Isnin, 29 September 2008

Selamat Hari Raya

Aku Sekeluarga Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri serta memohon Maaf Zahir dan Batin. Aku akan berada di Johor pada hari raya kedua dan ketiga.
0193330512


Fazidah Joned - Selamat Hari Raya

Ahad, 28 September 2008

HAJAT ZIARAH KUBUR CIKGU HJH ZALEHA TERCAPAI

Asalamualaikum.

Dalam keluaran bulan Ogos aku ada menceritakan perihal cikgu ku yang tak luput dari ingatan ku. Cikgu Zaleha bte Ibrahim. Dia mengajar aku ketika aku dalam Darjah 3 (1970).

Hari ini 28 September 2008 bersamaan 28 Ramadhan 1429 tercapai hajat aku menziarah kubur Cikgu Zaleha di Kampung Api-Api Pontian Johor.

Syukur Alhamdulillah.. Perjalanan ke Kampung Api-Api dengan hajat begini dipermudahkan Allah Taala.

Aku memang tak tau dimana kubur arwah ini. Cikgu Rahman b. Karim pernah bercakap dengan aku melalui telefon berhubung dengan kubur arwah kira-kira dua bulan lalu. Ianya terletak di Api-Api Pontian.Aku tak catitkan pun. Dalam usia yang semakin meningkat ini ingatan pun dah cepat luntur. Bayangkan, aku berhenti betul-betul di hadapan tanah perkuburan yang dimaksudkan walaupun ada tiga atau empat tanah perkuburan yang aku lalui. Perjalanan ini ditemani isteri aku. Berhampiran tanah perkuburan ini terdapat sebuah kedai runcit. Isteri aku mencadangkan supaya bertanya dengan pekedai itu. Maka aku pun bertanya.
Dengan izin-Nya pekedai itu pun tahu tentang arwah Cikgu Zaleha ini termasuk kubur arwah ibunya arwah Cikgu Hjh Hawa.

Apabila aku mejejaki arah yang dinyatakan oleh pekedai itu maka aku pun sampailah ke kubur yang aku nak tuju itu. Arwah Cikgu Hjh Zaleha Bte Hj Ibrahim meninggal pada 25 Jun 2004.

Aku hadiahkan bacaan Yasin dan Tahlil bersama isteri aku. Semuga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang-orang solehah..Amin.

Kamisan Mat dan Rosmala Paiman

Aku ada terima emel dari dia orang.
Info Kamisan Mat
Emel: mschia2003@yahoo.com.hk No. HP:

Antara kandungan emel dia...
gembira bila dapat dengar berita dari kekawan lama. Lama sungguh hingga ada yang aku tak terbayangkan wajah mereka. kau kat mana sekarang. Bila aku baca cerita dlm blog tu seronok juga. kerja kat mana sekarang? Aku kat batu pahat dah balik kampung. rasanya sampai pencen lah aku kat sini. Roziah Tawil kat batu pahat juga, tapi lama dah aku tak jumpa dia, mengajar di sekolah dato' onn simpang lima.

So Mimbar, kau mulakanlah operasi Jejak Kaih Kau tu....

Info Rosmala Paiman
Emel: issmala@yahoo.com.my No. HP: -


Cabutan cerita mengenai dia...
Jurutera di Majlis Perbandaran Klang (MPK)....tapi ulang-alik dari Ampang....Istana Idaman di Kg Idaman yang heboh sikit hari tu di bawah MPK lah....

Antara kandungan emel dia....
.....suka abiskan banyak masa aku gi masuk utan & naik Gunung.Gunung2 ngan bukit kat KL banyak aku dah naik kot.... gunung Nuang, gunung Bunga buah,dan sudah semestinya Bukit Belacan laaa kan, coz kat belakang umah aku..Aku naik gunung Kinabalu 2 kali... terakhir 2003, cari Puteri Santubung, tapi tak jumpa.Pas tu 2004 aku bermalam di Puncak Gunung Tahan.... 2005 kekawan ajak aku panjat gunung diBandung, tapi 'LESEN' kelas A International Terhad aku tak lepas. 2007 kekawan ajak aku rentas Banjaran titiwangsa, tapi aku beritau kudrat dah tak seperti dulu2....sebab ia kan mengambil masa berhari2.So... aku buat keputusan utk ubah trend.aku gunakan masa yang bole untuk melihat tempat & negeri orang lak,lagi2 lak sekarang ada kemudahan tambang murah AirAsia RM9.90 kann.Tapi ujung taun ni aku tak guna tambang murah.... aku guna tambang penuh plus.. plus.. coz ia ada schedule yang perlu dipenuhi,

Aku masih teringing untu menyertai program gathering tuu,coz nak tengok betapa ramai nya cikgu2 dalam angkatan kita.Suka nak tengok apa tau...Yang lelaki masing2 dah mula menjadi orang 'KAYA'.....COZ memasing dah mula ADA 'padang golf. ....dah mula SIMPAN barang2 PERAK (...rambut putih).... dah rajin pakai kot, macam cik usup kita.... coz nak sorok PJD....( he...he..Perut Jalan depan).& Yang wanita pulak,Semakin ANGGUN.......kena buat, & kena jaga badan, ...

Iss.... cara nak anta bahan ke blog

Petikan dari Bantuan dari Blogspot: http://help.blogger.com/bin/static.py?page=faq.html&hl=id#anchor_link_3

3. Bagaimana cara posting ke blog saya?
Pada Dashboard Anda, klik link "Posting Baru" di sebelah blog yang ingin Anda kirimi. Berikutnya, Anda akan melihat halaman Buat Posting Baru. Awali dengan memberikan judul pada posting Anda (opsional), kemudian masukkan posting-nya. Setelah selesai, klik link "Pratinjau" untuk memastikan bahwa posting sudah siap. Setelah Anda puas dengan posting Anda, klik tombol "Publikasikan". Ini akan mempublikasikan posting baru Anda.

4. Bagaimana cara mengirim gambar?
Anda dapat meng-upload foto dengan menggunakan ikon gambar pada toolbar editor posting. Ketika Anda meng-klik ikon ini, akan muncul jendela di mana Anda bisa memilih satu atau beberapa gambar dari komputer Anda. Klik tombol "Browse" untuk mencari gambar yang Anda inginkan. Atau, Anda bisa memasukkan URL dari gambar yang sudah online untuk dimasukkan ke dalam posting Anda. Apabila Anda meng-klik link untuk memilih tataletak, Anda bisa mengatur cara gambar Anda muncul di posting Anda. Opsi di sebelah kiri, tengah dan kanan akan menentukan bagaimana teks dari posting Anda akan mengalir di sekitar gambar. Opsi ukuran ini memungkinkan Anda mengatur skala gambar ke ukuran yang berbeda di area posting.

Rabu, 24 September 2008

DAH JUMPA FATIMAH HASHIM

Asalamualaikum,
Ntah macamana tercetus idea untuk meminta bantuan Dr Fauziah untuk menjejaki Fatimah. Dulu aku panggil Fatty. Dia gempal sikit.

jadi aku emailkan permntaan ini kepada Dr OG (Fauziah) malam semalam. Pagi tadi bila cek email, OG dah respond. Dia bagi no.

Alhamdullilah.. No tu no suami Fatty. Kira ok sangat lah. Suaminya nama Rosli. Pensyarah di UPSI. Senior kita. Batch Jamaluddin (Dr). Dia orang masuk SMSJ terus ke form six.

Dia tinggal di Tanjung Malim. Suri rumah sepenuh masa. Anak lima. Ada yang di Australia. Yang sulung. 4 pompuan 1 lelaki.

No phone aku tak boleh tulis disini. Sapa-sapa nak kena sms kat aku.
Email account juga aku dah minta dia buat supaya boleh dihubungi. Dia seorang yang ceria. Setepah 30 tahun baru terdengar suaranya.

Fatty terkejut apabila aku bagi tau yang suami Rosnah dah meninggal. Dia kenal dengan arwah.

Aku dah beritahu akan program gathering yang akan diadakan pada 13 & 14 Disember 2008 nanti. Tentunya akan berbincang dengan sang suami dulu. Mudah-mudahan Faty dan suami akan join kita nanti.

Wasalam
Member b Hj Md Sirat

Selasa, 23 September 2008

KEDAI NOSTALGIA

Tadi aku sempat melawat blog sahabat kita yang terkenal dengan disiplinnya yang tinggi dan tahap kerajinannya mengendalikan blognya. Siapa lagi kalau bukan Sukimin Juki.

Kisah uniforn anaknya Irfan.. Aku tak beghapa paham membacanya. Walaubagaimana pun ianya cukup untuk aku mengingatkan kembali kisah kita di SMSJ dulu. Yang aku tertarik ialah 'pakaian branded'.

Dulu masa sekolah kedai Wong Chee Leong di Jalan Station adalah tempat yang sering dikunjungi oleh budak-budak SMSJ. Di situ menjual pakaian yang branded seperti, Levi's, Lee, Amco, Texwood, Wrangler dan lain-lain. Kedai tu masih ujud lagi. Aku tahu sebab Mertua aku orang Kluang, Kampung Gajah. Batu 8, Jalan Mersing.

Tapi kedai ni dah tak jual levi's lagi. Tokey dia kata tak tahan sebab kat luar boleh dapat levi's dengan harga RM20 je.

Satu lagi kedai favorite budak sains adalah Aurora. Di situ yang aku ingat baju Van Housen. Mahal! Beratus harganya. Kedai ni dah tutup. Agaknya budak sains dah tak datang maka dia tutup kot!

Untuk anak-anak orang berada itu adalah tempat mereka. Tapi aku orang tak berada tak selalu ke tempat tu. Adalah setakat window shopping. Aku masih ingat sapa-sapa yang selalu berpakaian berjenama masa tu, tapi tak yah sebutlah.

Ingat tak? cikgu siapa yang sentiasa pakai Levi's Star Press. Cikgu Onn!!

Satu lagi kedai yang membawa kenangan di Kluang adalah kedai menjual soto. Terletak di Pasar Kluang lama. Pada masa tu pasar terletak di pusat Bandar Kluang tu. Sedap betul soto tu. Tak taulah kau orang ada gi kedai tu atau tidak. Kedai tulah standard aku. Tapi kedai tu juga dah tak ada. Agaknya pak cik tu dah meninggal pun.

Satu lagi kedai yang agak istimewa ialah kedai murtabak. 'Murtabak Karim' kalau tak silap nama. Warungnya terletak berhampiran panggung Cathay. Mahal harganya. RM3.00 sekeping. Aku tak pernah beli tapi pernah rasa kalau emak bapak kawan sebilik belikan. Tapi dagingnya penuh. Tak pernah jumpa murtabak cam tu lagi sekarang ni. Orang kata murtabak singapura cam tu. Tak taulah. Kedai tu pun dah tak ada.

Tapi dalam 3 tahun lepas aku ada membeli juadah berbuka puasa di kawasan Kampung Paya ada Pak Cik tu (agak tua jugalah) ada menjual murtabak cam tu. Aku ada beli. Tapi tak serupa yang original. Bila aku interview dia, rupa-rupanya dia pekerja kedai murtabak karim tu dulu. Lepas tu dua kali nak raya aku datang ke tempat tu, pak cik tu dak tak meniaga lagi. Orang kata dah tukar bisnes. Jual emas pulak (kalau orang tu bohong maka aku pun bohonglah).

Kedai 'Round Table'!!! Ada sapa-sapa ingat? Terletak dekat dengn kilang biskut Kim Wah. Lepas berjogging kita minum horlick ais!. Kat situ lah juga kita menyeludup 'deng'. Round table tu dibuat dari rangka gulungan kabel letrik je. Bukan meja marmar pun. Kedai tu dah tak de jugak.

Itulah ceritanya, Moral of the stories.. bila kita memandang ke belakang rupa-rupanya banyak kenangan yang telah luput dari kepala kita. Masa akan meninggalkan kita dan tak akan kembali lagi. kita berumur 13 hingga 17 tahun pun hanya sekali saje. Yang pasti kita mesti teruskan kehidupan ini mengumpul seberapa banyak bekalan untuk sisa usia ini dan bekalan untuk kehidupan di alam yang satu lagi.

Sekian,
Wasalam.
Catatan 24 Ramadhan

Isnin, 22 September 2008

PERTEMUAN DENGAN FUAD SOIB SELEPAS 30 TAHUN

Asalamualaikum dan salam sejahtera.
Seperti yang aku janjikan bahawa aku akan melaporkan pertemuan aku dengan sahabat kita Fuad Soib pada 21 Sept 2008.
Apabila sampai tarikh yang dinantikan Fuad meminta aku ke Kopitiam Old Town yang baru dibuka di Jalan Kapar Klang. Walhal dia dah setuju supaya pertemuan ni diadakan di Kopitiam Pak Li di Shah Alam sebelum ini. Aku tak de masalah demi kau Fuad. Tetapi dek kerana aku diserang diarrhoea maka aku minta Fuad ke tempat asal yang dijanjikan.

Fuad sampai ke lokasi dalam jam 10.00 mlm. Aku peluk dia. Aku katakan pada dia 30 tahun. Memang itulah. Sejak lepas SPM hinggalah malam tadi aku jumpa dia. Terima kasih pada Said Ahmad yang berusaha mendapatkan no phone Fuad. Dia masih macam dulu. Rambut masih macam dulu. Uban tak kelihatan lagi.



Fuad banyak menceritakan kisah yang telah dilalui selama 30 tahun ini. Dia berkahwin dengan gadis pujaannya berasal dari Kota Tinggi.

Dia bertugas dengan JPL (Johor Port Logistic) dan ditugaskan di Port Kelang. Menguruskan pemunggahan beras dari kapal di Pelabuhan Kelang ke gudang yang berada di sekitar Pelabuhan Kelang.

Sebelum ini dia bertugas di Pasir Gudang dan diarahkan mengendalikan tugas di Pelabuhan Kelang disebabkan prestasinya yang memuaskan.

Aku masih ingat lagi masa sekolah dulu, dialah yang paling tinggi dan besar diantara kami. Tapi dia memang seorang budak baik. Dia selalu mengalah kalau ada apa hal pun.

Diantara perbualan kami berkisar tentang cerita di SMSJ. Kawan-kawan seperjuangan yang tidak dapat dihubungi. Kerinduan kepada Shahruddin Md Amin, Adnan, Borhan, Abd Jalil,Zubaidah, Yahya, Zaidi, Elyas dan Jasmani. Yang lain telah dapat dihubungi.

Bagaimana pun Fuad berjanji akan cuba mendapatkan no untuk menghubungi Yahya. Kabarnya Yahya membuka petrol station di Johor Bahru. Insyallah semasa cuti Hari Raya ini dia akan menguruskan.

Wasalam.

Ahad, 21 September 2008

PERJUMPAAN DGN JANURI DAN ZAINUDDIN DAN BERBUKA PUASA

Asalamualaiku dan salam sejahtera.
Lama rasanya aku tak menulis di dalam blog ini. Bukan apa.. maklumlah aku ni bukan lah berbakat untuk menjadi penulis. Idea tak keluar. Tidak macam Kembara Kelana. Pandai menggubah bahasa sehingga orang yang membacanya akan terus membaca hingga habis. Tulisan aku agak 'plain', 'blunt' atau bahasa ibundaku disebut 'cemplang'. Tapi tak apa. Aku nak kongsi maklumat dengan pembaca semua.

Jadi untuk membolehkan aku menulis aku pun mencari idea secara praktikal. Kisahnya kisah benar. Aku mendapat idea untuk menulis dengan mengadakan berbuka puasa dengan Januri Kadeni Dan Zainuddin (Gajah). Kedua-dua cikgu ni tinggal di Banting. Aku ke Banting dan sampai jam 4.30ptg dan menghubungi Januri untuk bertemu di lokasi yang ditetapkan.. Ini lah Januri. Kali pertama sejak 30 tahun tak pernah jumpa..


Januri dah nak buka lapangan terbang. Dah nipis. Tak taulah apa sebabnya. Anak cuma 3 orang je.



Ini gambar kami bertiga. Duduk di warung bersembang dari jam 4.30 hingga sampai waktu berbuka.

Banyak kenangan yang diimbau oleh Januri. Semasa tingkatan 6. Antaranya dia kena rotan sebab ditangkap sebab 'deng'. 2 rotan oleh Ketua Warden. Dia diberi pilihan samada ditempat awam atau di dalam bilik. Januri minta di dalam bilik. Ketua Warden minta saksi. Jadi Januri minta Aini Saleho dan Fatimah Hashim jadi saksi. Bila kena 2 rotan kedua-duanya menangis! Januri kontrol manco je. Sertamerta aku sms kat Aini cerita ni. (Fatimah belum dapat dihubungi). Aini jawap dia orang sayang kat Januri. Ye lah. Januri memang budak baik.
Sesuatu yang mengecewakan Januri adalah, yang repot dia 'deng' adalah kawan sekelas jugak. Tak perlu aku sebut.

Semasa kita orang bersembang, aku call Dr Fauziah Manan. Dia berada di Kuantan. Ada tugas di UIA pada hari Ahad. Aku pass call tu pada dia orang. Dia orang dari kelas yang sama.

Dr Fauziah Manan macam Prof Dr Arbakariya juga. Ramah macam dulu. Kadang-kadang kita dapat merasakan orang bercakap melalui phone itu ikhlas atau sebaliknya. Kita dapat rasa orang tu menjawap dengan senyum atau sebaliknya. Terima kasih kat kau orang berdua kerana melayan aku.

Banyak cerita lagi yang diceritakan oleh Januri. Nantilah akan diceritakan lagi.

Zainuddin memang aku dah banyak kali jumpa. Dia sama hobi dgn aku. Memancing. Selalu masuk GP Joran. Tapi rasanya tak pernah menang pun. Jangan mare Gajah! Aku pernah juga jadi juara kategori pari di Kuala Pahang pada 3 Ogos 2008. Pari Lang 41.88 kg. Itulah rekod ikan terberat aku. Yang bestnya semasa aku menang dia pun ada sekali. he..he..he..
Zainuddin ada gambar kelas semasa tingkatan 6. Dalam gambar tu ada Sukimin, Ghazali Hussin, Arwah Zaid Jais, Arwah Bakar (Bekas suami Rosnah)Gajah dan beberapa orang pelajar dari Alam Shah. Tak banyak cerita yang disebutkan oleh Zainuddin.

Kami bepisah untuk sementara apabila Isyak dah nak masuk. Aku balik dan singgah di Masjid Telok Panglima Garang untuk Isyak dan terawih. Aku terlihat di saf pertama disdiakan air mineral dan cawan.

Yang menariknya cawan tu sebijik macam cawan kita di SMSJ dulu! Cuma warnanya saje lain. Hijau, bukan kelabu. Dalam kepala aku teringat 'tray' yang kita gunakan selama 5 tahun di SMSJ. Aduh...sentimentalnya.

Sekian hingga berjumpa lagi..
Esok malam aku akan jumpa dgn Foad Soib pulak di Kopitiam Pak Li Seksyen 7, Shah Alam.

Wasalam.

Rabu, 17 September 2008

Mahukan Alamat Emel Menggunakan Nama Sebenar Kita?

Kepada yang mahukan alamat emel menggunakan nama sebenar, bolehlah mencuba mendapatkannya dari pembekal-pembekal emel percuma baru sebagai contoh @ymail (http://www.spacejock.com/yMail.html) dan @rocketmail (dua-duapun sebenarnya yahoo! punya). Kalau setakat domain hotmail, yahoo (266 juta sehingga April) dan gmail (101 juta pengguna sehingga April) rasa-rasanya semua dah kena cop terlebih dahulu dari orang lain yang namanya sama dengan kita. Namun begitu, kita masih boleh mencuba nasib dengan menggabungkan nama-nama kita atau dengan nama bapa kita kerana sekarang hampir semua alamat emel menerima titik sebagai sebahagian daripada alamat emel (zaman dulu-dulu kita kena guna underscore '_'). Kelemahan underscore ialah disebabkan ramai orang akan membacanya sebagai spacebar. Ini terutamanya kalau kita lihat alamat-alamat emel di skrin yang secara automatiknya akan digariskan (underscore) alamat emel tersebut. Jadi apabila pembaca menyalinnya, mereka menyangka underscore pada alamat emel kita tu sebagai spacebar. Cuba bandingkan mukhlis_moyo@gmail.com dengan mukhlis.moyo@gmail.com.

Masalah dengan yahoo sekarang ialah dia ada extra dot pada alamat emel. Itu yang beberapa member kita confused akan alamat emel dia sebab biasanya alamat emelnya aku@yahoo.com tapi rupa-rupanya dia punya alamat emel aku@yahoo.com.my atau aku@yahoo.co.uk (alamak .co lah pulak bukan .com!). Itu yang bila kita send emel, bounce ajelah sebab tak wujud alamat emel tu. Tambahan dot ni bukan setakat .my aje yang ada, kau tengok roslan sukeimi punya .id (indonesia), ada juga .uk, .sg entah apa-apa dot lagi.

Tapi kalau setakat nama popular macam yusof.mohamad@gmail.com berbanding dengan arbakariya.arif@gmail.com atau rouse.majid@gmail.com sudah pasti peluang arbakariya.arif dan rouse.majid lebih berpeluang dapat alamat emel tu.

Jadi sekarang apa nak buat:
- cuba daftar dengan domain emel yang popular (yahoo, gmail dan hotmail) dengan kombinasi dua atau lebih perkataan nama kita (pisahkan dengan titik)
- kalau tak ada, bolehlah daftar satu perkataan nama yang kita nak pada domain yang kurang popular seperti ymail dan rocketmail.
- kalau tak boleh juga daftar dengan domain yang kurang popular ni menggunakan lebih dari satu perkataan nama kita (pisahkan dengan titik)
- kalau tak boleh juga, masih ada dua pilihan:
- bukak domain sendiri (macam ragunath)
- tukar nama kau pada nama yang pelik-pelik

Hmmm... teringat glamernya kalau ada alamat emel macam ragunath! - ragunath@kesavan.com.my


Blog: Statistik Pengunjung

Ini data yang dicapture oleh Counter blog. Data hanya setakat 11 pagi, 17 September 2008 dan dikira sejak Sabtu lalu). Hmmm...musykil juga eh kenapa Yong Peng dalam kawasan Pahang (Bangi kat N.Sembilan dan PJ kat KL mungkin disebabkan talian akses internet kawasan tu based kat negeri berdekatan dengannya). Apa-apapun kena tanya TMNet ni (Razif?).
Semalam Sukri SMS aku beritahu dia kat Sabah. Dia nak tahu siapa yang ada di Sabah dan nak dapatkan contact no. Masa tu aku dalam kuliah jadi sukar nak dapatkan info tu. So pagi tadi baru aku sempat SMS no Fendi dan Khairul pada dia. Jadi untuk memudahkan pada masa akan datang, baru sat ni kat sebelah aku dah senaraikan nama dan contact no serta lokasi member-member yang ada. Jadi kalau nak tahu siapa rakan terdekat, bolehlah semak blog ini dulu. Mungkin ada nama yang tercicir (sebab aku buat dalam masa yang terbatas) atau maklumatnya tak tepat, so emel aje pada Usop atau aku. Kalau ada yang nak jadi admin (untuk bantu kemaskini blog), sila mohon daripada Usop. Untuk jadi contributor, semua akan diundang. Kalau dah terima emel undangan, harap sudi-sudikanlah menerimanya. Caranya....klik Cara Menerima Undangan Menjadi Contributor.

Ahad, 14 September 2008

Sekolah Aini Saleho

salam posa
semoga gembira bersama keluarga,
diam tak diam, semakin ramai yang mengunjungi blog kita, terima kasih sukimin kerana letak counter dan ada graf sekali untuk mengesan pengunjung blog. Sifu, Guru Besar dan Pakar IT. Tu Baru dari 5M1 belum dari 5E1 atau 5E2...

anyway, semua yang telah menjadi contributor anda boleh post news...tak kisah in english or malay...kita semua boleh faham dan guna...

terima kasih said mengesan jastan..5M2...terkejut aku tengok Jastan...betul betul matang..semoga ramai lagi kawan kawan dapat menyumbang maklumat dan gambar
aku baru linkkan dengan sekolah aini saleho, dalam blog list di sebelah kiri tu...klik saja dan klik bahagian pentadbiran...keluarkan gambar Guru Besarnya...kawan kita.

Rosnah Manan Pindah ke batu pahat pada 16 September ni..

Kalau kawan kita ada blog atau web site...sila berikan nanti kita listkan dalam blog kita

Salam

Sabtu, 13 September 2008

Lagi Sahabat Lama di Temui




Jantan 1978...30 tahun yang lalu





Balik daripada sembahyang tarawikh aku terus bergegas ke Komplek Kastam Pelabuhan Pasir Gudang. Bertanyakan samada sahabat lama kita masih di situ lagi. Hati menjadi begitu lega apabila kakitangan di situ menyatakan dia masih bertugas di situ tetapi untuk syif pagi.
Terus saja dapatkan nombor h/phonenya & terus hubungi untuk dapatkan alamat kediamannya almaklumlah duduk sedaerah tak ada masalahlah nak terus ke rumahnya walaupun jam menunjukkan hampir ke pukul 11 malam. Sampai saja depan rumahnya dia dah tahu akan ketibaan aku.

Jastan Inas

Inilah sahabat kita Jastan Inas. Masih mesra saperti di sekolah dulu. Aku tak dapat sembang panjang dengan dia. Cuma bila aku tanya anak berapa orang dia kata 3. Dua dah bekerja tinggal seorang aje lagi masih bersekolah. Maklumkan kepada dia mengenai perjumpaan bulan Disember nanti di Kluang dan minta sedikit maklumat mengenai Fuad Shoib tapi dia kata dah kena transfer ke KL. Sahabat2 yang kat KL tu cuba2lah cari. Si Fuad tu bertugas dengan BERNAS. Kalau ada sesiapa yang nak supply beras jumpalah dia.

Kepada sesiapa yang nak hubungi dia, ini nombor telefon dia. 012 7724937. Pandai2lah cari masa nak hubungi dia sebab dia kerja ikut shif.

Bersama Jastan di rumahnya




Jastan bersama isterinya

Selasa, 9 September 2008

Kisah Mimbar Masjid Benut: PERJALANAN YANG DAH NAK PENGHUJUNG…








PERJALANAN YANG DAH NAK PENGHUJUNG…

dari mimbar hj siraj

Dah 30 tahun meninggalkan SMSJ. Pendek kata murid-murid yang ada di SMSJ hari ni belum ujud kita orang dah keluar memperjudikan perjalanankehidupan ini.
Mulanya disini..
Lahir di Kampung yang serba kekurangan. Kampung Parit Serom, Benut, Pontian. Tak de la api dalam kaco Air dalam bosi. Dulu aku ni teruk sangat.. Nakal bukan main. Main kat sawah dan sungai je hari-hari.

Kalau aku fikir-fikirkan seolah-olah aku ni memang takkan jadi orang (bak kata pepatah). Tapi Allah Taala dah tentukan aku cam ni..

Kesimpulannya.. KALAU NAMPAK BUDAK-BUDAK COMPANG CAMPING JANGAN ‘JUDGE THE BOOK BY ITS COVER’. Alhamdullilah..
Mak meninggal ketika aku umur 3. Kakak aku yang membuai ketika aku sakit, membasuh pakaian aku, cebukkan dan mandikan mengantikan mak aku.
Aku masuk sekolah darjah satu ketika umur 7 tahun. Caya tak? Aku cakap Melayu sepatah dua je yang tau! Kampung semuanya Jawa sampai Cina pun cakap jawa!

TERINGAT KISAH ARWAH CIKGU HAJJAH ZALEHA BTE IBRAHIM

Ketika darjah 3 ada sorang Cikgu tu baru pindah ke sekolah aku. Sekolah Kebangsaan Seri Kembar Benut. Cikgu Zaleha Ibrahim namanya. Dia mengajar di kelas aku. Dia lemah lembut tapi tegas. Cantik.. Kegigihannya mengajar kami tak boleh dinafikan. Aku masih ingat dia ajar nyanyikan Lagu Kebangsaan kita.
Sayangnya dia mengajar tak lama, satu penggal je.. 3 bulan. Sedihnya aku. Semasa hari terakhir di kelas aku, dia suruh aku tukarkan duit kertas kira-kira $4.00 kepada syiling. Aku pun tukarkan kat kedai. Yang tak bestnya dia tak cakap apa-apa pun. Dia tidak maklumkan yang dia akan pindah. Dia bagi kita orang 10 sen sorang. Aduh sebak aku. Masa tu 10 sen besar buat aku. Dia ikut suami pindah ke Pekan Pahang. Nak tau siapa suami dia “Cikgu Rahman Karim’ ketua warden SMSJ dulu. (Dulu Cikgu Rahman ada 3 orang, Rahman Molar (yang mengajar Kimia) Rahman Gar (yang mengajar geografi sebab dia rugged) dan Rahman Maging (ketua warden sebab budak2 respek dia sebab selalu balun orang) maaf ye cikgu..
gelaran je..)

Tapi Cikgu Rahman Karim tangkap budak baca cerita lucah tak pukul pulak.. sengih je.. tapi masa tu kita orang tengah masa bulan madu kami..lepas SRP (sekarang PMR). Dia garang tapi selalu buat lawak. Jadi kita orang dalam takut ada suka juga.
Aku tau bila terserempak dgn Cikgu Zaleha Ibrahim ketika dia lalu dengan kereta Austin dia dekat asrama kita. Aku dapat berbicara dengan dia setelah 7-8 tahun tak jumpa.
selepas lebih kurang 20 tahun lebih aku dapat hubungi Cikgu Zaleha Ibrahim itu kebelan selepas Sukan Komanwel 1998 ada kawan maklumkan bahawa Cikgu Rahman Karim terlibat dengan hoki. Jadi aku minta dia dapatkan no telefon dia. Maka dapatlah aku hubungi Cikgu Zaleha lagi. Kami ada berutus kad raya. Kad raya yang dia hantar kat aku masih ada aku simpan. Tapi tak ada alamat.

Aku ‘loss’ kontek sebab aku kehilangan no dia, dan baru-baru ni atas bantuan kawan-kawan aku dapat hubungi Cikgu Rahman Karim pada 14 Ogos 2008. Sebelum ni aku dengar khabar angin je. Aku dimaklumkan bahawa Cikgu Zaleha Ibrahim dah meninggal pada 2004. Dengarnya dari kawan memberitahu bahawa dia terlantar sakit agak lama.

Yang sedihnya aku diberitahu oleh Cikgu Rahman Karim yang Cikgu Zaleha ada sebut pasal aku. Kalaulah masa dia sakit tu aku diberitahu walau terpaksa merangkak Insyaalah aku akan ziarahi dia. Kerana dulu aku adalah murid kesayangan dia. Ntah napa?.
Orang baik macam dia Allah sayang.
Sebab tulah sakit lama sebelummeninggal supaya bila meninggal bagaikan kain putih bersih. Dosa-dosanya dibersihkan ketika di dunia.. Itu yang ustaz ada cakap ketika ceramahnya.
Semuga rohnya dirahmati dan ditempatkan berama orang-orang soleh… Amin..
Insyallah aku akan ziarahi kubur arwah suatu hari nnti.

Sambung citer aku…

Rezeki mendatang.. Aku dapat masuk Sekolah Berasrama Penuh.. Sekolah Menengah Sains Johor. Puh… Bangganya.. !! (sekarang ni anak-anak aku disuruh masuk asrama walau pun layak tapi tak mahu). Dulu masuk asrama bermakna ‘up grade’ kehidupan. Sekarang maksudnya ‘down grade’ kehidupan.
Maka budak kampong masuk asrama penuh. Kat asrama aku sentiasa berdoa supaya lulus cemerlang dalam peperiksaan. Aku takut kena buang. Malu…kat orang kampong. Orang kampong semua dah tau!.

Aku bukan pandai orangnya, tapi aku kuat ‘study’. Kerana sedar aku ni tak pandai. Kat asrama banyak rintangannya. Tapi dapat lepas. Aku ‘deng’ sejak tingkatan 4 tapi tak kena tangkap.. Yahooo…
Tapi memang aku tak pernah panjat pagar!.

Bab mengintai ni… teringat pulak kat Miss Lai dan Miss Ong.. Puh… Tak perlu citer panjang lah… Itulah cerita zaman jahiliah..

Kekawan entah di mana sekarang… Kabar berita tak dengar. Aku dengar Zaid bin Jais dari Permas Kelapa, Pontian pun dah tak de.. Betul ke?

Kadang-kadang bila nikmat yang diberi oleh Nya dah kena tarik sedikit demi sedikit kita terasa yang hari dah mula petang… Yealah.. rambut, misai dan janggut dah tumbuh uban, Badan dah tak selasak dulu. Kena hujan sikit dah pening walhal hujan tu dulu dibuat mandi.

Wahai sahabat-sahabat aku mengingatkan diri ku sendiri dan sahabat sekelian semuga kita adalah dari golongan yang mengharap petunjuk dan rahmatNya. Janganlah kita sesat di hujung jalan sebab kita takut tak sempat balik ke pangkal jalan.

Salam

member

Jumaat, 5 September 2008

Said Ahmad



Banyak-banyak terima kasih kepada Sukimin kerana mencadangkan perjumpaan mini tempuhari di Subang Jaya. Pada mulanya saya tidak menyangka yang posting saya dalam sajohagroup mendapat response daripada kawan2 semua terutamanya Member, Sukimin & Noorsham. Cadangan bermula daripada Head Boy kita dulu juga i.e Dr. Shaari Yusof kita iaitu semasa saya terserempak dengan beliau & Azman Rahim semasa menghantar anak masing2 ke klinik UPSR di UTM Skudai bulan Julai yang lalu. Tetapi sehingga kini saya dapati kurang maklumbalas daripada kedua2nya terutama Azman Rahim, almaklumlah mungkin masing2 sibuk dengan tugas mereka masing2.

Kita teruskanlah niat murni ini dan InsyaAllah minggu depan saya akan ke Kluang untuk merancang apa yang sepatutnya dan segala maklumat akan diberitahu selepas itu. Mungkin saya akan perlukan bantuan selepas ini dan diharapkan ada yang sudi membantu untuk menjayakan perjumpaan ini. Yusof Mohd jangan khuatir saya cuba memberi seberapa banyak sokongan untuk menjayakan blog ini.

Saya kini menetap di Pasir Gudang, Johor. Ada beberapa rakan kita di Pasir Gudang yang saya ketahui iaitu Jastan Inas yang bertugas dengan Kastam di Pelabuhan Pasir Gudang begitu juga dengan Fuad Shoib di Bernas. Saya akan cari mereka dalam masa terdekat ini untuk mendapatkan maklumat mereka. Isteri saya gadis SMSJ juga, mungkin ramai yang mengetahuinya, berjumpa di balapan dan terus menjadi isteri, tidak lain dan tidak bukan Sameha Mohd Said aka Dayak - nama panggilan yang sinonim di SMSJ 30 tahun yang lalu.

Bersama isteri tersayang

Hobi saya sekarang ni suka pergi menyelam. Kerap ke pulau-pulau seluruh Malaysia maupun diluar negeri i.e gugusan Nusantara saperti Indonesia, Thailand dll. Hampir setiap bulan saya akan pergi menyelam kecuali pada bulan Ramadhan ini. Saya juga terlibat dengan aktiviti2 ngo2 yang terlibat dengan alam sekitar terutamanya mengenai dasarlaut kita saperti manjalankan kerja2 pembersihan pantai dan dasar laut kawasan2 tamanlaut Malaysia.

Dasar laut yang menenangkan perasaan

Senyuman kepuasan

Begitulah salam perkenalan saya buat permulaan semoga kita akan sentiasa berhubung di antara satu sama lain dari masa ke semasa.