Jumaat, 31 Oktober 2008

Perutusan Dari Urusetia Majlis

Terima kasih banyak2 & tak terhingga untuk saya sampaikan kepada semua rakan2 yang telah membuat pengesahan dalam apa jua cara samada melalui email, telefon, sms, blog dll. Pertama sekali maaf saya pohon kerana dua hari yang lalu saya tidak dapat membuka komputer kerana menghadiri konferen di Kuala Lumpur. Hanya pada hari ini saya baru dapat menatap semua email2 yang telah dihantar termasuk juga laman blog ini. Terharu.............. amat terharu saya nyatakan sekali lagi dengan respon yang begitu menakjubkan daripada kekawan sekelian.
Saya juga dapat merasakan kegembiraan yang dialami oleh kekawan kita yang telah dapat menghubungi di antara satu dengan yang lain melalui perancangan yang sedang kita sama2 lakukan sekarang. Ada di antara kita yang telah awal2 lagi bertemu sebaik sahaja memperolehi maklumat untuk menghubungi di antara satu sama lain kerana kerinduan yang tidak boleh dikawal lagi memandangkan 3otahun telah terpisah. Saya berjanji agar majlis yang akan diadakan ini menjadi satu kenangan yang abadi kepada setiap kekawan kita yang hadir maupun yang tidak hadir dan segala sokongan,cadangan,sumbangan dll daripada kekawan sekelian amat2 saya alukan.
Setakat ini sahaja buat kali ini izinkan saya untuk meneruskan tugas saya menyambungkan kembali silatulrahim di antara kekawan kita dan saya juga ingin meminta ampun dan maaf kepada kekawan kita yang akan pergi menunaikan haji semoga selamat pergi dan selamat kembali dan memperolehi haji yang mabrur.

Zaiha Ariffin, 5M2

Ini cerita mengenai Zaiha yang aku terima melalui emel. Terima kasih Zaiha.


Hai! Assalamualaikum dan salam sejahtera,
30 tahun berlalu memang satu jangkamasa yang lama. Banyak memori-memori yang telah hampir dilupakan terutama kisah sedih, kecewa dan lain-lain. Tapi kenangan manis memang disimpan rapi untuk menjadi inspirasi meneruskan hidup yang hampir kepenghujung. Apa-apa yang berlaku dah tentu ada hikmahnya. Memandangkan tempoh 30 tahun satu tempoh yang lama, banyak cerita dah tak sensasi lagi untuk diceritakan.Idea untuk perjumpaan semula memang satu rahmat dan saya begitu ghairah sekali untuk turut serta. walaupun satu batch/satu kelas tapi dah lama terputus hubungan dan juga tidah kenal-mengenali lagi kalau tidak dikenalkan. Saya juga tidak pasti samaada saya mengenali tuan-puan atau saya sendiri dikenali lagi oleh tuan-puan. Walaupun selama 5 tahun sebumbung di SMSJ tetapi antara perempuan dan lelaki memang terbatas perhubungan lelaki dan perempuan. Inilah didikan ibu bapa kita dulu. Saya begitu tertunggu juga dengan perjumpaan ini semoga tiada halangan untuk berhubung semula persahabatan walaupun dulu telah kenal tapi tak mesra.


Saya mulakan salam perkenalan dengan mengimbas kembali perjalanan hidup saya selepas SPM. Selepas SPM saya dapat tawaran ke UTM KL, berdasarkan result yang tak seberapa saya ambil saja tawaran kursus yang ditawarkan samada suka atau tidak. Alhamdulilah dalam suka tak suka saya dapat habiskan pengajian 5 tahun - segulung ijazah dalam bidang Quantity Surveying(QS) . Tutup buku untuk belajar lagi.



Akhir 1984 saya mula kerja dengan k'jaan(JKR) . Pada mula nya saya bekerja di Kuala Lumpur dan setelah disahkan jawatan saya mohon kerja di Melaka (dekat sikit dengan kampong). Tahun 1990 saya mohon pindah k KL tapi tak jadi kerana saya mengandong/melahirkan anak pertama. Tahun 1993 sekali lagi saya mohon pindah tapi ke JB kerana suami saya pindah kerja(swasta) S'pore base. 1993 saya dipindahkan ke Johor tapi ditempatkan di JKR kejora kerana tiada kosong JKR JB. Pada masa itu saya ada jumpa Mokhlis tapi kerana sifat pendiam yang kami miliki membataskan untuk bersembang lebih-lebih.Tahun 1999 saya dapat bertugas di JKR Johor dan berjumpa dengan Zubaidah. Kami bercerita kembali cerita lama SMSJ. Tak lama lepas tu cerita arwah Faezah(junior) yang dibunuh suami dalam akhbar-akhbar. Saya dan Zubaidah rancak semula bercerita disamping melihat semula gambar-gambar SMSJ dan arwah.
2003 (kenaikan k J48)- Saya berpindah ke Pasukan Projek Gerbang Selatan Bersepadu (projek CIQ n Jambatan Bengkok ke S'pore). Bgnan CIQ telah siap tapi jambatan tak jadi dan tak lama lagi pengumuman pembukaan CIQ baru. Di sini tiada apa cerita mengenai kekawan SMSJApril 2008(kenaikan k J 52)- sepatutnya saya dipindahkan tapi atas keprihatinan ke'jaan saya ditempatkan sebagai kakitangan pasukan senggara fasiliti bangunan di bangunan CIQ baru tu. Tup-tup dengar kawan kita Kamisan sambung belajar (master) dalam bidang ni. saya dah tutup buku dah.



Bermakna saya masih di JB sehingga diberitahu kelak. Jadi sesiapa yang ke JB, saya mengalu-alukan untuk singgah rumah / menginap di alamat no 3 jalan 2/12 taman austin perdana, JB. Tapi apa-apa pun kena call dulu maklumlah kepakaran memasak tu memang tak ada. no tel 012-7205331. Tambahan saya juga kekadang ke KL/out station.



Ini saja secara ringkas cerita yang dapat dicatatkan. lain-lain kena tanya lain kali. OK harap maaf sekiranya ada yang tersalah bicara . Moga terjalin ssemula persahabatan. Bye TQ



ZAIHA ARIFFIN

baru dapat jejaki Md. Rous Abd. Majid

Salam...ingat tak Md Rous Abd Majid. Sebenarnya saya dengan dia berkawan dari sekolah rendah lagi masa kami di Segamat. Semasa tu kami di sekolah Bukit Hampar Segamat, begitu juga dengan Najib Mohammad dan adik dia Saufi(tp tak sekolah kat SMSJ). Kemudian saya pindah ke Muor n sekolah di Sek Ismail 1. Masa tu satu kelas dengan Jibag (abg aku), Mudon, Amiruddin Yahya. Yang lain dari Muor mcm Azman, Yem babu, Isa Kahar...dorang Sek Ismail 2, bangunan sek sama tp sesi lain...jd tak kenal dorg smpai ler bila masuk smsj.

Balik pada citer Md. Rous ni, selepas pindah Muor, of course terpisah dgn dia...tp bila masuk SMSJ jumpa balik n satu kelas plak. Mcm gitu juga dgn Najib Mohammad (yg sorg ni plak saya tak tahu apasal dia mcm lari2 kan diri bila dah jumpa dia kat Mlaka dua tahun lps). Dr. Hj Shari ada bgtau suroh saya cari Md. Rous ni kat Sg. Petani since saya kat SP skrg, dia kata dia ada cari dlm internet n dpt tahu Md. Rous keja sebagai pakar sakit puan kat satu hospital kat SP. Jadi smlm saya tpon lah hospital tu n mintak wad sakit puan n bertanyakan pasal Dr. Md. Rous n depa kata dia 3 hari kat situ n 2 hari kat Hospital Sultanah Bahiyah di Aloq Setaq. Jadi saya tnya plak dgn directory 103 kalau2 ada nama Md. Rous Abd. Majid listed dlm phone directory n dorg bg no rumah dia lah. Tp bila tipon takder org jwp.

So, pagi tadi saya tipon lagi no tel yg dapat smlm n dia ada di rumah...alhamdulillah, bila saya tanya ni Md. Rous yg belajar kat sains johor tu ker, terus dia kata ya. Lps tu sembang panjanglah tp lps tu dia dpt call dari hospital ada keja. Jadi kita bertukar no tipon n berjanji akan contact bila dia free. Nanti bila jumpa dia betul2 saya amik gambo n post kat blog ni ok. Juga akan bgtau dia pasal reunion kita sebab tak sempat nak bgtau kat dia masa kat phone.

Best dpt cari balik kawan2 lama. Harap kwn2 yg lain juga dpt dicari atau akan muncul n sama2 kita berjumpa di Kluang di mana kita belajar menuju ke alam dewasa....

Khamis, 30 Oktober 2008

Confirm Aku Datang

Dear All,

I will be there to meet all my SMSJ friends on 13 Dec 2008...See you soon...Elham

Rabu, 29 Oktober 2008

Apasal masa kita dulu lelaki tak berkawan dengan perempuan?

aku nak bagitau satu perkara yang aku rasa amat bersalah masa kat sek sains johor dulu. aku tak tahu lah apa sebab yang sebenarnya tapi aku rasa amat bersalah kerana tak berkawan dengan pelajar-pelajar perempuan dan lebih sedih macam tak menghormati dorang, terutamanya yang sekelas dengan aku. Bukan aku tak mau berkawan, tapi macam ada aje yang menghalang. Bukanlah kita nak berkawan macam berendut-rendut gitu...tapi sekadar kawan-kawan biasa jer. Itu pun aku tak tau kenapa ia seperti satu perkara yang terlarang.

Jadi sempena bulan baik ini dan juga sempena kita nak membuat satu reunion buat pertama kali setelah 30 tahun berpisah, aku nak amik kesempatan ini menyusun 10 jari dan meminta maaf banyak-banyaklah kepada semua kawan-kawan perempuan yang satu batch terutamanya dari kelas aku. Janganlah disimpan kenangan yang bukanlah pahit tp yang tak manis tentang persahabatan kita dulu. Sebenarnya aku kalau boleh nak memusing kembali masa silam tersebut dan melaluinya semula dan 'undo' apa yang silap dan berkawan dan menganggap kawan-kawan perempuan semacam adik beradik juga macamana aku rasa begitu terhadap kawan-kawan lelaki yang lain. Tapi apa kan daya masa dah berlalu dan tak bole buat macam citer 'Back to the future' atau 'Back to the past'.

Bila dipikir2kan balik apalah bodohnya aku/kami yg lelaki sampai bertindak begitu terhadap kawan2 perempuan se batch dulu. Jadi sebagai mengembalikan zaman silam yang tidak berlaku seperti apa yang sebaiknya, kami ingin mengajak kawan-kawan perempuan seangkatan untuk bersama-sama di majlis reunion ini supaya kami dapat meminta maaf di atas kesilapan kami dan membetulkan apa yang silap dan menghubung semula persahabatan yang tidak terjalin seperti apa yang sepatutnya berlaku dulu.

Harap kawan-kawan semua faham apa yang saya maksudkan dan minta maaf sekali lagi. Actually despite of what I have said above, deep inside we actually love you girls just like we love our other brothers in SMSJ....so hope to see you girls at the reunion...

This is especially to the girls of 5E1:- Ee Huei Wan, Faraza (from form 4), Hafizah Awang, Norela Samad and Rosilawati (I hope I have spelled all your names correctly)

KAWAN NAK TUNAI HAJI



Ini kawan kita, Esa bin Sapari (SPM 1979), Exco Selangor Yakob Sapari adalah sedara dia, Sedara se Islam, Menurut kat Esa, emak dan bapa YB Yakob dengan dia adalah lain.

Malam tadi aku buat temujanji dengan Esa ni di Bukit Jelutong, Shah Alam sempena beliau akan ke Mekah menunaikan Fardhu Haji pada 31 Oktober 2008.

Kami bersembang panjang. Ingat mengingati diantara satua denga lain.
Salah satu perkara yang aku dapat belajar dari dia adalah :

CERMIN DIRI KITA ADALAH ISTERI/SUAMI KITA, ANAK-ANAK KITA, IBU BAPA KITA, GURU-GURU KITA, KAWAN-KAWAN KITA DAN ORANG-ORANG DISEKELILING KITA.

Mari kita fikirkan apa maksud yang hendak disampaikan kepada kita.
Semuga kau dipermudahkan melaksanakan ibadah di Tanah Suci dan dikurniakan Haji Yang Mabrur. Amin...

Selasa, 28 Oktober 2008

Kunjungan Rakan

3 sekawan , gajah, Razak dan Zahar....Azida kau kenal ke dia?



Teka, mereka tengah buat apa? Menjengok blog smsjohor kluang di komputer rumah aku.




Gajah dan Zahar tengah baca blog smsjohorkluang




Aku, Aini dan suaminya Dr. Rozlin



27 Syawal 1429, beberapa orang kawan kita sempat berkunjung ke rumah aku di Tg.Malim. Alhamdulillah, walaupun jauh aini dan gajah sanggup datang ke rumah aku untuk menambah eratkan lagi ikatan persahabatan yang memang sedia erat. Di tambah pula dengan kedatangan Zahar (5e2) dan Razak (senior kita batch Lokman).Kedua-duanya pensyarah di UPSI.

Ahad, 26 Oktober 2008

Azida Abdul Aziz (5E2)

Ini adalah serba-sedikit profil salah seorang rakan kita Azida Aziz yang diterima melalui kiriman emel semalam. Terima kasih Azida.

Salam.

Saya Azida binti Abdul Aziz (5E2). Berasal dari Muar dan kini menetap di Serdang, Selangor. Said yang contact baru ni dan emel kat saya maklumat terkini berkenaan batch kita. For the first time saya buka blog kita. Wah.....seronoknya baca berita dan cerita kawan-kawan. Rasanya ramai lagi yang belum dapat dijejaki. Yang selama ini contact saya adalah Noreen dan Amin (5E1).

Seronok berkongsi maklumat diri, semoga dapat membentuk satu networking yang bermakna dalam diri kita semua.


Perkembangan diri saya sejak 30 tahun

Selepas tamat MCE, result sains saya tak berapa ok....mulanya sambung tingkatan 6 sastera di Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru...tak lama cuma 3 bulan aje. Lepas tu saya dapat tawaran ke UiTM untuk buat Diploma In Accountancy (1979 – 1981).

Selepas tamat diploma, saya kerja sekejap di UPM dan UM. Masa di UPM saya berkenalan dengan suami saya sekarang. Pada tahun 1983, saya sambung pelajaran di peringkat sarjanamuda dalam bidang perakaunan dan grad tahun 1986. Berkahwin hujung tahun 1985....tak sabar dah nak tunggu grad...masa konvo tu tengah sarat mengandung anak sulung (8 bulan).

Masuk bekerja dengan Jabatan Akauntan Negara Malaysia pada tahun 1987. Sejarah penempatan untuk makluman.....:
i. 1987 – 1993: Akauntan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Ibu Pejabat) di Jalan Duta, KL
ii. 1993 – 1998: Akauntan di Kementerian Pelajaran Malaysia, di Bahagian Kewangan (Pusat Bandar Damansara, KL)
iii. 1998 – 2000: Akauntan Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan, Unit Hasil, Damansara Heights, KL
iv. 2000 – 2002: Timbalan Pengarah, Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan WP KL, di Menara Maybank
v. 2002 – 2003: Timbalan Ketua Akauntan, Kementerian Kerja Raya, KL
vi. 2004 – 2004: Ketua Akauntan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Putrajaya
vii. 2005 – 2006: Cuti belajar di peringkat Sarjana di UPM
viii. 2007 – kini: Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Putrajaya, Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan (bertanggungjawab terhadap exam jabatan, PTK, dan kerjaya akauntan sektor awam)

Suami saya bertugas di UPM sebagai Timbalan Pendaftar dan kini di tempatkan di Fakuti Perubatan UPM.....Ghizan tu kekawan dia aje...tapi dia tak berapa kenal saya....low profil. Nama dia Jamsari bin Tamsir.

Anak 3 orang:
sulung Mohd Syamim study di peringkat ijazah dalam bidang software engineering di UPM
kedua Farah ‘Aliah study di peringkat diploma dalam bidang sains perpustakaan di Unisel, Batang Berjuntai
ketiga Mohd Zahin tingkatan 4


Alamat: No. 16, Lorong 4/2°,
Taman Sri Andalas,
Serdang Jaya,
43300 Seri Kembangan Selangor.

No. HP: 012-9271815

Banyak kenangan di smsj...dan memang saya tak pernah jengok pun sekolah kita tu...Saya doakan semoga usaha menjadi kenyataan.
Sewaktu konvo

Bersama suami tersayang


Di samping keluarga

Mohd Razif Yahya aka Atuk

Isnin lalu dapat email dari Razif Yahya beritau dia akan ke JB atas tugas dari hari Isnin hingga Jumaat. Rasa gembira kerana dia nak jumpa dengan aku. Terus SMS dia agar perjumpaan pada hari Rabu malam. Dia bersetuju. Aku mulalah contact semua member2 yang ada kat JB untuk joint sekali. Cuma Batan sorang aje yang available jadi aku pun pergilah berdua aje dengan si Batan jemput Atuk kat hotel M Suite.

Wajah ceria Batan dapat berjumpa dengan Atuk

Atuk bertugas dengan Telekom Malaysia. Selalu ke JB sebab dia terlibat dengan perancangan pembangunan kawasan Iskandar Malaysia di Nusajaya. Dia tinggal kat Seremban tapi ofis kat Bangsar. Anak2 dia semuanya kat Universiti Al-Azhar Mesir cuma yang kecil aje masih bersekolah. Atuk macam dulu juga ceria, senang berjumpa & berbual juga low profile walaupun punya banyak pengalaman bertugas di luar negara. Kami bersembang sambil minum kopi kat Danga Bay dari pukul 11-00 mlm hampir ke pukul 2-00 pagi itu pun rasa macam tak puas lagi. Seronok rasanya dapat berjumpa kawan2 lama dan berharap dapat berjumpa dengan lebih ramai lagi rakan2 lama pada 13 Disember nanti.

Jumaat, 24 Oktober 2008

Perjumpaan Kembali 30 Tahun - 13 Disember 2008

Tarikh telah ditetapkan - 13 Disember 2008.
Pendaftaran di sekolah dari jam 2 - 5 ptg.
Majlis makan malam akan diadakan di Hotel Prime City Kluang mulai jam 8 mlm.
Petang selepas asar akan diadakan majlis tahlil dan doa selamat di surau sekolah untuk rakan2 dan bekas guru2 kita yang telah terlebih dahulu meninggalkan kita.
Bayaran untuk jamuan makan malam - Dewasa RM 60-00/orang, Kanak2 (4-12thn) RM 42-00/orang.
Kepada mereka yang memerlukan penginapan di hotel tersebut bolehlah membuat tempahan dengan menalipon terus ke hotel tersebut. Kadar bilik yang telah diberi adalah saperti di bawah. Sila nyatakan majlis SAJOHA semasa membuat tempahan bilik:-


Standard Room @ RM161.00nett/room/night
Superior Room @ RM185.15nett/room/night
Family Deluxe @ RM241.50nett/room/night
City Suite @ RM265.65nett/room/night
Prime Suite @ RM305.90nett/room/night
** pls. make a reservation ASAP.

Tel No: 07 7711111 Fax: 07 7739111
Website: http://www.primecity.com/


Berbagai acara akan diadakan pada malam tersebut antaranya cabutan bertuah melancung sekeluarga, tiket penerbangan pergi balik ke destinasi popular, persembahan peribadi rakan2 lama kita dan macam2lah. Memang gempak punya. Almaklumlah ada yang baru saja berjumpa setelah 30 tahun berpisah. Mungkin juga kita akan dapat bertemu dengan kawan2 kita yang sudah popular dan terkenal ketika ini, mana tau?
Dengan itu jangan tunggu lama2 sila buat pengesahan dengan segera.
Untuk mengesahkan jumlah kehadiran ke majlis jamuan makan malam sila buat pengesahan melalui email/sms/call saya pada atau sebelum 10 November 2008.
Segala kerjasama tuan2/puan2 amat saya hargai demi untuk menjayakan majlis ini.

Saya boleh diubungi melalui:-


email masajb45@yahoo.com

sms/call 013 7474545

Khamis, 23 Oktober 2008

Jumpa Gambar Lama dalam blog http://5e1-smsj-1975.blogspot.com/

Nostalgia kan gambar ni..... Aku jumpa kat blog Zack di http://5e1-smsj-1975.blogspot.com/ Cubalah kau orang berebut namakan sesiapa aje yang kau orang kenal dalam gambar ni




KISAH DI AKHBAR 23 OKT 2008- TUNTUTAN HARTA SIMATI

Malam tadi aku masa relak kat rumah aku baca akhbar (Utusan), yang menarik perhatian aku adalah Sisuami yang telah membunuh isterinya sendiri dan menuntut harta simati. Semasa kita memandu kalau ada katak melintas jalan pun secara sepontan kita akan cuba mengelak! Ini pulak isteri sendiri dibunuh dengan tangan sendiri.

Si mangsa adalah Allahyarhamah Faizah bte Arshad. Junior kita di SMSJ. Si Suami adalah Suhaimi. Patut ke tuntutan ini?

Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.. Amin..

Berikan komen anda.

Selasa, 21 Oktober 2008

Jumpa Prof Dr Arbakariya Arif

Sebelum ke rumah Aini aku telefon Dr Arbakariya. Rupa-rupanya dia dalam perjalanan balik dari Ipoh. Dia ada tugas di Ipoh.

Dia sampai di Lembah Kelang jam 10.00 mlm. Cuaca pada masa ni selalu hujan. Itu menyumbang kepada kelewatan beliau.

Disebabkan kelewatan ini maka beliau rasa tak selesa untuk datang ke rumah Aini dan minta kau sampaikan salam kepada Aini.

Dalam perbualan aku dengan Dr Arbakariya, aku maklumkan bahawa aku ingin sangat jumpa dia, maklumlah dah 30 tahun.

Dia ajak aku dan Fuad ke rumah dia. Dia tunggu di tempat yang dijanjikan dan sampailah ke rumah dia.

Prof. Dr. Arbakariya Arif adalah sama sebijik macam Arbakariya Arif semasa 30 tahun dahulu!! Bukan sahaja saiz badan tetapi perangai pun macam dulu jugak. Ketawa dia macam dulu, cara bercakap macam dulu juga.


Fuad, Dr, Arbakariya & Isteri

Prof. Arbakariya dikurniakan 7 cahaya mata. Dah besar2. Yang bungsu setakat ini 4 1/2 tahun. Hebat anak Bugis Renggit ni!!

Isteri beliau sangat ramah. orang Port Dickson. Jam 11.00mlm dia sanggup gorengkan karipap. Isteri dia join sama bersembang.
Jam 12.00mlm aku dan Fuad minta izin untuk beredar kerana esok masing-masing akan menjalankan tusas seperti biasa.

Terima kasih kepada Prof Dr. Arbakariya dan isteri yang melayan kami dengan penuh mesra. Semuga dia sejahtera selalu.. Amin..

JUMPA AINI SALEHO

Pertemuan di rumah Aini Saleho bermula apabila Sukimin bagi tau aku yang dia nak beraya di rumah pensyarah dia di UKM, kebetulan pensyarahnya, Dr. Ruslin Amir adalah suami Aini Saleho.

Apabila Aini dapat tahu akan perkara ini maka Aini pun menghubungi beberapa orang kawan sekolah disekitar yang berdekatan.

Pertemuan dibuat pada 20 Oktober 2008 jam 8.00mlm Rumah Pengetua Kolej Kediaman Ibrahim Yakob.


Ini lah yang dapat hadir

Pertemuan penuh kemesraan dan kegembiraan. Aku tak pernah jumpa Aini dan Fatimah sejak 1978 iaitu lepas SPM.


Masing-masing khusuk mendengar cerita Zainuddin



'Tukang Karut' sedang buat persembahan

Inilah wajah-wajah kalian yang dah dimamah usia!! 47 tahun. Terbayang juga ketika berusia 17 tahun.


Zainuddin @ Gajah


Aini Saleho, Tuan rumah.


Fatimah Hashim.




Fuad Soib


Januri (macam waroan)


Sukimin.

Jam 10.45mlm dia orang masih leka bersembang, aku dan Fuad minta diri untuk beredar kerana ada temujanji dengan Prof. Dr. Arbakariya B. Arif di kawasan Tol UPM. Prof. Dr. Arbakariya juga dah 30 tahun juga tak bertemu. Aku dan Fuad tinggalkan dia orang bersembang. Andainya hari esok adalah hari minggu agaknya sampai pagi kita akan bersembang.

Sabtu, 11 Oktober 2008

Kawan Lama Datang Beraya

Pukul 2:30 ptg dapat panggilan telefon dari kawan lama. Dia bertanya aku di mana. Aku kata ada kat JB lah. dia kata on the way ke JB juga untuk berhari raya. Aku kata pada dia datang sebelah malam aku ada banyak masa untuk melayan kedatangannya,

Jam 8:15 malam aku terima satu panggilan telefon lagi menyatakan yang dia dah on the way ke rumah aku. Aku pun maklumkan kepada isteri tersayang aku bersiap sedia dengan segala juadah yang sudah dia siapkan dari petang lagi. Yang nak datang ni orang Muar asalnya jadi isteri aku masakkan mee bandung Muar untuk dia sekeluarga. Jam 9:00 dia pun sampai rumah aku. Berdua aje dengan isteri dia.

Azhar Shahruddin aka Azhar Naga

Dulu masa aku kerja kat Mersing memang selalu jumpa dia. Dia dah menetap terus kat Mersing sebab orang rumah dia orang Mersing. Anak dua (2) orang aje dah besau-besau sebab tu datang beraya kat rumah aku berdua aje. Sejak aku tinggalkan Mersing tahun 1992 baru sekarang aku dapat jumpa dia. Rasa terubat juga kerinduan dengan kedatangannya walaupun selama ini ada berhubung melalui telefon.


Azhar bersama isteri

Azhar masa kat SMSJ dulu sampai form three aje. Tapi lepas form three kami selalu berhubung sebab tu pertalian tu masih akrab apalagi kekawan kita yang dah bersama sehingga ke tingkatan lima, sudah tentu keakrabannya lagi menebal. Jadi jangan lupa ..........................................................

13 Disember akan datang. Tarikh keramat untuk kita semua bersama-sama memanafaatkannya.

Lama juga si Azhar berborak sambil surfing blog ni kat rumah aku. Aku ada kata kat dia yang Usop ada nak turun JB raya ni. Jadi aku suruh dia contact si Usop dulu untuk confirmkan supaya aku dapat kumpulkan kekawan kita yang lain untuk berkumpul sekali i.e. Jastan, Umat, Kamal dll. Kumpul dan jumpa kat rumah aku aje kat Pasir Gudang. Tak kisah siang/malam boleh borak-borak panjang, tapi mesti confirmkan awal2 takut aku kena outstation.


Aku bersama Azhar tengah surfing blog SMSJ

Harap selepas ini pertemuan saperti ini akan berterusan untuk semua kawan2 kita yang lain. Rumah aku sentiasa terbuka kepada semua kawan2 lama untuk datang.

Rabu, 8 Oktober 2008

Beraya di rumah Bekas Headboy SMSJ 78

Siapa yang tak ingat headboy kita pada tahun 1978. Tidak lain dan tak bukan Tn.Dr. Hj. Shaari Yusof kita. Hari Raya ke3 aku call dia, tapi dia masih di rumah mentua di Kajang. Dia beritau aku yang dia akan balik JB hari Sabtu jadi aku set dengan dia nak beraya dengan kekawan seangkatan di rumahnya pada hari Ahad tengahari. Aku pun call semua yang ada di JB atau yang ada balik JB untuk majlis hari Ahad tu antaranya Fuad Shoib, Hj. Samsuddin Md Dom, Kamaluddin Mohamadon, Jastan Inas dan Azman Rahim manakala yang lainnya aku ada hantar sms antaranya, Umat Salleh, Ibnu Hajar, Zulkarnail Zakaria dan ramai lagi.


Pada sebelah malam semasa raya kat rumah Batan, aku dah janji dengan Bagio untuk saing bersama-sama ke rumah headboy (ooops.......... bekas). Pukul 11-00 pagi terus ke rumah Dr. Hj. Shaari kita tapi lambat sikit sebab si Bagio dah tersesat almaklumlah sesekali masuk bandar itulah jadinya. Tapi akhirnya sampai juga ke tempat yang di tuju. Sampai-sampai Umat Salleh dah lama sampai dan dah makan pun.

Umat Salleh seronok menjamu selera.
Di belakangnya Bagio.
Walaupun ramai yang dihubungi tetapi ramai yang tak dapat hadir kerana kebanyakkannya terpaksa menghantar anak masing-masing kembali ke asrama sekolah masing-masing. Apa nak buat last minute plan macam itulah jadinya.


Umat bersama isteri dan kedua anaknya

Umat dan Dr. Hj. Shaari Yusof

Bagio, Noorsham, Dr. dan Said Ahmad

Si Noorsham balik awal sebab ada golf appointment pukul 2-00 ptg walaupun hujan lebat dah turun. Lepas aje majlis kat rumah Dr. Hj. Shaari aku terus pelawa Bagio datang rumah aku sebab hari ini (Ahad) saja yang aku boleh entertain dia, esok hari Isnin aku dah mula sibuk. Jadi terpaksalah layankan kawan lama yang seorang ni.


Sedang asyik melayari Blog SMSJ

Khusyuk yang amat sangat

Kiri - Sameha Mohd Said melayani isteri Pak Roslan

Raya Pertama di rumah Hj. Khairul Anuar Md. Amin

Raya pertama sebelum pulang beraya ke rumah mentua di Batu Pahat aku sempat ke rumah Hj. Khairul. Kampung dia dengan kampung aku sesebelah aje. Dia kat Perpat sebelah dengan Tg. Piai, aku pulak kat Sg. Durian, Pontian. Sehari sebelum raya aku ada sms dia bertanya samada dia ada balik ke. Almaklumlah dia ni macam Bagio juga cuma dia lagi lama menetap di Labuan. Bertugas di Petronas Gas, Labuan.

Hj. Khairul Anuar Md. Amin

Kepada sesiapa yang tak ingat dengan Hj. Khairul, dia sekelas dengan aku 5E2 & bermain hoki untuk sekolah dan daerah di posisi penjaga gol. Orangnya penyenyap semasa di sekolah dulu begitu juga sekarang masih penyenyap. Anak cuma seorang, perempuan bersekolah menengah sekarang. Orang rumahnya orang sekampung itu pun orang tuanya yang carikan.


Sebelum beredar sempat bergambar dengan Tn. Hj.Khairul Anuar Md. Amin.

Isnin, 6 Oktober 2008

PERTEMUAN HARI RAYA DI RUMAH LATIFAH SAUBI

Untuk julung kalinya perjumpaan Hari Raya diadakan oleh bekas pelajar SMSJ SPM/MCE 1978. Usop adalah individu yang bertanggung jawap mencencetuskan idea untuk mengadakan perjumpaan yang julung kalinya diadakan. Pada asalnya perjumpaan diadakan hanya untuk Azman Wahab,aku dan Latifah sahaja. Tetapi apabila dimaklumkan kepada beberapa orang kawan lain, rupa-rupanya yang lain pun nak join sekali. Bukan apa, Cuma tak nak menyusahkan kekawan lain yang dating dari jauh. Tetapi rupa-rupanya anggapan kita orang meleset.

Lokasi perjumpaan ialah di Kluang. Usop berkorban untuk datang ke Kluang dari Rompin. Perjalanan yang mengambil masa kira-kira dua setengah jam. Begitulah kesungguhan Usop.

Lokasi Kluang dipilih adalah kerana Latifah dan Azman tinggal di Kluang. Dan aku sendiri pun beraya di Kluang. Mertua aku di Kluang. Ibnu berada di Bandar Tenggara iaitu kira-kira 50 km dari Kluang.

Paling aku respek adalah Usop, Sukimin dan Sukri Mutamin. Sukimin datang dari Masai, Sukri dari Muar dan Usop dari Rompin. Andai bukan kerana semangat mereka untuk mengeratkan silatulrahim diantara kekawan dah tentu mereka ini tak akan sampai ke Kluang pada Hari Raya KeTiga di mana biasanya orang kan sibuk menziarahi sanak saudara pada waktu ini. Lebih-lebih lagi dengan kenaikan kos petrol pada hari ini.

Latifah mengalu-alu supaya pertemuan ini diadakan di rumahnya, di Taman Kluang Barat. Kita pun maklum yang dia adalah isteri agak sukar keluar rumah. Dia bersusah payah menyediakan juadah untuk pertemuan ini.

Diantara perkara yang menyentuh hati aku dan juga kekawan adalah suami kepada Latifah, Abang Ramli. Dia tak berapa sihat. Beliau mengidap sakit saraf. Abang Ramli bekas polis. Memohon bersara awal disebabkan kesihatan. Beliau mengalami masalah untuk bergerak dengan selesa. Aku tak sampai hati untuk bertanya kesengsaraan yang dihadapinya. Mari kita doakan semuga suami Latifah sembuh segera dan sahabat kita ini sabar menempuhi dugaan Allah.


Inilah yang hadir di rumah Latifah
Dari kiri: Sukimin, Ibnu Hajar, Aku, Latifah, Abg Ramli (Suami Latifah), Yusof, Azman & Sukri



Dalam pertemuan ini aku dapat jumpa kekawan yang hampir genap 30 tahun tak pernah jumpa. Aku rasa genap 30 tahun akan jatuh pada bulan Disember ini. Maklumlah kita habis SPM pada awal Disember dulu. Mereka adalah Usop, Sukri Mutamin, Ibnu Hajar dan Azman Wahab. Masing-masing dah berubah. Ada yang pakai songkok aje dan ada yang sengaja pakai baju besar nak sembunyikan perut kedepan.


Dari kiri: Usop, Sukimin, Sukri dan Ibnu Hajar

Yang paling menarik adalah keadaan riuh rendah di rumah Latifah bila kenangan lama diungkit semula. Masing-masing lupa. Anak-anak ada bersama dan mendengar rahsia bapa masing-masing masa remaja dulu. Isteri masing-masing tersenyum mendengar kisah suami masing-masing.


Dari kiri: Latifah dgn Rohaya (isteri aku) dan duduk kat bawah anak bungsu Latifah

Dari pemerhatian aku, hanya Sukri Mutamin sahaja yang tak berubah rupa. Wajahnya tak banyak berubah. Macam semasa berumur 17 tahun juga. Sukimin pun sama. Yang lain semuanya berubah. Termasuk aku kot.


Inilah yang hadir: Dari kiri, Sukimin, Ibnu, Aku, Usop, Azman, Sukri dan duduk: Latifah

Perjumpaan hari itu ditutup kira-kira jam 1.00 tengahari kerana azan Jumaat dah berkumandang. Perjumpaan ini amat bermakna sekali bagi kita orang.


Sebelum berpisah kami sempat bergambar bersama pasangan masing-masing kecuali yang duduk tu masih solo.


Usop sempat singgah ke rumah Sukri di Muar. Di rumah Sukri dia berjumpa dengan Ghazali Husin. Ghazali memang tak diberi tahu. Bukan apa, kerana dia tinggal di Jasin. Rupa-rupanya kalau dia tahu tentang perjumpaan ini, dia pun akan turut serta. Maaf la Ghazali. Aku under estimate kau.

Md Khir pun ada menyatakan hasrat untuk perjumpaan ini tetapi oleh kerana dia beraya di Kedah maka hasrat beliau terbantut.

Ahad, 5 Oktober 2008

4 Syawal 1429 - Satu Hari di Hari Raya

Aku contact Bagio petang pukul 4.00 dia tak ada kat rumah. so plan diubah ke malam untuk berhari raya. jam 10.00 mlm sampai kat rumah bagio. dia tinggal kat kawasan taman puteri wangsa, jb, sebelah dalam. dia sekarang masih di sarawak cuma balik bercuti raya sehingga rabu 08/10/08. jadi aku ambillah kesempatan ini untuk bertemu dengan dia. Pak Roslan aka Bagio - Rupa dah macam Bapak Bupati.
Bagio lama di Kalimantan Barat jaga ladang dan anak-anak dayak di sana. Sedang berbual-bual
si Noorsham Yusof pun telefon dan plan pulak dengan dia pergi rumahnya Shahruddin Abd. Rahman aka Batan. Seterusnya kita orang pun bergerak ke rumah Batan. Sampai kat rumah dia pun dah pukul 11.00 malam. Sementara menunggu Noorsham sampai berborak-boraklah kami dengan gelak ketawa cerita-cerita lama. Sampai sahaja Noorsham keadaan semakin riuh rendah
walaupun dah pukul 12.00 t/malam.










Noorsham, Batan & Bagio.



Tak sempat masuk rumah lagi si Noorsham dah ajak ngeteh sebab nak tengok bola EPL kat big screen. so kita orang pun proceedlah kat kedai mamak 24 jam yang ada big screen berdekatan dengan rumah Batan kat Taman Daya. Habis tengok bola balik semula ke rumah Batan dan sambung borak lagi sampai pukul 2.30 pagi.

Kepada Batan minta maaf banyak-banyak sebab gangu masa dengan keluarga dah tu esoknya (Ahad) nak hantar anak balik ke MRSM Batu Pahat pulak. Batan pun ada beritau perjumpaan kat rumah Dr. Shaari Yusof esoknya (Ahad) dia tak dapat hadir sebab kena hantar anak balik ke sekolah.

Kiri ke kanan - Roslan, Shahruddin, Said Ahmad & Noorsham Yusof