amalkan tabiat makan seperti di Kolej tentu aku tidak seperti aku yang sekarang ini.

Pada satu pagi Ahad seorang cikgu Kolej yang aku panggil kakak mengajak aku ke rumah Ibu Zain di Straits View dekat dengan Pantai Lido. Dalam perjalanan, kakak kata dia nak jumpa Ibu untuk mendapat kebenaran berkahwin. Menurutnya, cikgu Kolej apabila berkahwin akan dipindah ke sekolah lain. Sejurus aku salam dengan Ibu Zain, beliau menakup kedua pipiku lalu mengusap rambut di ubun-ubun dan berkata, ‘oooo ... manisnya anak ini, gigi tengah tumbuh ya’. Kami dihidangkan air teh O dan biskut manis oleh Fadzilah, adik Adibah Amin aka Seri Delima penulis pojok ‘As I Was Passing’ aka Cikgu Bedah musuh ketat Dharma dalam Adik Manja.

Kenangan pernah diajar dan dijaga oleh Cikgu Robiah dan pengalaman di bawah naungan Ibu Zain, memberi kesan yang besar dalam diriku. Bukan dulu, tetapi kebelakangan ini. Dulu aku tak faham, dulu aku abaikan saja wajah-wajah hebat yang bukan sekadar menyapa malah tempat aku menumpang menggantikan ibu dan bapa. Sungguh, pertemuan 1312 membuka tirai kenangan lalu satu persatu berserta perincian storyboardnya sekali. Betapa bertuahnya, di tempat jatuh kita pernah dijaga oleh dua tokoh hebat, Dr Robiah K Hamzah dan Srikandi Negara Tan Sri Ibu Zain Sulaiman.

Kolej Puteri Tengku Ampuan Mariam. Pencetus sejuta kenangan.

Jumaat, 19 Disember 2008

Ilmu untuk business: Blue Ocean Strategy

Untuk berjaya dalam perniagaan perlu ada konsep atau arah tuju. Bercakap tentang konsep perniagaan, ramai yang menyentuh konsep Blue Ocean Strategy atau singkatannya BOS. Ia merupakan konsep yang pertama kali di perkenalkan oleh W.Chan Kim dan Renee Maurborgne yang tiba-tiba menjad popular di kalangan usahawan dunia dengan sebuah buku tulisan mereka
.
Buku ini berusaha menjelaskan cara mencipta ruang pasaran baru tanpa pesaing dan tanpa kalangan pesaing yang tidak relevan. Buku ini juga menunjukkan jalan,bahawa sau-satunya cara untuk memenangkan pesaing adalah berhenti berusaha melawan pesaing. Kim dan Renee mendedahkan bahawa pasaran diantara dua laut iaitu Laut Merah dan Laut Biru. Laut Merah adalah pasaran yang sudah sesak,akibatnya keuntungan dan pertumbuhan akan berkurang.

Sebaliknya Laut Biru dikuasai oleh pasaran yang belum dijelajahi,menciptakan permintaan baru dan peluang pertumbuhan yang sangat menguntungkan. Dalam Laut Biru pesaing tidak lagi relevan kerana aturan mainnya sama sekali baru. Dalam buku Change!,Rhenald Kasali memperkatakan,pemimpin pasaran menentukan aturan permainan dalam pasaran yang sama sekali baru.

Prinsip

Blue Ocean Strategy ada yang menterjemahkannya sebagai Strategi Samudera Biru atau Strategi Laut Biru. Intipati bagaimana mencipta BOS, buku ini disediakan dalam enam langkah sebagai prinsip utamanya iaitu:

-How To Reconstruct Market Boundaries
-Focus On The Big Picture,Not The Number
-Reach Beyond Existing Demand
-Get The Strategic Sequence Right
-Overcome Key Organizational Hurdles
-Build Execution Into Strategy

Untuk lebih mempermudah makna definisi diatas, 3 contoh kukuh kejayaan BOS apabila sebuah perusahaan anggur dari Australiam (Casella Wine) menciptakan produk angguryang terkenal dengan jenama Yellow Tail dan berjaya masuk pasaran dan mengembangkan pasaran anggur di Amerika dengan terbukti ianya berjaya. Apakah kaedah yang digunakan?Sudah tentu dengan BOS dia mampu. Menciptakan atau memperbesar ruang pasaran anggur iaitu dengan menarik mereka yang sebelumnya para peminum arak dan minuman berkabonat menjadi peminum anggur, juga dalam acara-acara tidak formal, anggur sudah boleh dianggap sebagai minuman sosial seperti juga anggur yang diminum mereka sebelum itu.

Berkembang
Malah harganya murah dan rasanya trendy, juga kerana harganya mampu dimiliki oleh semua orang,ramai orang sering minum jus anggur tanpa mengira masa dan tempat,kerana itu pasarannya semakin berkembang. Dalam tempoh dua tahun sahaja, Yellow Tail telah mampu diterima dan menjadi minuman kegemaran ramai di Amerika dan menjadi anggur import terlaris jauh melewati jumlah anggur import yang sebelumnya didominasi anggur import dari Perancis dan Sepanyol.

Pada tahun 2003, Yellow Tail menjadi anggur merah terlaris yang dijual di Amerika Syarikat dan mengungguli produk tempatan sendiri yang selama ini didominasi para pengeluar California yang sangat terkenal.Kunci kejayaan Yellow Tail terletak pada kemampuannya melakukan strategi BOS iaitu dalam melaksanakan ‘Eliminate’,’Reduce’,’Raise’,dan ‘Create’ yang dijelaskan secara tersusun dan terperinci dalam buku tersebut. Kerangka utama BOS bertumpu pada 4 kerangka dasar iaitu eliminate-reduce-raise-create (ERRC). ELIMANATE bererti menghilangkan faktor-faktor pembiayaan modal yang selama ini sudah ‘taking for granted’ yang terjadi dalam industri tersebut. REDUCE bererti mengurangi pembiayaan-pembiayaan yang sudah ada ketika ini supaya boleh berada jauh di bawah pembiayaan dalam industri,RAISE pula berhubung kait dalam meningkatkan faktor-faktor atau ‘value’ yang diberikan supaya jauh melampaui standard industri yang sudah ada dan CREATE bererti menciptakan unsur baru yang selama ini belum terfikir akan dilaksanakan dalam industri tersebut.

Ada yang berpendapat jika telah berpuas hati dengan bisnes anda yang sekadar mampu bertahan, jangan membaca buku ini. Namun, jika anda ingin melakukan perubahan, menciptakan sebuah perniagaan dengan masa depan yang menguntungkan khususnya pelanggan, pekerja, pemegang saham atau orang ramai yang sentiasa mencari konsep baru, bacalah buku BOS yang berharga RM69.90 .

Kim dan Mauborgne telah memetakan ’satu jalur yang baru dan berani untuk memenangi masa depan’.Mereka menawarkan 6 prinsip yang dapat digunakan oleh setiap perusahaan untuk merumuskan dan menerapkan strategi samudera biru dengan sukses. BOS juga dianggap sebagai konsep dalam merebut nilai pembeli dan kos rendah untuk mencipta ruang pasaran baru. BOS bukan mengenai ‘mematikan’ persaingan, ia adalah mengenai membuat pertandingan dalam perniagaan, bukan menghapuskan pesaing perniagaan. Mempertimbangkan atau membina semula perniagaan dengan mewujudkan sempadan-sempadan dan struktur-struktur industri yang menguasai pemikiran pengurusan dalam industri setiap usahawan. Sempadan-sempadan dan struktur-struktur yang wujud tidak seharusnya menghalang usahawan daripada mengenal pasti cara-cara untuk mencipta permintaan yang baru.

Justify Full
Mengalihkan cara pemikiran usahawan daripada Supply kepada Demand! BOS mencabar kos industri. Mengajar usahawan bagaimana untuk menjadi peneraju dalam menurunkan kos industri dan mewujudkan permintaan yang baru dalam pasaran. Tidak dapat dinafikan ada para usahawan di luar sana tidak dilayani oleh industri untuk menjadi usahawan baru. Tetapi itu tidak bermakna anda tidak boleh beralih arah dalam menjelajah cara-cara untuk bertukar dan memasuki perniagaan yang boleh diterima pasaran.

To Realize

To realize
The value of a sister
Ask someone Who doesn't have one.

To realize …The value of ten years:
Ask a newly..Divorced couple.

To realize,
The value of four years:
Ask a graduate.

To realize
The value of one year:
Ask a student who Has failed a final exam.

To realize
The value of nine months:
Ask a mother who gave birth to a still born

To realize
The value of one month:
Ask a mother who has given birth to A premature baby.

To realize
The value of one week:
Ask an editor of a weekly newspaper.

To realize
The value of one hour:
Ask the lovers who are waiting to Meet.

To realize
The value of one minute:
Ask a person
Who has missed the train, bus or plane

To realize
The value of one-second:
Ask a person Who has survived an accident...

To realize
The value of one millisecond:
Ask the person who has won a silver medal in the Olympics

Time waits for no one.
Treasure every moment you have.
You will treasure it even more when
you can share it with someone special.

To realize the value of a friend:
Lose one.

Khamis, 18 Disember 2008

Peluang Pekerjaan Untuk Anak2 atau Saudaramara Sahabat2

Saya menjalankan perusahaan guna tenaga insan (human resources) untuk industri petroleum dan gas baik di dalam mahupun di luar negeri. Antara jurusan yang diperlukan adalah:-

Kejuruteraan
- Marin
- Perkapalan
- Petroleum
- Mekanikal
- Sivil
- Elektrikal
- dll
Pentadbiran
- Kewangan
- Perolehan
- Perkhidmatan
- Kesaelamatan
- dll

Untuk jawatan dalam negeri mereka yang berjaya akan ditempatkan di lapangan fabrikasi struktur luar pantai di Pasir Gudang manakala untuk luar negeri pula bergantung kepada syarikat yang akan ditempatkan kelak.
Kepada mereka yang berkelayakan dan berpengalaman adalah digalakkan memohon dengan menghantar resume masing2 kepada saya. Resume bolehlah dihantar secara pos atau pun melalui email saya dengan menyatakan jawatan yang ingin dipohon.
Keputusan mutlak untuk menerima permohonan adalah di bawah bidang kuasa pihak pelanggan sama sekali.
Untuk keterangan lanjut bolehlah menghubungi saya melalui. telefon/email/sms/dll.

MGTT Maal Hijrah di Rompin 27 - 29 Dis, 2008

Bercadang untuk mengadakan MGTT di Rompin, Pahang pada tarikh tersebut. Kepada yang nak joint bolehlah masukkan nama atau maklumkan kepada Yusof Mohd atau saya melalui apa cara sekali pun. Yang nak joint mulai 28/12 pun boleh juga.

27/12 - Check in di RBR (Rompin Beach Resort)
Petang - Ronda2 sambil pekena kepok leko
Malam - Makan malam - apalagi pekena udang galahlahhhh...
- Borak-borak sampai pagi - sesiapa yang laratlah.
28/12 - Check in di RBR
- Sarapan pagi - Usop tuan rumah bawa tempat pekena nasi dagang ke,
atau apa2 yang special di Rompin tu.
10-00pg - - Golfers - yang bawa set boleh proceed 18/9 holes kat Lanjut.
dapat satu flight pun cukuplah
- makan t/hari, borak-borak
- petang - borak2 lagi sambil minum petang & menghirup
udara segar laut cina selatan
6-00 ptg - majlis doa akhir dan awal tahun dan majlis doa selamat
8-30 mlm - makan malam dan barbeque kambing golek kut!
borak lagi sampai pagi
29/12 - Sarapan pagi dan borak2 lagi
12-00 t/hari - Check out dan pulang ke destinasi masing2

P/S
Perancangan adalah bergantung kepada jumlah kehadiran dan cuaca. Kemungkinan terdapat perubahan pada saat2 akhir.

Sessi MG (Mini Gathering)TT (Teh Tarik)

Reunion selepas 30 tahun hanya dapat menemukan sebahagian sahaja daripada jumlah sebenar warga yang seangkatan dengan kita. Teruskanlah usaha untuk menjejaki, mengesan, memujuk dll.........sebahagian besar lagi sahabat2 kita yang masih belum kita temui. Usaha ini sekarang semakin mudah dan kurangnya bebanan memandangkan sebahagian daripada kita berada di kawasan yang berdekatan di antara satu sama yang lain.
Kita ada sahabat2 yang aktif dan berupaya untuk menganjurkan perjumpaan2 kecil (MG) dan sessi Teh Tarik (TT) di kawasan masing2 antaranya:-

Utara - Noorsham Yusof, Am Mansor, Fatimah Hashim

Selatan
- Said Ahmad, Shahruddin Abd. Rahman, Kamisan Mat, Rohana, Latifah


Timur
- Yusof Mohd, Zaidi Ibrahim, Roslan Sukeimi, Jamil Sien, Noramad, Fairus, Bull


Tengah
- Sukimin Juki, Member, Rahman Mokhtar, Esa Kahar, Hishamudon, Md Noor Maaros, Md Khir, Shaari Yusof,
Azida Aziz, Elham Hassan, Ragunath Kesavan, Vijayan Nair, Aini Saleho, Rosmala Paiman, Hafizah Awang, Norela Mat Sah dll...........

Sabah
- Sulaiman Asri aka Caming


Itu adalah sebahagian nama2 yang dapat disenaraikan untuk sessi MGTT di setiap kawasan masing2. Jika sekiranya ada nama2 yang tertinggal adalah diharapkan dapat dimasukkan ke dalam senarai tersebut.
Dengan adanya MGTT di setiap kawasan adalah diharapkan dapat mengeratkan lagi silaturrahim kita di samping dapat menjejaki sebahagian lagi sahabat2 kita dan juga boleh diadakan perbincangan ringkas mengenai persiapan untuk RII50YO (Reunion II 50 Years Old). Di samping itu juga kepada sahabat2 yang kebetulan akan ke kawasan2 tersebut samada atas urusan kerja maupun bercuti bolehlah memaklumkan terlebih awal di dalam blog ini agar sahabat2 yang lain boleh membuat perancangan untuk bertemu ataupun mengaturkan MGTT di kawasan tersebut bersama sahabat2 yang lain.
Adalah diharapkan aktiviti kita akan berterusan dan blog ini menjadi pengantara sesama kita dan jangan lupa setiap sessi MGTT perlulah disiarkan beritanya di dalam blog ini untuk tatapan dan pengetahuan sahabat2 kita yang lain yang berada di luar kawasan atau yang tidak dapat hadir sama semasa diadakan MGTT tersebut.
Segala komen dan cadangan dalam perkara ini amat2 dialukan demi kebaikan kita bersama.

bila jurufoto pulak di foto


Apabila Jurufoto pulak yang di photo

Family YB yang cukup supportive - di meja resepsi


Rabu, 17 Disember 2008

Curi-Curi Ambil No Dalam Terang


ni apa hal ni? ni semua nak kena ni...nak kena
[ hahahaha..jangan marah mat khir..ingat, anda sentiasa dipantau..]

Dakapan-Dakapan Rindu

Pengawas berpelukkan dengan Pengganas tu..




Sandiwara air mata yang paling menyayat hati antara latifah saubi dengan jasminah tarmidi...semua terpegun mendengar esakan tangis mereka berdua...keduanya tak sangka dapat berjumpa kembali...









Sambil berpelukkan Ucop berbisik memohon maaf pada junior dia ni..sebab selalu oriented dia dulu...orang orientasi seminggu Ucop orientasi setahun...namun itu semua kisah lama...

Selasa, 16 Disember 2008

Usaha untuk mencari kawan2

Salam semua,

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah kerana telah dpt mempertemukan kita semua semula selepas 30 tahun berpisah. Walaupun saya ada kerap berjumpa beberapa kwn2 lama seperti Said, Shari, Sudin, Yem Babu, Azman Arab, Mudon..kebanyakkannya dari kelas E, tapi dari kelas M jarang berjumpa atau hampir ramai yg dah lupa kecuali beberapa org seperti Bagio n juga Yahya Sadikon sebelum dia menghilangkn diri. Tapi sejak MG pada 30hb Ogos lps, apabila usaha mencari kawan2 bermula demi untuk reunion 1312 serta kehadiran blog ini telah membuat usaha2 mencari kwn2 lbh meriah dan sgt menyeronokkan terutama apabila dpt menjejaki dan menemui kwn2 lama dan disiarkan berita penemuan mereka ke blog ini atau setelah mereka diberitahu tntg blog ini, mereka dgn sendiri memasuki blog dan menceritakan apa yg berlaku pada mereka selepas sekolah hinggalah sekarang seperti yg dilakukan oleh Azida dan Zaiha dulu.

Saya harap usaha mencari kwn2 yg masih belum diketahui di mana mereka dpt diteruskan. Dari E1 contohnya, Jaafar Sulatin, Rosilawati dan Muhd Fadzullah...saya msh rasa tertanya2 di manakah mereka ini.

Apapun saya ingin mengambil kesempatan ini utk mengucap terimakasih pada kwn2 yg telah hadir pada reunion 1312 tempohari...saya rasa amat gembira berjumpa kwn2 smula. Juga dgn perkenalan smula ini, ke mana2 saya pergi..kluang, jb, batu pahat, muo, mersing, rompin, kuantan, melaka, negeri sembilan, kl, shah alam, Tg. Malim, utara...saya dah tahu sape nak cari utk pekena teh n sembang2...atau nak cari2 makanan tempatan...

sape2 yg ke utara...carilah saya ok...

Senarai Penuh Kehadiran RA30Y

E1
1) Hishamuddon Shah Mahfar
2) Ibrahim Isa
3) Kew Chee Kim
4) Md Amin Ali Zain
5) Md Elham Hassan
6) Mohd Noor Maaros
7) Mohamed Esa b. Abd. Kahar
8) Mohd. Ibrahim Ahmad
9) Mohd. Rouse Majid
10) Mustaffa Kamal Ahmad
11) Noorsham Yusof
12) Norlila Abd Samad
13) Ragunath Kesavan
14) Rosli Ahmad
15) Sha'ri Yusof
16) Shamsudin Md. Dom
17) Yahya Selamat
E2
1) Abd. Rahman b. Mokhtar
2) Ahmad Razid Salleh
3) Azida Aziz
4) Boo Chin Liong
5) Jamalullail Abu Bakar
6) Mohamed Said Ahmad
7) Mohd. Najib Mohd
8) Mohd. Razif Yahya
9) Norela Mat Sah
10) Norlida Md. Ali
11) Shahruddin Abd Rahman
12) Shamshul Bin Abdul Jabar
13) Vijayan Nair
14) Wong Keng Chun
15) Zulkarnail Zakaria
M1
1) Arbakariya Ariff
2) Azman b. Wahab
3) Ghazali b. Husin
4) Jasmani Karimin
5) Jasminah Tarmidi
6) Latifah bt. Saubi
7) Member Hj Sirat
8) Mohd. Khir Mat Nor
9) Mohd. Shukri Mutamin Sharif
10) Mohd. Zaidi b. Ibrahim
11) Sukimin b. Juki
12) Syed Mohamad b. Syed Alwi
13) Umat b. Salleh
14) Yusof Mohd
M2
1) Aini Saleho
2) Arbayah Tukiman
3) Azhari Ihsan
4) Baharudin Jalil
5) Fatimah Hashim
6) Faudziah Abd Manan
7) Jamil Sien
8) Januri b. Kadeni
9) Kamisan Mat
10) Mohd Sharif Junaidek
11) Mohd. Tumiran b. Ahmad
12) Mukhlis Moyo
13) Rohana Sahara
14) Roslan Sukeimi
15) Roziah Tawil
16) Zaiha Arifin
17) Zainudin b. Ahmad
18) Zauyah Rahmat

Reunion kali ini milik M2 diikuti E1, E2 dan akhir sekali M1.

Peratus kehadiran - 54.24%
Harap Reunion II akan lebih ramai lagi yang akan hadir maka dengan itu
mulakanlah kempen mencari rakan2 kita dari sekarang.

Isnin, 15 Disember 2008

Zulkarnail Zakaria@an 2008(1e2 - 3e2)

Serba sedikit tentang diri saya.
Setelah keluar dari SMSJ 1976 - saya bersekolah di High School Muar sehingga MCE .
Kemudian MP Seri Kota Kuala Lumpur dari 1980-1982.
Mula bertugas sebagai guru di Kota Tinggi mulai 1982. Sekolah luar bandar yang tiada bekalan api dan air. Kemudian berpindah ke JB pada 1987. Dan sekarang mengajar di SK STAR 2 JB.
Ada 4 orang cahaya mata. 2 lelaki dan 2 perempuan.
Baru sahaja memperolehi ijazah pada ogos 2008.Dah tua baru dapat ijazah.

Aku kat umah YB

Sempat berposing - gambar keluarga

YB sedang sibuk carikan saiz T-shirt Reunion

Sempat YB memberi komen pada salah satu posting di blog

On the way balik dari rumah orang tua aku di Kg Sentosa ke Kinrara, aku sekeluarga sempat singgah kat rumah YB Said di Pasir Gudang. Said dan Sameha ni suka dengan nombor 45 - no. rumah, semua kereta & motor dan no tepon dia semuanya no 45! Sempat aku beli 3 T-Shirt Reunion kita...siapa yang belum beli, cepat order! Manalah tahu nanti tetiba kita terfikir nak botakkan kepala lagi macam dulu-dulu masa kita dalam form 5 (http://smsjohorkluang.blogspot.com/2008/11/jumpa-album-lama.html) bolehlah pakai T-shirt ni pulak untuk bergambar.

Anak Said yang yang pertama dan kedua adalah perempuan, sama macam aku. Anak dia yang ketiga pulak lelaki, pun sama macam anak aku. Anak ketiga dia namanya Erfan, pun sama macam anak aku Irfan. Tapi dalam visit ni ni Erfan tak ada dan anak aku yang pertama pun tak ada.

Terima kasih Ed & keluarga sebab meluangkan masa walaupun baru aje balik dari kerja.

Terima Kasih Kepada Semua

Selaku penggerak utama majlis RA30Y saya ingin mengucapkan berbanyak2 terima kasih di atas kehadiran dan sambutan yang diberikan. Adalah diharapkan semua yang hadir berpuas hati dengan apa yang terdaya dilaksanakan. Sejuta terima kasih juga kepada mereka yang telah membantu lebih awal lagi untuk menjayakan majlis ini antaranya saudara Yusof Mohd, Kamisan Mat, Sukimin Juki, Member Siraj, Noorsham Yusof, Shaari Yusof, Md Noor Md Roos, Hishamudon Mahfar, Rahman Mokhtar, Roslan Sukeimi, saudari Fatimah Hashim, Latifah Saubi, Azida Aziz dan yang lain2 yang saya mungkin terlupa untuk menyatakan di sini. Kejayaan majlis ini adalah hasil kerjasama saudara-saudari sekelian dan ini jelas menunjukkan ikatan silaturrahim kita masih kekal utuh walaupun telah lebih 30 tahun berpisah. Adalah diharapkan ikatan ini akan kekal utuh dengan lebih kuat lagi selepas daripada majlis reunion ini untuk selama2nya.
Maaf sekiranya ada apa2 kekurangan atau kecacatan pada majlis reunion ini yang mana ianya adalah tidak dirancang atau diduga sama sekali. Silalah berikan komen atau pun cadangan agar dapat diperbaiki pada masa akan datang.
Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat2 yang telah memberikan sambutan kepada majlis ini dan diharapkan akan terus berhubungan di antara satu sama lain dan diharapkan akan terus mengekalkan tali persahabatan ini dengan mengadakan perjumpaan2 kecil di tempat masing2.
Akhir kata terima kasih dan jumpa lagi di reunion yang akan datang dan selalu2lah melewati blog ini.
Jumpa lagi di Reunion II 50 Years Old 2011

Ahad, 14 Disember 2008

RA30Y: Guess Who?

Yeah right that is our Mr. Paul Francis, a dedicated English teacher but one thing that he will never lost his touch is punishing student to jog on the spot when they're being caught doing things that are against the school regulations including stepping/walking on the grass.
The photo below explain the above statement where Sukimin were being asked to jog on the spot. Just watch at his left pointer finger.

Si Jamil Sien pun nyaris2 menjadi mangsa Mr. Paul tapi nasib baik ada senior kita Abang Rosli yang backing dia, kalau tak kena jogging on the spot juga.

Lepas tu kita orang ramai2 minta maaf dengan dia dan ada yang diajak olehnya ke rumahnya di Sunrise Park tapi tak termasuk si Sukimin & Jamil sebab dah lepak berjogging agaknya.
Gambar2 kat rumah dia nanti akan publishkan......
- Written by YB, posted by minjuk

RA30Y: Wanita

L>R: Latifah, Roziah, Faudziah, Jasminah, Rohana, Fatimah & Zaiha
Depan: Norlila

L>R: Norlila, Norela, Cikgu Rahman, Hj. Malik Khiew, Tuan Syed Hussin, Arbakyah, Norlida
Jasminah, Faudziah, Zauyah, Latifah, Roziah, Zaiha, Fatimah, Azida
Ada juga yang lain hadir masa dinner (spt Aini Saleho), tapi tak sempat diambil gambar

RA30Y: Gaya Membaca




RA30Y: Cabutan Bertuah

Tiga hadiah untuk cabutan bertuah disediakan oleh penganjur hasil dari sumbangan rakan-rakan. Sebagai penghormatan, tiga orang bekas guru kita diperseilakan untuk membuat cabutan tersebut. Salah satu pemenangnya ialah Januri tetapi kalau dah bukan rezeki..... Januri dah balik masa tu dan cabutan dibuat semula .
Hj. Abd. Rahman Karim menyampaikan hadiah kepada saudara Tumiran. Hadiah disumbangkan oleh saudari Azida. Sebelum Tumiran layak menerima hadiah, beliau telah menyumbangkan sebuah lagu. Seingat aku lagu tu banyak perkataan rindu, rindu dan rindu.....

Hj. Malik Khiew menyampaikan hadiah kepada saudara Mudon

Tn. Syed Husin menyampaikan hadiah kepada Saudara Bakariya. Jenuh jugalah 3 minit Bakariya kena story dulu.



RA30Y: Class Photo at Dinner

M2

M1

E2

E1

RA30Y: 13 Dec 2008

Antara yang datang awal Zulkarnail, Member, Kew Chee Kim, Noorsham, Januri dan Zainudin


Aspura dan Dewan Makan


Aspuri





Speech by YB

RA30Y: Gambar Selingan

Jangan jeles....

RA30Y: Gambar Reramai (Petang)

Klik pada gambar untuk mendapatkan saiznya yang besar
E1>Shamsudin, Hishamudon, Rosli, Ibrahim Ahmad, Elham, Noorsham, Yahya, Ibrahim Isa, Sha'ri, Md. Nor & Norlila

M2>Januri, Azhari, Mukhlis, Jamil, Zainudin, Roslan, Kamisan, Faudziah, Tumiran, Fatimah, Zaiha, Roziah, Rohana

M1> Khir, Zaidi, Sukimin, Syed Mohamad, Yusof, Jasminah, Latifah, Umat, Shukri, Member, Jasmani


E2 > Boo, Shahrudin, Rahman, Vijayan, Najib, Shamshul, Jamalulail, Said


Bergambar Reramai di hadapan Dewan Makan
L>R: Jasminah, Zaiha, Latifah, Faudziah, Zaidi, Vijayan, Cikgu Rahman, Kamisan, Jamil, Rosli, Syed Mohamad, Tumiran, Noorsham, Yusof, Rahman, Yahya, Said, Shamshul, Shukri, Shamsudin, Md. Nor
L>R: Zainudin, Ibrahim, Sulami (junior), Najib, Salam (junior), Shahrudin, Md. Khir, Sha'ri, Roslan, Rosli (senior), Boo, Sukimin,Mukhlis

Sabtu, 13 Disember 2008

RA30Y: Guys and Gals Out There

Please make any comment/comments, we will show it live here....in Kluang. Now Mr Malik Khiew is giving his speech

RA30Y: Gambar Sekitar Dinner Lagi....

Tuah Badan

Roslan , Ibrahim Esa dan Razak Marzuki (our senior) are queing for the food


Rahman Mokhtar and Roslan

Shahrudin, Azhari, Rosli, Ragunath and Januri


Registration Counter


Azman Wahab, Rahman, Zaidi and Md. Nor

Reunion: Gambar Lagi....

Guru

Menjamu selera
Zaidi, Hj. Malek Khiew dan Kiew Chee Kim

Ragunath
Md. Nor, Razak, Rahman dan Roslan
Razid, Rouse dan Shamsudin

Roziah, Rohana, Arbakyah, Zaiha dan anaknya

Norlida dan 'Aini

Arbakyah, Zaiha, anak Zaiha, Faudziah dan Fatimah



YB dan guru-guru